Dalam hidup kita sentiasa diuji
dengan pelbagai jenis ujian
ujian besar atau pun kecil
kalah atau menang
susah dan senang
semuanya ujian
kita perlu reda
ada hikmah
yakin

Sebagai hamba-Nya terimalah
jangan sekali kita marah
menyalahkan sesiapa
kita sedang diuji
bersabarlah
ingatlah

Ramai diuji dengan kemenangan
ada yang diuji dengan kekalahan
ada yang diuji dengan kekayaan
ada juga dalam kemiskinan
ada yang bertaqwa
atau dirasuk syaitan
semuanya ujian
redalah

Mengapa kita semua perlu diuji?
tanda Allah masih sayang kita
untuk melihat bagaimana
hamba-Nya bertindak
kemenangan milikku
riak dan sombong
harta aku punya
kau apa ada?

Oleh:

Salmah Amir
Kulaijaya, 3 Februari 2023

TAMAT.