Dahulu
pakaian baharu
dibeli setahun sekali
semasa Hari Raya Aidilfitri.
Dalam seminggu jelang raya
baju baharu dicuba-cuba
saban hari
– cewi.
Bahagia
tidak tergambar
oleh lafaz kata-kata
senyum di cermin penuh makna.
Aroma pakaian baharu dihidu
terkadang melampaui rasa
bahagia kami
beraya.
Oleh:

ibnu din assingkiri
Simpang Ampat, Pulau Pinang
16 April 2022