Sempena hari ibu:

Kau permata berharga
insan terpilih di dunia
tiada tolok bandingannya
pengorbanan dan jasa
tersemat di dada
anak-anak syurga

Kau pendokong keluarga
pembela insan bahagia
tanpamu hidup tidak ceria
bagai merewang di angkasa

Kau akitek keluarga
Penentu hala tuju segala
Penyuluh jalan nyata
bagai sinar pelita

Mama ku,
kini kau sudah tiada
pergi selama-lama
jiwaku sepi melara
sungguh ketara

biar kupanjatkan doa
moga kau jua bahagia
dihujung sana.

Oleh:

Oui Bin Sal
Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.

TAMAT.