Masa yang berlalu
tanpa berhenti sesaatpun untuk berpaling
kerana usia
dan masa seiring
Saat ini
merenung rambut yang mula putih
wajah yang berkedut
kulit yang tidak tegang lagi
usiaku sudah lanjut
Begitu
aku masih alpa keseronokan dunia
melalaikan aku seketika
mata hati berasa muda
malunya diri
pada Pencipta
Masa yang berlalu
penuh kerugian
amalanku masih kurang
kesedaran hadir atas hidayah- Nya
alhamdulillah pada- Nya
aku bersyukur
Oleh:

Zuraida Dewi
Padang Serai, Kedah
TAMAT.