Deklamasi: Rohidayu Abdul Rahman

ITULAH GURU
Yang namanya guru
tidak akan pernah jemu
menabur mencurah jasa
atas nama cinta ilmu
Yang bernama guru
itulah bulan bintang yang menyuluh
dan siangnya dia mentari amanah yang menerangi alam di tiap benua
Yang dipanggil guru itu
tidak terasa kepanasan lilin yang membakar diri
membaja akar pintar
demi memurni bijak berbudi anak didik sendiri
hujungnya menjana kemajuan negara
Yang bernama guru itulah asal graha ilmu bersepadu menjulang nama negara ke persada dunia
Guru selepas yang bernama ibu
jasanya segunung intan seluas lautan
sepanjang masa dikenang
biar jasad terkubur
tinggalkan nama sepanjang zaman.
Oleh:

Hamimah Ibrahim
Kluang, Johor, Malaysia
16.05.2022
TAMAT.