Jertih, Terengganu, Malaysia.
Noorlaila Ghafar ialah nama pena kepada Noor laila binti Abdul
Hshapar. Dilahirkan pada 11 Mei 1957 di Sabak Bernam, Selangor.
Memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera (1980) dan Diploma
Pendidikan (1981) UKM. Terlibat menulis sajak, setelah sajak
pertamanya “Kepuasan” mendapat siaran Majalah Al-Ehsan,
keluaran Jabatan Agama Islam Selangor pada Disember 1976.
Sajak-sajak beliau pernah mendapat siaran dalam majalah
Dewan Sastera, Jelita, Dian, Wanita, Alam Wanita, Al-Islam, Wahida,
Variasari, Hikmah, Al-Qiblat, dan mendapat tempat di surat khabar
mingguan arus perdana seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu,
dan Utusan Melayu Mingguan.
Secara eceran, sajak-sajak beliau juga telah dimuatkan dalam
hampir 40 buah antologi bersama. Puisi-puisi Bangi (Grup pemuisi
UKM, 1978), merupakan antologi bersama yang pertama beliau,
diikuti antologi Gema Membelah Gema 4 (Hari Puisi keenam di
Kuantan, Pahang 1978), Kuntum Rasa (Grup Pemuisi UKM 1979),
Gema Membelah Gema 6 (Hari Puisi kelapan, Kota Bharu, Kelantan
1981), Mencari Pertemuan (Pelita 1982), Terengganu Dalam Puisi
(Pelita 1983), Rumah Muafakat (Pejabat Kebudayaan dan Kesenian,
Negeri Terengganu 2001, antologi ini memuatkan puisi-puisi yang
menang dalam Sayembara Menulis Puisi Perpaduan).
Beliau juga pernah memenangi pertandingan menulis puisi.
“Pantun Khazanah Budaya Darul Iman”, mendapat tempat ketiga
dalam pertandingan menulis pantun sempena bulan Bahasa dan
Sastera Negara, peringkat negeri Terengganu 2002. Sajak “Alam
Bercerita” menerima Hadiah Penghargaan Kategori Puisi Remaja,
Hadiah Satera Darul Iman III, 2017.
Iman Takzim (Karyawan Ledang 2020), Rumah Hijau: Antologi
Terza Rima (SPTA 2021), 2020 Antologi Haiku (SPTA 2022),
Singgahlah Dari Kartika Ke Kartika Sehingga Kaugenggami Makna
(Antologi Puisi Hari Sastera XVIII 2022), dan 2,7 Antologi Dukotu
(SPTA 2023), merupakan antara antologi bersama beliau yang
terkini. Antologi perseorangan beliau berjudul Nyanyian Murabbi
telah dierbitkan oleh ITBM, 2015.
Selain genre sajak, beliau turut mencuba bakat menulis genre
cerpen, novel, anekdot, dan certot. Cerpen-cerpen beliau pernah
disiar dalam majalah Fikrah, Pelita Bahasa, dan Mingguan Wanita.
Secara eceran cerpen-cerpen, enekdot dan certot beliau telah
dimuatkan dalam 20 buah antologi bersama.
Manuskrip novel beliau berjudul Suratan menerima Hadiah
Penghargaan Anugerah Sastera Darul Iman (ASDI) V, 2008.
Sayembara ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu,
bersama PELITA – GAPENA. Novel Suratan telah diterbitkan oleh
DBP, 2013 dan diulang cetak 2014.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA
. Salam Perpisahan .
TAMAT.