Hujan salju di bumi kanggaru
hujan salji bawaku ke mari
sejuk dan segar serta nyaman
tusuk belikat setiap hari
Walau tersesak dadaku rasa
secangkir kopi temani pagi
enaknya “scone” buatan Kanada
namun terbayang nasi lemak sambal
Hatiku rindu masakan Cik Limah
akulah anak rantau Malaya
menimba ilmu mengejar cita
datangnya aku kerana kerjaya
Akan kupulang membawa jasa
bakti kutabur demi negara
Oleh:

Mell Abdul Rahman
Melbourne, Victoria
TAMAT.