
akhirnya kesempatan lebaran ini
kurasai manja anak dengan baba kembali,
dia seakan fahami
kasih seorang ayah yang merindui.
tika malam mahu beradu
segera nazran mampir kepala
juga rambut bersama merasa
kongsi kasih, jiwa dan ria.
itulah kisah mengubat
tiga tahun telah tidurku tanpa dia
disisi bersama jalinan cilik menjejak remaja.
namun sebentar lagi terpaksa semula kuharungi
tidur malam-malam keseorangan nan sepi.

Oleh:

rozan azen mat rasip
22 – 24 april 2023
pantai puteri melaka – batu muda kl
TAMAT,