Hujan salji membawa aku ke mari
Sejuk, segar dan nyaman
Menusuk menyucuk ke belikat setiap hari
Walau tersesak di dada tapi ku rasa aman
Secangkir kopi menemani pagi
ku sulam keenakan scone buatan Kanada
Terbayang keenakan rasa nasi lemak dan roti
Berteriak di hati merindui masakan cik Limah janda
Aku anak perantau malaya
Merantau menimba ilmu dan cita-cita
Aku datang kerana kerjaya
Dan pulang membawa jasa dan cinta
VERSI DEKLAMASI
Oleh:

Mell Abdul Rahman
Melbourne, Victoria
TAMAT.