Zainal Abidin Lasim
Sebenarnya Aku kena duduk luar kampus kerana kampus penuh dengan pelajar tahun pertama. Lagi pun kampus tu sementara menunggu kampus baru yang sesuai. Aku beberapa orang kawan menyewa flat tiga tingkat bersebelahan di tanah perkuburan. Perumahan itu bersifat majmuk kerana dihuni oleh pelbagai bangsa. Ia terletak kira-kira tiga ratus meter dari jalan besar. Kami berjalan kaki ke jalan besar dan menaikki bas awam untuk ke kampus.
Pada waktu petang bila tiada kuliah kami duduk borak borak di bawah, di tepi jalan. Ada bangku panjang macam bangku kedai kopi kampung di situ. Di sinilah kami merehatkan minda selepas di asak dengan pelbagai teori. Kadang-kadang ada orang lalu di hadapan Kami untuk ke belakang. Di situ pun ada orang tinggal. Juga ada flat tiga tingkat.
Suatu hari lalu beberapa orang gadis kukira umur mereka akhir dua puluhan atau awal tiga puluhan. Mereka agak rudged, memaikai baju T, dan ada juga Midi dan Maxi . Mereka ke belakang. Kawan-kawanku cuba menegor mereka. Gadis-gadis itu tidak menjawab. Mereka hanya tersenyum. Kadangkala menoleh ke belakang. Mereka pun berlalu.
Esoknya gadis- gadis itu melewati lagi tempat Aku dan kawan- kawanku melepaskan lelah dan bosan. Keadaan itu berlalu beberapa waktu.
Seperti biasa Aku dan kawan-kawan Cuba mengusik mereka, mereka cuma tersenyum. Keadaan itu berlaku kurang lebih hampir seminggu, bila seorang Dari mereka berpusing sambil bertanya “Ada apa ya abang-abang?” soalnya. Jawab kawanku Muin yang rambut separas bahu ” tiada apa-apa, dah lalu kat sini bolehlah kenal-kenal.” “Oh boleh aje. Rumah kami belakang,” sambungnya.
“Setakat nak kenal kat sini pun boleh,” Aku menyampuk. “Oh boleh,” jawab gadis yang nampak lebih matang. Lalu dia menyebut nama dia, “Saya Sally, yang itu Benny, Yang sebelah tu Zai, sebelah Zai tu Melah,” dia menyebut nama kawan-kawannya. “Kami bertiga menyewa di belakang.” Si Melah ni tinggal di bukit sana،’ sambil tangannya menunjuk Bukit B. “Dia jalan- jalan ke sini,” sambungnya.
Tiba pula giliran aku Dan kawan-kawan memperkenalkan diri. Dan akhirnya kami bersalaman.
Sewaktu menjabat tangan Melah, aku merasa sikit kelainan. Kulitnya sawo matang macam orang Melayu lainya. Cuma dia agak manis, dan aku merasa ada satu keistimewaan dalam dirinya.
Malam itu Lepas habis membuat tugasan yang perlu kami pun masuk tidur. Aku teringatkan Melah. Aku berazam untuk “menawannya” satu hari. Bunyi kenderaan kedengaran dari jalan besar. Malam merangkak tua. Aku tertidur dengan nama Melah terlekat di kepala.
Oleh:

Ibnu Lazim,
31.1.2022.
TAMAT.