ARAHAN SAYEMBARA
Sila ulas puisi ini (“MAKMUM DI SAF KE-1”) secara ringkas, dengan menegaskan mesej yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Hadiah: (1) RM500; (2) RM200; (3) RM50.
Hantar karya anda kepada: GaksaASEAN@gmail.com.
Tarikh Akhir: 10.05.2023.
Selamat berjaya.
MAKMUM DI SAF KE-1 Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu tidak layak aku di situ kiri kanan orang alim-alim belaka mereka berjubah putih panjang dan berserban sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah. Makmum di kiri kananku alm-alim belaka amat bersistem duduk dan geraknya tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat” tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya. Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan bersama imam berzikir hingga tamat mengamimkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam. Selesai segala-galanya, aku berdoa: “Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.” Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya bepelikat baharu dan bersongkok putih pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas. Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa “Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.” Terpinga-pinga aku. -IRWAN ABU BAKAR Kuala Lumpur, 24.01.2017. (Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak AM Ke PM, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise, 2020. Buku ini dapat dibeli dari PASAR RIA GAKSA: https://pasarria.home.blog/). |
PENYERTAAN
- Moh. Ghufron Cholid.
- CT Nurza.
- Muhammad Lutfi.
- Moh. Ghufron Cholid.
- Paridah Ishak.
- Husairi Hussin.
- Isbedy Stiawan ZS.
- Hamizon Shah.
- Sujata Wee.
- Hamimah Ibrahim.
- Nurimas Nuri.
- Barcov Firdaus.
KARYA
1.
PUISI DAN KEAJAIBAN YANG LAHIR DARI PRASANGKA BAIK
(Sebuah Ulasan Atas Puisi “Makmum di Saf Ke-1” Karya Irwan Abu Bakar)
Oleh Moh. Ghufron Cholid
Makmum di Saf ke-1 adalah puisi yang saya temui di sebuah grup whatsapp yang dihuni oleh penulis lintas negara. Sebuah penulis yang ditulis oleh Irwan Abu Bakar berkebangsaan Malaysia. Puisi berbahasa Melayu disajikan dalam tujuh bait. Baiklah saya posting utuh puisinya agar kita bisa lebih dekat merasakan debarannya:
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alim-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat“
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan
bersama imam berzikir hingga tamat mengamimkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya bepelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
Kuala Lumpur, 24.01.2017.
(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak “AM Ke PM”, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise,
2020).
Bait pertama diulah dari latar suasana di mana aku lirik merasa tidak pantas berada disaf pertama lantaran yang dikenakan dirasa kurang sopan dibandingkan makmum lainnya yang jika dilihat dari penampilan dan pakaiannya adalah orang-orang alim.
Bait kedua, penyair mulai menggambarkan secara rinci tentang kekhusyukan dalam sholat orang-orang yang disebut alim tersebut sehingga muncul suatu prasangka layaknya orang terlelap tidur, hal ini sangat wajar bila aku lirik adalah orang yang tak terbiasa dengan pemandangan yang demikian.
Bait ketiga memotret kebiasaan maklum yang tak tergesa-gesa melakukan kegiatan lain kecuali mengikuti prosesi dzikir jama’i bersama imam, mengaminkan doa yang dibacakan imam dan melakukan salam-salaman. Sungguh merupakan potret yang sangat indah dan mendamaikan hati.
Bait keempat adalah ilustrasi keinginan aku lirik ingin juga digolongkan bersama orang-orang baik. Ingin juga masuk surga bersama-sama. Sepintas aku lirik memang banyak berintropeksi diri menyadari kekurangan dibandingkan orang lain dan berprasangka orang lain lebih bagus dari padanya.
Bait kelima diungkap bahwa di samping perkara akhirat, ada juga perkara dunia yang dipotret. Terlepas dari penampilan yang beragam ketika melaksanakan sholat dalam perkara lain kita sama-sama bisa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Berhubungan sesama manusia dan melakukan aktivitas rutin sebagai manusia yang juga butuh asupan gizi yakni sama-sama makan di kedai.
Bait keenam diungkap bahwa kebaikan yang dilakukan untuk orang lain akan memantulkan perkara baik. Aku lirik yang semua berpandangan dirinya paling tidak pantas berada di saf pertama karena pakaian yang dikenakan, saat melakukan perkara
baik hablum minannas dalam bersedekah membayarkan orang lain dipandang sebagai orang baik dan diharapkan bisa menjadi penolong di masa,mendatang jika masuk surga sedang yang lain tertahan.
Bait ketujuh adalah mengugkapkan keheranan aku lirik atas segala paronama yang dilihatnya. Betapa membayarkan orang lain dengan sukacita telah memantulkan sebuah doa di luar dugaan yang pada akhirnya memberikan efek tak biasa. Seakan ingin
menegaskan kebaikan yang dilakukan secara tulus akan membuat hidup dalam limpahan keberkahan.
Puisi ini tak membutuhkan bahasa yang berbunga dan bahasa yang mendayu-dayu namun membacanya kita diajak untuk merenung betapa prasangka baik pada orang lain melahirkan keajaiban yang tak dapat kita sangka. Berbuat baik pada orang lain mampu mengasingkan pandangan mata jahat.
2.
KUPASAN PUISI “MAKMUM DI SAF KE 1”
Oleh CT Nurza
Membaca dan menghayati sajak yang berjudul “MAKMUM DI SAF KE-1” hasil karya Profesor Dr. Irwan Abu Bakar ini, menurut kefahaman saya, penulis menceritakan sebuah pengalaman menjadi bidan terjun sebagai ketua atau lebih nyata sebagai imam jemaah solat di sebuah rumah Allah yang tidak disangka-sangka.
Pagi itu seperti mengejutkan beliau dari mimpi atau igauan kerana seumur hidupnya beliau tidak menjangkakan bahawa dirinya akan terdorong ke hadapan untuk duduk di saf pertama dikelilingi orang-orang yang kesemuanya dianggap kalangan para wali atau orang-orang soleh yang suci bersih daripada sebarang dosa. Pendek kata terjaga serba-serbi waima penampilannya berpakaian. Sedangkan penulis sekadar berbaju T shirt biasa tanpa kolar sahaja dan berseluar jean ketat. Tidak berjubah atau mengenakan persalinan pakaian luaran mahupun berwangi-wangian seperti mereka yang begitu sempurna difikirannya.
Oleh itu penulis berasakan bahawa dirinya amat tidak layak untuk berada sebaris saf dengan para alim-ulama di sekelilingnya apabila beliau menilik ke dalam dirinya yang serba kurang segala-galanya. Namun, takdir tidak terjangka, Allah yang
memilih, maka waktu itu Allah telah memilih dan menentukan bahawa pandangan akal logik manusia tidak setanding dengan pandangan Allah Yang Maha Berkuasa. Lantas, beliau terpilih menjadi ketua untuk jemaah di barisan hadapan mengatasi
sangkaan dan rasa kerdilnya. Maka sedikit sebanyak, terhakislah rasa rendah dirinya di hadapan manusia-manusia mulia di sisinya.
Pada rangkap kedua pula, penulis menceritakan betapa patuhnya para jemaah di masjid itu kerana mereka tidak akan bergerak selagi imam tidak berganjak. Ini menunjukkan betapa setia dan taatnya mereka kepada seorang ketua tanpa berani mengangkat muka atau membantah. Di sini seperti ada dua maksud yang tersirat ingin disampaikan dan ditekankan oleh penulis secara simbolik bersatira. Kiasannya begitu tajam dan sinis. Hanya mereka yang mengetahui akan faham apakah yang tersurat dan apakah yang tersirat menyangkut dengan situasi semasa yang digarap secara bijak dan kritis oleh penulis.
Pada rangkap keempat dan kelima pula, penulis melihat betapa tertib dan patuhnya ahli jemaah para wali-wali suci itu menghormati dan mentaati ketua mereka. Sehingga terdetik di hati penulis untuk berdoa akan dirinya. Agar, dapat diselamatkan kelak jika beliau termasuk ke dalam golongan para jemaah tersebut. Ini kerana penulis amat bimbang akan dirinya yang masih terkapai-kapai di situ. Seperti memberi satu kejutan luar biasa kepada dirinya.
Manakala pada rangkap yang seterusnya, penulis memberitahu seusai sahaja menunaikan solat jemaah di masjid, beliau pun beredar pula ke kedai mamak untuk menikmati sarapan pagi sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas.
Sebentar kemudian datang pula jemaah dari masjid di saf pertama solat subuh tadi, untuk menikmati hidangan yang sama di kedai mamak dengan penampilan yang begitu rapi. Mereka kemudian duduk semeja bersama penulis menikmati juadah yang serupa sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas di kedai mamak tersebut.
Di sini dapat kita lihat, biarpun berbeza cara berpakaian dan sebagainya, tetapi mereka juga tetap makan minum hidangan yang sama walau hanya di kedai mamak tanpa ada perbezaan antara mereka. Yang membezakan adalah hati dan cara berpakaian sahaja.
Ini jelas ditunjukkan oleh penulis bahawa selesai bersarapan, beliau bangkit meninggalkan para jemaah yang masih menjamu selera di meja, kemudian dia menuju ke kaunter dan membuat pembayaran pukal. Beliau telah seikhlas hati membayar kesemua harga makanan tersebut tanpa banyak berbicara.
Perbuatannya disedari oleh para jemaah yang seakan-akan terkejut dengan keikhlasan penulis memberikan sedekah makanan itu kepada mereka dan kemudian penulis terdengar ahli jemaah mendoakan kebaikan untuk beliau sebagaimana beliau telah berdoa untuk mereka sewaktu di masjid pagi itu.
Akhirnya penulis terpinga-pinga bagai tersedar dari mimpi bahawa doa yang baik serta niat yang tulus ikhlas akan berbalik kepada diri sendiri tanpa menyimpan syak wasangka terhadap orang lain.
Jadi, kesimpulannya penulis menekankan tidak ada sesuatu yang mustahil di dunia ini, jika Allah sendiri berkehendak menentukan sesuatu kepada kita. Segalanya boleh berubah sekelip mata dan bila-bila masa.
Tamat.
3.
Analisis Kritik Sastra Puisi “MAKMUM DI SAF KE-1”
Oleh: Muhammad Lutfi
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu
Tidak layak aku di situ
Kiri kanan orang alim-alim belaka
Mereka berjubah putih panjang dan berserban
Sekurang-kurangnya berpelikat baharu
Dan bersongkok putih
Pakaian dan badannya harum baunya
Disembur pewangi dari Mekah
Tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt
Tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Bait ke-1 puisi tersebut, dapat ditafsirkan sebagai orang yang sedang beribadah subuh ke masjid. Dia melihat banyak orang alim, dari dandanan dan harumnya misik, serta khidmatnya mereka para alim yang berada di masjid. Tokoh dalam cerita itu menggunakan sudut pandang orang pertama “aku” sebagai pelaku cerita dan menuliskan pengalamannya dalam puisi. Orang yang sadar diri, tentu melihat ke sekeliling, bahwa mereka semua yang di masjid, apalagi di saf depan, mereka adalah orang alim berilmu. Si aku merasa tidak pantas duduk berada sebaris dan sebelahan dengan mereka para alim. Karena si aku kurang bisa
menghargai dirinya sendiri. Dia hanya memakai baju dan celana saja, sedangkan baju muslim untuk beribadah tidak dia punyai. Amanah dalam bait pertama menganjurkan kita untuk menghargai diri sendiri. Alur tempat adalah di masjid dan waktu subuh berkumandang.
Suasana yang diceritakan pada bait pertama terlihatlah kesedihan penulisnya akan kekurangan dirinya.
Makmum di kiri kananku alim-alim belaka
Amat bersistem duduk dan geraknya
Tidak bangkit mereka untuk bersolat
Sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
Tidak bergerak tunduk rukuk sebelum Imam sempurna di kedudukan rukuk
Dari berdiri tegak tidak mereka bergerak
Sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
Memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
Sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka,
sebelumnya imam selesai salam kirinya.
Pada bait ke-2 puisi tersebut, dapat ditafsirkan bahwa yang berangkat solat jamaah subuh di masjid adalah orang-orang yang alim. Semua makmum solat menunggu imam untuk memulai solat. Lantunan solat dimaknai dan menciptakan suasana hening. Lamanya mereka rukuk dan sujud akhir, menandakan bahwa mereka adalah orang yang alim dan mau menjalankan ibadah solat kepada Allah. Kata “sejadah” menunjukkan hamparan tikar untuk solat. Tunduk dan sujud kepada kekuasaan Allah SWT.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tapi tekal di kedudukan
Bersama imam berzikir hingga tamat mengaminkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Pada bait ke-3 puisi tersebut, dapat ditafsirkan bahwa makmum solat yang usai berjamaah tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan masjid. Mereka masih duduk untuk berdzikir bersama imam. Mereka melantunkan dzikir pujian kepada Allah SWT. Sampai akhirnya mereka mengakhiri dzikir dengan bersalaman. Itu adalah tanda bahwa makmum di masjid itu melaksanakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
Bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Pada bait ke-4, penulis mengucapkan doa kepada Allah SWT untuk dapat diselamatkan bersama golongan orang yang beriman di akhirat nanti. Penulis memiliki harapan untuk dapat bersama mereka yang masuk surga dan berjamaah mengingat Allah SWT. Suasana yang ditimbulkan begitu menyayat hati. Betapa manusia penuh dosa dan mau memiliki harapan kepada Allah SWT adalah suatu kewajiban bagi manusia yang lemah dan tak berdaya terhadap segala kekuasaan Allah SWT.
Selesai solat bergegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
Sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
Datang orang-orang di saf pertama solat subuh di masjid tadi
Mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
Pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
Duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdadah
Makan juga mereka setiap seorang, roti canai sekeping, dan teh tarik panas segelas.
Pada bait ke-5 puisi tersebut, penulis yang saat itu usai solat. Dia pergi ke kedai untuk sarapan teh tarik dan roti canai. Dia melihat orang yang di saf pertama tadi dengan memakai jubah dan serban putih semua dan panjang, duduk bersama dia kedai makan. Penulis merasa minder dengan mereka karena wibawa. Harumnya orang berjubah itu membuat penulis melihat ke diri sendiri apakah pantas orang yang berpakaian jean dan rambut panjang, masuk masjid dan solat di saf pertama. Penulis merasakan dirinya tidak berdaya.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
Tersentak mereka lalu mereka beramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
Apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Pada bait ke-6 puisi tersebut, penulis membayarkan orang-orang berjubah untuk makanan dan minuman mereka. Orang-orang yang berjubah tadi segera mendoakan kebaikan orang yang mendermakan hartanya itu. Mereka berdoa sama seperti doa yang diucapkan oleh si tokoh aku dalam puisi. Doa mereka adalah agar sama-sama dapat saling tolong-menolong di surga nanti. Supaya mereka dapat Rahmat dari Allah SWT.
Terpinga-pinga aku.
Pada bait ke-7, larik puisi ini hanya satu baris. Sederhana saja dan tidak panjang. Artinya pun tidak merumitkan. Bahasa yang digunakan bukan bahasa kiasan, tapi pengulangan kata. Pengulangan kata “terpinga-pinga” adalah maksud bahwa si tokoh aku
dalam puisi itu merasa tertawa karena ada suatu yang lucu dan mengharukan. Si tokoh aku dalam puisi berbahagia hati melihat mereka yang dapat menysukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Pati, 3 Mei 2023
4.
MENGHADIRKAN DUNIA REALITA DALAM SEBUAH PUISI
(Sebuah Ulasan Atas Puisi “MAKMUM DI SAF KE-1” Karya Irwan Abu Bakar)
Oleh Moh. Ghufron Cholid
Puisi adalah salah satu media dakwah yang bisa kita tempuh, untuk menyampaikan segala yang terdetak agar lebih mudah dibaca dan dilacak keberadaannya. Hal ini rupanya secara jeli dimanfaatkan oleh Irwan Abu Bakar, salah satu penyair dari sekian penyair berkebangsaan Malaysia. Pengalaman spritualnya dalam sholat tak luput dari pengamatan. Dihadirkannya aku lirik di saf pertama dengan pakaian T-Shirt dan merasa tidak layak berada di saf pertama dibandingkan makmum lain yang berpakaian lebih layak dan menggambarkan kealiman lewat pakaian yang dikenakan.
Tidaklah mengherankan jika sudut pandang pada seseorang didasarkan pada pandangan mata karena memang kita berada di dunia dan selalu memandang sesuatu dari hal yang tampak. Yang sangat berbanding terbalik dengan cara pandang Allah seperti yang diungkapkan dalam sebuah hadits,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ
وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Dari Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk rupa kalian dan tidak juga harta benda kalian, tetapi Dia melihat hati dan perbuatan kalian”. (Shahih Muslim juz 4 hal. 1987 no. 2564).
Kesadaran aku lirik dalam puisi ini yang menganggap orang lain lebih bagus darinya lantaran pakaian yang dikenakan membuat aku lirik mawas diri dan membuat aku lirikpun berdoa untuk dikumpulkan di surga seandainya aku lirik tertahan dan tak bisa masuk surga.
Rupanya Irwan Abu Bakar hendak membuat renungan yang komplit pada kita pengalaman spritual berada di saf pertama juga menghadirkan kisah hablum minannas, yakni di mana aku lirik menikmati roti di kedai disusul dengan orang-orang yang aku lirik temui saat sholat di saf pertama setelah sama-sama selesai menikmati sajian kedai, aku lirik berinisiatif untuk membayarkan orang-orang yang ditemui, saat sama-sama sholat jamaah di saf pertama wal hasil muncullah suatu peristiwa yang tak biasa, yang membuat aku lirik terheran-heran. Perbuatan baik yang dilakukan melahirkan doa, “Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.” Dan doa ini didengar oleh aku lirik sehingga diungkapkan oleh aku lirik dalam bait terakhirnya, Terpinga-pinga aku.
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alm-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan bersama imam
berzikir hingga tamat mengamimkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut
terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya bepelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
Kuala Lumpur, 24.01.2017.
(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak “AM Ke PM”, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise, 2020).
Dengan demikian saya rasa penyair Irwan Abu Bakar berhasil menyampaikan amanat pesan kepada pembaca meski dengan bahasa yang sangat sederhana dan kadang tampak jenaka. Sebagai pembaca kita tidak perlu mengernyitkan dahi untuk memahami isinya lantaran bahasa yang dihadirkan oleh penyair sangat mudah dipahami.
Membaca puisi ini kita seakan membaca realita yang berada di sekitar kita, di sinilah keunggulan penyair bisa menghadirkan moment puitik dari sebuah kenyataan hidup untuk diserap saripatinya.
Junglorong, 3 Mei 2023
5.
SAYEMBARA ESVA 4/2023: ULASAN PUISI
Peserta: Paridah Ishak.
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid
itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan
bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur
pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar,
seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alm-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal
berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam
sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum
dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan
imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu
kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka
mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam
selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi
tekal di kedudukan
bersama imam berzikir hingga tamat mengamimkan
doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa
kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke
syurga dan aku di tahan nanti.”
Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak
menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas
kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di
masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban,
sekurang-kurangnya bepelikat baharu dan
bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur
pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa
kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka setiap seorang roti canai
sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan
makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini
yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan
kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
Kuala Lumpur, 24.01.2017.
(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak “AM Ke
PM”, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise, 2020).
ULASAN SAJAK MAKMUM DI SAF KE1
Oleh Paridah Ishak
“MAKMUM DI SAF KE1” sebuah puisi sajak genre prosa yang menarik. Penulis membina puisi ini secara bersahaja 53 larik bersambung. Ada perenggan yang melukiskan sesuatu kisah. Amat mudah memahami maksud pengkarya justeru ditulis seolah anekdot menceritakan pengalamannya yang ironi. Tapi tiada menggunakan tanda baca persis kebiasaannya sebuah puisi prosa.
“Puisi prosa juga sebenarnya sudah wujud dalam banyak budaya di seluruh dunia. Di Jepun, prosa dalam puisi menjejaki akarnya sejak abad ke-17.”
- Petikan artikel Dr Saleh Rahamad Dewan Sastera Jendela DBP.my March 2022
Meneliti sajak ini tidak menyusahkan pembaca menikmatinya kerana susunan diksi pilihan bahasa Melayu standard digunakan seharian. Penulis sajak ini berjaya mengemukakan maksud menjadi intipati sajak tanpa menggunakan diksi puitis, bombastik,
simbol, perlambangan, personafikasi, bahasa Melayu klasik dll unsur puisi yang sering dipetik penulis untuk mengindahkan sajaknya.
Ungkapan sajak ini mencitrakan situasi Penulis teruja berada di saf pertama barisan jemaah bersolat subuh walau sebenarnya Penulis tertolak ke situ. Penulis amat mengagumi makmum di saf 1 kerana kelihatan berilmu, zuhud, alim dan tertib beribadah. Terasa dirinya teramat kerdil lantaran tidak persis mereka yang bersolat di saf pertama yang memperagakan busana Islam sempurna.
Lantas beliau berdoa semoga kelebihan mereka mampu menampung kekurangannya andai tertahan ketika ke syurga kelak. Setelah usai bersolat Penulis bersarapan di kedai mamak. Turut bersarapan di situ makmum yang bersolat bersamanya di saf ke1. Penulis membayar harga sarapan semua kenalan barunya, makmum sah ke-1. Penulis terpinga-pinga apabila mendengar makmum ke-1 mendoakan semoga baik budi dan keikhlasan Penulis mampu membawa mereka ke syurga seandainya tertahan kelak.
Kejadian ironi mengejutkan Penulis seakan hijab pengertian ikhlas itu tersingkap luas. Penulis secara bersahaja berdakwah menekankan nilai murni keikhlasan melakukan ibadah Islam syumul maha penting walau sekadar melakukan kebajikan kecil sekadar kemampuan dan tidak terlalu berlebih-lebihan.
Sajak ini keseluruhannya digarap dengan sempurna. Maksud hendak disampaikan Penulis ternyata berkesan menyentuh perasaan. Membuat pembaca merenung akan kebenarannya. Cuma ada sedikit kesilapan kecil ejaan. Mungkin kerana masalah teknikal.
- alm-alim – alim
- “Hai ya alas solat” – solah
- Subuh – subuh
- Bepelikat – berpelikat; tiada dalam kamus Dewan
Walau puisi sajak luahan hati Penulisnya bebas tanpa pola namun masih terikat dengan struktur ejaan yang tepat.
6.
Sajak Prosaik: Tersembunyi makna tersirat yang mendalam
Oleh: Putraery Ussin
Meneliti sajak ini seperti membaca catatan seseorang yang mencurahkan rasa di jiwanya. Perasaan yang tidak boleh tertahan-tahan untuk dikongsi dengan orang lain (untuk mencuhkan pengalamannya). Barangkali lebih mudah untuk difahami adalah dengan menggunakan bahasa anak-anak muda sekarang; curhat untuk singkatan curahan hati. Ya, membaca curahan atau catatan hati!
Saya mulakan ulasan untuk sajak yang berjudul “Makmum di Saf Ke-1” karya Irwan Abu Bakar (Dr.) ini dengan persoalan berikut; Beginikah yang dikatakan sebuah sajak?
Saya jelaskan dahulu ciri-ciri sajak ini dari segi fizikalnya, bak kata bijak pandai, tak kenal maka tak cinta. Jadi kita berkenalan dahulu dengan sajak ini dari segi luaran atau fizikalnya. Lagipun, juga kata para bijak pandai lagi, dari mata turun ke hati. Sudah pasti dalam banyak perkara di dalam hidup kita, mata akan memainkan peranan utama untuk menghantar mesej ke fikiran sebelum membuat keputusan dan penilaian. Begitu jugalah untuk saya menulis ulasan terhadap sajak ini.
Sajak yang berjudul “Makmum Di Saf Ke-1”, di tulis oleh Irwan Abu Bakar (Dr.) pada tanggal 24 Januari 2017 di Kuala Lumpur. Manakala sajak ini juga termuat dalam buku kumpulan puisi Irwan Abu Bakar (Dr.) yang terlajak laris ketika ini, berjudul AM Ke PM, terbitan eSastera Enterprise pada tahun 2020 (sudah diulang cetak beberapa kali). Selain itu, sajak ini mempunyai 7 rangkap. Bilangan barisnya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana sajak prosa (prosaik) selalunya berkesinambungan antara satu baris dengan baris yang berikutnya. Tidak mustahil juga, satu perenggan itu adalah satu baris. Malah rujukan saya untuk ulasan ini juga menggunakan petikan daripada FB Irwan Abu Bakar (Dr.), jadi saya menolak untuk bersusah payah meraba-raba menentukan bilangan barisnya yang tepat (sila maafkan saya). Begitulah fizikal ringkasnya yang boleh disimpulkan sebagai sebuah catatan peristiwa (iaitu cerita/prosa).
Sajak prosa (pada pengamatan saya untuk sajak ini) adalah sebuah cerita pendek. Jadi kisahnya begini (maksud sajak); pada suatu pagi ketika solat subuh, seorang pemuda disuruh (tertolak) untuk mengimamkan solat subuh berjemaah di sebuah masjid. Barangkali imam masjid tersebut terlibat dengan penggambaran filem Imam ketika itu (anggapan saya). Jadi semua makmum yang dipandang oleh mata kasar pemuda yang berbaju t tanpa kolar dan berseluar jean ketat dan tidak berkopiah itu, orang lain lebih layak (makmum yang berada di saf ke-1). Bukan dirinya yang sepatutnya mengimamkan solat subuh itu. Makmum lain lebih bagus pada mata pemuda itu kerana; memakai jubah lawa, berkain baharu dan berkopiah. Juga memakai bauan yang harum (dikatakan dari Mekah), serta sangat alim pada pandangannya. Alim seperti duduk beriktikaf di dalam masjid dengan penuh
tawaduk, berzikir dan menjaga adab. Jadi jika dibandingkan dengan dirinya memang jauh api dari pemanggang. Maka siapa yang layak menjadi imam solat subuh pada pagi itu? (kerana masalah imam terlewat bangkit tidur). Persoalan atau isu itu ditinggalkan kepada pembaca untuk mencari jawapan.
Seterusnya dikisahkan lagi, setelah selesai solat dengan penuh tertib, pemuda itu berlalu ke kedai Mamak untuk bersarapan. Ah, sajak Irwan Abu Bakar (Dr.) dengan latar kedai Mamak tidak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku! Saya ketawa apabila membaca ayat tentang kedai Mamak (akan saya perincikan kelak).
Penulis juga memasukkan doa agar dia diberkati serta mendapat syafaat daripada jemaah masjid saf pertama itu untuk ke syurga kelak. Kemudian sajak ini diakhiri dengan perasaan pemuda itu, yang dikatakan keliru (terpinga-pinga aku). Begitulah maksud sajak ini dari segi prosanya. Sangat mudah untuk difahami oleh pembaca, namun apakah persoalan atau makna tersirat di sebalik kisah ini?
Isu makna tersirat inilah yang akan menjadi topik perbincangan ulasan saya, iaitu persoalan yang boleh dijadikan iktibar atau pengajaran daripada sajak prosa ini.
Kebiasaannya sajak prosa, di sebalik cerita ada pengajarannya. Perkara ini yang perlu diselidiki dan perlu diperhalusi agar tidak berat sebelah atau sebaliknya (berlaku adil dalam menilai sesebuah sajak). Juga kekuatan sajak prosaik adalah pada makna tersiratnya seperti sindiran dan kiasan atau iktibar dan pengajaran kepada pembaca.
Saya sejujurnya tidak menggemari sajak berbentuk prosa kerana terlalu polos dan mudah seperti sebuah karangan berangkap. Lagipun, hal ini kerana tiada sebarang nilai-nilai estetika dalam sajak dihormati oleh penulis. Namun begitu, harus diingat (adil) terdapat juga sajak prosa yang sangat menarik apabila maksud yang hendak disampaikan itu menyentuh perasaan pembaca. Jadi dalam sajak ini terdapat beberapa isu atau perkara yang sangat menyentuh jiwa saya. Pertama, sikap rendah diri. Ramai orang selalu beranggapan dia tidak layak, dia tidak cukup bagus untuk itu dan untuk ini, dia tidak hebat hendak membuat ulasan sajak, dia tidak boleh itu dan dia tidak ada ini dan pelbagai alasan lain seperti memohon simpati.
Perkara ini yang cuba diterjemahkan oleh penulis apabila memberitahu khalayak bahawa yang selekeh dan tidak sempurna itu (baju t, seluar ketat dan tak berkopiah) berjaya mengimani solat subuh dengan lancar. Sebab itu juga kita sering diingatkan agar tidak menilai seseorang daripada pandangan luaran. Sebagai contoh, apabila selesai solat yang diimamkan oleh lelaki itu, beliau juga telah membayar harga makanan semua jemaah masjid yang bersarapan di kedai Mamak itu. Ah, barangkali si selekeh yang kaya!
Seterusnya, penulis mengingatkan kita bahawa walaupun berbeza dari segi pemakaian dan juga cara hidup (sikap/adap) tetapi kita semua manusia tetap mempunyai persamaan di sisi Allah. Dan persamaan itu boleh dilihat apabila penulis membuat analogi dengan memperlihatkan mereka semua memilih untuk bersarapan roti canai dan teh tarik di kedai Mamak. Jika diselami dengan lebih jauh lagi, Islam tidak pernah membezakan sesiapa pun biar harta bertimbun, tetapi yang mulia di sini Allah adalah amalannya. Perbuatan lelaki itu menjadi imam dengan jayanya dan membayar makan minum makmum meninggalkan pengajaran yang penting kepada khalayak bahawa kebaikan seseorang itu tidak boleh dipandang dari segi luaran. Selain itu, yang sangat terkesan kepada saya adalah amalan sedekah. Jika kita tidak mampu memberi harta, pertolongan atau makanan kepada seseorang lain untuk meringankan beban seseorang, perbuatan yang paling mudah adalah doa. Ya, mendoakan kebahagiaan atau syafaat kepada orang lain. Walaupun perbuatan itu tidak nampak atau nampak seperti tidak berharga tetapi percayalah itulah sedekah yang paling ikhlas dan tulus. Malah ada waktu-waktu tertentu Allah mengangkat doa seseorang itu, dan balikkannya adalah kebahagiaan yang kita peroleh itu hasil doa daripada orang lain yang kita tidak sedari.
Selain tiga perkara utama itu, terdapat beberapa pengajaran yang menarik dan boleh diperbincangkan dengan lebih mendalam lagi seperti, menghormati masa, menjaga adap di tempat-tempat tertentu, serta sikap tolong-menolong tanpa mengira sesiapa seperti ketika membayar makanan orang lain di kedai mamak. Apabila menyentuh tentang kedai Mamak, saya yang mengikuti karya-karya Irwan Abu Bakar (Dr.), sering dihidangkan dengan latar tempat kedai mamak. Selalunya di kedai mamak ini akan ada pelbagai ragam yang boleh dijadikan maha karya. Boleh jadi dari situlah penulis sering merenung untuk berkarya. Dan kali ini penulis mengungkap tentang nilai pelanggan dalam menyantuni orang lain (makmum saf ke-1).
Kesimpulannya isu yang dibawa oleh penulis sangat menyentuh naluri saya, walaupun saya bukan peminat sajak prosaik. Isu atau perkara sebegini, iaitu tertolak menjadi imam, sering terjadi kepada kita semua (orang lelaki), selalunya di surau-surau kecil di hentian rehat dan rawat. Maka peringatan kepada kita semua agar bersedia dengan perkara tersebut. Jika di masjid (seperti dalam sajak ini) jarang terjadi, cuma agak mendalam kiasan penulis. Di masjid selalunya ramai sahaja yang lebih layak untuk menjadi imam, malah orang yang berpakaian sedemikian tidak akan dipandang oleh jawatan kuasa kariah masjid (hakikat). Namun pemilihan waktu solat subuh mengembalikan semula rasional tentang kejadian seperti ini boleh berlaku seperti yang dijelaskan bahawa sajak prosaik ini ‘tersembunyi makna tersirat yang mendalam’. Moga bermanfaat.
7.
Ulasan Puisi “Makmum di Saf ke 1”:
Allah Mengganjar Keikhlasan Bukan Tampilan
Oleh Isbedy Stiawan ZS
PUISI “Makmum di Saf ke 1” karya Irwan Abu Bakar ini tergolong puisi sederhana, menggunakan kata-kata yang tidak rumit. Termasuk pula imajinasi yang digunakan boleh dibilang benderang. Puisi prosaik, maka yang diutamakan ialah penceritaan.
Diceritakan seorang lelaki ber-thshirt bercelana jins (jean ketat) merasa tak pantas berada di saf pertama (saf ke 1) dan bersisian dengan makmum lain yang terlihat lebih alim. Mengenai “orang alim-alim” digambarkan dengan “berjubah putih panjang dan berserban/sekurang-kurangnya berpelikat baharu/ dan bersongkok putih/pakaian dan badan harum baunya/disembur pewangi dari Mekah.”
Ditambah lagi, “amat bersistem duduk dan geraknya/tidak bangkit mereka untuk bersolat/sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”/
Inilah yang ingin digambarkan oleh penyair tentang makmum salat berjamaah. Makmum yang “terpecah” dua pandangan subyektif. Terutama dalam hati makmum ber-tshirt dan “rambut terdedah”. Merasa imannya lebih kecil, maka enggan bersisian di sat pertama.
Rasa tak sebanding itu, ia memilih di saf belakang. Meski hadist mengatakan, sebaik-baik bagi lelaki adalah saf pertama dan seburuk-buruk saf adalah di belakang.
Tetapi, keimanan seseorang di mata Tuhan adalah sama. Yakni siapa yang ikhlas, pasrah, tunduk, dialah yang mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Hanya Tuhan yang tahu, apakah yang salat di saf pertama lebih baik imannya atau sebaliknya dibanding makmum yang di belakangnya.
Islam secara lafazh berasal dari beberapa kata yaitu assalamu aslama saliim dan salaam. Islam juga disebut aslama, yang artinya berserah diri atau pasrah, yakni berserah diri kepada aturan Allah SWT. Hal ini menunjukkan bahwa seorang pemeluk Islam merupakan seseorang yang secara ikhlas menyerahkan jiwa dan raganya hanya kepada Allah SWT.
Lelaki yang secara lahiriah merasa tak sepadan berada di saf pertaja berkiri-kanan makmum bersorban, tetapi boleh jadi keikhlasannya berserah diri atau pasrah saat salat kepada Allah tak diragukan. Ini tercermin dari doanya seusai salat, ia dengan khusyuk meminta pada Allah:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku ditahan nanti.”
Doa yang tulus, penyerahan seorang hamba yang berharap kelak dapat bersama-sama orang alim itu. Apabila doa dipanjatkan dengan kedalaman hati, keikhlasan, pasrah yang tak terbagi lagi, niscaya Allah kabulkan. Minimal ada tanda-tanda yang dirasakan.
Ada cara menguji seseorang sudah beriman atau setengah-setengah. Pada bait berikut, usai doa si lelaki bercelana jean langsung menuju kedai. Sarapan pagi.
Di kedai itu ia bertemu para alim bersorban itu. Usai makan, ia segera ke kasir (kaunter) sekalian membayarkan para makmum yang salat subuh tadi berada di saf pertama. Setelah tahu dibayarkan makmum ber-tshirt:
tersentak mereka lalu mereka
ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami
bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Keikhlasan yang sama, doanya pun dalam pengharapan yang sama. Tentu saja, lelaki ber-tshirt didoakan oleh banyak orang. Di sini saja, terbukti jika Allah menepati janji: setiap kau memberi akan dibalas berlipat ganda.
Berikut puisi “Makmum di Saf ke 1” karya Irwan Abu Bakar.
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alm-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan
bersama imam berzikir hingga tamat mengamimkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya bepelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
-Kuala Lumpur, 24.01.2017.
(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak AM Ke PM, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise,
2020).
8.
ULASAN PUISI: MAKMUM DI SAF KE-1
NILAI LAYANAN SEBUAH SAJAK
Hamizun Syah
Langgar, Kedah
DALAM naskhah Mystical Islam: An Introduction to Sufism (2012) (1) Julian Baldick menyatakan sajak merupakan wadah sangat efektif dalam usaha menyebarsampaikan pemikiran murni kepada masyarakat. Secara tidak langsung penggunaannya menggambarkan ketinggian peradaban zaman kerana sajak tidak mungkin terilham melainkan menerusi ekspresi bersungguh daripada jiwa jernih dan nilai budaya bertepatan.
Usaha begitu terakam dalam sajak MAKMUM DI SAF KE-1 karya Irwan Abu Bakar. Sajak ini termuat dalam kumpulan sajak “AM Ke PM” (Kuala Lumpur, e-Sastera Enterprise, 2020). Usaha menyebarsampaikan kemurnian begitu ketara apabila sajak ini
mendapat perhatian penyair Indonesia; Saudara Muhammad Rois Rinaldi untuk mendeklamasikannya di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2017. Berkemungkinan Irwan Abu Bakar telah menyiapkan sajak ini sekitar 2017 sebelum dimuatkan ke sebuah kumpulan puisi pada 2020.
Memang tidak sulit untuk memahami sajak bersifat naratif begini. Penyair seakan sengaja tidak mahu memberatkan pembaca dengan istilah-istilah aneh supaya usaha menyebarsampaikan kemurnian tidak berdepan dengan ruang buntu. Sajak ini tidak mencipta apa-apa metafora, bombastik atau lain-lain elemen mantik yang mungkin menyulitkan kefahaman pembaca. Penceritaannya dengan cepat dan tepat meresap ke fikiran dan emosi.
Sudah tentu sajak naratif begini menghadiahkan mesej bermanfaat terutama kepada umat Islam. Mesej tersirat terkandung dalam keseluruhan sajak ini. Seluruh isi sajak ini jelas menerapkan ‘nilai layanan’ (2) bersandarkan ajaran Islam yang menitikberatkan konsep ‘Ikram Muslimin’ (3) yang bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka. Konsep Ikram Muslimin adalah elemen penting memastikan ukhuwah umat Islam terpelihara secara saling menghargai.
Nilai layanan murni ini terbukti apabila penyair segera mengajak pembaca ke masjid melalui karakter ‘aku’ seperti yang tertera pada rangkap awalnya:
MAKMUM DI SAF KE -1
Aku tertolak ke saf pertama
di solat Subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri-kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu
dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya
disemburkan pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar,
seluar jean ketat dan rambut terdedah
Irwan Abu Bakar membawa karakter ‘aku’ ke masjid untuk solat Subuh berjemaah dengan berbaju t-shirt, seluar jean ketat dan tidak berkopiah. Seakan-akan gambaran begitu sibuk dengan tugasan tertentu sehingga ‘aku’ tidak sempat bersiap. Apalagi berlatarkan waktu Subuh yang lazimnya seseorang itu sudah membersihkan diri serta berpakaian rapi. Namun sebalik kesibukan yang tidak dinyatakan itu ‘aku’ masih ingin solat berjemaah di masjid. Tercetus elemen nilai layanan ‘aku’ ke atas dirinya sendiri. Nilai layanan yang wajar buat keperibadian seorang Muslim.
Nilai layanan seterusnya memberikan impak luar jangka apabila para makmum mempelawa ‘aku’ berada di saf pertama. Pada tanggapan ‘aku’ dirinya tidak layak berada di saf pertama kerana makmum kiri-kanannya terdiri daripada mereka yang tertib berpakaian mengikut sunnah apalagi dikenakan wangi-wangian. Pelawaan ke saf pertama menyerlahkan nilai layanan yang berkonsepkan Ikram Muslimin antara para makmun dan ‘aku’.
Kata kunci sajak ini di rangkap awal tertumpu pada istilah ‘alim-alim belaka’. Alim merupakan istilah Arab yang bermaksud ‘tahu’. Menunjukkan para makmum di kiri kanan adalah mereka yang ‘tahu’ akan hukum wajib dan sunat dalam beribadat. Kata kunci ‘alim-alim belaka’ dinyatakan lebih terperinci pada rangkap seterusnya:
Makmum di kiri kananku alim-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak
sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka
sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka,
sebelum imam selesai salam kirinya.
Penyair berhasil membentukkan citra jemaah yang amat tertib dalam setiap rukun. Secara terang-terangan mengangkat nilai layanan terhadap dua situasi.
i. Nilai layanan penuh tertib antara makmum dan imam
ii. Nilai layanan terhadap peribadi sendiri yang menjadikan ‘aku’ rendah diri.
Dua nilai layanan ini menerbitkan prasangka baik antara ‘aku’ dengan makmum lain. Langsung menginsafkannya. Keinsafan itu terselit dalam doa ‘aku’ pada rangkap seterusnya:
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan
bersama imam berzikir hingga tamat mengaminkan doa imam di akhir
lantas disalam tangan imam
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
‘Ya Allah, tumpangkan aku yang berTshirt tanpa kolar
berseluar jean ketat dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak
mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Irwan Abu Bakar bertindak sebagai penyair naratif yang bijaksana apabila meneruskan penceritaan dengan lancar namun punya kejutan. Penyair memudahkan pembaca sampai ke mesej yang tepat tanpa mengolah bahasa terlalu puitis. Seterusnya penyair
membawa ‘aku’ ke sebuah restoran Mamak untuk bersarapan roti canai dan segelas teh tarik. Tidak lama kemudian para makmum yang berjemaah Subuh dengan ‘aku’ tadi turut ke kedai Mamak yang sama. Para makmum juga masih kekal bercirikan pemakaian ‘alim-alim belaka’. Mereka mengenali ‘aku’ dan sudi bersarapan semeja dengan ‘aku’. Mereka turut memesan roti canai dan teh tarik.
Nilai layanan para makmum merealisasikan konsep Ikram Muslimin bukan sekadar di masjid. Malahan di mana-mana sahaja selagi sesama Muslim. Begini akhlak yang sepatutnya ada di kalangan mereka yang ‘alim-alim belaka’ sebagi unsur dakwah yang membuatkan ‘aku’ tidak rasa terpinggir.
Bagaimanapun penyair tetap tidak mahu ‘aku’ terlepas daripada menzahirkan nilai layanan selanjutnya sebagai membalas kebaikan budi para makmum tadi.
Selesai bersarapan
‘aku’ ke kaunter membayarkan makanan untuk semua.
Menyaksikan itu beramai-ramai para makmum tadi tidak teragak-agak berdoa untuk ‘aku’. Doa para makmum yang tidak
disangka-sangkakan menyentak keperibadian ‘aku’ secara zahiriah dan batiniah. Seluruh penceritaan ini terungkap dalam dua rangkap seterusnya.
Irwan Abu Bakar menyelesaikan sajak naratifnya ini dengan menjadikan ‘aku’ tersentak dan tergamam hanya dengan dua patah perkataan:
Terpinga-pinga aku
Naratif sajak ini tertumpu pada nilai layanan luaran dan dalaman karakter ‘aku’. Selain itu juga tertumpu kepada nilai layanan antara ‘aku’ dan para makmun. Tidak terkecuali nilai layanan antara makmum dan imam. Nilai layanan yang berteraskan konsep Ikram Muslimin demi menghargai ukhuwah sesama Muslim terus terpelihara.
Secara mutlak sajak ini memberikan mesej tentang akhlak yang sewajarnya terpupuk di kalangan umat Islam tidak hanya terletak pada penampilan semata-mata. Akhlak baik mengikut ajaran Islam merupakan ikhtibar dan tauladan antara Muslim dan bukan Muslim. Sekaligus mengangkat martabat umat Islam di mata dunia.
Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr, Nik Safiah Karim sesuatu yang ditakrifkan sebagai nilai baik atau buruk bukan sesuatu yang dilahirkan secara fizikal kerana ia sesuatu yang tidak wujud depan mata tetapi biasanya dizahirkan melalui tingkah laku sesuatu masyarakat sebagai budaya (4). Nilai baik atau buruk adalah satu komponen yang membentukkan budaya itu sendiri.
Ternyata penyair berjaya mengenengahkan nilai layanan berkonsepkan Ikram Muslimin dalam sajak naratifnya ini sebagai usaha menyebarsampaikan budaya unggul buat umat Islam sejagat.
05.Mei.2023
RUJUKAN:
1. Julian Baldick : Mystical Islam: An Introduction to Sufism (2012), New York University.
2. Nilai Layanan : Istilah yang diciptakan khas untuk menyiapkan ulasan sajak ini.
3. Ikram Muslimin : Salah satu daripada perkara penting dalam usaha pendakwah Islam.
4. Dr. Nik Safiah Karim : Pensyarah UM (1963). Pengarah DBP (1989 – 1990).
9.
MAKMUN DI SAF KE-1
Penulis memberitahu di suatu subuh dia telah tertolak ke saf yang pertama. Kelihatan kanan dan kirinya adalah orang-orang alim dengan berpakaian jubah putih panjang atau sekurang-kurangnya berpelikat baharu serta bersongkok. Penulis berasakan dirinya teramat kerdil jika dibandingkan dengan mereka ini dari segi cara berpakaian serta perlakuan. Mereka teramat berdisiplin serta kusyuk mengerjakan suruhan Allah dan mereka juga begitu menghormati iman. Penulis berdoa agar dirinya dapat ditumpangkan antara mereka yang soleh itu untuk ke syurga. Selesai sembahyang penulis ke kedai Mamak menikmati sekeping roti canai juga segelas teh tarik. Tiada terduga rupa-rupanya sekumpulan lelaki alim tadi turut datang dan memesan makanan yang sama. Penulis mengambil kesempatan untuk bersedekah dengan membayar harga makanan mereka tadi. Penulis amat terkejut dan terharu sekali apabila mereka itu memohon doa agar diri mereka turut ditumpangkan ke syurga seandainya penulis yang ikhlas berbudi itu dihantar ke syurga kelak. Penulis langsung tidak menduga hal sedemikian terjadi kerana pada pemikirannya pastilah orang-orang alim itu sahaja yang layak ke syurga, rupa-rupanya mereka memandang tinggi kepada insan yang ikhlas serta suka berbuat kebajikan. Sungguh luar biasa dan indah pengalaman penulis hari itu.
Kiriman: Sujata Wee
Alamat: Wakaf Bharu, Kelantan
10.
MAKMUM DI SAF KE-1
KARYA PROF IRWAN ABU BAKAR
Oleh: Hamimah Ibrahim.
Saya suka untuk mengulas rangkap demi rangkap mengikut kefahaman saya.
Rangkap #1
Penulis dengan mengenakan T-shirt tanpa kolar, seluar jeans ketat dan rambut terdedah merasakan diri tidak layak ketika tertolak ke saf pertama di sebuah masjid ketika solat Subuh di masjid yang mana kiri kanan beliau terdiri dari mereka yang berjubah putih atau sekurang-kurangnya berkain pelikat , bersongkok putih dengan haruman wangian dari Mekah.
Rangkap #2
Makmum di kiri kanan penulis amat khusyuk mengikut gerakan solat imam dari mula hingga imam memberi salam penuh tertib serta ketika sujud penulis merasakan seolah terlelap tidur kerana lamanya keadaan sujud terakhir mereka sehingga imam selesai memberi salam kiri
Rangkap #3
Selesai solat MAKMUM d kiri kanan penulis tadi tidak terus bangun malah tekak di kedudukan bersama imam hingga tamat mengaminkan imam lalu bersalaman dengan imam. Begitulah juga dilakukan penulis kerana beliau berada di saf pertama.
Rangkap #4
Usai segala-galanya penulis berdoa memohon Allah menumbangkan dirinya yang tidak berpakaian sempurna ketika solat agar dapat bersama mereka ke syurga apabila dia ditahan kelak.
Rangkap #5
Sesudah itu penulis pergi ke kedai Nampak menikmati sarapan roti canai dan segelas teh tarik. Dengan tidak di sangka, orang-orang yang berpakaian sempurna yang berada di saf pertama bersamanya ketika solat tadi, datang dan makan roti canai dan minum teh tarik sepertinya.
Rangkap #6
Selesai makan penulis ke kaunter dan membuat bayaran untuk mereka semua.
Terpinga-pinga penulis apabila mereka tersentak dan mereka memohon doa kepada Allah agar dapat menumpang penulis ke syurga kerana keikhlasan penulis bersedekah, ketika dia di usung ke syurga dan mereka ditahan kelak.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini keikhlasan itu adalah paling penting dalam setiap perbuatan. Sungguhpun penulis berpakaian tidak sempurna seperti yang di gambarkan, kerendahan hati, ketulusannya mengerjakan solat doanya untuk menumpangkan diri bersama makmum yang berpakaian sempurna dan berwangian itu ke syurga.
Dengan ikhlas pula bersedekah dengan membayarkan makan minum mereka sewaktu bersarapan di kedai Mamak. Sebaliknya para makmum itu pula serentak mendoakan agar dapat bersama penulis ke syurga.
Siapakah sebenarnya makmum yang telah menjadi barisan saf ke-1 bersama penulis? Adakah mereka benar-benar manusia seperti penulis? Pada saya ini adalah misteri yang mungkin Allah Taala tunjukkan. Apakah mereka ini adalah makhluk yang Allah jelmakan di depan penulis untuk menguji keimanan dan keikhlasan penulis? Ketika penulis tertolak di saf ke-1 juga mengingatkan penulis untuk berpakaian sempurna serta bertertib mengikut imam ketika menunaikan solat. Wallahu’alam.
Sekian.
11.
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alim-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan
bersama imam berzikir hingga tamat mengamimkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
-Kuala Lumpur, 24.01.2017.
(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak AM Ke PM, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise, 2020).
ULASAN
Sajak “Makmum di Saf ke-1” ini merupakan sinikal kepada kehidupan masa sedia yang rencam dengan pelbagai tanggap dan persepsi. Seorang ‘aku’ yang berwatak biasa-biasa menjadi subjek utama perjalanan sajak ini keseluruhannya.
Aku memulakan itenerari ibadah hidup dengan tidak sengaja tertolak ke saf pertama. Dengan persona yang biasa-biasa, malah agak luar biasa jika dibandingkan dengan penghuni saf pertama yang lain, ‘aku’ menjadi keasingan. Rakan sesaf yang digambarkan sebagai amat patuh dan tertib terning melakukan ubudiah, ‘aku’ merasakan seakan tidak layak berada di saf ke-1 yang sewajarnya diisi oleh para alim ulamak atau fuqaha.
Kealiman dan kekhusyukan makmum saf pertama itu kelihatan begitu tinggi maqamnya jika dibandingkan dengan ‘aku’. Sudah pasti ‘aku’ merasakan amat jauhnya beda tahap iman dan amal kealiman antara mereka. ‘Aku’ yang hanya berjean ketat dan memiliki perawakan bukan seorang abid difikirkan dari semua segi; perwatakan fizikal baik, ketakwaan baik, malah keseluruhan kendirinya memang jauh berbeza.
Sebab itulah ‘aku’ muhasabah diri dengan penuh sedar menyandarkan doa seusai solat, bertawasul kepada Allah Rabul Jalil dengan asbab para jemaah alim tersebut. Agar ketika dirinya berhalangan memasuki pintu Jannah kerana kekurangan amal itu nanti, akan ada syafaat atau bantuan daripada jemaah bergamis, atau jubah serta berserban dan warak di saf ke-1 itu.
Seperti sekala ‘aku’ mengunjungi kedai mamak untuk mengalas perut pascasubuh. Sebentar ‘aku’ menciumi haruman aura minyak wangi Mekah yang amat dikenali. Nyata para Jemaah alim turut menyertai ‘aku’ duduk semeja menempah sarapan. ‘Aku’ bemurah hati membayar harga makanan mereka.
Lantas terdengar daripada mereka yang menyandarkan doa kepada ‘aku’ untuk memasuki jannah sekiranya mereka tertangguh untuk memasukinya. ‘Aku’ terpelongo mendengarnya kerana ‘aku’ yang hanya berbaju T dan sedikit amalnya ini juga ditumpangi doa oleh orang alim? Jeda. Demikian antara dua isme yang dijadikan kontradik dalam puisi Prof. Dr. Irwan kali ini. Antara kelompok ilmuan dan abid yang sudah pasti mempunyai konotasi murni dengan marharen dan abdi yang walaupun bukan jahil tapi seperti seadanya.
Melihat puisi naratif begini, saya lebih cenderung membiacarakn dari perspektif mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyair. Namun ingin juga dikaitkan sedikit dengan teknik ulasan puisi secara intrinsik dan ekstrinsik.
Menelurusi bait aksara dan diksi puisi ini, mungkin tidak banyak ditemui unsur sastera bak metafora, perbandingan dan bahasa estetika lain yang bombastik, namun penggunaan sedia ada itu pun telah cukup kuat. Justeru sesebuah puisi yang berkualiti itu bukan semestinya mengandungi unsur sastera yang besar dan tinggi-tinggi semata. Perlu ada asonansi dan aliterasi, utopia dan onomatopoeia, alegori dan imageri, sinkof dan simile serta personifikasi bagai.
Ungkapan ‘berjubah dan berserban’ dan ‘seluar jean ketat’ misalnya sudah cukup signifikan dan menepati maksud yang digambarkan oleh kedua watak dalam teks ini. Begitu pula dengan teh tarik, roti canai atau minyak wangi dan syurga memberi konotasi yang tepat dan melekat serta mudah difahami. Puisi ini tidak kontang dengan gaya bahasa yang unik dan menarik seperti ungkapan ‘roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas’ yang membawa unsur inversi dalam puisi. ‘Kedai Mamak’ yang mewakili warung paling popular dijadikan terminal orang Malaysia bersarapan. ‘Kain pelikat’ adalah lambang lelaki muslim yang selalu ke masjid dan beberapa sebagainya.
Begitu juga dengan ketika menilai sesebuah karya, kita oleh menelusuri sikap dan watak penulisnya. Penilaian secara ekstrinsik begini akan menemukan kita dengan personaliti sebenar si pengkarya. Jadi secara luaran/ekstrinsik kita oleh kenal bahawa penulis itu sememangnya seorang yang amat sederhana. Tidak berlewah dalam berpakaian dan beribadah.
Melihat kepada karektornya sahaja, penulis tampak persis persona ‘aku’ yang mendokong watak utama puisi ini. Justeru, membaca ‘Makmum Di Saf ke-1’ mendekatkan kita kepada mengenali watak sebenar penulis yang ‘humble’ biarpun memiliki darjah keintelektualan yang tinggi.
Tuntas meneliti secara ringkas sorotan puisi ini secara intrinsik dan ekstrinsik, kita memberi fokus pula kepada persoalan utama menghadam sesebuah karya, iaitu apakah mesej utama, mesej-mesej sampingan dan pengajaran yang dapat disitir daripada puisi ini.
Mesej utama dan sampingan
- Pada saya, mesej utama yang ingin Prof. Irwan sampaikan menerusi puisi ini adalah bahawa nilai keimanan, ketakwaan malah kebarangkalian kita dimasukkan ke syurga Allah SWT bukan bergantung kepada imej luaran (termasuj jawatan dan kedudukan) atau alimnya seseorang, bahkan kepada keikhlasan, kesungguhannya mencari keredaan Ilahi. Ini dicerminkan pada stanza akhir, apabila kelompok saf pertama yang kelihatan bermartabat tinggi runduk menyandarkan doa kepada tindakan ‘aku’ yang ikhlas dan bersahaja.
- Mesej kedua pula merujuk kepada nilai orang yang benar-benar alim @ berilmu itu adalah mereka yang juga melakukan ibadat (abid) dan bukan sekadar bercakap sahaja tanpa berbuat. Ini bertepatan dengan anjuran supaya ilmu dan amal itu bergerak seiring, kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tiada berbuah.
- Ketiga, seorang yang benar-benar faham hakikat iman dan amal akan menggunakan segala ilmu yang dipelajar dalam kehidupan sehari-hari. Bukan sahaja imej luarannya islamik, bahkan tindakannya, kepatuhannya, perbuatan dan ciri dalaman lain seiring dengan ilmu dan penampilannya.
- Keempat, orang yang memahami ilmu makrifat tidak memandang sama ada seseorang itu berimej alim atau ulamak, tetapi mengetahui nilai keikhlasan dalam tindakannya sebagaimana ‘aku’ yang membayar semua harga sarapan mereka.
- Sebaliknya, mereka yang kelihatan tidak mempunyai penampilan murni, tidak boleh segan atau malu untuk sama-sama melakukan ritual ibadah sama seperti mereka yang kelihatan warak.
Pengajaran daripada puisi ini. - Sementara itu beberapa pengajaran penting dapat kita ambil daripada puisi ini. Di antaranya; Sikap mengeluarkan infak atau berderma kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan atau tahap keimanan mesti diamalkan oleh semua insan sama ada
kaya, miskin, alim, dan sebagainya. - Ada ketikanya seseorang itu tidak mengetahui apa yang dilakukannya merupakan sesuatu yang besar di sisi insan lain bahkan di sisi Allah Azzawajala. Justeru jangan malu untuk berbuat baik.
- Seterusnya, usaha untuk mengejar Jannah Allah, tiada ada batasnya dan tidak boleh bertangguh. Mengingati kematian adalah sesuatu yang utama untuk difikirkan, agar sentiasa bersiaga dengan melakukan amalan yang baik.
- Akhir sekali, kepatuhan dan taat setia kepada pemimpin/imam menjadi keutamaan dalam pembentukan sebuah organisasi atau kelompok masayarakat madani. Apabila imam atau amir telah dilantik, rakyat dan pengikut kena patuh dan jangan sesekali mendepani ketua.
Demikian, sepintas lalu, ulasan puisi ‘Makmum Di Saf Ke-1’ karya Prof. Dr. Irwan Abu Bakar, pakar kejuruteraan yang mahir berpuisi, malah pelbagai genre sastera yang lain. Kepelikan dan pembalikan idea yang selalu menemani karya-karyanya telah menjadi tanda dagangan beliau. Jika tidak mencabar dan merentas pemikiran minda lateral kita, maka itu bukan karya Dr. Irwan.
12.
MEMBACA LETAK SURGA DALAM SAJAK MAKMUM DI SAF KE-1
Oleh Muhammad Barcov Firdaus
Ada sajak yang cukup menarik untuk dapat melihat bagaimana surga dilihat oleh seorang penyair melalui dua perspektif yang berbeda. Sajak yang mengahadirkan rutinitas kehidupan sehari-hari dan persoalan yang juga dihadapi sehari-hari. Sajak itu berjudul “MAKMUM DI SAF KE-1” karya penyair ternama Malaysia, Irwan Abu Bakar. Sebuah sajak yang menghadirkan seorang tokoh ber-Tshirt tanpa kolar (mengenakan baju kaus pendek tanpa kerah) di antara jamaah lain yang berjubah putih dan
bersorban atau setidaknya mengenakan sarung (berpelikat) baru dan berpeci putih. Itu lain sama sekali dengan “aku lirik” yang mengenakan celana jeans ketat dan rambut yang terurai tanpa penutup kepala.
Dikatakan sajak tersebut menghadirkan rutinitas sehari-hari, karena begitulah rutinitas Muslim di dunia, shalat berjamaah. Bagi yang tahu pentingnya shalat berjamaah. Dikatakan menghadirkan persoalan sehari-hari, karena di kalangan Muslim, pembicaraan tentang pakaian dan nilai ibadah adalah pembicaraan yang terus-menerus menarik walau telah milyaran kali dibicarakan. Berikut ini sajak yang dimaksud:
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alim-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan
bersama imam berzikir hingga tamat mengaminkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya, aku berdoa:
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
Kuala Lumpur, 24.01.2017.
(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak “AM Ke PM”, Kuala Lumpur, eSastera Enterprise, 2020).
Pada bait pertama, sajak ini mempertunjukkan seseorang yang terdorong ke saf ke-1. Itu artinya, ia tidak sengaja dan tidak hendak berada di saf pertama, melainkan terdorong ke depan. Ia tidak ingin berada di situ karena merasa tidak pantas berada: “tidak layak aku di situ/kiri kanan orang alim-alim belaka”.
Selain dilihat dari pakaian yang rapi, menandakan kehati-hatian dan pemuliaan kepada Allah yang disembah, para jamaah itu tampak memiliki ilmu dalam beribadah. Semua ilmu secara hati-hati diterapkan di dalam setiap gerakan shalat sebagaimana digambarkan di dalam bait kedua:
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Dari bait kedua, dapat dipahami bahwa “aku lirik” bukan orang yang tidak berilmu. Ia sesungguhnya juga orang berilmu sebagaimana orang-orang berilmu yang ia kagumi itu. Sebab ia tahu bahwa yang dilakukan jamaah yang “pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah” itu sesuai dengan fiqih shalat. Tidaklah mungkin seseorang mengetahui bahwa sesuatu telah dilakukan secara benar, jika ia sendiri tidak mengetahuinya. Hanya saja, ia tidak mempedulikan ilmunya dan lebih memilih mengagumi jamaah lain yang shalat berdasarkan ilmu. Ihwal ilmu dalam ibadah ini menarik, karena pentingnya ilmu ketika melaksanakan ibadah dalam Islam sangat penting. Abu Laits Al-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin yang dikutip dari Nu Online menjelaskan:
وقال بعض الحكماء: يجتاج العمل أربعة أشياء حتى يسلم: أولها العلم قبل بدئه لأن العمل لا يصلح إلا بالعلم، فإذا كان العمل بغير علم كان
ما يفسده أكثر مما يصلحه
“Sebagian orang bijak berkata, ‘Amalan butuh pada empat hal agar selamat: pertama, berilmu sebelum memulainya, karena amal tidak sah tanpa ilmu. Bila amal dilakukan tanpa ilmu, mudharatnya lebih banyak ketimbang maslahatnya.
Bergerak ke bait selanjutnya: “Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan /bersama imam berzikir hingga tamat mengaminkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.”
Pada bait ketiga ini, penyair menghadirkan apa yang munasabah dilakukan oleh Muslim di Asia Tenggara, yakni berdizkir dan berdoa bersama selepas shalat. Selepas itu, aku lirik berdoa secara khusus berdoa agar kelak jika jamaah lain dimasukkan surga sementara dirinya ditahan (tidak menjadi bagian dari ahli surga), ia juga dibawa masuk bersama mereka: “Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini/bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti.”
Doa yang aneh? Tidak. Doa ini dalam khazanah Islam tidak sama sekali aneh. Di dalam hadits Rasulullah bersabda: المرأ مع من أحب “Al-mar’u Ma’a man Ahabba”, yang berarti “seseorang itu akan bersama siapa yang ia cintai”. Itu berarti, “aku lirik” benar-benar jatuh cinta kepada jamaah yang alim-alim itu. Dengan cintanya itu, ia berharap dapat bersama mereka di surga. Meski begitu, Imam Hasan Al-Bashri seperti dikutip dalam kitab An-Nafais Al-‘Uluwiyyah (hal. 44) berkata: “Jangan lah kalian tergiur /terlena dengan hadits ‘seseorang akan dikumpulkan di akhirat bersama orang-orang yang ia cintai’!
Karena mereka orang Yahudi dan Nasrani pun cinta nabi-nabi mereka, tapi sama sekali mereka tidak akan bersama nabi-nabinya di akhirat kelak. Maka bekerjalah sebagaimana orang yang kalian cinta itu bekerja”. Aku lirik telah melakukan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang dicintainya itu, yakni shalat berjamaah walau tidak berpakaian sebagaimana pakaian mereka.
Selesai shalat “aku lirik” bergegas di kedai Mamak untuk sarapan dengan “sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas”. Orang-orang yang satu saf di saf pertama dengannya kemudian datang. Mereka pun sarapan dengan makanan yang dimakan oleh “aku lirik”. Atas perasaan cintanya kepada jamaah yang alim-alim itu, ia berinisiatif membayar semua makanan yang mereka makan. Karena itu, mereka terkejut lalu bersama-sama berdoa: “Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya/apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.” Mendengar doa itu, aku lirik menjadi bingung: “Terpinga-pinga aku.”
Apa yang hendak dikatakan melalui bait-bait terakhir itu? Mari menelisik. Ada pengulangan ihwal pakaian yang digunakan oleh jamaah di saf ke-1, termasuk tentang wewangian yang berasal dari Mekkah dengan kembali mengulang pakaian apa yang dikenakan “aku lirik”. Pengulangan ini, bukan karena Irwan Abu Bakar sebagai penyair tidak memiliki kata dan kalimat lain, melainkan karena pentingnya bagian itu.
Bagian itu hendak menunjukkan betapa pakaian seringkali menipu pandangan manusia. Padahal ibadah bukan hanya soal pakaian, melainkan tentang bagaimana niat dan keikhasannya. Meski demikian, di dalam sajak ini, penyair tidak lantas mengatakan bahwa tidak perlu memikirkan pakaian dalam beribadah. Sebab cara berpakaian, selain untuk memenuhi apa yang diperkenankan di dalam fiqih juga memenuhi adab di dalam beribadah. Oleh karena itu, kekaguman terhadap pakaian mereka yang kemas itu, terus diulang, walau di dalam kekaguman itu juga mengandung pesan kritis untuk tidak hanya sibuk mematut-matutkan pakaian.
Melalui sajak “MAKMUM DI SAF KE-1”, tampak usaha Irwan Abu Bakar untuk mengguncang pikiran pembaca tentang bagaimana melihat surga. Pada satu sisi, aku lirik berdoa agar kelak diikutkan masuk ke surga bersama orang-orang alim yang shalat di saf ke-1 karena kealiman mereka dan pakaian mereka yang kemas saat menghadap Allah. Di lain sisi, jamaah di saf-1 berdoa agar kelak dimasukkan surga bersama seorang lelaki yang telah dengan ikhlas membayar semua makanan yang mereka makan.
Bagi siapakah pintu surga akan terbuka di antara mereka? Jamaah yang alim-alim atau lelaki yang mengenakan celana jeans ketat itu? Di sinilah tingkat kesulitan menelaah sajak yang tampaknya mudah saja ini. Karena Irwan Abu Bakar meletakkan beberapa hal sebagai sesuatu yang seakan tampak berlawanan sekaligus tampak tidak berlawanan.
Pertama, jamaah yang khusu’, berilmu, beradab dalam berpakaian dihadapkan dengan lelaki berkaus tanpa kerah dan bercelana jeans ketat, sama-sama shalat. Siapa yang masuk surga? Jika memilih jamaah lain selain “aku lirik”, pertanyaan berikutnya, apakah pakaian menjadi dasar diterima atau ditolaknya suatu ibadah? Jika iya mengapa dan jika tidak mengapa? Ini sulit dijawab oleh pembaca. Terlalu kompleks bagian-bagian yang harus dibahas. Meski begitu, “aku lirik” merasa jamaah lain selain dirinya di saf ke-1 lebih mungkin masuk surga dibandingkan dirinya.
Kedua, jamaah yang khusu’, berilmu, beradab dalam berpakaian berdoa agar kelak mereka diikutkan masuk ke surga bersama lelaki berkaus tanpa kerah dan bercelana jeans ketat karena keikhlasannya membayar semua makanan yang mereka makan. Apakah jamaah itu tidak terlalu yakin bahwa dengan shalat mereka yang khusu’ itu akan masuk surga? Jika tidak yakin, mengapa? Apakah ada yang salah dari shalat mereka selama ini sehingga begitu kagum dengan keikhlasan lelaki itu? Ataukah ini tentang bukan bagaiman shalat mereka, melainkan tentang masing-masing ibadah yang menjadi wasilah terbukanya pintu surga?
Menurut al-Kalbi dalam Tafsir al-Thabari, ada empat macam surga yang Allah janjikan yakni surga ‘Adn, yang merupakan tingkatan tertinggi, kemudian surga al-Ma’wa, surga Firdaus, dan surga Na‘im.
Masing-masing surga menurut riwayat Ibnu ‘Abbas dalam Tafsir Ibn Abi Hatim memiliki delapan pintu. Ahli shalat akan dipanggil dari pintu shalat, para ahli jihad akan dipanggil dari pintu jihad, para ahli puasa akan dipanggil dari pintu rayyan, para ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah, para ahli ibadah haji akan dipanggil dari pintu haji, para ahli ‘umrah akan dipanggil dari pintu ‘umrah, para ahli syukur akan dipanggil dari pintu syukur, para ahli zikir akan dipanggil dari pintu zikir.
Sajak tetaplah sajak, untuk dapat dipastikan maksudnya, tidak mudah. Namun sebagai pembaca, sungguh merasakan kenikmatan dari permainan Irwan Abu Bakar mempermainkan cara pandang dalam melihat surga. Sungguh saya tidak merasa telah selesai melihat bagaimana surga dilihat di dalam sajak ini, tapi untuk saat ini, baiknya dicukupkan saja.

Muhammad Barcov Firdaus
Penulis, bergiat di Gaksa: Rumah Sastra ASEAN, Cilegon, Banten.
Nomor telepon: 08 777 15 888 00.
Email: barcovfirdaus@gmail.com
KEPUTUSAN (14.05.2023)
Setiap buah karya sastera mengandungi mesej (pesanan) yang mahu disampaikan penulisnya kepada pembaca. Pesanan ini merupakan hal utama walaupun karya itu sendiri dipersembahkan melalui pelbagai genre dan stail (yang kedua-duanya juga penting dalam menentukan kualiti karya). Untuk sayembara kali ini, penganjur meminta supaya pengulas menegaskan mesej yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Namun pihak pengadil juga memberikan perhatian terhadap aspek-aspek lain karya yang disentuh oleh pengulas.
Apakah mesej utama sajak “MAKMUM DI SAH KE-1”?
Mesej sesebuah karya sastera tidak sentiasa dikemukakan oleh penulisnya dengan jelas. Kadangkala, pembaca mendapat mesej yang berlainan daripada apa yang hendak dikemukakan oleh penulis. Ada kalanya, pembaca yang berlainan mendapat mesej yang berlainan daripada karya yang sama.
Pada pandangan penilai sayembara ESVA 4/2003 ini, mesej utama yang hendak disampaikan oleh penulis puisi MAKMUM DI SAF KE -1 adalah betapa besarnya pahala SEDEKAH sehinggakan sekumpulan orang Muslim yang kuat ibadatnya mengiktiraf bahawa peluang yang lebih baik untuk masuk ke syurga terletak pada orang yang besedekah daripada yang beribadat secara rutin.
Setelah mempertimbangkan dengan sewajarnya, penilai membuat keputusan bahawa pemenang Sayembara ESVA 4/2023 adalah seperti yang berikut:
(1) RM500: Muhammad Barcov Firdaus.
(2) RM200: Nurimas SN.
(3) RM50: Sujata Wee.
TAMAT.
BERAPAKAH NILAI MAKMUM DI SAF KE-1?
TIBA-TIBA saya dapati ada dua perkara yang terbit apabila membaca puisi Makmum di Saf Ke-1 oleh Driwan Abu Bakar, iaitu solat dan ikhlas. Dalam soal solat berjemaah, ditulis dengan terperinci cara makmum solat mengikut imam iaitu tentang tata cara yang sepatutnya diamalkan. Satu persatu diperincikan daripada awal sebelum mula solat, bagaimana makmum yang ‘alim-alim belaka, berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih, pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah begitu bersistem duduk dan geraknya.’ Perhatikan penyair telah bercerita apa yang dilihat di saf pertama pada solat subuh pagi itu. Bukankah itu antara amalan sunat yang sepatutnya dilakukan oleh para makmum?
Diceritakan lagi pada hampir keseluruhan stanza kedua, tentang tata cara solat yang sepatutnya dilakukan sewaktu solat berjemaah. Apakah kita ikuti tata cara sebegitu?
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.
Pada saya, penyair telah menuangkan ilmu ke dalam mangkok pemikiran kita supaya ilmu itu dapat diamalkan sebaik mungkin jika mahu solat kita mendapat taraf tertinggi di sisi Allah.
Hal kedua yang terbit dalam fikiran saya ialah ketika usai solat berjemaah itu. Lihat bagaimana penyair berdoa memohon agar Allah tumpangkan dia bersama-sama makmum saf pertama yang tertib solat mereka, mengikut tata cara yang betul baik dari segi berpakaian atau gerak anggota ketika bersolat, benar-benar mengikut imam bukannya tergopoh-gopoh seakan-akan mahu mendahului imam.
Hal yang sama juga saya temui ketika penyair singgah di warung mamak untuk bersarapan. Dia melihat para makmum di saf pertama juga ikut singgah di situ dan sama-sama bersarapan. Mereka masing-masing memesan sekeping roti canai dan secawan teh tarik, sama seperti apa yang dipesan oleh penyair sendiri. Apabila penyair melangsaikan bayaran untuk kesemua mereka, lantas mereka berdoa dengan doa yang sama seperti penyair berdoa seusai solat tadi.
Lihatlah apa sebenarnya yang mahu diterapkan ke dalam minda pembaca apabila selesai membaca puisi ini. Saya percaya penyair mahu menanam nilai ikhlas dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan, baik dari segi ibadah khusus atau di luar ibadah. Tanpa ikhlas pasti tiada ganjaran yang akan diperolehi.
Lalu bolehlah kita bertanya, berapakah nilai kita sebagai seorang makmum?
Wallahualam.
Zaidin Abadi.
LikeLiked by 1 person