M.I Firdaus
Assalamualaikum
Kembali, saya merasa sulit sekali untuk menulis puisi akhir-akhir ini. Sudah sering saya coba tuliskan rasa risau yang ada, tapi selalu ‘stuck’ dan sulit untuk dilanjutkan.
Apa yang harus saya lakukan untuk produktif menulis kembali?
Padahal, saya masih sering membaca buku, jalan-jalan, membuat sketsa, tapi untuk menulis puisi saya merasa kesulitan.

Ramai penulis kata, nak menulis tiada idea, mental sudah blok dan sebagainya. Usah bimbang, ini cara-cara mendapatkan idea menulis.

  1. Buru idea, jangan hanya harap idea datang sendiri. Buru idea dengan membaca karya sastera dan ilmiah. Cari maklumat dan berita di internet. Tengok dokumentari, filem dan lain².
  2. Jangan kekal menulis hanya satu genre. Tulislah pelbagai genre dan sub genre. Tukar² dari puisi ke cerpen, esei, anekdot, travelog dan lain². Tukar² dari sajak ke pantun, tanka, patidusa, saduka, sonian, haiku dan sebagainya.
  3. Tulis isu semasa, peristiwa dan perayaan bermusim. Dengan cara ini kita akan sentiasa ada idea dan tidak akan pernah habis isu untuk kita jadikan karya puisi, cerpen, esei, aneknot, travelog atau apa sahaja.

Inilah tiga cara paling berkesan untuk mengekalkan momentum menulis.

Untuk mengetahui cara mengubah bahan/input menjadi karya, agak panjang ceritanya.

Anda boleh masuk mana-mana bengkel/worksyop penulisan untuk belajar.

Semoga bermanfaat.

Oleh:

ibnu din assingkiri

TAMAT.