
ANUGERAH SASTERA JOHOR KE-13
Anjuran: Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim
Selenggaraan: Yayasan Warisan Johor.
Kerajaan Negeri Johor, melalui Yayasan Warisan Johor, dengan ini mengumumkan Anugerah Sastera Johor Ke-13 akan dianugerahkan kepada karya-karya terbaik penulis-penulis Johor dalam bidang-bidang yang berikut:
PUISI | PUISI ECERAN 6 hadiah (RM700.00 setiap satu) | KUMPULAN PUISI 1 hadiah (RM2,000.00) | KUMPULAN PUISI REMAJA 1 hadiah (RM1,500.00) | KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK 1 hadiah (RM1,500.00) |
CERPEN | CERPEN ECERAN 6 hadiah (RM1,000.00 setiap satu) | KUMPULAN CERPEN 1 hadiah (RM2,500.00) | KUMPULAN CERPEN REMAJA 1 hadiah (RM1,500.00) | KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK 1 hadiah (RM1,500.00) |
DRAMA | DRAMA ECERAN 3 hadiah (RM1,000.00 setiap satu) | DRAMA RADIO 1 hadiah (RM1,000.00) | DRAMA PENTAS 1 hadiah (RM2,000.00) | DRAMA TV 1 hadiah (RM2,000.00) |
NOVEL | NOVEL DEWASA 1 hadiah (RM2,500.00) | NOVEL REMAJA 1 hadiah (RM2,000.00) | NOVEL KANAK-KANAK 1 hadiah (RM2,000.00) | |
BUKU | BUKU SASTERA 1 hadiah (RM2,500.00) | BUKU AUTOBIOGRAFI 1 hadiah (RM2,000.00) | BUKU BIOGRAFI 1 hadiah (RM2,000.00) | |
SASTERA SIBER | SASTERA SIBER (PUISI) 3 hadiah (RM400.00 setiap satu) | |||
ESEI DAN KRITIKAN | ESEI DAN KRITIKAN SASTERA 2 hadiah (RM1,000.00 setiap satu) | |||
RENCANA | RENCANA PEMBANGUNAN JOHOR 2 hadiah (RM1,000.00 setiap satu) | |||
PENULIS REMAJA | KARYA PENULIS REMAJA BAWAH 19 TAHUN (PUISI) 3 hadiah (RM300.00 setiap satu) | KARYA PENULIS REMAJA BAWAH 19 TAHUN (CERPEN) 3 hadiah (RM400.00 setiap satu) |
> Penyertaan adalah bagi karya yang pernah tersiar atau diterbitkan pertama kali sepanjang tahun 2020 dan 2021 dalam bentuk buku, majalah (mempunyai ISBN atau ISSN) atau akhbar dan skrip drama yang pernah disiarkan di radio, televisyen atau dipentaskan mengikut kategori masing-masing. Karya-karya yang dihantar mestilah karya-karya yang ditulis dalam bahasa Melayu sahaja.
>Walau bagaimanapun, syarat menyertakan ISSN DIKECUALIKAN bagi kategori Karya Penulis Remaja Bawah 19 Tahun dan kategori Rencana Pembangunan Johor.
>Penulis yang lahir di negeri Johor tetapi menghantar karya dan penulisan di mana-mana negeri lain bagi tujuan pencalonan anugerah atau sebarang bentuk penganugerahan sebagai anak negeri tertentu akan ditapis penyertaannya pada peringkat penyaringan. Karya-karya yang pernah memenangi mana-mana hadiah atau anugerah di lain-lain negeri tidak layak menyertai Anugerah Sastera Johor.
>Bagi kategori Sastera Siber, karya-karya yang dinilai adalah karya yang disiarkan dalam PORTAL SASTERA SAHAJA pada tahun penilaian. Karya-karya yang disiarkan dalam blog atau laman sesawang peribadi, atau portal bukan milik awam, tidak akan dinilai.
>Karya-karya yang akan dinilai adalah karya warganegara Malaysia berstatus rakyat negeri Johor yang berkarya di negeri Johor, Malaysia ataupun di luar negara. Manakala bagi pemastatutin pula perlu terdiri daripada negara Malaysia yang telah menetap/bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya LAPAN TAHUN (lampirkan pengesahan) semasa karya dipilih dan dinilai.
>Walau bagaimanapun, kategori RENCANA PEMBANGUNAN JOHOR terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia, tidak terhad kepada warga Johor sahaja.
>Karya mestilah asal, bukan terjemahan, saduran, penyesuaian, atau apa jua pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli.
>Sekretariat Anugerah Sastera Johor yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program ini tidak boleh menghantar penyertaan dalam mana-mana kategori yang dianjurkan.
Karya-karya yang hendak dinilai mestilah dikirimkan kepada Sekretariat Anugerah Sastera Johor Ke-13, d/a Yayasan Warisan Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, No. 888, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru. TARIKH TUTUP: 30 NOVEMBER 2022. |
Karya yang dikirim,
>Salinan karya yang telah tersiar dalam media massa bagi kategori eceran.
>Buku yang telah diterbitkan bagi karya buku sama ada kumpulan puisi, cerpen, drama atau lain-lain.
>Salinan skrip drama pentas mestilah menyatakan tarikh, masa dan tempat pementasannya serta mendapat pengesahan daripada penganjur atau agensi-agensi yang berkaitan atau apa-apa cara yang boleh dibuktikan pementasannya.
>Bidang puisi merangkumi puisi tradisi dan puisi moden.
HADIAH KHAS |
Hadiah Khas merupakan hadiah yang akan dianugerahkan kepada para penulis yang telah menunjukkan daya kreativiti, kredibiliti, dan kejayaan sebagai seorang penulis dalam memperjuangkan dunia kesusasteraan tanah air. Pencalonan boleh diterima daripada badan-badan penulis, orang perseorangan atau penulis sendiri dengan menyertakan biodata penulis yang dicalonkan. Hadiah ini akan dinilai oleh panel penilai dan dibahagikan kepada
ANUGERAH SASTERAWAN JOHOR
(RM10,000.00)
Anugerah ini diberi kepada seorang tokoh penulis yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat nasional atau antarabangsa. Tokoh penulis ini telah menghasilkan karya-karya yang telah mantap dan terkenal, serta ciri-ciri lain yang difikirkan layak untuk menerima hadiah ini. Mereka yang pernah diberikan pengiktirafan Kerajaan Negeri Johor dan Sasterawan Negara dikecualikan daripada pencalonan ini.
ANUGERAH PENULIS MUDA JOHOR
(RM4,000.00)
Anugerah ini diberi kepada penulis muda berbakat besar, melahirkan karya-karya bermutu, aktif dalam penulisan dan dunia kesusasteraan. Panel penilai hanya memilih seorang sahaja pemenang bagi tahun-tahun penilaian. Had umur bagi hadiah ini ialah 45 tahun ke bawah.
PANEL PENILAI |
Panel penilai akan terdiri daripada para sarjana, sasterawan dan mereka yang cukup aktif dalam bidang-bidang berkenaan.
Ahli panel yang karyanya tersenarai untuk dinilai, dengna sendirinya digugurkan daripada menganggotai Panel dan tempatnya dkan dignti dengan ahli panel yang lain atau karyanya dikeluarkan daripada senarai karya terpilih.
>Penganjur tidak bertanggungjawab disebabkan kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirim melalui pos. Naskhak-naskhah yang dikirimkan kepada penyelenggara tidak akan dikembalikan kepada penulis.
>Penyertaan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak penganjur hendaklah dianggap tidak berjaya.
>Karya-karya yang meraih hadiah dalam Anugerah Sastera Johor ini akan dikompilasikan dalam antologi ASJ. Untuk makluman, para penulis tidak akan menerima royalti atau honorarium daripada penerbitan antologi tersebut sebaliknya menerima senaskhah antologi yang diterbitkan.
>Penyertaan yang dikirimkan kepada urus setia boleh menggunakan borang yang difotokopi dan dihantarkan kepada :
Sekretariat
Anugerah Sastera Johor Ke-13
Yayasan Warisan Johor,
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
No. 888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru, Johor.
No. Tel: 07-224 5488
No. Faksimile: 07-2234355
E-mel: HSDT@ywj.gov.my
BORANG PENYERTAAN |
Sekretariat ANUGERAH SASTERA JOHOR KE-13
Yayasan Warisan Johor,
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
No. 888, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor.
Bersama-sama ini dikirimkan salinan buku/naskhah karya asli saya berjudul
__________________________________________________________________________________
KATEGORI : _________________________________________________________________
(*sila isi ruangan ini)
Keterangan diri saya adalah seperti berikut:
Nama Penuh: ________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
(*sila isi ruangan ini)
Nama Pena : _________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________________________________________________
Tarikh Lahir : _________________________________________________________________________
Tempat Lahir : ________________________________________________________________________
Pekerjaan : ___________________________________________________________________________
Alamat Surat-Menyurat: ________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
No. Tel. (Pejabat) : __________________________________________________________________
No. Tel. (Rumah) : __________________________________________________________________
No. Tel. Bimbit : __________________________________________________________________
No. Faksimilie : __________________________________________________________________
Dengan ini saya mengesahkan karya-karya tersebut adalah
karya asli saya dan saya mematuhi semua syarat yang
ditetapkan dalam penganjuran Anugerah Sastera Johor
Ke-13.
Tarikh: ………………………………… Tandatangan: ……………………………….
___________________________________________________________________________________
UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA
Diterima pada: Bil. YWJ :
ikut berpartisipasi. semoga diterima. dibukakan pintu, jalan mencari rejeki dari menulis kreatif. makasih.salam
LikeLike