
Kumpulan cerpen kanak-kanak. Nurimas SN.
Kumpulan Cerpen Kanak-kanak Tiga Sekawan karya Nurimas SN. Merupakan koleksi cerpen beliau yang telah tersiar dan belum diterbitkan. Mengandungi 12 buah cerpen yang amat sesuai untuk santapan minda kanak-kanak di bawah 12 tahun. Merangkumi pelbagai tajuk dan tema lazim kanak-kanak seperti kisah fantasai/imaginasi, alam sekitar, dan manusia terdekat.
Buku ini merupakan buku kumpulan cerpen kanak-kanak hasilan ketiga beliau selepas Kalau Abah Dapat Gaji dan Baju Raya Sedondon Awanis.
Antara cerpen yang menariuk dalam koleksi terkini beliau ini ialah “Tiga Sekawan”. Cerpen ini mengisahkan tiga orang rakan baik yang terlibat dalam sukan tae kwon do dan mempunyai latar belakang sosial berbeza. “Kerana Nabila” pula mengisahkan anak sulung yang terpaksa berdepan dengan tugas penting sebagai tulang belakang adik-adiknya. Sementara “Uma Sayang Nenek” pula mengisahkan kasih sayang cucu kepada neneknya yang telah tua. Banyak lagi kisah menarik yang dipaparkan ternmasuk cerpen “Mat Din” dan “Kandil Ajaib” yang mengajak kanak-kanak menterjemahkan mimpi menjadi realiti serta “Kitti” yang pernh menerima hadiah sastera.
Jom dapatkan daripada penulis atau penerbit – buah tangan daripada penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah sastera tanah air termasuk HASDI dan HSKU.
Oleh:

KOMEN
Ahkarim. Tentang cerpen dan sastera kanak-kanak. Saya musykil. Adakah kajian dibuat mengenai kegemaran atau tidak atau kadar sambutan kanak-kanak Melayu @ Malaysia terhadap buku-buku ini. Saya perhati ada keghairahan DBP dll menerbitkan. Entahlah… saja terfikir.
TAMAT.