1. Moh. Ghufron Cholid. “Hari Puisi Sedunia”.
  2. HamimaH. “Tajamnya Bahasa Puisi”.
  3. Oui Sal. “Hari Puisi Sedunia”.

1.

HARI PUISI SEDUNIA

Terus tumbuh
Menghidupkan ruh
Lantaran mahabbah
Telah menetap di kedalaman tubuh

Oleh:

Moh. Ghufron Cholid
Jelgung, 21 Maret 2023

2.

SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA

TAJAMNYA BAHASA PUISI

Puisi lahir dari jiwa
dari pandangan nyata
melihat tangis dunia
hari ke hari
dari seribu gejala
dalam rintihan bait-bait
keras dan berapi
suara dari pemuisi
ada yang tajam bergerigi
lalu tertikamkah di hati?

Oleh:

23.03.2023

HamimaH
Kluang, Johor, Malaysia.

3.

HARI PUISI SEDUNIA

Hari puisi sedunia penuh makna
Anugerah buat pencinta puisi
Raikan kecemerlangan karya
Impian martabat genre sastera

Pengiktirafan penglibatan sastera
ubah persepsi penerimaan sosial
Intipati penuh bermakna tersusun
Setiap rentetan kehidupan
Insan terkedu di alam maya

Suatu wadah penyambung warisan
Estetika bahasa indah diperhalusi
Dari masa ke semasa tegar
Usaha jaminan kreatif pengkarya
Nilai-nilai murni mantap
Ini ditonjol pada musafir
Ampuh mendepani detik era.

Oleh:

OUI BIN SAL
Tanah Merah

TAMAT.