Maslina binti Mahbu @ Armiza Nila. Kuching, Sarawak.
Maslina Mahbu berasal dari Kampung Muhibbah Seberang Pending, Kuching, Sarawak. Kini menetap di Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Lahir pada tanggal 11 Oktober 1975, ibu kepada 3 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak. Berpendidikan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (Universiti Teknologi Mara, UiTM Kampus Kota Samarahan) Sarawak (2022).
Pemenang Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) 2005 Kategori Sajak: Bahasa Kepada Lelaki. Menulis beratus buah sajak dan beberapa buah cerpen yang terbit di majalah, surat khabar dan di blog sejak 1997 hingga sekarang.
Pernah menerbitkan Kumpulan Sajak Armiza Nila dan Antalogi Puisi Armiza Nila dan Setiakasih Tiga Puluh Permata Kenyalang 2012.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN
. Akhir Ramadan . Menjawab Khabar Dari Seberang . Harga Sebuah Mimpi . Rasa Mahal Jalan Ke Sorga . Tika Malam Temaram Sunyi .
TAMAT.