Bulan Ramadan hamba mendendang,
syair dikarang bacalah senang,
sedikit ilmu hamba menuang,
pagi jumaat inilah peluang.

Zakat sebenar pintu penawar,
cintakan dunia dapat ditawar,
cintakan harta tidak dibiar,
harta disuci hilanglah gawar.

Tujuan hidup kunci matlamat,
habuan dunia rendahnya nikmat,
rida Allah satu matlamat,
mari berinfak utamakan zakat.

Kuasa kan harta dapat dilawan,
lihatnya insan hati tertawan,
murninya jiwa kepada Tuhan,
kerasnya hati dapat dilawan.

Didiklah jiwa rasa derita,
mendidik diri menjadi pelita,
akhlaknya rasul dibawa cita,
orang teranaya buanglah derita.

Perintah Tuhan marilah akur,
rasanya kasih berlipat ukur,
cinta duniawi bawa tafakur,
untungnya diri mari telusur.

Para pelaku dapat pujian,
infaklah harta wahai taulan,
pujian abadi diberi Tuhan,
sayangkan harta fakir dilayan,

Sifatnya bakhil juga kedekut,
terjauh jiwa rasanya takut,
walaupun harta dapat diangkut,
jiwa tenang hadir mengikut.

Rasa berakrab orang budiman,
hindarlah fitnah umat beriman,
terhindar dengki sucinya peroman,
membawa umat ke jalan aman.

Orangnya fakir jadi pilihan,
si miskin juga patut demikian
amilnya zakat mari berikan,
paranya mualaf elok hulurkan.

Hamba sahaya elok dibebas,
orang berhutang dibebas bekas,
‘fi sabililah’ berilah tangkas
si musafir datanglah belas.

Sama memberi cegah mungkar,
gabunglah usaha sama dilakar,
negara aman perelok akar,
amannya negara rakyat dibugar.

Hamba mendendang berhenti dahulu,
iramanya sumbang sungguhya malu,
lidahnya keras sungguhnya kelu,
songsang bicara usah dipalu.

Oleh:

Sarji Kasim
Pasir Mas, Kelantan
15 April 2022

TAMAT.