TEMA: PRU 15. (Pilihan Raya Umum Ke-15).
GENRE: Sajak.
KEPANJANGAN: Bebas.
TARIKH: 21-22.11.2022.
Emel karya ke: gaksaAsean@gmail.com
HADIAH: RM300; RM200; RM100.

Selamat berkarya dan berjaya.

PESERTA

xxxxx

KARYA

1

OLEH-OLEH PRU 15

Dengan mata cinta aku memilih
Semoga pohon airmata tak lagi tumbuh
Di tanah kasih dan tanah berkah
Tempat kita menerjemah segala harap

Setelah kau terpilih
Semoga hati yang tercerai berai kembali utuh
Dan kita lupa alamat pedih–perih

Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, 21 November 2022

2

PRU 15

Selesai sudah tanggung jawab jelata
memangkah peneraju negara
sesudah meneliti janji dan ikrar
kesejahteraan rakyat keutamaan sejajar
calon demi calon bersilih ganti
kepada rakyat menambat hati

Hujan bukan halangan
tapi rahmat kurniaan Tuhan
berpayunglah ke pusat undian
demi hasrat kesampaian
untuk kemenangan yang jadi pilihan
yang segak berjalan
yang lemah berpimpin tangan
tak berdaya sanggup disorongkan

Cukup masa
pintu ditutup undi dikira
dari malam ke dini hari masih resah menanti
terima berita
yang menang tak bolot semua
yang kalah tak kalah semua
menang tipis kalah pun cuma nipis

Rakyat menanti lagi
kemelut politik tidak berhenti
lobi melobi
mencari angka yang melebihi
bagai kiambang ingin bertaut
yang dibuang kutip kembali
yang dibenci tiba-tiba berlembut hati
demi merebut jawatan tertinggi
keputusan yang tergantung

Hari ini
di sini rakyat menunggu
masih sabar dalam keliru
yang bakal membawa hala tuju
siapa pun tuan
kesejahteraan rakyat
keselesaan rakyat hendaklah keutamaan
manifesto yang dibawa itu satu tuntutan

22.11.2022
HamimaH Ibrahim
Kluang, Johor.

3

MATEMATIK PRU 15

Sabtu 19 November 2022
seawal 8.00 pagi beratur di saluran dua
tanggungjawab pada nusa usai jua
menginai ungu seruas jari
tanda mengundi janji
9.00 malam berita maya memapar jumlah pengiraan angka
PH: 82
PN: 73
BN: 30
Borneo Block: 35
mencongak algebra mudah PH: 82 juara
PN:73 naib juara
Tapi PH 82 belum boleh jadi kerajaan Malaysia
perlu tambah PN 73 @ BN 30 @ BORNEO BLOCK 35
mula mengira-ngira tolak tambah
PH 73 + BN 30 = 103 X

PN 73 + BORNEO BLOCK 35 = 108 X
PN + BN = 103 X
persoalan mudah
jawapannya susah
pilihan rakyat jelas
menuntut keputusan ikhlas
sekadar ujian matematik untuk calon Perdana Menteri
pasca pilihanraya

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
22/11/022

4

NEGERI PUISI

ini negeri puisi

negeri dibangun tumpukan diksi

diksi puisi berserak

punya isi pun puasa

di negeri puisi sunyi

negeri diserang pandemi

semua kata dimasker

rima aliterasi terkapar

dikarantina isolasi imaji

negeri puisi dikunci-tara

negeri puisi tiga negeri peri

penduduknya wangi kesturi

nafasnya menghamburkan melati

pagi siang sore malam

minum teh poci negeri ilusi

CUNONG SURAJA
Columbus Tue Nov 22 20 22 08:28 pm

5

ACUAN ANGIN

Ismail Hashim
No.123, Jalan Warisan Puteri A/6, Taman Warisan Puteri, 70400 Sikamat, Seremban, NSDK.

KEPUTUSAN

xxxxx

TAMAT.