Sekitar 500 perkataan sahaja.
Hadiah:
Ke-1. RM100.
Ke-2. RM70.
Ke-3: RM50.
Tempoh: Sepanjang hari Khamis 7.4.2022. (Tutup: 11:59 malam).
Hantar ke e-mel: GaksaAsean@gmail.com.
PENYERTAAN
- Ibnu Din Assingkiri. Nasi Lemak Yang Malar Segar.
- Hamimah Ibrahim. Nasi Lemak.
- Ibnu Lazim. Nasi Lemak Sebagai Budaya Masyarkat Melayu.
- CT Nurza. Nasi Lemak Merubah Persepsi.
- Salmah Amir. Nasi Lemak.
- Ismail Hashim. Nasi Lemak Dan Bahasa Sindirannya.
- Paridah Ishak. Memori Nasi Lemak Daun Pisang.
- Rafael Maribin. Nasi Lemak.
- Hamizon Shah. Nasi Lemak.
- Moh. Ghufron Cholid. Nasi Lemak Kado Istimewa Buat Orang Istimewa Di Hari Paling Istimewa.
KARYA YANG MENANG
HADIAH PERTAMA
NASI LEMAK MERUBAH PERSEPSI
Oleh CT Nurza
Bertepatan dengan gagasan Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, konsep keluarga Malaysia bolehlah kita umpamakan seperti sebungkus nasi lemak. Di dalamnya bersatu pelbagai ramuan, perisa, dan lauk-pauk serta ulam dan sambal yang secukup rasa kepedasannya.
Ini menjadikan ia cukup enak dan unik untuk dinikmati. Kini nasi lemak merupakan menu kebanggaan masyarakat desa dan kota di nusantara ini.
Demikian pula rencam hidup yang berkait rapat dengan adat budaya, sosio-ekonomi, perkembangan pemikiran, tahap pendidikan, juga sebagainya bagi rakyat di nusantata ini.
Ia umpama penyatuan lauk-pauk yang melengkapkan juadah ruji sarapan pagi masyarakat Melayu yang telah disatukan dalam sebungkus nasi lemak.
Muktahir ini, kita sudah melewati fasa demi fasa kehidupan dalam pembudayaan norma baharu, gara-gara pandemik Covid-19. Ini secara tidak langsung telah merubah banyak perkara dalam kehidupan kita.
Ia amat ketara apabila kita sudah tidak seperti dahulu lagi untuk mengadakan majlis-majlis penting keluarga seperti tahlil, pertunangan, perkahwinan, perayaan, dan berbagai-bagai lagi majlis keraian.
Budaya-budaya baharu yang tercipta dan terhasil semenjak tercetusnya peperangan Pandemik Coronavirus-19, kini telah menjadi budaya alah bisa tegal biasa.
Rata-rata masyarakat Melayu telah cuba menerima kebiasaan baharu, dalam pelbagai aspek apabila Covid-19 sudah berubah 360 darjah kehidupan rakyat pada era pandemik dan endemik ini.
Satu demi satu perubahan besar berlaku tanpa kita sedari atau mahukan. Namun, inilah realiti pada masa kini. Semakin beredar waktu, semakin maju dan ke hadapan corak fikir dan kemajuan yang dicapai.
Masyarakat Melayu tetap bersatu akrab dalam rumpun bangsa Melayu, adat dan budayu bagaikan nasi lemak yang semakin harmoni tatarias bungkusannya. Ditambah pula dengan lauk-pauk pelbagai pilihan dan cita rasa boleh digabungkan bersama. Ia mampu memenuhi selera bangsa jua diakui diperingkat antarabangsa.
Seiring dengan pembudayaan norma baharu juga, kini nasi lemak tidak hanya dijual di sekitar warung-warung dan gerai-gerai kampung di tepi jalan sahaja. Tetapi kini telah berjaya memasuki hotel-hotel mewah jua penerbangan-penerbangan berkelas antarabangsa yang sungguh membanggakan.
Demikian juga perkembangan semasa yang semakin rancak di era digital ini. Nasi lemak juga mampu membuatkan pengusahanya berdaya saing mendepani cabaran global dengan perniagaan di atas talian untuk memperkenalkan produk tempatan ke seantero nusantara.
Ini merupakan satu perkembangan yang positif untuk terus bergerak maju mengangkat menu-menu autentik agar ia diketahui umum. Kepakaran dan ilmu menyediakan ramuan terpilih dalam sajian nasi lemak, laksana mencungkil potensi diri individu yang tersembunyi bakat dan kemahirannya di sebalik warung-warung yang terpinggir.
Dengan adanya sikap cakna dan saling bantu-membantu sesama rakan serumpun bangsa, tidak mustahil keharmonian budaya yang menyatukan kita dalam sebungkus nasi lemak ini, akan terus kita nikmati keenakan dan wangian aroma pandan serta daun pisang yang pastinya menarik perhatian umum.
Kesimpulannya, biar di mana pun permulaan kita menumbuh dan berkembang, tetapi budaya dan kemuafakatan kita tidak sekali-kali akan sirna selagi jari-jemari kita berjabat erat dalam seni warisan budaya bangsa.
Oleh itu peliharalah apa jua warisan bangsa turun-temurun yang kita miliki, sebagai khazanah unggul yang akan dicari dan dinikmati kelazatannya bagi para pencinta yang mengetahui akan kewujudannya sejak sekian lama.
Budaya Melayu budaya yang perlu dimartabatkan demi kedaulatan Bahasa Jiwa Bangsa. Ini kerana ia telah lama menyatukan kita seantero nusantara.
(508 PP)
TAMAT KARYA 1.
HADIAH KEDUA
Sayembara ESVA 7/2022
NASI LEMAK DAN BAHASA SINDIRANNYA
Ismail Hashim
Nasi Lemak yang menjadi pilihan sarapan pagi dan menjadi kegemaran orang
ramai mengingatkan kita kepada pantun Melayu tentang sepasang kekasih yang
setia dan sanggup meninggalkan ibubapanya semata-mata sukakan pilihan hatinya.
Nyata sekali, tindakan gadis itu yang lari mengikut kekasih hatinya itu
mencemar nama baik keluarga. Begitulah subjek nasi lemak dikaitkan dengan
tingkah laku yang menjadi teladan kepada orang lain supaya tidak bersikap
demikian.
Tanpa kita duga, makanan yang menjadi sarapan pagi mampu dijadikan
santunan atau sindiran kepada anak muda yang mengikut rasa hatinya ketika
bercinta. Subjek nasi lemak menjadi dekat dalam sanubari dan mudah difahami oleh
orang lain.
Didorongkan rasa santan kelapa yang berlemak, nasi lemak dikatakan
berasal dari campuran dan santan kelapa itu. Nasi lemak itu semakin enak apabila
mempunyai bahan lain seperti telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan
sambal.
Sesetengah orang sukakan sambalnya yang menjadikan nasi lemak itu
semakin sedap ketika dimakan.
Nasi lemak menjadi kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia, ianya juga
menjadi kegemaran di kalangan penduduk pantai timur Sumatera. Di Jakarta, nasi
lemak lebih dikenali sebagai nasi uduk.
Manakala di kalangan penduduk Jawa Tengah, nasi lemak ini popular dengan
nama sega liwet atau nasi liwet. Manakala, di Aceh, hidangan yang serupa dikenali
sebagai nasi gurih.
2
Selain daripada menjadi sajian dalam sarapan, nasi lemak juga
mempengaruhi kehidupan seharian kita. Makanan sarapan pagi itu menjadi zat
kepada akal dan perasaan untuk menganyam kata-kata indah untuk tujuan sindiran
atau teladan. Sila lihat pada pantun yang berikutnya:-
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak, hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Kenapa pula nasi lemak dikaitkan dengan buah bidara?.Buah bidara ini
mengandungi banyak khasiatnya. Nama saintifik buah bidara ialah Ziziphus
mauritina. Buah bidara mempunyai bentuk yang bulat.
Buah bidara ini berwarna hijau dan bertukar kepada kepada kekuningan dan
kejinggaan serta kemerah-merahan ketika masak. Di dalam setiap buah bidara ini
mengandungi zat tenaga, karbohidrat, protein, dan lemak. Buah bidara ini juga kaya
dengan vitamin C yang bersifat antioksida.
Nasi lemak telah dipilih majalah terkenal, iaitu TIME, pada 22 Mac
2016 menyifatkan nasi lemak telah diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan yang
istimewa di peringkat antarabangsa.
Menurut majalah itu lagi, walaupun nasi tersebut dikatakan punca kepada
obesiti dan diabetes, ianya adalah makanan yang sihat dan khasiat yang ada di
dalamnya diperlukan tubuh kita.
Setelah melihatkan nasi lemak mendapat perhatian ramai dan diiktiraf di
peringkat antarabangsa, sajian makanan tradisi ini perlu dikekalkan sebagai budaya
warisan bangsa.
3
Apatah lagi, di dalam negara kita yang berbilang kaum, ianya tetap diminati
oleh bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Nasi lemak adalah entiti makanan
budaya Melayu sejak zaman-berzaman dan ianya perlu dikekalkan sentiasa.
-TAMAT KARYA 2-
HADIAH KETIGA (1)
Oleh: Rafael Maribin
Nasi Lemak
Nasi yang gurih dan lembut adalah primadona hidangan ini, dengan sambal pedas yang menjadikannya semakin menendang. Cita rasa mempesona.
Jika diterjemahkan nasi lemak dari bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, dan kita akan mendapatkan maksud ‘nasi yang kaya’. ‘Kaya’ di sini tidak bererti kekayaan,namun pastinya santan kelapa yang menjadikannya begitu sedap.
Hidangan ini menjanjikan paduan rasa yang sempurna: nasi aromatik yang dimasak dengan santan dan daun pandan, lalu disantap dengan ikan goreng atau sayap ayam, gilingan ikan yang dibakar, ikan bilis goreng, irisan kacang, telur, dan mentimun, serta sambal pedas.
Makanan sihat ini digemari oleh orang Melayu, juga bukan Melayu, yang mengkreasi nasi lemak versi mereka sendiri. Nasinya tetap sama, kendati ada yang berwarna hijau kerana pengaruh daun pandan. Namun, lauknyalah yang menjadikannya berbeda.
Misalnya, pada versi Tionghoa, biasanya disajikan dengan lauk lainnya, seperti paha ayam goreng, ayam kicap, dan ikan goreng tepung, hingga kari sayuran dan daging untuk santap siang.
Kesimpulannya di sini, nasi lemak bukan sahaja digemari oleh orang Melayu malah bukan Melayu pun amat menggemari makanan ini. Boleh dikatakan, sekiranya sukan boleh menyatukan semua bangsa di Malaysia, tidak mustahil makanan ini juga boleh menyatupadukan semua rakyat Malaysia.
TAMAT KARYA 3(1)
HADIAH KETIGA (2)
Oleh: Paridah Ishak
MEMORI NASI LEMAK DAUN PISANG
Sarapan pagi memang sangat penting dan perlu diambil pada awal pagi untuk
menjana tenaga agar lebih cergas menguruskan setiap perancangan yang
direncanakan. Perlaksanaannya harus mantap dengan dibantu diri yang kuat sihat.
Sarapan perlu diambil mengikut keperluan badan seseorang yang akan memberi
tenaga kepadanya untuk mengerjakan sesuatu perkerjaan, sama ada berat atau
ringan.
Dulu-dulu tika Penulis tinggal bersama tok/tokwan di kampung, sarapan kami
sekeluarga setiap pagi adalah nasi lemak, nasi ubi, pulut tanak berserta kelapa kukur
dan lauknya ikan kering, lempeng kelapa juga kuih-kuih yang mudah. Kesemuanya
dimasak sendiri menggunakan dapur kayu bertungku. Kebanyakanya jenis sarapan
yang berat dan tinggi kandungan karbohidrat yang membekalkan tenaga. Amat
mengenyangkan perut dalam tempoh yang agak lama.
Tenaga yang banyak perlu disimpan untuk berkerja di tengah sawah sepanjang hari
menanam padi atau berada di tengah laut memukat ikan sebagai nelayan sehingga
rembang. Begitu juga kalau hendak menimba ilmu di sekolah. Perut yang kosong
berkeroncong akan mengganggu tumpuan kepada subjek pembelajaran. Nasi lemak
menjadi solusi yang tepat kepada masalah itu.
Selalunya nasi lemak menjadi pilihan para suri rumah menyediakan pada sebelah
pagi sebagai hidangan keluarga. Cara memasaknya pun agak mudah. Beras dicuci
bersih dan dimasukkan ke dalam periuk dengan tambahan hirisan halia, bawang
putih, bawang merah, jintan manis juga simpulan beberapa helai daun pandan.
Kemudian dimasak bersama santan kelapa mengikut sukatan keperluannya.
Untuk menambah perisa, dimasukkan sedikit garam dan sesudu gula.
Dibiarkan mendidih dan dikacau agar rata. Setelah mendidih dan mulai kering,
apinya dikecilkan sehingga nasi lemak masak epenuhnya. Aromanya yang tersebar
menggiurkan selera. Bolehlah disenduk ke dalam pinggan sambil menikmatinya
sedang masih panas bersama lauk yang tersedia. Ikan kering, sambal bilis, sambal
sotong, telur, atau lauk-pauk lain sesuai juga digandingkan dengan nasi lemak
berserta ulaman timun.
Kalau yang mengusahakannya sebagai jualan pagi di kedai makanan atau
gerai, nasi lemak akan dibungkus rapi dengan daun pisang berbentuk kun. Perlu
dibungkus dengan rapi agar nasi dengan sedikit lauk sambal bilis, timun, telur yang
diisi di dalamnya elok terletak dan tidak mudah terburai.
Dahulu dalam tahun 70-an hingga 80-an, harga sebungkus nasi lemak cuma
lima duit (lima sen) saja di kampungku. Terlalu murah.
Baru-baru ini tular pula dalam medsos ‘Tik Tok’ bahawa penjual nasi lemak yang
membungkusnya dalam bentuk kun bersubahat dengan puak ‘Illuminati’ yang
berfahaman menolak agama. Semata tuduhan yang langsung tidak berasas
berdasarkan dalil bentuk kun seakan pyamid binaan Firaun. Begitu jauh tafsiran
dibuat oleh ‘seorang’ tentang kreativiti ilham bungkusan nasi lemak warisan tradisi
silam.
Kini sarapan cara begitu tidak digemari kerana pakar diet menjelaskan pengambilan
nasi lemak setap hari akan menyebabkan kolestrol tahap tinggi dan memudarat
kesihatan. Mentelah tidak ramai lagi yang perlu berkerja keras seperti orang dulu-
dulu kerana setiap perkerjaan lebih mudah dilakukan dengan bantuan alatan-alatan
canggih.
Lagi pun sekarang ini senang untuk mendapatkan makanan untuk bersarapan dan
berjenis-jenis pula tanpa perlu menyusahkan diri memasaknya dengan membeli
daripada pedagang-pedagangnya.
Tapi bagi penggemar nasi lemak, masih mudah mendapatkannya untuk
menjamu selera. Boleh juga dimasak sendiri mengikut resepi lama untuk
mengekalkan keaslian rasanya walau menggunakan alatan masak moden terkini. Dan
tidak mengambil banyak masa untuk memasaknya seperti masa dahulu.
TAMAT KARYA 3(2).
KEPUTUSAN
SAYEMBARA 7/2022. “NASI LEMAK”. KEPUTUSAN:
Ke-1. RM100. CT Nurza. “Nasi Lemak Merubah Persepsi”. {PAID 28.6.2022]
Ke-2. RM70. Ismail Hashim. “Nasi Lemak dan Bahasa Sindirannya”. {PAID 28.6.2022]
Ke-3. (1) RM50. Rafael Maribin. “Nasi Lemak”. [PAID 28.6.2022]
Ke-3. (2) RM50. Paridah Ishak. “Nasik Lemak”. [PAID 28.6.2022]
Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak berjaya, cuba lagi dalam sayembara-sayembara yang akan datang.
-IRWAN ABU BAKAR.
Admin.
9.04.2022.
TAMAT.