Aku ingin menjadi penyair
menyirat kata-kata sakti menjadi penawar
mendandan aksara syadu membelai raga
saat atma terbuai pada indahnya mempesona.
Alam terbentang kulukis sketsa indah
bersulam nuansa diksi selari
saban hari menguliti mimpi
menjadi realiti di minda jauhari.
Aku ingin menjadi peryair yang terkadang ditiup taufan melankolik namun masih teguh berdiri
berdendang tanpa resah kerana telah tertulis di dada azam
aku penyair didatangkan deru bayu bergumpal ilham.
Sempena hari puisi.
Oleh:

Sujata Wee
Mac 2023
TAMAT.