Tatkala tirai malam diangkat pergi
kerana hari sudah pagi
fajar sudah menyingsing
ayam berkokok tanpa henti
embun menitis di hujung rumput
begitu suasana damaikan sekeping hati
tika ini berharap esok akan hadir bahagia
teruja ingin nikmati cinta sebenar
badan lesu disembunyi dengan tawa
siapa mengerti perasaan
seorang aku
setiap saat berdoa pada-Nya
mulut terkunci rahsia
sesekali angin berbisik di telinga
bicaralah denganku
luahkan rasa gundahmu
aku tersenyum dalam khayalan sendiri.
Oleh:

Zuraida Dewi
Padang Serai, Kedah
TAMAT.