Sinar syawal bercahaya
bersama sekuntum senyum bahagia
berkumpul semula di pagi mulia.
Pelbagai juadah aneka rasa tersedia menyambut tetamu suasana kunjung mengunjung kembali semula.
Di pagi Syawal ini kita bermaaf-maafan
mengerat silaturrahim semoga sinar tetap bercahaya sehingga bila-bila.
Oleh:

Sujata Wee
1 Mei 2022
TAMAT 1.
ULASAN
[0:15 am, 08/05/2022] Zainal Lasim: Ulasan Puisi
SINAR SYAWAL karya Sujata Wee
Saya memilih puisi ini kerana ia ditulis oleh seorang non Muslim yang menulis tentang hari kebesaran orang Muslim. Sebenarnya puisi yang ditulis oleh Sujata ini ringkas sahaja. Namun ia dapat menggambarkan sesuatu tentang lslam yang bukan anutannya. Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana Sujata hidup dalam lingkungan masyarakat lslam.
Penglibatan penulis bangsa Cina dalam Kesusasteraan Melayu tidaklah begitu ketara. Terdahulu ada beberapa nama seperti Seow Wu Yee dan Lee Kiok Cheah selain dari Lim Swee Tin. Namun dua Nama terdahulu itu tenggelam entah ke mana. Saya juga teringat kepada Peter Augustin Goh. Namun dia juga tenggelam entah ke mana. Berbalik kepada Sujata Wee, seorang aktivis yang rajin dan sering memenangi hadiah dalam acara sastera dan sudah pun mendapat tempat dalam sastera Melayu.
Untuk melihat Sinar Syawal, elok rasanya saya perturunkan puisi tersebut;
SINAR SYAWAL Sinar syawal bercahaya bersama sekuntum senyum bahagia berkumpul semula di pagi mulia. Pelbagai juadah aneka rasa tersedia menyambut tetamu suasana kunjung mengunjung kembali semula. Di pagi Syawal ini kita bermaaf-maafan mengerat silaturrahim semoga sinar tetap bercahaya sehingga bila-bila. Oleh: Sujata Wee. 1.5.2022. |
Pada para pertama, Sujata menyebut Sinar Syawal bercahaya seperti sekuntum senyum di hari bahagia itu. Dia memberikan sifat perorangan pada perkataan sekuntum, iaitu senyum. Rima akhir yang digunakannyadalah a,b,c,b,b iaitu ada persamaan rima akhir.
Pada para dua Sujata menggambarkan suasana kunjung mengunjunjung di hari mulia itu. Tiada persoalan yang mendalam disinggung oleh beliau.
Dan pada para akhir beliau menggambarkan suasana bermaaf-maafan di Hari Raya. Juga beliau tidak menyinggung lebih dalam, misalnya apa perlu bermaaf-maafan dan apa falsafah di sebaliknya. Namun itulah Sujata. Mungkin gambarannya itu adalah pandangan dari orang di luar Islam tentang satu aspek lslam.

Ibnu Lazim,
7.5.2022
TAMAT.