mereka menyalak ke atas
mengoyak langit akal
berontak berantak menolak
gumpulan mendung menguji diri
melantun seru tidak keruan
bertalu talu melepas geram
pada embun; dingin damai tapi seketika
berkali kali meluah benci
pada hujan; renyai basah
tapi banjir
rintih embun berkedu di julai takdir
tangis hujan menitis harap dimengerti
mereka tidak peduli
bumi melimpah ruah
lara dan mewah tenggelam hanyut
tanpa kesan serah pasrah
mereka pagi ini mengutip
lunyai rumput di puncak peribadi
dengan sedikit kesal serta doa
mendesak hijau segar semula
dan merungut pada lopak juga becak
mereka menyalak ke atas
lupa akan sekujur jasad
masih perlu nikmat tanah ketika berpulang
Oleh:

Hamizun Syah
Langgar, Kedah
22.12.2022
TAMAT.