Keindahan reka bentuk seni bina masjid Beijing

29 Jun 2022, seramai 40 orang yang terdiri daripada kebanyakannya warga emas, telah dibawa melawat ke masjid Beijing yang letaknya di daerah Rantau Panjang. Keunikan masjid yang menelan belanja 8 juta ini ialah seni binanya yang menyerupai masjid di Beijing, China. Diilhamkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz semenjak 1997 lagi. Kos pembinaan hasil daripada derma orang ramai jua badan-badan NGO dari seluruh negara. Sekarang masjid yang keluasannya 37 ekar ini mendapat peruntukan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) juga sumbangan orang ramai yang mengunjungi masjid yang menjadi tumpuan pelancong juga jemaah yang singgah bersembahyang di situ.

Di sebelah kawasan masjid juga ada disediakan bengkel jahitan untuk remaja lepasan sekolah menengah. Ramai pelajar jurusan ini telah berjaya membuka perniagaan sendiri dengan pantauan dan bantuan daripada Pusat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.

Seterusnya kami melawat pula Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang bertempat di Geting. Di sini kami menyaksikan sendiri bagaimana ikan diproses menjadi keropok dan kumpulan kami berpeluang merasa keropok yang digoreng di sini.

Terima kasih syarikat SEIKETSU yang menjamu kami hidangan enak masakan Thai dalam perjalanan pulang.

Oleh:

Sujata Wee
Kelantan, Malaysia.

TAMAT.