SILA LIHAT DI SINI:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScxphqt_yXjvGJqDEaYrWQDP3MB1ctX2X7NpZNcwVGwTyH_JQ/viewform
SYARAT
SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
2. Peserta boleh menghantar maksimum dua (2) penyertaan namun karya yang terbaik sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.
3. Tema syair ialah tentang ketokohan atau ikon atau figura yang dikenali dalam cerita-cerita hikayat atau sastera klasik atau sastera sejarah. Contohnya Hang Jebat, Awang Sulung Merah Muda, Puteri Hang Li Poh, Puteri Gunung Ledang, Dayang Senandung, Dang Anum dan sebagainya.
4. Penciptaan syair hendaklah menggunakan format syair yang betul dan tepat, iaitu pengakhiran rima akhir a-a-a-a, empat baris dalam satu rangkap, lapan hingga 12 suku kata dalam satu baris dan tiga baris pertama diakhiri dengan tanda koma serta baris terakhir diakhiri dengan tanda noktah.
5. Syair hendaklah dicipta dengan 12 rangkap. Lebihan rangkap tidak akan diambil kira. Syair hendaklah bertaip komputer dengan menggunakan jenis fon Arial atau Times New Roman bersaiz 12pt.
6. Syair yang lengkap hendaklah dihantarkan ke pautan Google Form yang disediakan berserta dengan borang pendaftaran pertandingan pada pautan yang sama. Syair perlulah dihantar dalam format PDF.
7. Karya yang dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi hak milik penganjur. Penganjur berhak menerbitkannya dalam apa jua media sama ada media massa dan media sosial dengan pemakluman kepada pengkarya asal. Walau bagaimanapun hak cipta karya dipegang oleh pengkarya asal.
8. Karya yang dihantar untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan semula kepada pengkarya asal.
TAMAT.