Begitu banyak butiran pasir
tidak mampu dihitung satu persatu
ikan-ikan di laut
daun-daun di dunia ini
juga bilangan manusia

Cuba aku hitung dosa diri sendiri
betapa aku tidak mampu mengira
kerana dosaku seluas lautan
sebanyak pasir itu
menangis aku
dalam taubat nasuha

Keinsafan dan air mata
seperti hujan yang mencurah
seperti angin yang bertiup
terasa pilu sesalan menerpa
lemah anggota dalam hati berikrar
kembali aku pada jalan-Nya

Begitu niat seorang hamba
tatkala hidayah terdetik
saat itu tiada lagi keegoan diri
bersimpuh di atas sejadah
mengangkat tangan berdoa beristighfar
hanya berharap Allah ampunkan diri
usaha padamkan cinta pada duniawi
taubat seorang pendosa

Oleh:

Zuraida Dewi
Padang Serai, Kedah

TAMAT.