Coretan ;
Sesi TERJAH sahabat penulis Ipoh, Perak Darul Rezduan 27 & 28 hb Februari 2023

Pada 27 Februari 2023

aku telah dibawa oleh suamiku untuk memenuhi hajat bertemu beberapa sahabat penulis yang berada di Ipoh , Perak sambil ziarah saudaraku dan pulang kampong sebelah Allahyarham ayah berasal dari Bagan Serai Perak

Sahabat penulis Jamal A. Majid dan isteri target utamaku kerana mereka pernah aku temui pertama kalinya di Teluk Intan Perak bandar Menara Condong yang punya sejarah. Mereka juga yang telah meralisasikan impianku untuk melihat Menara Condong di mana tempat kami lalu tetapi tidak pernah singgah untuk mengambil gambar sebagai tanda aku sudah sampai di sana
Pasangan suami isteri tersangat baik dan aku sangat terhutang budi kerana telah meluangkan masa untuk dua hari dan dua malam meneman kami di Ipoh yang rasa agak asing walaupu kampongku

Penulis kedua aku telah jumpa saudara Mas Onn Abdullah
beliau rupanya bergelar Sasterawan Negeri Perak sebanyak tujuh kali berturut
walaupun saudara Mas Onn di tahap begitu sebagai penulis
beliau seorang bertubuh kecil molek dan sangat merendahkan dirinya
walaupun aku tidak membuat temujanji dengan sekali panggilan telepon dan menyatakan aku di mana
dalam masa setengah jam beliau sudah berada di restoran yang aku hantar lokasi
sangat rendah diri dan sopan santun budi bicaranya
rendah diri tidak berlagak sikapnya
aku terkedu dengan melihat wataknya yang begitu
hati ini sangat berterima kasih kepadanya yang sudi datang mencari aku penulis habuk
bersyukur aku kepada Allah di atas ketentuan pertemuan aku dan dia

Aku menginap dua malam dan tiga hari di Hotel De Botani Ipoh
sebuah hotel dua bintang sahaja tetapi bersih dan cukup luas serta selesa
hotel ini juga direkomenkan oleh saudara Jamal A Majid dan isterinya Saudari Baiti Abbas seorang mantan pelakon drama telivisyen dan radio Malaysia tahun 90an
tanpa rekomen mereka aku biasa anggap hotel murah tidak selesa dan tidak bersih
salah prasangkaku cuma fasilities sahaja kurang seperti seterika dan peti ais tiada di bilik
dan bilik tiada hiasan esklusif

Pada 28hb Februari 2023

aku bertemu seorang lagi penulis ia itu saudari Yahti Hayati bersama suaminya Encik Hashim di restoran yang sama masih ditemani pasangan suami isteri saudara Jamal A Majid

Kedua hari pertemuan kami di Gazebo Abang Nash hanya seberang jalan berhadapan hotel kami menginap

Sepanjang pertemuan kami minum dan makan bersama
berbual dan bercerita makanan di sana ada pelbagai termasuk makanan ala kedai mamak menu kesukaan suamiku dan mereka penulis juga
restorannya kondusif berhawa dingin amat sesuai untukku dan sesi pertemuan kami kerana tidak sibuk serta aman dan tenteram untuk sesi kami berbual
selama tiga jam

Satu sesi pertemuan yang tidak dapat aku lupakan kami bertukar cendera hati buku hasil tulisan mereka hebat, mesra dan sudi menerima panggilanku untuk bertemu walaupun tiada temu janji mereka hadir dalam masa setengah jam sudah muncul di hadapan mataku
Allah maha suci
pertemuan ini aku anggap sangat bertuah dan mebahagiakan hatiku

Aku juga bersyukur kerana saudara Jamal A Majid dan iateri telah sudi menemani aku dan suami makan dan bersarapan bersama selama dua hari aku di Ipoh

Selain itu ereka juga telah sudi memanjangkan cendera hati kecil murahku merupakan makanan sunah kurma ajwa dari Johor ke rumah seorang lagi penulis ibu Zai Ris yang sedang sibuk dengan jadual persediaan untuk mejalani ibadah haji umrah tak lama lagi

Saudara Jamal dan isteri juga yang telah bersungguh sungguh selama dua hari berturut turut menghantarkan cendera hati kecilku yang tak seberapa harganya walaupun telahku mohon abaikan saja tetapi tetap berusaha untuk tunaikan hajat aku untuk berkongsi cenderahati kecik kepada yang dihormati Tuan Guru Tabir Alam kerana beliau tidak dapat hadir bersama kami pada pagi hari kedua aku di Ipoh
aku sengaja memilih tarikh akhir Februari agar dapat mudah diingati sebagai hari bersejarah bertemu dengan ikon Akademi SPTA dan ingin aku abadikan dalam songraf Graha Karya
tetapi sayangnya
kita merancang
Allah penentu segala
aku reda

Ini merupakan kali kedua hasratku kecundang sepanjang dua tahun aku bersama Akademi Siri Penerbitan Tabir Alam ( SPTA )
walapun kali pertama aku tidak berusaha kerana aku twkah bertanya terlebih dahulu

Aku dan beberapa sahabat penulis lain termasuklah saudara Jamal sendiri sangat hasrat ingin bertemu Tuan Guru kami yang kami hormati
Tuan Guru Tabir Alam walaupun sentiasa berada disebalik tabir maya saiber telah banyak membimbing aku seni dalam penulisan pelbagai genre puisi beliau juga penerbit buku antologi puisi pelbagai genre
di mana namaku telah berjaya terselit di dalam sebanyak dua puluh lapan buah buku antologi pelbagai genre sejak tahun 2021 aku bersama Akademi SPTA

Paling lagi aku amat terharu kerana dengan kegigihannya dan kesabarannya melayan kerenah kami penulis juga pelbagai tahap dan genre diantara genre penulis muda dan veteran dan bijak dan kurang bijak seperti aku
akulah penulis yang paling sukar dibimbing kerana aku tidak pandai tatabahasa, ejaan dan kurang kosa kata dalam Bahasa Melayu serta pembinaan ayat yang berterabur dan tunggang langgang
akan tetapu
dengan sifat tegas dan izin Allah
namaku dipilih juga diselitkan di dalam dua puluh lapan buah antologi pelbagai genre tadi
dengan bimbingan beliau juga aku telah beberapa kali menang pertandingan sayembara E- sastera Vaganza dengan mendapat hadiah wang tunai daripada Professor Irwan yang juga saya hormati kerana telah memilih hasil penulisan aku

Ilmu Tuan Guru juga telah buat aku beranikan diri menyertai sesi pertandingan menulis puisi TANGKA anjuran bersama Universiti Utara dan Jepun dan beberapa lagi di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka dan terkini pantun perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara Malaysia

Walaupun aku tak menang setakat menerima sijil penyertaan pun menadai dan bersyukur
dalam usia senja aku menerjunkan diri secara tiba tiba tanpa langsung ilmu basik penulisan dan sastera Melayu aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku kemampuan untuk menulis setelah aku dibimbing oleh Tuan Guru Tabir Alam

Maka keinginan aku yang berkobar untuk bertemu dengannya sangat tinggi kerana aku inigin sendiri meluahkan sekalung ucapan terima kasih yang ikhlas dari hati di hadapan Tuan Guru Tabir Alam sendiri tapi kecundang

Aku juga berhasrat bertemu Professor Irwan Abu Bakar dan sahabat penulis E- sastera Vaganza yang aku mampu sampai di negara dan yang berada luar Makaysia

Aku juga bersyukur
dari aku seorang Jururawat biasa hanya bersama pesakit kini aku berubah bersama penulis
sejak aku bersara
aku tidak pernah mimpikan perkara pertukaran profesyen bakal berlaku pada diriku mendadak dalam usia yang sudah lebih dari enam puluh dekad hidup

Aku berpaling arah jauh kerana dulunya
aku memegang picagari suntikan kini aku memegang picagari mata pena penulisan
namun aku tetap bahagia
Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah beri

Melalui penulisan, aku dapat memngosongkan derita minda dan hatiku berkaitan kembalinya puteri kesayangku yang satu satunya ada setelah lapan tahun aku bernikah
kini ia telah pergi sudah
hampir tujuh tahun yang lalu

Melalui penulisan juga aku dapat berkongsi pengetahuan ku dalam bidang penyakit yang aku tahu dan perawatan

Melalui penulisan juga aku dapat berkongsi pengalaman aku mengembara ke luar negara seperti apa yang aku lihat budaya amalan mereka

Aku rasa paling bahagia sekali apabila aku dapat menceritakan keindahan ciptaan Allah dalam pelbagai sehingga mengalir air mata mengenangkan semua bukti kebesaran-Nya
dengan bukti yang Allah wujud serta maha segala walaupun tidak dapat dilihat dihadapan mata

Melalui menulis
aku juga lebih banyak bersyukur kerana aku mampu tenang dengan menulis

Dari itu
aku terus berdoa agar aku mampu menulis sehingga saat aku menghembuskan nafas terakahir kerana aku bahagia dengan menulis

1. Saudara Jamal A Majid dan Yahti Hayati. 28.2.23. Gazebo Abg Nash Botani Garden Ipoh

2. Saudara Jamal menggadiahkan bulu antilogi Secawan Kopi edisi 6

3. Sasterawan Negeri Perak ke-7 saudara Mas Onn Abdullah dan Saudara Jamal A Majid pada 27.2.23. Gazebo Abg Nash

4. Bersama Sasterawan Negeri Perak ke-7. 28 .2.23. Gaxebo Abg Nash

5. Penulis saudari Ibu Zai Ris. Berkunjung ke rumahnya oleh saudara Jamal A Majid dan isteri 1.3.23

6. Penulis veteren saudari Yahti Hayati di mahligainya Simpang Pulai Perak 28.2.23

7. Saudara Jamal A Majid dan Yahti Hayati . 28.2.23 Gazebo Abg Nash Botani Garden Ipoh

Oleh:

Salmah Amir
Cyberjaya, 5323

TAMAT.