Barangkali belum tiba waktu untukku bicara, soal masa lalu yang sudah jadi sejarah, dan masa depan yang tak pasti
tiba- tiba hujan turun
membasahi bumi ini
panas terik mentari pun
hilang tanpa sempat menunggu petang.

Tiada kata-kata dapat kuucapkan
kerana perjalanan ini cepat sekali ,dan aku bukan arnab atau kura-kura
berlumba untuk menang
bertarung dalam satu perjudian.

Semula kusangka tiada riak air di kolam, ikan-ikan pun tidak kelihatan
membikin aku tersalah duga, bahawa takdir itu tercepat sedang aku jauh ketinggalan lantaran kenderaan lama yang tak upaya memecut dan untuk kesekian kalinya aku kehilangan
satu pilihan.

Oleh:

Ibnu Lazim,
9.5.2022.

TAMAT.