Tumbuh pandan di mana-mana,
di paya seberang hingga ke hujung;
Sakit badan hati merana,
covid menyerang berat ditanggung.

Nampak menguning langsat mencelah,
buahnya lebat di pinggir bukit;
Bangun dan baring serba salah,
badanku sihat bertukar sakit.

Di puncak bukit berangin segar,
bayu bertiup anginnya monsun;
Di dalam sakit baharu kusedar,
rakan segerup berpesta pantun.

Buah betik disusun jarang,
sangat berguna bila khenduri;
Semuanya cantik pantun dikarang,
pantun berbunga namun berduri.

Sungguh meriah pergi menonton,
di olahraga peserta yang mahu;
Ucap tahniah semua pemantun,
sayalah juga terlepas perahu.

Tumbuh sepohon pokok kelapa,
pohon papaya pucuk diulam;
Tak ikut berpantun tidak mengapa,
asalkan saya seronok mendalam.

Anak itik bernang di paya,
bernang berjuntun suara mendayu;
Cantik, cantik terus berkarya,
mengarang pantun seni melayu.

Oleh:

Noorhamy/Gagak Rimba
30.09.2022
9.38 mlm.

TAMAT.