Foto dari:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/13/2018/06/438162/suasana-aidilfitri

ARAHAN SAYEMBARA

Rakamkan pengalaman menarik berkaitan AIDILFITRI dalam bentuk cerpen.

Tema: Aidilfitri.
Format: Prosa.
Panjang: 1,000-2,000 perkataan.
Hadiah:
Ke-1 = RM500;
Ke-2 = RM300;
Ke-3 = RM200.
Tarikh: 19.04.2023 – 22.04.2023. (DiLANJUTkan ke 30.4.2023).

Hantar karya melalui emel ke: GaksaAsean@gmail.com.

Selamat berjaya.

Salam dari:

IRWAN ABU BAKAR,
Editor ESVA.
18.04.2023.

PENYERTAAN

PUSINGAN 1: TUTUP 22.04.2023

1.1. Maslina Mahbu. Kelupis Ikan Tahai.
1.2. Nurillah Achmad. Akankah Engkau Pulang Tahun Ini, Nak?

PUSINGAN 2: TUTUP 30.04.2023

2.1. Getot Malaisianto. Air Mata Bahagia Di Malam Lebaran.
2.2. Putraery Ussin. Raya Lelaki Penebas Jalan.
2.3. Hamimah Ibrahim. Indahnya Kenangan Aidilfitri.
2.4. Paridah Ishak. Ceritera Aidilfitri 1444.
2.5. Norlaila Ghafar. Barakan.
2.6. CT Nurza. Ketupat Pasir di Satu Syawal.
2.7. Dian Hariani. Air Mata Raya.

KARYA

1.1.

Kelupis Ikan Tahai
Karya: Maslina Mahbu@Armiza Nila

Masih segar di ingatan ketika meraikan Aidil Fitri di kediaman keluarga mertua

kandung nun jauh beribu batu di utara Darul Hana iaitu bahagian Lawas. Kampung
Sualai, Batu 10, Lawas begitulah nama kampung kediaman tanah tumpah darah
kelahiran suami tercinta.

Ada sejarah sebenarnya mengapa aku beria-ia mencari keluarga kandung suamiku
yang sejak kecil tidak pernah ditemuinya setelah dia diambil sebagai anak angkat
sedari merah tapak kaki oleh sebuah keluarga orang berada yang berasal dari
Kampung Tanjong Katong, daerah Sundar, Lawas. Mendengar cerita daripada
sahabat yang juga kebetulan suaminya mempunyai talian darah dengan suamiku
yang baru kukenal semasa berkursus di Limbang beberapa tahun yang lalu, terasa
sebak hatiku. Cerita kak Rabuyah, kali terakhir suamiku berjumpa keluarga
kandungnya ialah ketika berusia lima tahun. Itu pun kerana masih kanak-kanak
kurasa suamiku pun sudah melupai peristiwa itu. Pelbagai cara aku gunakan untuk
menjejak keluarga kandung suamiku termasuklah mencari di internet dan laman
sosial seperti facebook dan blog-blog di laman sesawang yang lainnya tapi menemui
jalan buntu. Sehingga akhirnya aku bertemu kak Rabuyah di Limbang itulah, maka
aku pun mengirim gambar suamiku bersama keluarga kami dan nombor telefon
untuk dihubungi. Allah Maha Pengatur. Kebetulan kak Rabuyah bertugas di Jabatan
Pendaftaran Lawas maka semakin mudahlah kerja pencarian itu.


Bercuti kali pertama di Lawas

Setelah berjaya menghubungi keluarga suamiku dengan bantuan kak Rabuyah,
orang pertama menelefon kami adalah kakak sulong suamiku yang bernama Lina.

“Assalamu’alaikum!”, sebak bercampur gembira bunyi suara kak Lina di corong
telefon bimbitku.

“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh!”, aku membalas salam kak Lina
spontan. Berdebar pula rasa hatiku.

“Kakak Lina ni, kakak sulong si Dhafi. Kakak dapat nombor telefon kamu dan
gambar daripada si Rabuyah isteri Murad sepupuku. Apa khabar kamu semua?,”
kak Lina memperkenalkan dirinya dengan teliti dan suara yang lembut sekali.

Dengan perasaan yang bercampur baur antara sebak dan gembira, aku membalas
lembut, “Ya kak Lina, saya Idayu isteri Dhafi. Dhafi dan anak-anak semuanya sihat,
alhamdulillah. Bersyukur sangat kak Lina cepat menghubungi kami.”

“Ndak apa-apa tu bah. Nanti kau bagi tau si Dhafi yang kakak ada telefon. Kami ni
berbangsa Kedayan dan bertutur bahasa Kedayan juga.Mama Unsang kirim salam.
Dia ndak dapat telefon. Nanti kamu jadi macam itik dan ayam sebab masing-masing
ndak faham bahasa yang digunakan. Mama ndak pandai berbahasa Melayu. Dia
hanya berbahasa Kedayan saja sepanjang hidupnya,” panjang lebar kak Lina
bercerita tentang ibu kandung suamiku sambil tertawa kelucuan.

“Hehehe. Tak apa kak Lina. Saya faham. Saya rasa si Dhafi masih lagi bertutur
bahasa Kedayan sebab ibu angkatnya Mak Sadiah masih bertutur Kedayan apabila
ada tetamu dari Lawas berkunjung ke rumah mereka. Nanti saya cuba belajar juga
bahasa Kedayan ya kak,” aku menjelaskan apa yang patut.

“Beginilah Idayu. Kami adik beradik ada sepuluh orang semuanya. Setelah
berbincang dengan Mama Unsang, kami telah mengumpul sedikit wang untuk
perbelanjaan kamu sekeluarga pulang ke kampung. Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal
dua minggu lagi. Eloklah kamu gunakan duit ini untuk beli tiket kapalterbang dan
beraya dengan kami di Lawas. Sudah 30 tahun kami tak bertemu si Dhafi. Baliklah
ya. Kita beraya bersama-sama. Kamu jangan tak sudi pulak,” kak Lina menyatakan
hasrat hatinya dengan sangat gembira. Aku dapat mengagak riak air mukanya yang
ria kerana ingin menemui adik kandungnya yang sangat dirinduinya.

“Baiklah kak Lina. Nanti saya bincang dengan Dhafi. Teringin juga sebenarnya saya
nak meraikan hari raya di bahagian lain di Sarawak ini. Selain Kuching, kami jarang
beraya di bahagian lain kak. Ini peluang keemasan ni,” saya menyambut gembira
hasrat hati kak Lina sekeluarga.

Setelah mendapat kata sepakat, kami suami isteri dan anak-anak pun menempah
tiket kapalterbang hasil wang ehsan adik beradik kandung yang sepuluh orang itu.
Oleh kerana jarak di antara Lawas dengan Kota Kinabalu, Sabah hanya mengambil
masa tiga jam perjalanan dengan menaiki kenderaan darat, maka kami disyorkan
menempah tiket Kuching-Kota Kinabalu-Kuching sebelum sampai ke Kampung
Sualai, Batu 10, Lawas.

Raya di Sualai

Kali pertama beraya di Lawas, merupakan satu pengalaman baru buatku
sekeluarga. Anak-anak terutamanya begitu teruja kerana mereka masih kecil dan
belum mengerti apa-apa melainkan hanya merasa gembira dan hendak bermain
sahaja.

Dek kerana kali pertama berjumpa anak-anak saudara mereka, adik beradik
suamiku pun sangat teruja. Empat orang anakku itu asyik bermain dan bergurau
senda dengan mak dan bapa saudara juga sepupu mereka yang agak besar dan
dewasa pula. Kami sampai di kampung sebelum waktu berbuka puasa iaitu pada
waktu Asar. Kak Lina dan suaminya abang Ghaip juga Seven abang kandung
suamiku juga turut menjemput kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Sesampainya di rumah, rupa-rupanya semua ahli keluarga kandung suamiku telah
berkumpul di rumah Mama Unsang yang berada di atas bukit. Bukan sahaja adik
beradik, anak saudara malahan sepupu sepapat semuanya berkumpul semata-mata
ingin melihat dan berjumpa dengan kami sekeluarga buat kali pertama. Malam itu
kami berbuka puasa bersama dengan duduk di lantai dan makan secara saperah
(hidangan empat orang makan untuk satu hidangan). Oleh kerana jumlah yang
ramai, saperah dihidangkan secara memanjang.

Sehari sebelum Aidil Fitri menjelma, kami semua sibuk membuat persediaan. Oleh
kerana aku telah membawa beberapa Kek Lapis Sarawak untuk hidangan hari raya
buat keluarga mertuaku, maka kami tidak perlu lagi membuat Kek Lapis Sarawak
yang selalunya menjadi keutamaan. Rupa-rupanya makanan keutamaan atau
istimewa bagi suku kaum Kedayan di Lawas semasa menyambut hari perayaan
ialah Kelupis samada dimasak secara biasa atau tidak berinti dan kelupis yang
berinti ikan tahai iaitu Kelupis Ikan Tahai.

Kelupis diperbuat daripada beras pulut yang dimasak separuh bersama santan.
Selepas itu, ia akan dimasukkan ke dalam sejenis daun yang bernama Daun Nyirit
yang jarang-jarang didapati kalau di Kuching tetapi sangat banyak di sekitar hutan
Lawas ini. Kelebihan daun nyirit ini ialah ia sangat sesuai untuk membalut betul-betul
sebiji kelupis. Kerja membalutnya sangat mudah kerana daun itu mengikut saja
bentuk yang kita balutkan. Berbanding ketupat, kita perlu menganyam terlebih
dahulu daun kelapa sebelum memasukkan beras ke dalam bekasnya yang telah
dianyam itu.

“Wah, seronoknya membalut kelupis ni kak Lina. Tak perlu nak menganyam daun
kelapa untuk membuat sarung ketupat. Senang dan cepat, “ aku menyuarakan
pendapatku sambil senyum teruja.

“Ya. Itulah kami Kedayan ni sangat suka buat kelupis. Kakak masak lima kilogram
beras pulut ni untuk raya esok hari,” kak Lina turut tersenyum biarpun nampak letih
kerana perlu mengacau lima kilogram beras pulut yang dimasak separuh bersama
santan di dalam kuali besar.

“Lepas ni, kak Lina nak ajar Idayu buat sambal ikan tahai pula sebagai inti kelupis,”
kak Lina bersuara lagi.

“Baik kak,” aku mengangguk tanda setuju.

Sambal ikan tahai yang akan dijadikan inti Kelupis Ikan Tahai itu diperbuat daripada
isi ikan tamban yang disalai (yang sudah dikenali sebagai Ikan Tahai), bawang
merah, bawang putih, cili giling, sedikit air asam jawa, serbuk perasa dan sedikit
garam. Kemudian semua bahan-bahan itu ditumis terlebih dahulu sehingga naik
minyak, barulah ikan tahai yang sudah ditumbuk halus dan dibuang tulangnya untuk
digaul bersama sehingga masak sebati.

Setelah sambal ikan tahai siap, kami pun beramai-ramai membalut nasi pulut yang
separuh masak itu ke dalam daun nyirit kemudian dimasukkan inti sambal ikan tahai
di tengah-tengah pulut lalu diratakan dan kemudian ditutup bahagian atasnya
dengan balutan daun nyirit itu tadi. Setelah semua lima kilogram kelupis itu siap
dibalut, kak Lina menyediakan sebuah pengukus besar untuk mengukusnya secara
berperingkat. Ia mengambil masa selama 15 hingga 30 minit untuk masak
sepenuhnya.

Aku sangat teruja dengan pengalaman baru ini. Akhirnya aku pandai dalam
menyediakan Kelupis Ikan Tahai yang menjadi makanan kegemaran suamiku
selama ini rupanya.

Keesokan harinya tibalah Hari Raya Aidil Fitri. Setelah bermaaf-maafan sesama
sendiri, tibalah masanya kami menjamu selera. Seperti kata kak Lina memang
benar, Kelupis Ikan Tahai menjadi keutamaan. Selain ia dimakan terus, ada juga
kelupis dibuat tanpa inti atau kosong. Kelupis kosong ini sesuai pula dimakan cecah
kari ayam atau rendang daging.


Kenangan beraya di Lawas dengan menu utama hidangan hari rayanya ialah
Kelupis Ikan Tahai sangat menggamit jiwaku. Terasa mutiara jernih jatuh
membasahi lekuk pipiku. Sejak kali pertama itu, sudah empat belas tahun kami
sekeluarga tidak mampu untuk pulang ke kampung lagi setiap tahun kerana faktor
ekonomi. Perbelanjaan tiket kapalterbang sahaja mencecah hampir RM4000.00
untuk kami sekeluarga enam beranak. Mana lagi nak beli buah tangan untuk
keluarga di Lawas, malahan belanja dapur semasa seminggu di sana juga perlu
diambil kira. Walaupun aku hanyalah menantu tapi aku dapat merasakan yang
hubunganku dengan keluarga kandung suamiku ini sangat rapat dan mesra. Tidak
seperti keluarga angkat suamiku yang kurang rapat dan apatah mesra. Mungkin
kerana pertalian darah yang sama mengalir di dalam tubuh mereka yang menjadikan
hubungan ini sangat indah meskipun hanya seminggu kami beraya di sana.

Sejak aku pandai membuat Kelupis Ikan Tahai sendiri dan kebetulan daun nyirit ada
ditanam sendiri oleh mak saudara suamiku yang tinggal di kuarters kerajaan yang
terletak di Jalan Maxwell Kuching, sangat memudahkan aku untuk mendapatkan
daun nyirit itu. Selain dibuat pada hari perayaan untuk makan sendiri, Kelupis Ikan
Tahai ini akhirnya mendapat tempahan adik-beradik dan kawan-kawan yang sejak
pertama kali menikmatinya lalu jatuh cinta. Setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri
dan Hari Raya Aidil Adha, aku banyak menerima tempahan Kelupis Ikan Tahai
sampai tak menang tangan. Oleh kerana anak-anakku yang empat orang itu sudah
semakin membesar, merekalah yang membantu aku menyediakan daun nyirit dan
proses membalut kelupis. Ia telah menjadi peluang perniagaan dan memberi rezeki
pada keluarga kecil kami di Kuching.

Suatu hari, aku pergi membeli belah di sebuah pasaraya. Semasa mencari sosej
dan daging burger dengan tidak semena-mena mataku tertumpu pada satu
makanan sejuk beku yang berbalut daun nyirit. Bila kuperhatikan betul-betul isi di
dalam balutan plastik itu, memang sahlah ia Kelupis Ikan Tahai. Ya, sekarang
Kelupis Ikan Tahai telah dikomersilkan menjadi makanan yang boleh disejukbeku
dan mudah didapati di pasaraya seperti Mydin Semariang. Hatiku tersenyum riang
kerana melihat kejayaan makanan utama suku kaum Kedayan semasa perayaan
telah masuk dalam pasaran negeri. Kelupis yang sejuk beku itu kemudian boleh
dikukus semula sebelum dimakan.

Setiap kali Hari Raya Aidil Fitri menjelma, kami hanya mampu berhubung melalui
telefon untuk bermaaf-maafan dan mengubat kerinduan. Setiap kali mendengar
suara kak Lina di corong telefon bimbit, airmataku mengalir laju kerana
mengenangkan Kelupis Ikan Tahai air tangan kak Lina yang tiada tandingannya
yang amat aku rindui. Setiap hari aku berdoa, moga suatu hari nanti Allah beri kami
rezeki untuk balik kampung dan beraya sekali lagi bersama keluarga kandung
suamiku yang jauh beribu batu. Kelupis Ikan Tahai lambang silaturrahim terjalin
ketika proses penyediaanya. “Kampung Sualai, tunggu aku pulang,” detik hati
kecilku sembari menitis lagi mutiara jernih.

TAMAT.

1.2.

Akankah Engkau Pulang Tahun Ini, Nak?

Aku ingin hidup di gubuk saja, Anakku. Bukan di istana. Sebab pada istana yang
menyerupai siampa dalam ingatanku, engkau mesti berada di seberang selama bertahun-
tahun, dan tiada kabar berkepanjangan.
Biarlah gubuk kita penuh sesak akan bilah-bilah bambu sebagai penonggak tegaknya
bangunan, atau asap tungku yang menguar ke seluruh lekuk bubungan manakala kulesatkan
reranting angsana yang kupungut dari gumuk. Aku harap, engkau tak usah peduli akan
mulut orang yang sengaja meniup gunjingan, guna menambah serunai kemalangan hidup
ini.
Sejenak Matrawi melipat surat dan tak terus menulis. Dadanya teramat sesak
menahan segala derita lantaran teringat masa silam. Pada masa di mana usia anaknya
masih belia, dan kerap bertanya akan kabar sang ibu. Matrawi tersenyum masam. Namun,
Nawati kembali mencecarnya lewat banyak pertanyaan.
“Mengapa Ibu tak kunjung pulang, Pak? Jauhkah Malaysia dari padukuhan kita?”
“Tunggulah saat Idul Fitri. Ibumu akan pulang saat hari raya tiba.”
“Apakah Ibu lupa alamat rumah kita, Pak?”
Matrawi tak menyahut. Tangkai pacul masih tak lepas dari pundak saat kakinya
menapaki tanah berundak.
“Mengapa Ibu tak kunjung pulang, Pak? Apakah Ibu lupa akan kita?”
Seketika Matrawi menghentikan langkah lantas menatap Nawati lekat-lekat.
“Ibumu ingin membangun istana, Nak. Bersabarlah sampai Idul Fitri tahun ini.”
Tak mengira bapaknya menyebut istana, Nawati membeliak mendengarnya. Ia
bersorak ke arah alang-alang yang mengelilingi rumah reotnya seraya bernyanyi soal
istana. Sementara Matrawi beralih ke lincak beralas tembikar, lalu menganyam daun sanur
berbentuk ketupat.
Nawati, Anakku tercinta.
Tulis Matrawi saat melanjutkan isi surat.

Aku tak ingin engkau membangun sebuah istana untukku di sini. Biarlah aku hidup di
gubuk yang padanya segala kenangan tak bertuan. Aku juga tak risau saat malam tiba,
kunang-kunang yang bersembunyi di balik ilalang menyusup masuk lewat lubang gedhek.
Sementara suara jangkrik dan katak yang bersahut-sahutan di tepi kangai, ikut menemaniku
dalam menyambut hari yang mulai retas.
Aku tak menyalahkan takdir, bila saat ini, kita terpisah jarak antara timur Jawa dan
Malaysia. Aku hanya berharap, Idul Fitri yang bakal menyapa seminggu lagi, engkau datang
menemuiku. Tak usah malu meski mimpimu membangun istana tak kunjung paripurna. Kau
cukup menutup daun telinga umpama orang-orang berkicau serupa burung kutilang tak
diberi pakan, padahal sebetulnya mereka terpenjara dalam sangkar.
Matrawi ingat, saat dulu, Nawati berlari-lari menemuinya dan menyebut kalau
Juhairiah baru tiba dari Negeri Jiran, ia lekas-lekas memungut pisau lantas menuju sudut
dapur. Ditatapnya tiang penyanggah sebelah timur yang memiliki guratan lubang. Sekali
congkel menggunakan lancipnya bilati, penutup batang bambu itu terjungkal sehingga yang
tampak adalah lubang cukup mendalam. Dari lubang itu, jemari Matrawi merogoh
beberapa lembar rupiah.
“Tunggulah di sini. Aku mau mencari kabar ibumu ke Juhairiah.”
Desau angin membelintang di antara azan Magrib dan petang. Bibir Matrawi
berulang kali mengulang dzikir sembari melewati jalan pematang di tepi kangai. Deret
cahaya obor berjejer memanjang sampai tepi surau. Saat meniti jembatan kayu lapuk yang
apabila tergelincir sekali saja, tubuhnya bakal terjungkal menghantam bebatuan cadas
kangai, bibir Matrawi kian keras berdzikir.
Di ujung jembatan itulah, sebuah rumah megah yang baru selesai dibangun berdiri
tegak. Matrawi berujar salam manakala pemilik rumah mendapatinya mematung di teras
depan.
“Engkau pasti tahu keberadaan istriku. Kalian berangkat bersama waktu itu.”
Juhairiah tak menyahut. Ia bergegas membalikkan badan, namun Matrawi buru-
buru meraih lengan Juhairiah.
“Tak kasihankah kau pada anakku, Ju?” ujar Matrawi seraya menyelipkan beberapa
lembar rupiah ke jemari perempuan paruh baya itu.

Juhairiah memberanikan diri menatap lelaki di hadapannya. Sejenak ia menghirup
napas dalam-dalam.
“Berhentilah mengharapkan binimu pulang.”
“Mengapa? Mengapa aku tak boleh berharap, Ju? Aku lelakinya!”
“Siapalah engkau dalam pandangan perempuan berharta, selain sebagai insan
kekurangan yang mesti bercermin diri?”
Bagai ditikam sembilu, Matrawi tersengat mendengar ucapan Juhairiah. Gemuruh
dadanya amat riuh. Bila bukan sebab anaknya di rumah, Matrawi lebih memilih menebas
dirinya sendiri.
“Aku ingin bertemu Ibu, Pak. Tolong antarkan aku ke sana,” kata Nawati merajuk
manakala mendapati bapaknya berjalan lunglai usai bersua Juhairiah.
“Nantilah,” jawab Matrawi mengelak. “Ibumu masih mengumpulkan uang guna
membangun istana.”
“Meski bertahun-tahun tak pulang?”
“Pada saatnya kau akan mengerti.”
Nawati tertunduk. Jemari kakinya digerak-gerakkan menggores lantai tanah,
sebelum akhirnya berlari ke halaman sembari sesenggukan.
Aku ingin engkau pulang, Nawati. Bukan di tanah seberang yang namanya saja aku
dengar dari mulut orang-orang. Biarlah rumah kita serupa tumpak belukar yang
berdampingan dengan rawa, asal aku bisa melihat bening bola matamu tiap hari, itu jauh
lebih baik alih-alih engkau pergi.
Nawati, kalau ada hari di mana hujan tak lagi indah sebab air yang turun dari langit
berkejaran dengan mata air yang turun dari kelopak mataku, maka hari itulah jawabannya.
Hari di mana aku berlari-lari di peron saat kereta membawamu merambat pelan. Aku tak
menyangka engkau nekad berangkat tanpa restuku, dan sekadar menitip salam lewat
Juhairiah kalau engkau bakal pulang Idul Fitri lima tahun lalu. Bisaku hanya melambaikan
tangan tanpa bersentuhan, sebab jendela kereta tak merestui kita mengucapkan perpisahan.
Bisaku hanya memanggil-manggil namamu seraya berderai air mata, sebelum akhirnya
petugas berhasil menangkapku yang terus berlari mengejarmu.

“Aku hanya ingin bertemu Ibu, Pak. Mengapa aku tak boleh ke Malaysia?”
Matrawi terdiam. Ia tak menimpali anaknya yang bersikukuh menyeberang. Ia
memaklumi keinginan tersebut, sebab istrinya pergi saat Nawati masih berusia tiga tahun.
“Pekan depan aku berangkat. Baik dengan persetujuanmu atau tidak.”
“Kau tak boleh ke Malaysia! Tidak cukupkah ibumu yang menghilang tanpa kabar
dua puluh tahun lamanya?”
Nawati yang semula duduk, lantas memilih berdiri.
“Aku juga ingin membangun istana untukmu, Pak. Untuk kita. Bukan hidup beranak
pinak di gubuk reot macam ini.”


Burung gagak baru saja melintas di atas pekarangan saat Matrawi teringat ucapan
anaknya. Ia kembali memungut bulpoin dan meneruskan isi surat.
Nawati, Anakku. Aku tak ingin engkau membangunkan istana untukku. Sebab pada
istana, hari-hari yang aku lalui tak lagi penuh bunga-bunga. Cukuplah gubuk untukku di sini.
Sebab aku leluasa mandi di sumur dengan timba, mengejar kupu-kupu dan capung untukmu
tanpa takut disantap anjing yang menyalak.
Kau tak perlu khawatir, bila asap yang menguar dari tungku menciderai bola mataku.
Perihnya mata sebab asap tungku, Nak, tak seberapa perih mendapatimu berada di
kejauhan. Sementara kereta yang terus kutunggu, tak pernah membawamu pulang apalagi
sekadar kabar.
Nawati, pulanglah saat Idul Fitri tahun ini. Tak usah kau bawa mimpi membangun
istana untukku, sebab yang aku inginkan adalah dirimu. Bukan megahnya bangunan yang
hanya sekejap membungkam omongan orang.
II/
“Tidak kasihankah kau melihat lelaki melarat, hina nan tercampak macam aku ini,
Ju? Sudah ditinggal pergi istri, tapi kini anaknya tak kunjung pulang,” kata Matrawi tatkala
meminta tolong pada Juhairiah mengirimkan surat. Bahkan, ia menjual anak kambing
sebagai biaya kirim surat.

Juhairiah tak mampu berujar sepatah kata. Ingin sekali ia menyebut kalau yang
membawa Nawati bukanlah agennya. Ia juga ingin cerita kalau Nawati sebetulnya tak pergi
ke Malaysia. Lima tahun lalu, Nawati menyebut dirinya ditawari kerja seorang lelaki yang
baru dikenal di media sosial, entah dibawa ke mana, dan Juhairiah diminta menyebut
Malaysia apabila Matrawi bertanya.
“Ju? Kau tahu alamat Nawati, kan?” ucap Matrawi menyadarkan Juhairiah dari
lamunan. “Kalau ongkos kirimnya kurang, kau berkabar saja. Aku masih punya seekor
kambing di kandang.”
Bibir Juhairiah benar-benar terkatub. Ia tak mampu berujar sepatah kata
mendengar tutur Matrawi, dan membayangkan dirinya bertahun-tahun menanti anaknya
saat Idul Fitri.
“Kira-kira, butuh berapa hari surat ini akan sampai di Malaysia? Aku sudah buat
rengginang kesukaan Nawati. Nanti, saat Idul Fitri tiba, aku tunggu di jembatan. Kau bilang,
Nawati akan pulang lebaran dan aku diminta menunggu di sana, bukan?”
Bibir Juhairiah jauh lebih gemetar. Ia memaksakan menyunggingkan senyum
padahal ingin sekali berujar, kalau sejak lima tahun silam, dirinya tak tahu di mana Nawati
tinggal, dan apakah masih hidup atau tidak hingga sekarang.

Jember, 20 April 2023

2.1.

Nama penulis : Dr Gatot malaisianto
Judul :

AIR MATA BAHAGIA DI MALAM LEBARAN

Telah berhari hari Raditia kabur dari rumahnya. Dia mengira ibunya tidak setuju dengan rencananya untuk menghabiskan waktu liburan dengan mengunjungi tempat wisata di pulau Bali .

       Raditia tampak berjalan lenggang menikmati indahnya malam . Dia menghentikan langkah kakinya ketika melihat seorang gadis sedang berselisih dengan penjual makanan didepan sebuah gedung megah dekat shopping centre di pusat kota .

Sebenarnya dia ingin mendekat kearah mereka agar mengetahui duduk persoalan yang membuat mereka berselisih dan berusaha membantu menemukan jalan keluarnya untuk menyelesaikan masalah itu dengan damai. Tetapi dia mengurungkan niatnya karena pedagang makanan membiarkan gadis cantik yang berperilaku aneh pergi.

Raditia melanjutkan langkah kakinya menyebrangi jembatan sungai yang airnya jernih dan mengalir deras.
Betapa terkejut hatinya saat dia melihat gadis cantik yang baru saja ditemuinya , tiba tiba dia sudah berdiri didepannya .
” Tolong , jangan halangi jalanku ! Jika kamu tetap berdiri disitu , aku akan menerobosnya “.
Usai merampungkan kata katanya , Raditia segera bergerak cepat mendorong tubuhnya , tetapi gadis itu tidak tidak surut selangkahpun niatnya untuk menghalangi jalannya . Bahkan Raditia tidak menyangka kalau dirinya memiliki keahlian bela diri yang hebat .dia bergerak menghindari dorongan tangannya untuk membuatnya bergerak menjauh dan memberi jalan Raditia untuk melintasi jembatan .
Gerakannya yang lincah bak burung elang menari diudara , membuat tubuh Raditia hilang keseimbangan , berjalan diatas jembatan kayu hingga akhirnya jatuh tercebur sungai .

Meskipun dicekam rasa kuatir tenggelam didasar sungai , Raditia masih sadar sepenuh hati kalau gadis itu sebenarnya sangat baik . Dia berusaha menarik tangannya yang berpegangan pada sebuah papan di tepi jembatan. namun terlambat  karena tubuhnya tercebur kesungai terlebih dahulu .

       Kokok ayam jantan terdengar merdu memecah keheningan pagi . Raditia membuka mata perlahan dan berusaha bangkit dari pembaringan saat mendengar suara ibunya yang terngiang jelas di telinganya .
” Aku senang melihatmu sudah sehat kembali “.
” Bagaimana saya bisa berada di salah satu ruangan panti asuhan bersama ibu ?” .
” Aku telah mencarimu kemana mana setelah kamu kabur dari rumah . Untunglah aku bertemu dengan Ratri , dan dialah yang memberi tahu aku kalau dirimu sedang jatuh tercebur kesungai “.
” Maafkan segala khilaf dan salahku yang telah menoreh luka dan membuat hati ibu sedih ” .

Raditia segera berlutut memohon maaf kepada ibunya . Tetes air mata bening mengalir membasahi pipinya . Hatinya terasa lega  setelah mendengar kata kata ibunya yang membuat dirinya terhibur . Raditia merasa yakin kalau ibunya telah memaafkan dirinya .
” Yang telah terjadi , tidak perlu dirisaukan lagi . Sekarang kau harus siap siap melakukan shalat shubuh . Sesudah itu , ajak Ratri untuk pergi kemasjid untuk melakukan Shalat Aidil fitri disana”
” Benarkah , hari ini adalah hari raya aidil fitri ! “.
” Apakah kau tidak mendengar gema suara takbir berkumandang , bersahut sahutan diangkasa ?” .
” Maafkan saya ,ibu . Hampir semalaman saya pingsan ” ucapnya lirih sambil menggelengkan kepala .
Ibunya hanya tersenyum sambil melanjutkan tutur katanya .
” Aku ingin memberimu nasehat yang berisi pelajaran berharga buat dirimu sebelum kau melangkah lebih jauh dalam menjalin hubungan dengan Ratri” .
” Saya masih belum bisa memahami sepenuhnya kata kata ibu ” .
” Sekarang jawab dengan sejujurnya , apakah kau jatuh hati kepada Ratri ?” .
Raditia segera menganggukkan kepala dengan wajah tersipu malu .
” Ibu sangat senang dengan kejujuranmu . Tolong ! Jangan sampai kau menyakiti perasaan hatinya “
” Saya berjanji untuk selalu menyayangi dan menjaga Ratri dengan sepenuh hati” .
” Kau masih beruntung memiliki seorang ibu yang selalu mendampingiku dalam suka dan duka , walaupun aku jarang mampu memenuhi keinginanmu . Ratri adalah gadis yang tidak pernah tahu kedua orang tuanya sejak dia kecil . Dia gadis yang dan sangat baik hatinya . Suka membantu orang lain yang membutuhkan pertolongannya . Dia telah bersusah payah membantu ibu menemukan dirimu setelah kabur dari rumah ” .
Raditia tampak menunduk sedih mendengar tutur kata ibunya tanpa mengeluarkan sepatah kata .
” Ibu sudah memutuskan untuk mengikuti jejaknya bekerja dipanti asuhan dimana Ratri tinggal ” .
” Saya juga tidak keberatan untuk tinggal diam dan membantu ibu untuk mengurusi panti asuhan yang dikelola Ratri ” .
” Itu baru namanya anak lelaki yang baik dan berbakti kepada kedua orang tua . Sekarang dengarkan , simak dan resapi nasehat ibu sebelum kau pergi kemasjid bersama Ratri untuk menunaikan shalat aidil fitri ” .
Raditia tampak menganggukkan kepala dengan menunjukkan sikap hormat .
” jika engkau memegang gelas yang penuh diisi air , apakah kau merasa berat ?” .
” Tidak , Bu ” .
” Apakah kau tetap mengatakan gelas itu terasa ringan dalam genggaman tanganmu , jika kamu memegangnya sampai berjam jam “.
” Saya tidak tahu dengan pasti . Yang saya ketahui , tangan saya pasti merasa kesemutan karena capai “.
” Jika tanganmu merasa pegal dan berat untuk digerakkan , lalu apa yang terjadi dengan gelas yang sedang kau pegangkan ? “.
” Jika tangan saya gemetar , tentu isinya akan tumpah . Bahkan saya mungkin akan membuat gelas itu terjatuh dilantai dan pecah “.
” Itulah inti dari permasalahan hidup yang membebani hidupmu saat ini . Berat beban isi dalam gelas adalah masalah yang kau alami . Sebenarnya hal itu tidak menjadi masalah . Namun semakin lama kamu memendam derita dan amarah dalam hatimu , maka masalah itu akan semakin membesar menjadi gunung batu yang mengguncang hidupmu “.
” Lalu apa yang seharusnya saya lakukan secepatnya ?”
” Kau harus meletakkan semua permasalahan sesuai pada tempatnya , hingga beban penderitaan yang kau alami menjadi ringan bahkan bisa terselesaikan . Sekarang cepat kau temui Ratri dan katakan kau jatuh hati padanya “.
” Baiklah ! Saya akan ikuti saran ibu “.
” Tapi ingat jangan memaksakan kehendak . Jika Ratri tidak bisa menerima cintamu , kau harus bisa menerima dengan lapang dada . membuang sakit hati dan rasa kecewa dalam hatimu “.
” Tentu saja saya harus menerima segala kenyataan hidup dengan lapang dada “.
” Bagus , Raditia ! Yang terpenting kau harus minta maaf terlebih dahulu kepada Ratri , sebelum engkau pergi kemasjid untuk melaksanakan shalat aidil fitri “.
” Bukan hanya untuk Ratri saja , tetapi saya harus mohon maaf lahir dan batin kepada ibu terlebih dahulu dan berjanji untuk tidak membuat sakit hati ibu lagi “.
” Bukankah sejak kau berada disini kau sudah minta maaf dan ibu sudah memaafkanmu “.
” Terima kasih banyak atas kasih sayang dan pengertian ibu . Saya berjanji untuk mengubah cara hidup saya agar lebih bertakwa kepada Allah SWT “.
” Itulah harapanku satu satunya . Ibu bangga mempunyai anak yang sholeh , takwa kepada Allah SWT dan patuh kepada orang tua “.
” Kalau boleh tahu dimana Ratri berada sekarang ?”
” Dia sedang membantu anak anak yatim mempersiapkan diri untuk pergi kemasjid menunaikan shalat aidil fitri “.
” Apakah saya boleh menemuinya , sekarang ?”  .
” Tentu saja . Kau harus merasa bahagia merayakan aidil fitri yang disambut gegap gempita oleh semua umat islam diseluruh dunia ” .
” Terima kasih , ibu . Aidul fitri tahun ini menginspirasi diri saya untuk menjalin hubungan dengan orang disekitar lingkungan baru tempat saya dan ibu tinggal “.

Joglo Mapalas universitas dr Soetomo Surabaya , 26 April 2023
                     

Biodata penulis
Penulis lahir di Surabaya , 22 November 1964 dengan Gatot malaisianto.
Penulis aktif melahirkan karya sastra berupa cerpen dan puisi setelah menyelesaikab Akta IV FKIP Universitas dr Soetomo dan diberi kesempatan menjadi kontributor majalah kamus Universitas dr Soetomo ” CENDEKIA “
Penulis berhasil menulis novel dengan judul love on the slope of mountain and The Book Of The Year , diterbitkan oleh Franklin Publishing Company , Bold Christian University , Texas , USA setelah penulis menyelesaikan TOEFL program di World English Institute Oregon USA .

Hormat kami
Penulis
Dr Gatot malaisianto

2.2.

Raya Lelaki Penebas Jalan
Putraery Ussin

“Apa pula aku yang bersalah?”
“Habis itu, aku ke yang salah?”
Suasana sepi seketika. Angin yang berpuput lembut menyegarkan. Peluh-
peluh yang bersisa disapa angin terasa dingin. Setelah lama berpanas membiarkan
diri dibakar terik mentari, dapat meneduhkan diri seketika di bawah rimbunan
pepohon palma ini amat menenangkan. Berasa sangat nikmat. Syukur.
“Kita sama-sama bersalah kut ….” Yazid senyum. Dia sudah merebahkan
dirinya di atas rerumput yang segar itu.
Kemudian mereka ketawa. Kesunyian dalam kebun kelapa sawit yang berada
di pinggir jalan itu riuh seketika. Sepasang burung merbok yang bertenggek di
pelepah sawit itu bercempera terbang. Rakan-rakan lain yang juga makan gaji
sebagai penebas jalan tercangak-cangak melihat ke arah mereka. Galak sungguh
rakan mereka itu ketawa ria. Yang tadinya berbaring beralaskan kain besan untuk
merehatkan badan, bingkas bangun untuk melihat-lihat. Waktu rehat tengah hari
pada bulan puasa tiada makan-makan, jadi mereka hanya melepaskan lenguh-
lenguh badan. Semuanya mahu melepaskan lelah kerana sejak awal pagi hingga ke
petang membersihkan jalan. Tanpa henti bekerja sambil menahan lapar dan dahaga
pula itu. Sudah pasti terasa lesu.
Biarpun sudah di penghujung Ramadan, rutin mereka sebagai pekerja
menebas jalan tetap dilaksanakan. Pada malam ini akan diumumkan tarikh hari raya
hasil pencerapan anak bulan Syawal seperti yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa. Jika esok hari raya, maka barulah mereka akan bercuti. Cuti lama.
Seminggu. Bos kata biar jalan raya lapang daripada kereta yang lalu-lalang pulang
berhari raya, kelak baru mereka akan lebih selesa untuk membersihkan jalan. Jadi
mereka masih perlu bekerja selagi tidak diumumkan tarikh hari raya.
“Kita ini, kerja sungguh … sampai ke garisan terakhir Ramadan. Tengok orang
lain dah mula sibuk nak balik beraya.” Khairul memandang ke arah jalan raya.
“Nak kalut apa? Rumah kita di kawasan ini sahaja. Eh, nanti kita singgah beli
daging na ….” Yazid selamba.

“Amboi, beli daging untuk bekas bini ke?” Khairul ketawa besar. Yazid juga
turut ketawa.
Bekerja sehingga saat-saat akhir pun tidak menjadi hal. Ah, kampung mereka
hanya di daerah itu! Mereka juga tidak perlu memikirkan soal hendak menempuh
kesesakan jalan raya untuk pulang ke kampung. Cuma kelak, perlu singgah membeli
daging di tepi jalan untuk dibuat rendang. Daging lembu segar yang baru disembelih
menjadi keutamaan berbanding daging sejuk beku. Lemang dan ketupat selalunya
mereka akan masak pada malam hari raya untuk dimakan bersama kari atau
rendang daging lembu segar itu. Pada malam hari raya, selalunya meriah dengan
pelbagai aktiviti persiapan untuk menyambut hari kemenangan.
Eh, kenapa semua orang perlu pulang ke kampung? Beraya sahajalah di
tempat mereka bekerja? Sanggup pula merempuh perjalanan berbelas-belas jam
dan juga menghadapi kesesakan jalan raya yang teruk, semata-mata untuk pulang
beraya hanya sehari dua. Khairul masih ralit memerhati ke arah jalan raya. Sebuah
kereta membunyikan hon beberapa kali. Semua persoalan itu hilang dikejutkan oleh
bunyi bingit itu.
Seseorang yang menjadi kepala kerja kepada mereka berlari-lari anak untuk
menemui pemandu kereta jenis pick up itu. Beberapa detik kemudian, dia menjerit
kepada rakan-rakan sekerjanya. “Hoi, bos kata boleh balik sekarang! Raya ke tak
raya ke, esok kita sudah boleh cuti. Boleh balik awal untuk bersama keluarga
tersayang ….” laungannya bersemangat sekali.
Siapa yang tidak seronok dapat beraya bersama orang tersayang? Mereka
bersorak riang. Masing-masing sudah bingkas bangun untuk pulang. Yazid dan
Khairul masih bermalas-malas. Mereka tidak perlu tergesa-gesa. Kalut-kalut buat
apa? Tidak lari raya di kejar. Nanti-nanti pun boleh raya. Syawal sebulan.
Raya pada tahun ini mereka kembali seperti dahulu kala. Setahun sahaja
keseronokan itu bertahan dan dikecapi. Ya, semua yang berlaku adalah ketentuan
Ilahi. Seperti mana raya terkejut pada tahun lepas, begitulah juga kejutan yang
mereka terima. Mereka bertemu jodoh. Cuma pada tahun ini, walaupun riuh di media
sosial tentang kemungkinan ada kejutan lagi. Tetapi pada mereka sudah tiada erti.
Ramadan dan Syawal tetap datang dan pergi. Mereka pula akan kembali sebagai
penebas jalan.
Khairul perhati Yazid yang masih berbaring selesa tanpa alas di atas rumput.
Sahabatnya itu langsung tiada perasaan barangkali. Khairul berasa sangat gundah.

Hidupnya seolah-olah mengundur ke belakang. Kenangan saat perpisahan itu
menjelma.
“Kau ini, dah kenapa?” Khairul mempersoalkan tindakan sahabat baiknya itu.
“Yalah, aku terima dia sebab kau tinggalkan dia terkontang-kanting. Sudah itu,
kau menikah pula dengan emak Diana. Dia menangis di hadapan aku. Kami
berpelukan … tak kan tak nak kahwin. Kesian kut.” Yazid masih selamba.
“His, kau tak rasa bersalah ke?” Khairul benar-benar bengang dengan
perangai Yazid yang seperti tidak berperasaan itu.
“Kau tinggalkan mak dia … aku lepaskanlah Diana. Dia juga boleh balik
semula ke rumah emak dia, tanpa berjumpa dengan kau. Lagipun mana tahu …
kalau kau nak kembali bersama dia. Selesai … titik.” Yazid melirik senyuman.
“Tak mahu aku ….” Khairul serba salah. Perasaannya kepada Diana
sebenarnya masih ada. Dia yang montel itu cantik. Ah, dia memilih emak Diana
dahulu sebab kelam mata barangkali!
“Apa yang kau tak mahu?” Yazid mengejutkan lamunan Khairul. Segala punca
perpisahan dengan isterinya dahulu hilang. Khairul terpinga-pinga. Suara Yazid yang
separa jerkah itu dirasakan menikam gegendang telinganya. Lalu merobek kembali
luka lama di hatinya. Diana bekas kekasihnya itu kembali menari-nari dalam
ingatannya.
Yazid bersuara lagi apabila melihat Khairul masih terkulat-kulat. “Dah
meroyan, tiba-tiba bercakap seorang-seorang …. Jom balik, kita tunggu anak bulan
malam ini!” Yazid sudah menghidupkan enjin motosikal.
Perlahan-lahan sahaja Khairul melangkah. Segala yang merasuk benaknya
masih menghantui. Dia berasa bersalah. Dan pada hari raya yang penuh dengan erti
kemaafan ini, dia perlu membuat keputusan yang terbaik. Sebaik-baiknya pada
bulan Syawal, mereka perlu saling maaf-bermaafan. Buang yang keruh ambil yang
jernih. Hidup perlu diteruskan. Ya, perlu kembali kepada fitrah!
Syawal pasti menjelma. Lantaklah anak bulan hendak nampak atau tidak
pada malam ini. Anak bulan tinggi berapa inci dari garisan bumi juga mereka tidak
peduli. Mereka kena terus mencari rezeki dan juga hidup yang lebih bererti. Selepas
hari raya nanti, rutin menebas jalan akan diteruskan lagi. Banyak lagi lalang dan
rumput perlu ditarah nanti. Itu kerja mereka. Biar semua jalan raya nampak bersih
dan cantik. Lagipun kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Ah, kerja itu
akan disambung semula selepas seminggu beraya! Namun sampai bila mereka
akan berterusan sebegini?
Khairul muram. Yazid seperti biasa sahaja. Ada atau tiada pasangan sama
sahaja padanya. Rutin raya tetap sama. Bangun awal pagi bersiap untuk solat sunat
hari raya. Lepas itu terus berarak segenap kampung berhari raya di rumah kawan-
kawan dan saudara mara. Seperti biasa juga. Sejak dari zaman kanak-kanak
sehingga remaja tiada perubahan apa-apa. Eh, mereka pernah menjadi dewasa
seketika! Berkahwin dan beraya bersama isteri. Cuma itulah, hanya seketika.
Yazid senyum sendirian.
“Mu gila dah ke, dok tak dok senyum seorang-seorang ini?” Khairul cerlung
kawan baiknya itu. Mereka sentiasa bersama, malah bertemu jodoh juga hanya
selang beberapa hari. Begitulah takdir hidup mereka yang seperti isi dengan kuku.
Kadang-kadang cubit paha kiri, paha kanan juga terasa sakit.
“Kita pergi raya rumah jandamu nanti, nak?” Yazid sambil menunggu jawapan
daripada Khairul.
“Rumah jandamu jugakan? Aku on sahaja ….” Khairul ketawa. Soalan Yazid
itu mengembalikan cerianya.
“Betul ini, mu tak sedih nanti di hari raya melihat jandamu bersiap lawa-lawa?
Eh, juga bekas kekasihmu yang sejak dari sekolah itu ….” Yazid masih mahu
menyakat sahabatnya itu. Jika boleh dia tidak mahu Khairul berduka lara lagi.
Khairul hanya ketawa kecil lantas kerabat di belakang motosikal yang di
bonceng oleh Yazid. Mereka mahu segera pulang. Lagipun hari juga sudah hampir
masuk waktu solat asar. Dia merancang untuk mengajak Khairul singgah solat di
masjid yang berhampiran. Jika malam ini Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
mengumumkan esok hari raya, maka dia akan berasa lega. Ya, jalan raya sudah
bersih. Kereta atau motosikal boleh berhenti dengan tenang di tepi jalan, jika berlaku
kecemasan. Cuma buanglah sikap suka membuang sampah di bahu jalan. Sudah-
sudahlah perangan jijik sebegitu. Cukup-cukuplah rakyat Malaysia yang madani ini
daripada bersikap sedemikian.
Pengotor. Marah benar Yazid apabila memikirkan tentang itu. Jauh benar
segala fikirannya merewang. Sampai ke sikap masyarakat bermain-main dalam
benaknya.
“Hoi, kau ini kenapa? Tiba-tiba daiam. Sentimental pula ….” Yazid cuba
menghidupkan suasana perjalanan mereka.

Lain macam sungguh gelagat rakannya itu. Sesekali kelihatan murung … ada
ketika terlihat mencuka … juga boleh naik angin tak tentu fasal. His, tak mungkin
Khairul sedih atau kecewa mengenangkan raya pada kali ini dia akan kembali
sendirian. Ah, dahulu mereka boleh melalui hari yang mulia ini sendirian! Tiba-tiba
hendak bersyahdu.
“Ah, mu ini macam tak biasa raya sendirian. Dok teriak buat pa?” Yazid cuba
berkalih wajah untuk melihat Khairul yang langsung tidak memberi respons kepada
perbualannya.
Khairul tetap tidak menjawab. Ingatannya kembali kepada detik-detik berhari
raya pada tahun lepas. Semuanya indah. Bangun sahaja pada waktu pagi sudah
ada seseorang menemani mandi. Ketika sarapan juga sama-sama melengkapi.
Bergurau sambil suap-menyuapi.
Walaupun jodoh mereka secara tidak sengaja tetapi saat dan ketika itu
mereka sangat bahagia. Sukar untuk digambarkan dengan perkataan akan rasa
bahagia dan seronok itu.
“Kau dah teruk ini … lebih baik kamu bersama semula. Aku tahu Diana sangat
menyayangimu, Khairul.” Kali ini Yazid yang banyak bergurau itu bersuara tegar.
Khairul masih diam. Motosikal yang di bonceng oleh Yazid bergerak
sederhana laju membelah petang. Jiwanya tenang. Dia juga sangat sayang Diana.
Perhubungan mereka bermula sejak di bangku sekolah. Hanya kerana mengikut
keinginan yang melampau, dia memilih Ibu Diana, janda yang bergetah itu. Ternyata
perkahwinan atas dasar nafsu itu tidak kekal lama. Cintanya masih tertinggal di hati
Diana.
“Mu rasa aku perlu melamar Diana kembali ke? Tapi dia jandamu ….” Khairul
tidak sempat menghabiskan ayat itu kerana Yazid sudah ketawa besar.
“Aku serius ini … sampai bila kita nak hidup lagu ini? Raya tahun lepas aku
gembira ada bini, beraya bersama. Tak boleh aku hidup macam ini. Lelaki penebas
jalan juga nak beraya dengan bini.” Khairul memutuskan kata.
“Ya, aku setuju … boleh tak kalau aku nak berkahwin dengan jandamu? Mak
Diana itu ….” Yazid sangat-sangat mengharap jawapan ya daripada Khairul.
Mereka sama-sama ketawa. Yazid mempercepatkan kelajuan motosikalnya
untuk segera sampai ke rumah. Kali ini dia mahu ibu bapanya melamar dengan
penuh adat istiadat. Pada hari raya ketiga di mahu melamar ibu Diana. Ya, dia serius!

2.3.

INDAHNYA KENANGAN AIDILFITRI

Syawal 1444H kali ini amat membahagiakan Suri. Sehari sebelum  hari raya semua anak-anak telah memenuhi ruang rumah yang sederhana itu. Empat dari lima orang anaknya balik pada  malam sehari sebelum jatuhnya Aidilfitri. Cuma pada petang sebelum hari mulia itu seorang balik kerumah mentua kerana tahun ini adalah giliran berhari raya di pihak sana. Suasana meriah memang tidak dapat dinafikan dengan kehadiran cucu-cucu  yang masing- masing berusia bawah dua belas tahun.
Berbagai karenah dan ragam gelagat mereka. Biarlah mereka bukan selalu dapat berkumpul begini.

Awal Ramadan, niatnya untuk tinggal di pondok madrasah terlaksana apabila telah diterima untuk bersama menghadiri  siri “Raudah Ramadan” anjuran sebuah Pondok Madrasah Tahfiz di daerah tempat tinggalnya. Suri dan suami sangat teruja dapat bersama menjalani ibadah puasa dengan semua para santeri di sana. Satu pengalaman indah telah dapat dirasa ketika disana.
Tidak ada ruang waktu yang sia- sia melainkan mendekatkan diri dengan Allah siang dan malam. Doanya agar dia dan suami dapat meneruskan amalan tersebut apabila balik ke rumah kelak.
Setiap syarah dan kitab yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Noruldin al-Banjari selaku Penaung Madrasah sememangnya melekat di hati.

Ah…jauh fikiran mengenang kenangan itu. Kini dia telah berada di rumah, enam hari sebelum Aidilfitri. Dapat juga merasai dua dia antara malam-malam sepuluh hari terakhir yang istimewa. Semoga Allah terima lanjutan amalan yang terus dilakukan di rumah. Hanya timbang tara dari Allah yang menentukan kedudukan amalannya.

Pagi 1 Syawal itu dia mengenakan sepasang telekung yang belum pernah dipakainya sejak dihadiahkan oleh seorang teman sempena hari lahirnya setahun lalu. Dua hari lalu Suri mengeluarkan dari sarung plastiknya terus membilasnya dengan air sabun dan air bersih untuk mennghilangkan “bau kedai” dan akan dirasmikan untuk solat Aidilfitri.
Aduh, usai solat, tiba-tiba, suaminya datang dari hala belakang menarik sekeping kertas kecil dari belakang telekung  dan menghulurkannya kepadaku.
Alamak, tag harga dan jenama masih tergantung tumpang. Aduh tak seorang pun ahli keluarga yang perasan sewaktu pergi. Suri malu sendiri, nescaya jemaah di belakang telah mentertawakannya.
Rupa-rupanya sewaktu membilas telekung tersebut, Suri tidak perasan tag yang masih tergantung, terus menggantungnya untuk dikeringkan lantas memakai tanpa meneliti di pagi Syawal. Semoga mereka yang telah ternampak tidak bercerita tentang kejadian lucu tapi memalukan juga buat dirinya.
Manakala nasibnya juga tidak baik kerana semalam pula, salah seorang anak menantunya dengan tidak sengaja telah menyebabkan lengan baju rayanya rosak berlubang ketika sedang menggosok baju raya Suri. Mungkin suhu kepanasan seterika terlalu tinggi. Menantunya berkali-kali meminta maaf atas kecuaiannya . Suri tidak marah pun, perkara memang nak berlaku, apa boleh buat. Tak mengapalah. Itulah antara peristiwa  Syawal tahun ini di sebalik kemeriahan yang disambut bersama keluarga. Malam raya yang telah dihangatkan dengan riuhnya keseronokan cucu-cucu yang dilayan kaum bapa bermain bunga capai sementara kaum ibu sibuk menghias rumah dan memasak juadah  raya di dapur.

Seperti biasa saat bermaafan- merupakan episod air mata yang  tanpa diundang. Sayu , sedih, sebak dan terharu  bercampur baur saat anak-anak menantu bergilir-gilir menyembah  salam memohon ampun maaf darinya dan suami. Dakapan mesra kasih sayang tidak terungkai dek kata-kata. Di saat itu juga airmatanya tidak dapat ditahan kerana wajah arwah anak sulungnya turut menjelma di ruang matanya. Kali terakhir Suri sekeluarga telah dapat  beraya bersamanya ialah empat belas tahun lalu, bererti selama itulah setiap Syawal bayangan arwah ada bersama mendakapnya.
Begitulah naluri  hati seorang ibu. Tidak akan terlepas pun ingatan dan doa buat anak-anaknya meski pun anak itu tidak lagi akan pernah wujud di depan matanya.
Apalagi  di saat hari bahagia begini.

Usai bermaafan seperti biasa sesi bergambar keluarga pula. Pelbagai gaya yang telah dirakamkan untuk diabadikan. Cucu-cucu pun seronok setelah mendapat habuan duit raya masing-masing.

Hari raya pertama memang Suri dan keluarganya kebanyakan masa berada di meja makan. Segalanya macam hidangan yang lazat telah disediakan anak menantu. Ketupat nasi, ketupat daun palas, rendang ayam, rendang daging sambal  kacang,  sambal goreng semua hasil tangan mereka. Suri hanya menyediakan sayur lodeh sahaja kerana anak- anak mahukan air tangannya yang memasak lodeh, setiap tahun. Lodeh masakan mak istimewa menurut mereka.

Selepas zohor, masing berehat sebelum berkonvoi menuju kampung Parit Maimon, Batu Pahat untuk menziarahi Nak Yang, ibu tiri Suri serta bapa saudaranya yang masih ada. Menziarahi kaum kerabat yang lebih tua menjadi amalan tradisi keluarganya sejak dulu lagi. Sekarang ini pula di pihak Suri cuma tinggal ibu tiri dan dua orang bapa saudara yang masih ada di kampung.
Berbeza di pihak suaminya yang cuma tinggal adik beradik sahaja.. Ayah dan ibunya telah  lama kembali ke Rahmatullah dan adik beradiknya akan menganjurkan satu hari khas untuk berkumpul dan semua akan balik ke Kelantan berkumpul di rumah adiknya yang tinggal di rumah pusaka.

Seperti biasa, antara Batu Pahat dan Kluang menjadi suatu perjalanan yang amat jauh sehingga berjam-jam lamanya akibat dari kesesakan jalan raya.
Setiap tahun tidak dapat dinafikan beginilah keadaannya setiap kali hari perayaan di rayakan. Apapun  kemeriahan mengatasi kepenatan dan keluarga Suri tetap bergembira lantaran Hari Raya Aidilfitri datangnya hanya setahun hanya sekali.

Tamat. 

2.4.

SAYEMBARA ESVA 3 2023

Peserta: Paridah Ishak

CERITERA AIDILFITRI 1444

Sebelum menjelang Aidilfitri, pada 29 Ramadan 1444 anak-anakku sudah merancang
perjalanan untuk ke Chendering diTerengganu, berhari raya di sana. Setelah itu dalam
perjalanan pulang ke Serendah, di Selangor singgah pula beraya di perkampungan
FELDA Wilayah Jengka. Kampung halamanku antara satu terletak di situ.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan via media siaraya, satu
Syawal jatuh pada hari Sabtu 21 April. Maka aku dan anak-anak cucu pun bertolak awal
pagi menaiki kenderaan dipandu anak menantuku melalui lebuh raya menghala pantai
timur sambil beribadah puasa pada 30 Ramadan 1444. Turut dibawa bersama pelbagai
kuih-muih dan persiapan untuk berada di sana selama beberapa hari.

Jalan raya agak lengang. Tidak terlalu sibuk sehingga menyebabkan jammed
seperti kebiasaannya lantaran penghuni kota raya Kuala Lumpur kebanyakannya
perantau dari merata daerah, berpusu-pusu kembali ke kampung halaman untuk
menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Situasi berlama dalam kenderaan tidak
berlaku. Keterujaan ‘balik kampung’ bersesak dalam jammed di lebuh raya tidak terasa.
Mungkin aliran trafik tiada gendala kerana ramai yang telah pulang lebih awal ke

kampung sebaik cuti sekolah bermula. Perjalanan pun lancar hingga sampai destinasi
tujuan iaitu rumah Adik.

Singgah sebentar di Kijal tempat jualan lemang terkenal dengan
harganya berpatutan dan rasanya sesuai seleraku sekeluarga. Selalunya lemang
yang dijual terlebih masin walau tular di media sosial tersangatlah sedapnya.
Tapi tiada rezeki kerana semua lemang di situ sudah ditempah pembelinya.
Perjalanan pun diteruskan melalui jalan pinggir pantai.

Sepanjang persisiran Laut China Selatan membiru indah. Biru sungguh..
Subhanallah. Berhenti seketika di bawah naungan pohon rhu pantai Kemasik
untuk melegakan kelelahan sekian lama dalam perjalanan berkereta, memerhati
ombak berdebur memukul pantai. Bayu laut nenyapa lembut.

Ada rezeki juga hendak berlemang di pagi raya sebaik terlihat seorang gadis
menjualnya di sebuah warung kecil ‘pisang sesikat’. Cuaca terang benderang. Bahang
panasnya mulai terasa sebaik melepasi sempadan Pahang. ‘Panas berdering’ kata
orang Terengganu.

Memasuki jalan Marang menghala ke Chendering kelihatan rumput di tepi jalan
kekeringan dan dedaun di pohon-pohon kelayuan. Mungkin bumi sebelah sini agak
lama tidak disimbahi hujan. Kemarau. ‘MetMalaysia’ melaporkan suhu cuaca panas di
Kuala Terengganu mencecah 37 darjah celcius. Ada juga kawasan terbakar dan
apinya membakar hutan kecil di pinggir jalan.

Adik tidak ada di rumah kala kami tiba. Dia ke hospital di Kuala Terengganu
menguruskan kakaknya yang terpaksa menerima rawatan di wad kerana tekanan darah
tinggi tidak stabil setelah menjalani rawatan dialysis sakit buah pinggang.

Kasihan sungguh Zura, tika orang lain bersibuk membuat persiapan raya, dia
terlantar di katil hospital. Aku pun pernah mengalami situasi begitu berpuluh tahun dulu
justeru aku memahaminya. Dan sentiasa mendoakan kesembuhannya. Hendak
melawatnya pun susah juga. Sebab hanya orang tertentu dibenarkan.

Alhamdulillah suaminya setia di sisi, menjaga kebajikannya. Dan Adik membantu
dengan sedaya upayanya. Kesibukannya menguruskan kakaknya menyebabkannya
tidak dapat menyediakan persiapan menyambut Aidilfitri keesokannya.

Setelah berbuka puasa sebaik azan maghrib berkumandang dan bersolat jamak
maghrib bersekali isyak, anak-anak dan cucu-cucuku menyingsing lengan bergegas
menyiapkan dengan kadar segera segalanya, daripada mengemas rumah sehingga
menyediakan juadah hidangan hari raya.

Hari raya di sini menu utama mesti ada nasi dagang dengan gulai ikan tongkol.
Nasi impit dengan rendang ayam dan kurma daging pun dibuat juga. Di samping itu
masih sempat membakar sate dan memanggang daging kambing perap. Kuih-muih
berupa biskut berbalang di susun penuh semeja.

Kala Adik dan anak-anakku sibuk memasak, cucu-cucuku berserta sepupu-
sepupu mereka berseronok bermain bunga api dan mercun. Adik berhabis duit

menyediakannya untuk menggembirakan anak-anak saudaranya yang pulang dari jauh
meraikan hari raya bersamanya.

Aku sekadar memerhati kemeriahan suasananya. Berada di tengah keluarga ini
terasa ukhuwah kasihnya terjalin erat.

2, ADIK

Adik, anak bongsu daripada 13 orang adik beradik. Abang-abang dan kakak-kakaknya
telah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik. Adik sendiri seorang graduan IPTA
tetapi memilih mandiri kerja sendiri di samping berada di rumah bersama ayahandanya.
Bondanya telah meninggal dunia dua tahun lalu. Ayahandanya menyusul bondanya
mengadap Ilahi pada Ramadan tahun lalu. Kudoakan roh kedua-duanya dicucuri
rahmat-Nya, berada di kalangan para solehin beriman di sisi-Nya. Amiin YRBA.
Aku sangat kagum sikap Adik yang tangkas menguruskan hidupnya tanpa bergantung
pada sesiapa. Adik seorang gadis muda yang cantik tapi tetap tidak kekok menternak
kambing sebagai bahan dagangan pada mereka yang memerlukan. Untuk
menguruskan penternakan kambingnya, Adik telah mengikuti kursusnya di sebuah
agensi pertanian di Kelang.
Aku mengenali adik sejak kecil. Hobinya memancing ikan di sungai dan laut.
Sementelah kampung Adik di Chendering ada sungai dan laut. Setakat hendak
makan ikan segar setiap hari memang tiada masalah.

Adik menggemari kegiatan lasak tapi rajin juga membuat kebajikan dengan
memasak untuk jemaah dari merata negara yang kadangkala bermusafir di masjid Bukit
Payung berhampiran rumahnya.
Kisah Adik menginspirasikan aku menulis skrip drama radio yang disiarkan dalam slot
melodrama Radio Klasik Ogos 2019 dengan judul ADIK FARAH. Alhamdulillah!
Sekiranya ada yang berminat hendak membeli kambing Adik untuk kenduri atau rumah
terbuka Syawal bolehlah hubungi adik.
Adik kini dengan projek barunya merempa hutan sekitar Terengganu mencari
madu lebah liar. Pulau-pulau sekitar Tasik Kenyir menjadi tempat permainannya
mendapatkan sumber. Kemudian mengumpulkannya dan dihantar ke pusat
pemerosesan madu MARDI di Kuala Terengganu untuk dieksport keluar negara.
Adik menjadi harapan kakak-kakak dan abang-abangnya untuk menghantar dan
mengambil anak-anak yang bersekolah di tempat jauh. Maklum Adik masih solo, belum
berkeluarga sendiri. Tiada sebarang komitment selain kerjanya yang tidak mengikut
aturan masa tetap.

  1. AIDA

Sebelum pulang anak-anakku membawaku ke rumah Aida di jalan Padang Golf
berhampiran lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Aida kawan anakku
tika dia membuat diploma pendidikan untuk menjadi guru setelah usai ijazah sarjana.

Mereka berdua masih berhubungan walau berpisah setelah tamat pengajian
masing-masing dan berkerjaya di tempat berbeza. Aku pernah mengikut anakku ke
rumah Aida dulu. Tika itu aku masih lagi boleh berjalan secara perlahan.

Sebenarnya tika itu dalam perjalanan ke Jerteh, menemui sahabatku Noorlaila
Ghafar dan singgah sebentar di rumah Aida. Emak Aida pun cergas orangnya
menyantuniku sebagai tetamunya. Ramah bertanya begitu begini.

Kini suasananya sudah berbeza. Emak Aida terlantar sakit dan lemah upayanya.
Namun masih berusaha sedayanya bersembang denganku walau sebentar kerana
beliau tidak boleh duduk dengan lama. Pabila mengetahui aku telah tiga hari berpuasa
enam, bersungguh-sungguh beliau berpesan pada anaknya agar membekalkanku nasi
dan lauk untuk berbuka puasa. Aku dan anak-anak bermohon izin pulang setelah
bersalaman dan mengharapkan pertemuan berlaku lagi suatu ketika nanti. Insya-Allah.

Perjalanan pulang terasa agak pantas walau sering juga berhenti di masjid,
bersolat, membeli makanan, menunaikan hajat. Jajaran pohon sawit menghijau di kiri
kanan jalan sehingga sampai di kawasan rehat dan rawat di Maran. Berhenti lagi.

Setelah itu roda kenderaan kembali bergulir melepasi Bandar Temerloh
memasuki lebuh raya menghala perkampungan FELDA area Jengka. Di sinilah
kampung halamanku.

Tapi telah ditinggalkan setelah aku terpaksa berpindah mengikut anakku ke
Serendah lantaran ketidakupayaanku menguruskan hidup sendirian. Kalau dahulu ada
emak, ayahku membantu segenap keperluanku. Kini kedua-duanya telah tiada.

Balik kampung sekadar melihat jejak kenangan. Rumahku pula telah disewakan
pada FELDA PERTANIAN untuk menempatkan pekerja asing dari India, Bangladesh dll
kerana skim FELDA di peringkat dua sedang dilakukan kegiatan tanam semula.

Kawasan ladang sawit beratus hektar keluasannya kelihatan lapang dan kering
kontang setelah pohon sawit ditebang. Tambah lagi tika ini sedang musim panas. Aku
cuma bayangkan kalaulah hujan turun dengan lebat persis dahulu tentu akan laju air
mengalir menyebabkan banjir bercampur selut menerobos masuk rumah peneroka
yang berada di kawasan rendah.

Termasuklah rumah aku juga. Ladang sawit peringkat empat belum lagi ditebang
dan masih mengeluarkan hasil BTB (buah sawit tandan baru). Rumahku yang
disewakan pada pekerja asing itu entah apalah jadinya.

Kukosongkan mindaku dari keserabutan yang membelenggunya. Teringat hendak
ziarahi adikku yang tinggal di rumah pusaka dan jiran-jiranku dahulu. Aku bertanya
tentang khabar Atie pada adikku. Teringin juga hendak menziarahinya.

  1. ATIE

Atie anak saudara adik iparku. Tinggal bersama datuk dan neneknya sedari kecil,
sekampung denganku. Dia menyelesaikan persekolahan peringkat rendah dan
menengah di sini. Emak ayahnya tinggal di sebuah kampung felda berhampiran.
Seorang gadis remaja yang cantik dan baik budi pekertinya.

Dia rapat juga dengan adikku yang dipanggilnya mak lang. Kadang dia akan
menemani mak langnya yang memandu kereta menghantarku berurusan di bank. Dia
akan memimpinku berjalan perlahan memasuki bank. Aku terhutang budi akan
kebaikannya.

Atie mendapat pekerjaan di sebuah agensi kerajaan lalu bertemu jodoh dengan
teman sepejabatnya. Perkahwinan yang bahagia sehingga dikurniakan seorang cahaya
mata. Tragedi menyayat hati berlaku tika dia melahirkan anaknya yang kedua.

Tiba-tiba berlaku komplikasi kerana hipertensi yang amat tinggi tika dia hendak
melahirkan anaknya yang kedua. Dia terus koma. Kalau aku tidak silap dalam tahun
2006.

Dia dibawa pulang ke rumah emak ayahnya kerana neneknya telah meninggal
dunia. Dan datuknya semakin uzur justeru faktor usia dan pelbagai masalah lain. Ayah
dan emaknya yang menjaga anak kecil itu bersama suaminya.

Usaha merawati untuk menyedarkannya dilakukan selalu oleh keluarganya.
Masa berganti masa harapan emak ayah, suaminya, anak-anaknya untuk melihat Atie
sedar dari koma tidak pernah putus. Dan kudoakan afiahnya.

Lantaran kisah itu telah sekian lama terjadi aku sangkakan Atie telah pulih
sediakala. Akupun menanyakan adikku tentang perkembangan kesihatan Atie.
Jawapannya mengejutkanku.

Rupanya Atie masih koma. Bukan hampir sebulan sepertiku alami tika eksiden

  1. Tapi berbelas tahun lamanya.  Datuk dan ayahnya telah meninggal dunia. Emak
    dan adik beradiknya terus menjaganya sepenuh daya.

Anak yang dilahirkannya tika dia alami komplikasi membesar dengan sihat.
Telah juga meninggal dunia. Wani yang sering membantu emaknya menguruskan Atie
juga telah meninggal dunia. Masya-Allah.

Anak sulung Atie sudah remaja kini tinggal bersama bapanya yang telah
berkahwin lagi.  Kisah Atie menyentuh hatiku. Aku doakan semoga Atie segera pulih
sedar dari koma yang lama. Allah itu Maha Penyembuh segala penyakit yang berada di
langit dan di bumi…amiin.

Besar ujian-Nya mengganjari Ros, insya-Allah. Seorang ibu yang tabah
berkorban apa saja mendepani susah payah demi Atie anak kecintaannya.

Dulu ada siri drama TV disiarkan TV3 lakonan Isma Aliff dan Shamsul Ghau
Ghau mengisahkan watak seorang yang koma tahun 70-an dan sedar tahun 2000-an
terbawa dengan gelagatnya suka berdisko menari tarian John Travolta dalam filem
Saturday Night Fever. Aku fikirkannya cuma karya kreatif penulisnya. Sebenarnya
memang ada logiknya setelah aku melihat Atie begitu walau Atie masih koma.

Sudah berbelas tahun Atie menyambut Aidilfitri dalam koma. Apakah aku layak
menyesali suratan takdirku menjadi OKU tapi aku masih boleh tersenyum dan ketawa
menyambut Aidilfitri bersama anak cucu walau berkerusi roda membawa kelelahan
kemana saja mengusung kesakitanku dan hidup seadanya?

Takdir setiap hamba-Nya tersurat di Loh Mahfuz. Reda dan bersyukur menerima
ketentuan-Nya. Sambil meraikan Aidilfitri hari kemenangan, saling bermaafan. Aidilfitri
mendatang belum tentu dapat bersua lagi.

Tamat.

Glosari;

OKU – Orang Kurang Upaya

FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

IPTA – Institusi Pengajian Tinggi Awam

MARDI – Malaysian Agricultere Research Development Institute

2.5.

BARAKAN
Oleh: NOORLAILA GHAFAR

Semerbak harum kehadiran Hari Raya Aidilfitri. Wanginya menebar salam. Untuk sekian
kali, 1 Syawal hadir kembali. Aroma harum Syawal bergerak bersama jiwa-jiwa yang telah
membersihkan dosa-dosa sepanjang Ramadan yang barakah. Kemenangan bagi orang-
orang yang ikhlas berpuasa, solat dan membayar zakat fitrah.
“Tuan Imam, saya nak bayar zakat fitrah. ” Bapa menghulurkan sejumlah wang
kepada imam masjid yang menjadi amil zakat di kampungku.
“Eh, yang mana pulak ni? Bukankah kamu sudah membayar zakat fitrah beberapa
hari yang lalu?” Imam bertanya hairan. Beliau duduk di hadapan sebuah meja tulis yang
dijadikan kaunter bayaran zakat fitrah, di beranda masjid.
“Isteri saya baru bersalin. Dinihari tadi, lebih kurang pukul lima pagi.” Jawab bapa,
diiring senyum.
“Masya-Allah, Alhamdulillah… Dapat zuriat pada pagi raya. Tahniah. Semoga bayi
diberkati Allah SWT.” Imam menghulur tangan kanannya.
“Amiin…Terima kasih.” Bapa menyambut huluran salam. Kedua tangan itu bertaut
kemas. Ceria wajah Tuan Imam, gambaran hatinya yang ikhlas. Memberi ucapan dan
mendoakan. Kemudian beliau menulis resit pembayaran zakat. Dan memberikan resit
tersebut kepada bapa.
Usai membayar zakat, adik-adikku Abdul Jalil dan Muhammad Aluwi mengikut
bapa ke ruang solat lelaki. Aku melangkah ke ruang solat wanita bersama adik-adik
perempuanku Norazwanah dan Norsobah.
“Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Taala.” Aku membisik niat,
di relung hati. Aku juga mengingatkan adik-adiku supaya berniat iktikaf apabila masuk ke
dalam masjid. Seterusnya kami mendirikan solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat.
“Allahu Akhbar…Allahu Akhbar…Allahu Akhbar…Laaillaaha illaulaahu Waullahu
Akhbar… ” (Allah Maha Besar…Allah Maha Besar… Allah Maha Besar… Tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar…) Gema suara beberapa orang
jemaah lelaki melantunkan takbir raya, memenuhi segenap ruang masjid. Mereka
bertakbir sementara menunggu untuk solat Hari Raya Aidilfitri. Jemaah semakin ramai
memenuhi ruang solat masjid.

2
Pagi itu, aku mengikut bapa ke masjid untuk solat hari raya Aidilfitri. Adik-adikku
lelaki dan perempuan turut bersama. Kami datang awal ke masjid kerana bapa hendak
membayar zakat fitrah, sebelum solat hari raya. Bapa membayar zakat fitrah untuk adikku
yang baru lahir di pagi raya. Segalanya santunan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Tiada siapa mampu menduga emak bersalin awal dua minggu daripada jangkaan.
Allah Maha Besar. Allah Yang menjadikan langit dan bumi. Hanya Allah yang
mengetahui perkara ghaib dan nyata. Allah yang menentukan suratan takdir semua
manusia. Kelahiran, kematian, jodoh pertemuan dan rezeki, semua Allah yang
menentukan. Siapalah kita untuk menolak takdirnya.
Ketika aku bangun daripada tidur awal pagi itu, nenek memberi tahu, aku dapat
adik lagi. Emak telah selamat bersalin. Bapa sendiri yang menyambut kelahiran itu. Tanpa
jururawat, tanpa bidan kampung. Emak sakit tidak lama. Bapa tidak sempat mengambil
jururawat desa atau bidan kampung. Pastinya, mereka sedang bercuti kerana hari raya.
Allah permudahkan emak bersalin di pagi Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah. Bayi lelaki itu
bapa namakan Muhammad Fitri.
Tradisi di kampungku, setiap tahun pada hari raya diadakan program barakan.
Iaitu pergi beramai-ramai dari rumah ke rumah, pada Hari Raya Aidilfitri. Setiap rumah di
kampungku akan menghantar seorang wakil menyertai barakan. Rombongan barakan,
beramai-ramai berziarah dari satu rumah ke satu rumah, bersalam-salaman dan bermaaf-
maafan. Sehingga selesai semua rumah yang menjadi qariah di masjid kampung kami.
Kumpulan barakan lelaki dan wanita berasingan. Kumpulan barakan lelaki diadakan pada
hari raya pertama dan kedua. Kumpulan barakan wanita pula pada hari raya ketiga dan
keempat.
Pada hari raya tahun itu, emak tidak dapat ikut barakan, kerana baru bersalin. Aku
sebagai anak perempuan sulung menggantikan emak, mengikut program barakan. Pada
pagi hari raya ketiga, aku mengayuh basikal ke masjid yang jauhnya lebih kurang satu
kilometer dari rumah. Aku melalui jalan utama di kampungku, yang bertanah merah.
Pokok-pokok pisang menghijau meneduhi kiri dan kanan jalan.
Kumpulan barakan kami, diketuai oleh isteri ketua kampung, Kak Yahmee. Kami
berkumpul di masjid terlebih dahulu. Kami bersalam-salaman, bertanya khabar
mengucapkan selamat hari raya. Indahnya silaturrahim ini, dapat bertemu kejiranan.

3
Ramai dalam kalangan kami, hanya dapat bertemu pada hari raya begini. Aku yang masih
menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia, pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Lela, betulkah emak awak sudah bersalin?” Kak Yahmee melontar tanya saat aku
menghulur salam.
“Ya Kak, emak dalam pantang, bersalin pagi hari raya pertama.” Aku menjawab
hormat.
“Alhamdulillah, emak awak sudah selamat bersalin yaa…” Kemudian Kak Yahmee
membuat pengumuman kepada ahli-ahli kumpulan;
“Hari ini kita akan berhari raya ke rumah Puan Seri Banon dan menziarahi beliau
yang baru bersalin.”
“Alhamdulillah. Insya-Allah.” Beberapa suara menyahut.
Tiga falsafah yang terungkap dalam program barakan ini amat mengamit rasa.
Ziarah yang pastinya mengisi mangkuk emosi. Pertemuan silaturrahim yang membenih
kasih sayang. Perhimpunan yang membawa kita ke syurga tanpa hisab. Insya-Allah.
Pukul Sembilan pagi kumpulan barakan yang terdiri lebih kurang 35 orang wanita
dewasa dan beberapa orang remaja, bertolak mengunjungi rumah pertama.
Rumah yang paling hampir dengan masjid itu, merupakan rumah milik emak
saudaraku, Makcik Khairiah kakak emak. Rumah kayu bertiang tinggi, antik dan cantik.
Kami meletakkan basikal-basikal di bawah rumah. Kami menapak tujuh anak tangga naik
ke rumah. Kiri dan kanan tangga, berpagar kayu larik yang berukir indah.
Makcik Khairiah menyambut mesra rombongan barakan kami. Kak Yahmee
sebagai ketua rombongan, orang yang pertama bersalaman dengan tuan rumah. Mereka
saling duduk bersimpuh berhadapan. Tangan digengam erat, bisikan lafaz mohon
kemaafan hanya mereka berdua yang mendengar.
Apabila tiba giliranku, aku segera duduk bersimpuh penuh sopan di hadapan emak
saudaraku itu. Kami saling berbalas senyum dan kedua tangan kami bertaut erat. Aku
membisikkan kata-kata dalam Bahasa Jawa Halus;
“Kepatan kulo sing katah-katah, nek meniko wonton salah lan silape, kulo nyuwon
ngapura lahir lan batin.” (Saya minta maaf banyak-banyak, andainya ada salah dan silap.
Mohon maaf lahir dan batin).
Makcik Khairiah menjawab dengan bisikan juga, tangannya masih menggengam
erat tanganku.

4
“Ya Lela.., kepatan kulo sing katah-katah, nek meniko wonton salah lan silape,
kulo nyuwon ngapura lahir lan batin.”
Selesai bersalaman dan bermaafan, aku mendakap erat Makcik Khairiah. Emak
saudara yang kusayangi. Kedua-dua pipinya kucium penuh kasih.
Semua ahli barakan bergilir-gilir melakukan perkara yang sama, duduk bersimpuh
bersalamam dengan tuan rumah, saling membisikkan kata maaf dan memaafkan. Begitu
unik adat masyarakat Jawa di kampungku, Kampung Batu 37 Darat, Sabak Bernam,
Selangor. Tradisi yang masih kekal hingga saat ini, walau dunia sains dan teknologi laju
melanda.
Kami juga bersalam-salaman dengan sepupuku, Norhayati anak kedua Makcik
Khairiah. Kami menikmati minuman dan kuih-muih yang telah terhidang di atas meja.
Ketupat dan kuah kacang menu istimewa , mengamit selera. Kami hanya minum dan
makan sedikit sahaja. Kami tidak boleh makan dan minum banyak-banyak, kerana ada 19
buah rumah lagi akan kami kunjungi hari ini. Perut ini perlu dibahagi 19 ruang untuk diisi
hari ini. Hahaha…
Sebelum mengundur diri, rombongan barakan kembali bersalam-salaman dengan
tuan rumah. Makcik Khairiah mengayuh basikalnya menyertai rombongan barakan. Kami
bergerak menuju rumah yang kedua. Pergerakan rombongan kami pada hari ini dari
masjid arah ke Utara. Esok pergerakan rombongan kami dari masjid arah ke Selatan pula.
Pagi itu kami dapat mengunjungi dua belas buah rumah. Menjelang tengahari kami
semua balik ke rumah masing-masing untuk berehat dan menunaikan solat fardhu Zohor .
Pukul 2.30 petang, ahli-ahli barakan kembali berkumpul di masjid, sebelum meneruskan
program ziarah Hari Raya Aidilfitri. Petang itu, aku tidak perlu ke masjid. Aku hanya
menunggu di rumah kerana petang itu rumahku, rumah pertama yang akan dikunjungi
kumpulan barakan.
Aku menunggu ketibaan rombongan barakan di muka pintu. Menjawab salam Kak
Yahmee dan mempersilakan mereka semua masuk. Ahli-ahli rombongan barakan teruja
menziarahi emak yang baru bersalin. Bergilir-gilir duduk bersimpuh di hadapan emak yang
duduk di ruang keluarga. Mereka bersalaman dan saling berbalas maaf.
Mereka juga bergillir-gilir bersalaman dan bermaaf-maafkan dengan nenek yang
duduk di sebelah kanan emak.
“Alahai comelnya baby…” Kedengaran beberapa suara.

5

“Semoga bayi ini, diberkati Allah SWT.” Beberapa suara mendoakan.
Mereka menatap tubuh kecil adikku, Muhmmad Fitri yang baru berusia tiga hari.
Adik tidur lena di atas tilam kecil di sebelah kiri emak. Emak yang menjahit sendiri tilam
kecil itu yang diisi dengan kekabu. Di tepi halaman rumah kami, terdapat sepohon pokok
kekabu. Aku dan adik-adik selalu membantu emak mengutip bunga-bunga kekabu yang
gugur di halaman rumah untuk dibuat tilam dan bantal.
Aku menghidangkan air sirap tanpa air batu, kuih bahulu, kuih bangkit serta
beberapa jenis biskut sahaja. Kumpulan barakan duduk berkeliling di atas tikar
mengkuang di ruang tamu menikmati hidangan. Tikar mengkuang itu hasil kraf tangan
jari-jari seni nenek. Hasil anyaman tikar mengkuang nenek berwarna-warni, cantik. Aku
selalu membantu nenek memotong daun-daun mengkuang dan memproses daun-daun
mengkuang sebelum dianyam dijadikan tikar. Pokok mengkuang tumbuh subur di
belakang rumah.
Seterusnya kumpulan barakan kami mengunjungi jiran sebelah rumahku. Adik-
adikku Norazwanah dan Norsobah, mengemas ruang tamu. Aku kembali menyertai
barakan. Rumah jiranku itu jaraknya hanya lebih kurang 200 meter. Deretan pokok-pokok
puding, menjadi pagar yang memisahkan sempadan tanah rumah kami. Sukapti anak
jirannku, kawan sepermainanku sejak kanak-kanak turut menyertai rombongan barakan,
mengantikan ibunya yang sakit kencing manis. Dia penuntut di Maktab Perguruan Islam
sedang bercuti semester.
Seterusnya, rombongan barakan kami bergerak ke arah rumah yang terletak di
seberang jalan. Kami menuntun basikal ketika melalui jambatan kecil, melintasi parit tali
air. Tali air tersebut merupakan sistem pengairan di kebun-kebun kelapa di kampung
kami.
Ketika mengunjungi rumah-rumah yang agak jauh di hujung kampung, kami
terpaksa melalui lorong-lorong sempit. Kami lebih berhari-hati dan memperlahankan
kayuhan.
“Pong…!” Tiba-tiba tayar basikal depanku meletup. Aku tidak dapat mengawal
basikalku.
“Bump…!” Basikalku tumbang. Aku jatuh tertiarap di pinggir jalan.

6
“Aduh!…” Kedua-dua tapak tanganku calar-calar luka, terkena banir pokok kelapa.
Basikal menimpa kaki kiriku. Ketika aku cuba bangun, pergelangan kaki kiriku terasa sakit.
Aku terduduk menahan sakit.
“Lela…Lela…” beberapa suara menyeru namaku. Kumpulan barakan mengerumi
diriku.
Makcik Khairiah, mengangkat basikalku yang tumbang. Memeriksa tayar basikal
yang pecah.
“Lela, kita tinggalkan dulu basikal ini di sini. Nanti minta adik-adikmu datang ambik
yaa.” Aku mengangguk lesu.
Sukapti memimpin diriku, berjalan perlahan ke arah basikalnya. Aku duduk
membonceng di tempat duduk belakang basikalnya. Dia mengayuh basikal, menghantar
aku pulang ke rumah. Ahli-ahli yang lain meneruskan program barakan pada petang itu.
Keesokan hari aku tidak dapat menyertai program barakan. Bidan kampung yang
datang mengurut emak, mengurut pergelangan kaki kiriku yang terseliuh. Bapa menukar
tiub dan tayar basikal yang pecah. Bapa membeli tiub dan tayar baru di kedai basikal
Ahmad, seorang Cina Mualaf di pekan Sabak Bernam. Adiku Norazwanah yang baru
berusia 14 tahun menggantikan tempatku menyertai barakan.
Setiap kali menjelang Syawal, nostalgia suka duka barakan kembali menjengah.
Adikku, Muhammad Fitri yang lahir pada 1 Syawal 1400H kini telah dewasa dan sudah
berkeluarga. Landskap kampungku juga telah berubah daripada kebun kelapa menjadi
kebun kelapa sawit. Namun budaya barakan masih diteruskan di kampungku setiap kali
kehadiran bulan Syawal, bulan kesepuluh dalam tahun Hijrah. Alhamdulillah.

  • TAMAT –

2.6.

CERPEN

KETUPAT PASIR DI SATU SYAWAL
Oleh CT Nurza

Keriangan menyambut Aidilfitri di kampung halaman, sentiasa terkenang-
kenang apabila bergelar anak rantau. Inilah antara kenangan paling manis dan
terindah yang masih kekal tersimpan dalam ingatan sehingga kini.

Lebih dua puluh lapan tahun dahulu, sebaik sahaja mendirikan rumahtangga,
aku banyak berhijrah mengikut suami. Memandangkan suamiku berkerja dalam
bidang construction ketika itu, jadi merata tempat dan negerilah aku berpindah
randah apabila suami dinaikkan pangkat.

Namun, aku dan suami tetap bahagia dengan kehidupan kami di mana-mana
pun kerana setiap tempat yang kami pindah, kami ditemukan dengan jiran tetangga
yang baik-baik dan boleh dijadikan seperti keluarga sendiri apabila susah dan
senang. Saling bantu-membantu sesama.

Tidak dinafikan, ada juga jiran-jiran yang kaki khianat apabila melihat sedikit
kelebihan yang kami miliki. Tetapi bagiku dan suami, itu rezeki masing-masing.
Waktu senang kami tidak lokek berkongsi rezeki, tapi waktu susah kami hidup
sekadarnya sahaja.

Begitulah pasang surut kehidupan. Kemeriahan hidup berjiran ini amat terasa
apabila tiba bulan ramadan dan Syawal. Seperti biasa, apabila Ramadan tiba, maka
meriahlah juadah berbuka puasa kami suami isteri.

Boleh dikatakan setiap hari kami menerima pemberian beraneka jenis makanan
dari pelbagai negeri. Masakannya pula oleh jiran-jiran di sebelah rumah sahaja.
Hmmm… pendek kata tak perlulah buang-buang duit membeli makanan di pasar
ramadan lagi. Untung apabila kita berbuat baik dengan orang sekeliling, lebih-lebih
lagi jiran tetangga kita.

Jiran-jiran pula ada yang jenis rajin ke dapur jadi, makanan pelik-pelik tak
pernah dimakan pun dapatlah kami suami isteri merasainya apabila masuk bulan
ramadan atau Syawal.

Pernah satu tahun kami tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Jadi,
terpaksalah aku dan suami menyambut lebaran di rantau orang. Bagiku tidak ada
apa yang kurang asalkan aku masih dapat beraya bersama-sama suami tercinta.

Masihku ingat suatu pagi ketika sekumpulan kanak-kanak datang memberi
salam untuk beraya dari rumah ke rumah. Aku terdengar jiran sebelahku memarahi
mereka. Aku lantas menyuruh suami memanggil anak-anak itu beraya ke rumah
kami sahaja.

“Acik, kami cuma datang nak beraya. Bukan nak minta duit raya. Kenapa Mak
Cik di sebelah tu marah dan tengking kami?”

Tanya seorang kanak-kanak lelaki berbaju kurta yang kukira menjadi jurucakap
bagi pihak rakan-rakannya yang lain.

Aku dan suami tergamam. Simpati. Dalam hati, terasa kagum dengan
kepetahan kanak-kanak itu dan nampak begitu matang berfikir. Usianya baru sekitar
sepuluh tahun sahaja.

Sambil menjamu mereka dengan juadah aidilfitri yang kusediakan, aku dan
suami beramah tamah dengan mereka semua seperti sudah lama berkenalan.
Kanak-kanak itu aku lihat begitu selesa berbual-bual dengan kami tanpa rasa kekok.

“Kenapa rumah acik senyap je? Mana anak-anak acik?” tanya salah seorang
lagi ahli jemaah kanak-kanak tersebut.

Aku dan suami berpandangan sambil tersenyum.

“Ni,” jawabku spontan sambil menunjukkan seekor kucing oren yang sedang
duduk di sisi meja.

“Hah, itu kucinglah acik.”

“Yalah. Nama kucing ni Metot. Dialah anak angkat acik,” ujarku, mengusik.

Aku lihat semua kanak-kanak itu ternganga dan kehairanan. Disebabkan kucing
aku terlampau comel, mereka akhirnya berebut-rebut untuk mendukung dan
mencium Metot.

Lagipun Metot amat suka berkawan dengan manusia. Dia sangat faham apa
yang kami cakap. Jadi, aku dan suami tidak bermasalah memelihara Metot selama
sembilan tahun bersama. Metot juga tidak akan membuang najis merata-rata kerana
ia amat pemalu.

“Boleh tak acik bagi saya kucing ni? Saya suka sebab dia baik,” kata seorang
kanak-kanak perempuan lain yang ada bersama-sama ketika itu.

“Ala, acik cuma ada Metot ni je temankan acik di rumah. Jadi acik tak bolehlah
nak bagi dia ya. Tapi, takpe. Acik akan bagi duit raya satu sorang okay,” pujukku
untuk tidak mengecewakannya.

Aku, meminta suamiku menghulurkan sampul yang telah ku masukkan duit raya
di dalamnya untuk mereka semua tanpa tercicir. Dengan mesra suamiku
menghulurkan kepada mereka satu per satu.

“Nanti datang lagi tau, pesan suamiku, mesra.”

Mereka mengangguk-angguk dan mohon diri untuk pulang. Kami berdua
menghantarnya sampai ke muka pinta.

Bertuah sungguh ibu ayah kanak-kanak tersebut. Kecil-kecil lagi sudah pandai
menjaga adab sopan sebagai tetamu. Malah sangat pandai berbudi bahasa.
Bagaimanalah jiran sebelah rumahku tadi boleh marahkan mereka untuk beraya.

“Kanak-kanak ni seperti malaikat yang membawa rahmat masuk ke rumah.
Mengapa pula kita mesti marah dan halau mereka. Hari ni hari raya. Mereka
mungkin tak dapat balik ke kampung macam kita kerana emak ayahnya bertugas
jadi, apa salahnya mereka datang bertandang ke rumah jiran-jiran yang sama-sama
beraya di rantau,” ujar suamiku, apabila terlihat kanak-kanak itu dihalau seperti
anjing kurap oleh jiran sebelah rumahku pagi tadi. Sungguh tidak patut.

Aku angguk setuju dengan kata-kata suamiku. Petang itu, aku dan suami
merancang untuk beraya ke sebuah kampung di Lubuk Cina, Melaka. Di kampung
itu terdapat sebuah keluarga OKU penglihatan yang begitu dhaif kehidupan mereka.
Aku pernah menemui mereka sekadar menghulurkan sumbangan peribadi berupa
barangan makanan dan wang tunai sekadar mampu.

Perancangan kami cantik. Aku telah menyiapkan beberapa jenis juadah untuk
dibawa ke sana. Mereka menjadikan aku dan suami sebagai keluarga angkat. Aku
menerimanya dengan lapang dada. Barangkali mereka semua senang dan selesa
dengan kami suami isteri. Sedang kami sibuk bersiap-siap, sebuah pacuan empat
roda tiba-tiba berhenti di hadapan rumah.

Suamiku keluar dan bercakap-cakap sebentar dengan pemandunya. Tidak lama
kemudian suamiku masuk kembali ke dalam rumah memintaku bersiap segera untuk
ke rumah rakannya itu. Tidak dimaklumkan di mana. Aku akur sahaja tanpa banyak
bertanya.

Sepanjang di dalam perjalanan, kami tidak banyak berbual-bual kerana tidak
mahu menghilangkan fokus pemanduan suamiku. Akhirnya, destinasi yang dituju
telah tiba. Aku dan suami keluar dari perut kereta. Begitu juga dengan rakannya
yang menaiki pacuan empat roda.

Sebaik tiba di muka pintu, kami dipersilakan masuk oleh anak tuan rumah.

Aku lihat rumah banglo itu sunyi sepi. Yang ada hanya seorang perempuan tua
warga emas dan dua orang anak bujangnya sahaja. Aku, suami dan rakan suamiku

suami isteri dipersilakan duduk di sofa yang disediakan. Di atas meja penuh dengan
kuih-muih hari raya yang terhidang.

“Jemput minum,” pelawa perempuan warga emas itu kepadaku.

“Terima kasih,” balasku.

“Yang ini siapa?” tanya perempuan warga emas itu lagi.

“Err… ini Nur, adik Nazrie. Saya isterinya, jawab teman wanita rakan suamiku
tanpa sempat aku menjawab.

Aku terkejut sakan memandang ke arah suamiku. Terkedu. Aku menyiku kecil
lengan suamiku, tanda tidak mengerti permainan apakah ini?

“Oh, adiknya Nazrie. Sila-sila. Jemput makan ketupat palas tu. Ambil rendang
ya,” arah wanita tua itu kepadaku.

Perempuan muda yang baharu sahaja mengakui dia isteri suamiku sebentar
tadi mengerling tajam ke arahku. Demi menjaga air muka semua di rumah itu, aku
mengunci mulut tidak memberitahu siapa sebenarnya aku yang tidak pernah
langsung ada hubungan adik-beradik dengan suamiku secara tiba-tiba.

Aku mencubit-cubit ketupat dipiring. Hendak kutelan seperti ada pepasir yang
melekat dikerongkongku. Kejadian apakah yang tiba-tiba menukar fenomena el-nino
di hatiku sebentar tadi. Dadaku seperti nak meledak menahan rasa.

“Dah lama kami di sini. Minta diri dulu ya,” kata suamiku. berbasa basi dengan
tuan rumah. Kami semua bersalaman.

Sampai di kereta sebelum masing- masing bergerak pulang mengikut haluan,
tiba-tiba rakan suamiku dan isterinya meminta maaf dan mengucapkan terima kasih
kepadaku dan suami. Aku semakin pelik.

“Terima kasih Nazrie, Nur, sudi ikut dan teman kami ke sini. Terima kasih juga
sudi bantu kami. Sebenarnya dua lelaki muda yang ada di dalam rumah tadi, itu
anak-anak lelaki saya. Manakala perempuan warga emas yang uzur tadi tu, dia
madu isteri saya ni. Itu yang tua. Ini yang kedua,” jelasnya.

Jadi… Ooo, patutlah bila sampai ke rumah tadi, aku tup-tup dikata adik kepada
suamiku. Rupanya ada udang di sebalik kueatiau. Tak sangka. Pandainya mereka
berlakon menutup cerita yang sebenar.

Aku dan suami dipergunakan oleh pasangan madu beracun ini demi
mengelakkan terbongkarnya rahsia mereka berkahwin tanpa pengetahuan isteri
pertama di aidilfitri.

Letup-letup kecil mercun amarah mula berapi-api memercik di dadaku apabila
menjadi seperti Tipah tertipu menikmati ketupat pasir di hari lebaran.

Hasrat untuk bertandang raya ke rumah keluarga buta yang kuhajatkan akhirnya
tidak kesampaian kerana perancangan awal telah berubah menyelamatkan
pengantin baru yang membuka cawangan lain di kawasan larangan tidak terjangka.

TAMAT

Jumlah perkataan 1289 PP.

2.7.

Cerpen Prosa
Tema, Aidilfitri
Judul:

Air Mata Raya

Diana menatap sepasang mata sayu emak dengan senyum bahagia. Wanita itu masih
tampak bersih, cantik, dan lembut meski kulit wajahnya mulai berkeriput. Tetap bersahaja
meski usia mulai menua. Sosok wanita sempurna yang sedap dipandang mata. Bagi Diana,
emak adalah rangkaian puisi yang tak pernah henti menginspirasi. Emak adalah separuh jiwa.
Di malam hari raya, gema takbir mengudara, menggetarkan dada seluruh umat
manusia. Sepanjang jalanan kampung, hilir mudik mereka tak henti saling bersapa, bersuka
cita. Diana menatap dengan senyum bahagia sambil menemani emak yang duduk di atas kursi
roda di teras rumah. Sesekali menyambut uluran tangan para tetangga dengan ucapan syukur
dan saling bermaafan. Saat mulai sunyi, wanita yang tak pernah bosan menuntun Diana
untuk mengenal dan menghadapi kerasnya dunia itu kembali berseloroh tentang kisah masa
kecilnya. Masa di mana emak selalu berbahagia menyambut hari raya meski dengan keadaan
yang terbatas. Menikmati hari raya tanpa baju baru, tanpa makanan khas raya nan lezat
seperti yang Diana sajikan malam itu. Tak ada pula suara petasan atau lukisan cantik
kembang api di angkasa. Begitu sederhana dan apa adanya. Emak juga bercerita tentang
indahnya pergi ke surau dengan mukena usang pemberian tetangga. Kata emak, nenek tidak
mampu membelikan mukena baru untuk kelima putrinya setelah kepergian kakek karena
sebuah kecelakaan yang menjempul ajal. Qodarullah.
Sambil memegangi kerudung putih, emak juga berkisah tentang pakaian sobek yang
dijahit kembali oleh nenek malam sebelumnya, untuk dipakai Sholat Idul Fitri. Tidak ada
yang protes atau meminta lebih. Sejak kecil nenek selalu mengajarkan bersyukur dengan
kesederhanaan di kehidupan sehari-hari, pun di Hari Raya Idul Fitri.
Malam hari, emak kecil dan kawan-kawan berlarian di halaman rumah sambil
menunggu waktu. Nenek membuatkan obor dari bambu sepanjang lengan, lalu memasukkan
sedikit minyak tanah ke dalam lobangnya agar api tetap menyala. Nyala api obor itu kecil, tak
seterang kembang api, namun cukup memberi arti. Anak-anak dengan bangga membawanya
untuk meramaikan malam raya. Kemudian bersama-sama memenuhi jalan-jalan sambil
menyuarakan kebesaran Allah di hari kemenangan itu. Ali, sang kakak laki-laki menjadi
pemimpin di barisan paling depan.

Emak adalah anak ke lima dari enam bersaudara. Satu-satunya kakak lelaki bernama
Ali. Ali sangat menyayangi adik-adiknya. Dia pengganti sosok ayah yang telah pergi
menghadap Sang Khaliq. Saat itu Ali masih berusia dua belas tahun, tetapi dia mampu
membantu merawat sekaligus melindungi adik-adiknya. Tiada yang berani mengganggu,
karena bisa dipastikan dia akan maju paling depan saat adik-adiknya tersakiti.
Pagi di Idul Fitri, emak bersama kakak adik bergandengan tangan menuju surau dekat
rumah. Kawan sebaya mereka telah menunggu di sana. Tentu saja dengan memamerkan baju
baru. Emak terdiam membisu sambil memandang saudarinya satu-persatu. Tatapan pedih.
Sebenarnya ingin sekali memiliki baju baru seperti kawan-kawannya itu, namun emak tahu,
hal itu tidak mungkin terjadi. Kondisi keluarga yang pas-pasan walau hanya untuk makan
sehari-hari adalah alasannya.
Sepulang dari surau, emak kecil berlompatan riang gembira mendapati makanan lezat
telah berjajar rapi di atas meja. Nenek seketika mempersilakan anak-anaknya untuk makan
menu yang istimewa, ketupat dan opor ayam serta soto kesukaan emak. Sepasang mata nenek
berkaca-kaca, namun senyumnya bahagia menyaksikan mereka begitu lahap menikmati menu
pemberian tetangga, tanpa merisaukan dirinya. Anak-anak baginya adalah segalanya. Ada
dibagi, tak ada tetap harus disyukuri. Nenek tak pernah lelah berjuang sendiri untuk merawat
ke enam putra-putrinya. Tak pernah berputus asa. Tak ada yang ditakutkan, karena Allah
Sang Tuhan Semesta menjanjikan rezeki untuk setiap hamba yang mau berusaha.
Diana menyaksikan sepasang mata emak berkaca-kaca. Dia meraih tangan lembut itu,
lalu mencium dengan penuh rasa cinta. Masa itu sudah berlalu. Atas rezeki dan izin Allah
Diana mampu membelikan tiga potong gamis baru nan cantik untuk emak setiap hari raya
tiba. Tak lupa menu hari raya yang lezat dan menggoda. Aneka sajian dari daging ayam,
daging sapi pun tersiap di meja. Biarkan cerita masa kecil emak menjadi sebuah kenangan
yang tak mungkin dilupa. Diana bersedia lakukan segalanya demi kebahagiaan emaknya
seorang.
Diana menghapus bulir bening yang menetes dari sepasang mata emak tercinta.
Senyum bibirnya merekah bak bunga. Tak lupa, Diana menuntun emaknya agar membacakan
doa. Doa keberkahan di hari raya. Meski dengan suara serak karena tangisnya, emak masih
jelas melafalkan permohonan pada Tuhan semesta agar hidup anak-anaknya senantiasa
dilindungi, dilimpahkan berkah yang tiada terkira.

Diana kembali mencium tangan, pipi, serta kening emak, untuk menggugurkan dosa-
dosa seperti janji Allah pada hamba-Nya. Emak dengan bahagia memeluk Diana yang telah
tumbuh dewasa. Harapan dan doa-doa terus mengalir dari bibir wanita itu. Doa dan
pengharapan di sepanjang usia. Nyaman, membawa ketenangan seluruh jiwa.
1 Syawal 1444 Hijriyah, Diana merasakan hari raya sungguh berbeda. Cerita usang
masa kecil itu tak terdengar lagi dari bibir emak. Kisah kesederhanaan masa lampau tak lagi
menghias gempita hari raya. Senyum emak pun telah sirna ditelan masa. Kursi kayu beralas
bantal kecil emak kini hampa, tak ada siapa-siapa. Hanya ada linangan air mata Diana
mengingat kisah semula.
Dua tahun lalu, benjolan sebesar telur tiba-tiba muncul di pundak kiri emak. Vonis
kanker dari dokter terlambat diketahui oleh Diana dan keluarga. Sebuah penyakit yang
melemahkan kekebalan tubuh sehingga membuat emak tergolek tak berdaya sebulan
lamanya. Tindakan operasi yang disarankan oleh dokter pun tak bisa dilakukan karena
pertimbangan kondisi dan usia emak saat itu. Tubuh emak panas, menggigil, lemas seperti tak
ada kekuatan, hingga akhirnya malaikat maut menjemputnya. Membawa emak pergi ke alam
yang berbeda. Jauh, tak mampu dijamah oleh tangan-tangan manusia. Menyisakan perihnya
rindu, lebih-lebih saat hari raya tiba. Namun, senyum emak masih tertinggal di hati Diana.
Selamanya.
Diana bergeming. Dia tak dapat menahan beban kerinduan yang dalam. Kerinduan
yang menuntun langkahnya menuju sebuah peristirahatan indah, tempat emak berada kini.
Diana duduk beralaskan daun pisang. Pucuk rerumputan yang tumbuh rapi di
hadapannya tampak basah oleh titik-titik embun. Kedua tangannya menaburkan aneka warna
bunga bersama bulir air mata yang jatuh di atas pusara. Pada tiap kelopak bunga Diana
berharap salam rindunya tersampaikan pada sosok teladan yang telah tiada. Dipeluknya batu
nisan dengan ukiran nama emak tercinta. Emak yang telah pergi meninggalkan dunia untuk
selamanya.
Hari Raya Idul Fitri ini, kedua kali Diana benar-benar merasakan kehilangan sosok
panutan hidup yang sabar, taat, dan bersahaja. Kepergian ibunda menyisakan rindu dan luka
di relung dada. Harapannya selama ini untuk merawat sampai selamanya terhenti oleh takdir
Sang Maha Daya. Allah lebih sayang, Allah lebih cinta. Dalam geming sepi Diana hanya bisa
memohon agar Allah senantiasa menjaga emak bapak di sisi-Nya.

“Selamat Idul Fitri, Mak, Bapak. Semoga bahagia di sana,” bisik Diana pada sepasang
batu nisan, lalu melangkah pergi membawa kenangan masa lalu emak menjadi sebua kisah
abadi di Idul Fitri.
Dian Hariani, 30 April 2023
Nganjuk, Jawa Timur, Indonesia

Bionarasi,
Dian Hariani, 44 tahun. Belajar menekuni hobi menulis sejak tahun 2013. Berbagai genre
cerpen sudah dicoba. Menulis baginya adalah jiwa, maka tebarkan makna dalam setiap
goresnya.

KEPUTUSAN

Karya sedang dinilai oleh pengadil.

TAMAT.