Nur Ain Hanis adalah nama pena kepada NORIANI BINTI HASHIM, dilahirkan di Kodiang, Kedah.

Penulis merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif berkelulusan Sarjana Kesusasteraan Melayu dari Universiti Sains Malaysia. Pertama kali berkarya dengan menghantar sajak ke akhbar Mingguan Perdana dan keratan sajak tersiar pada tahun 1990. Seterusnya mula berkarya kembali pada tahun 2009 apabila menganggotai Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi) dan e-Sastera, sebuah portal sastera di alam maya. Giat berkarya di dalam beberapa laman maya seperti esastera2u.com, Kopi Sastera dan Jom Sastera di samping karya-karyanya pernah tersiar di dalam akhbar-akhbar Berita Harian, Mingguan Malaysia, New Sabah Times, Mingguan Perdana, dan Harakah. Sebilangan puisinya turut tersiar di dalam beberapa antologi bersama terbitan Asasi dan Esastera. Penulis juga telah menghasilkan Kumpulan Puisi pertamanya berjudul Tatkala Musim Beredar yang diterbitkan oleh Asasi Kedah pada tahun 2019. Penulis juga menyertai antologi cerpen yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Utara Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Dalam bidang Seni lukis, penulis merupakan Ahli Angkatan Pelukis Kedah sejak tahun 2016.

PENYERTAAN:

  1. MENYERTAI PAMERAN LUKISAN BERSAMA ANGKATAN PELUKIS KEDAH DI AMAN CENTRAL PADA 15 DISEMBER HINGGA 31 DISEMBER 2016.
  2. MENYERTAI PAMERAN PAMERAN SENI LUKIS ANJURAN VILLAGE MALL DAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH 2017
  3. MENYERTAI PAMERAN KEDAHKU INDAH DI MUZIUM PADI 2017
  4. MENYERTAI PAMERAN APK 40 TAHUN DI MUZIUM NEGERI KEDAH 2018
  5. MENYERTAI PAMERAN MOMENTUS 2.0 ART EXHIBITION PADA 6/5/2018 DI PUBLIKA KUALA LUMPUR
  6. MENYERTAI PAMERAN TAHUNAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH DI BALAI SENI NEGERI KEDAH PADA TAHUN 2019
  7. MENYERTAI PAMERAN TERBUKA GALERI SHAH ALAM TAHUN 2020
    Pencapaian & Anugerah : TERPILIH DALAM KATALOG PAMERAN APK 40 TAHUN DI BALAI SENI VISUAL NEGARA, KUALA LUMPUR

Laman blognya boleh dilayari di: http://www.semarakkenangan.blogspot.com.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

NONSASTERA

. Di Pinggir Rasa (Lukisan) . Merimbun Kenangan (Lukisan) .

TAMAT.