Tulis cerpen sekitar 1,500 perkataan.
Hadiah:
Ke-1. RM300.
Ke-2. RM200.
Ke-3: RM100.
Tempoh: 6.4.2022-2.5.2022. (Sepanjang bulan Ramadan 1443).
Hantar ke: GaksaAsean@gmail.com.

PENYERTAAN

  1. Paridah Ishak. “Tautan Kasih Di Kaki Gunung”.
  2. CT Nurza. “Yang Kelima”.
  3. Paridah Ishak (2). “Suratan Ramadan”.
  4. Ismail Hashim. “Kasih Yang Berbunga Sepanjang Musim”.
  5. Moh. Ghufron Cholid. “Ramadhan Pertama Tanpa Abah”.
  6. Hamizun Syah. “Selamat Datang Aidilfitri”.
  7. CT Nurza (2). “Senyuman Terakhir”.
  8. Putraery Ussin. “Puasa Lelaki Penebas Jalan”.
  9. Putraery Ussin (2). “Buah Melaka Adik”.
  10. Dimas Indiana Senja. “Kampung Halaman”.
  11. Dimas Indiana Senja (2). “Malam Lebaran”.

KARYA

1.

Oleh:
Paridah Ishak

TAUTAN KASIH DI KAKI GUNUNG

Gunung Jerai yang megah berdiri gagah. Di sinilah Merong Maha Wangsa melabuhkan bahteranya. Dongeng Melayu yang masih gah. Entah bagaimana cerita sebenarnya tersurat periwayatnya perlulah diselak baca. Meneliti sambil mengkaji akan realiti walau kadang sukar juga terpercaya menurut logik akal sederhana. Namun cerita lisan yang terbawa sejak generasi ke generasi, zaman berzaman tentu ada kebenaran lantaran perbidalan kitapun mengatakan “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.”

Dan ada pula tinggalan artifak yang dikatakan berupa bahtera besar, telah bertukar menjadi batu kerana kelamaan usianya untuk menyokong kebenaran riwayat disangka mitos semata. Kisahnya bagaimana Merong Maha Wangsa, menabur khidmat mempertemukan puteri maharaja China dengan putera raja Rom dengan tujuan mengahwinkan pasangan itu namun dilanggar burung geroda yang ingin menggagalkan niat itu. Niat baik menghubungkan dunia timur dan barat menjalin ikatan lebih murni
melalui perkahwinan.

Maka tersadailah bahtera besar itu di puncak gunung Jerai dan kesudahan ceritanya tentu tidak berlaku setakat itu saja. Lanjutan cerita kisah cinta timur dan barat yang terabadi di kaki gunung Jerai menyimpan pertanyaan tidak berkesudahan. Namun gunung jerai bagiku adalah objek seni indah di mana pun aku berada. Sawah padi terhampar sejauh mata memandang di kakinya seolah menggamit aku pulang ke sisinya. Apabila berada di tengah bendang, memandang gunung Jerai menyapu awan putih seolah-olah sebahagian masalahku telah terlerai. Tenang dan damai.

Namun sebenarnya kehidupan di sebuah rumah di tepi sawah di kaki gunung Jerai ini tidak setenang dan damai seperti dijangka juga. Di dalamnya meriah aneka perasaan berbaur menurut situasi demi situasi. Ada tawa-hilai, jerit- pekik, tangisan dan kata-kata yang melukakan perasaan. Demikianlah kehidupan sebenar bukan? Tidak berirama sekata tapi ritemnya melenggok. lemah gemalai, turun naik, menyusun tarinya.

“Maaflah kak! Baru hari ini dapat datang melawat kak. Saya bawa kuih sikit untuk kak buat buka puasa nanti.” Dia meletakkan sia yang dibawa dan menunjukan isinya padaku iaitu kuih pulut sekaya dan potongan agar-agar merah. Nasi ulam beserta daun ulaman diricis halus juga ada. Alhamdulillah! Rezekiku untuk berbuka puasa maghrib nanti.

“Tak mengapa dik, kak lama lagi di sini. Bolehlah datang bila bila saja melawat kak, teman kak yang sendirian tak berkawan di sini. Terima kasih banyak Ita, bawakan kak juadah berbuka. Rajin Ita masak!”

“Hajat hati memang begitu kak. Kak Emilia pun selalu pesan pada saya agar selalu datang menjengok kak. Tapi sibuk sangat di rumah menolong mak menjaga padi di bendang dan pelbagai kerja di rumah kena dibuat. Mak pun dah tak larat, maklum dah berusia juga.”

Pertemuan di relong waktu berlalu dengan sedikit cerita di permulaannya. Nurita Aisya adalah adik kepada sahabat lama sepersekolahan era kecilku. Seringkali pula gadis berperwatakan lembut, berbudi bahasa itu mengunjungiku selama aku bermukim di sini, di rumah tok dan emak saudaraku yang bungsu. Ayahku yang membawa aku ke sini untuk mencari solusi kepada penyembuhan sakit yang menyebabkan diriku terlantar tidak bermaya setelah melahirkan zuriatku yang pertama. Kompilikasi saat melahirkan kritikal kerana tekanan darah amat tinggi menyebabkan aku sengsara begini. Dan kini hanya menjadi penyaksi, perenung, pemikir semata dalam suasana yang sama sekali tidak aku mahukan. Ego yang menjerut diriku sukar juga terlepaskan nampaknya. Masih perlu kuat berusaha lagi mendidik nurani agar murni. Semoga Allah menetapkan hatiku agar tidak bolak balek sentiasa. Namun Allah Maha berkuasa ke atas segalanya justeru telah merubah hati gadis yang kukenali sewaktu kecilnya seorang yang kasar, tutur katanya kesat dan mengguris hati kecilku kini tampilannya berbeza sekali. Selain wajahnya cantik berkulit putih bersih dan peribadinya lunak mulia.

Nurita Aisya kukenali dulu tidaklah sebaik kakaknya sahabatku, Emilia. Dia menjadikan aku musuhnya yang akan disembur api kemarahannya kerana sering ke rumahnya berkawan dengan kakaknya . Aku tidak ambil hatipun justeru mengangapnya sebagai adikku yang terlebih sedikit kenakalannya. Setiap perbuatannya kepadaku diingati dan tidak malu-malu memohon maaf kepadaku.

Aku tersenyum cuma. Dirinya dulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Agaknya pabila diri semakin dewasa dan matang kita hanya akan berfikir positif semata. Seboleh-bolehnya ingin mendisplinkan diri sebaik mungkin. Begitulah peribadi gadis ayu Nurita Aisya kini. Dan seketul arang kecil itu dulunya telah ditempa menjadi berlian amat elok berharga. Tentulah hasil kebijaksanaan didikan kedua ibu bapanya.

Kenangan zaman anak-anak mendukacitakanku terimbau semula. Aku ditinggalkan ayahku pada tokwan dan tok untuk menyambung persekolahan di sini dan menggauli suasana yang mencorakan warna hidupku kini. Jika aku tinggal bersama keluargaku di sana tentu lain pula rona takdir-Nya. Justeru bersama ibu bapaku yang teramat mementingkan pencapaian didikan akademik cemerlang tentu rona kehidupanku lain pula. Bukankah kecapaian ilmu itu sangat penting dalam pembentukan kehidupan diingini. Tidaklah seperti diriku yang hanya menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ditamatkan didikan persekolahan di peringkat sekolah rendah saja. Ramai kawan-kawan sepersekolahan yang berjaya dalam karier pilihan masing-masing . termasuklah sahabat baikku Emilia. Amat berjaya dalam karier dan kehidupannya setelah nenamatkan pengajian hingga peringkat tertinggi.

Nurita Aisya juga musykil dengan dirinya. Seakan menyesali nasibnya tidak berjaya berkerjaya seperti adiknya Hafiz dan kakaknya Emilia. Sedih terasa ditinggalkan seorang di rumah membantu ibu bapanya melakukan kerja rumah dan bendang. Penerimaan ibu bapa terhadapnya juga menyedihkan. Dirasakan seolahnya kedua ibu bapanya itu membezakan kasih sayang kepada anak-anaknya. Sering berjauh hati dan merasa terpinggir. Tambah pula dengan usianya yang semakin meningkat dan sudah sepatutnya berkahwin. Namun Nurita Aisya masih juga belum dipinang sesiapa.

Mungkin ini merupakan masalah besar bagi ibu bapa . Mereka merasa malu, lantaran anak gadis mereka tidak disunting orang. Alangkah kolotnya pandangan itu. Mengapa perlu memandang dengan prasangka pesimis lagi sinis pada gadis gadis yang tidak bertemu jodohnya lagi. Jodoh pertemuan itu adalah takdir Tuhan.

Pada anggapanku perkahwinan juga adalah nasib. Tidak semua perkahwinan akan memberi apa diimpikan. Asas cinta juga tidak akan membina rumahtangga yang berkekalan selamanya. Segalanya adalah ketentuan Allah yang harus diterima semata. Bukan mempersoalkannya kenapa dan mengapa. Sunah nabi Muhammad SAW yang memakmurkan umat Islam sedunia itu akan berlaku dengan izin-Nya dan tidak mungkin kerana kemahuan sesiapa sahaja. Telah dirancang sebaiknya, ditentukan tarikh dan waktu tetap ada saja aral menggendalakannya jika tidak diingini-Nya berlaku.

Aku juga merancang perkahwinanku sesuai citarasaku agar sentiasa berbahagia selamanya dikelilingi anak-anak pengikat kasih sayang yang akan dididik sesempurna mungkin. Tidak sempat pulaku lakukan kerana kemudaratan fizikal yang menguzurkan kesihatanku. Langsung tidakku duga akan begini kesudahan hidupku. Perancanganku bukan ketentuan-Nya.

Apakah menyesali takdir yang terjatuh di lorong hidupku? Tanpa rasa reda tentu akan terselit dosa. Dosa yang tidak mahu lagi kuukir apapun rupa bentuknya. Sama ada besar atau sekecil zarah.

Perkahwinan yang memberiku bahagia pada mulanya tidak berkekalan selamanya. Singkat sekali berada dalam situasi disenangi terhapus pula tiada terduga. Mungkin ada kesilapan yang kulakukan di mana-mana tanpa kusedari dan kifarah-Nya perlu kubayar sejak di dunia lagi. Astaghfirullah. Sesungguhnya hamba-Mu ini adalah orang yang berdosa.

“Kak dah lama juga berubat dengan Tok Minah sambil berurut setiap hari. Tapi masih juga belum sembuh. Rasanya minggu depan ni ayah kak datang kak akan balik ke tempat kak. Nak sambung berubat di sana pula.” Sebenarnya aku sangat rindu kepada anak kecilku tinggalkan dalam penjagaan ibu di sana. Anak kecil yang kehilangan kasih sayang ibunya semenjak ia lahir ke dunia lantaran aku tidak berdaya berbuat sesuatu apa deminya. Tidak dapat langsung untuk memenuhi tanggung jawab sebagai ibu kepada seorang anaknya. Namun rinduku kepada anak itu sentiasa membuak-buak. Ramadan tidak lama lagi akan berhujung. Menyambut Syawal meraikan Aidilfitri bersama anak, ibu bapa dan adik beradikku walau bagaimanapun keadaan diri tetap inginku nikmati.

“Yelah kak. Eloklah begitu. Jangan berputus asa. Berubatlah sehingga sembuh sediakala. Biasalah sakit ni datangnya seperti ribut tapi nak baiknya berdengut-dengut macam semut. Insya-Allah kak pasti pulih. Saya selalu doakan kesejahteraan kak.”

“Terima kasih banyak dik. Insya-Allah.” Renunganku menyeluruhi wajah ayu itu.

“Kenapa kak pandang saya begitu? Tak betul apa yang saya katakan itu?” tersipu malu pula ia menuturkannya dengan rasa keserbasalahan menyebabkan aku digelut bimbang.

“Eh! Bukan itu maksud kak, Ita. Sebenarnya kak sedang mencari wajah Emilia dalam wajahmu. Dah lama kami tak jumpa itu yang rindu sangat. Teringat dulu kak selalu jalan kaki melalui batas bendang ke rumahmu sebelum bersama-sama Emilia menapak hingga ke sekolah. Rasanya dekat 4 kilometer juga jauhnya. Pendek kata memang penatlah meredah embun di pagi hari sebelum tiba ke sekolah. Baliknya terpaksa melangkah pula di tengah rembang panas tengah hari. Sedang perut bukan main berkeroncong lagi. Setelah makan kami berdua ke rumah Pak Utih pula belajar mengaji al-Quran. Masa tu kau masih kecil dan tak bersaing dengan kami sebab bersekolah petang. Kenangan zaman kecil sangat indah kan Ita. Terasa hendak mengulanginya. Tapi masakan mungkin.”

Zaman persekolahan menemukan aku dengan ramai guru guru yang bertanggung jawab dengan bidangnya lelaki dan perempuan. Terutamanya cikgu Zakaria. Seorang guru yang menyenangkan hatiku kerana sering membaca karanganku di dalam kelas dan meminta kawan kawanku sekelas mencontohinya. Setiap kali peperiksaan pula aku dan Emilia sering bergantian mendapat tempat pertama atau kedua hanya dengan perbezaan markah yang sedikit. Disebabkan itu tidak pula menjadikan kami bermusuh. Emilia berfikiran terbuka dan dia menyedari kekurangan dan kelebihanku iaitu hanya di dalam subjek bahasa Melayu. Tapi di dalam subjek metamatik sentiasa di belakang kecapaiannya.

“Kak ni rindukan kak Emilia ya!” tanpa sedar ada buli-buli jernih di kelopak mata tanda benar sekali jangkaan Nurita Aisya.

“Kak Emilia pun dah lama tak balik kampung. Sibuk sangat dengan tugasan pejabat. Macam-macam program pula yang terpaksa diikuitinya. Kadang hingga ke luar negara. Kami hanya dapat berhubung melalui internet saja kak. Mak dan ayah pun tak renti-renti bertanya kenapa kak Emilia tak balik-balik. Saya yang tercongok selalu di depan mata mereka tak dipeduli pun. Tak kisah pun apa keadaan saya. Sama ada saya gembirakah, sedihkah, peningkah, tak pernah tanya pun kak. Sedang saya nilah yang sentiasa banyak membantu mak dan ayah di rumah. Kak Emilia dan adik Hafiz hanya balik sekali sekala
saja.”

Aku menggenggam erat tangannya yang berjemari halus itu. Lontaran suaranya menyatakan kesebalan disebalik fakta yang diungkap.

“Biasalah Ita, yang tiada, yang jauh di mata sentiasa diingat, sentiasa dirindu. Kalau Ita tiada di hadapan mak Tam dan pak Tam mereka juga akan tertanya-tanya dan rindu amat. Anak dan emak ayah ini hubungannya sangat erat Ita. Berkongsi aliran darah dan jiwa juga. Walau ada perbezaannya. Janganlah terlalu fikirkan semua tu dik. Bila kak dah tiada di sini tentu Ita juga akan teringatkan kak. Jadi jangan lupakan kak ya. ”

Tinggallah tok dan mak cik Aina yang bersusah payah menjagaku, mengurusi setiap keperluanku selama aku di sini menumpang ehsan dan kasih sayang mereka. Membebani mereka yan kusayangi ini justeru keuzuranku bukan kemahuanku. Tapi ujian Allah kepadaku melibatkan mereka yang berada di sekelilingku juga. Kesabaran mereka menerima masalah besar kubawa bersama diriku hanya Allah yang membalas ganjarannya. Amiin.

Tinggallah Nurita Aisya, kesudianmu menemani sunyiku selama aku di sini dengan cerita sedih dan gembiramu begitu bermakna sekali. Akanku simpan abadi di hati. Semoga kelak suatu ketika kita ketemu lagi dalam suasana berbeza dan menyenanginya amat.

2.

YANG KELIMA
Oleh CT Nurza

10 Ramadan 2001.

Setelah berbulan-bulan terlantar sakit, fizikal ayah semakin merosot. Tubuhnya
kian susut. Wajahnya pucat dan cengkung. Sudah lama ayah tidak menjamah
sebarang makanan. Seleranya tertutup semenjak ayah jatuh sakit.

Tiga bulan sebelum ayah terlantar sakit dengan lebih serius, aku pulang ke
kampung untuk menziarahinya. Waktu itu keadaan ayah masih lagi seperti biasa.
Boleh makan dan bergerak meskipun kelihatan agak lemah.

“Hujung minggu nanti tak payahlah balik ke Kuala Lumpur. Berehat saja di sini.
Apa-apa terjadi nanti, emak dan ayah ada di sini untuk membantu. Kamu pun masih
belum pulih. Rehat dulu di kampung. Tenang-tenangkan hati dan fikiran. Sihat nanti,
barulah balik ke sana,” ujarnya suatu petang.

Ketika itu kami bertiga sedang menikmati minum petang bersama-sama.
Petang itu, emak masakkan bubur kacang hijau untuk ayah. Aku pula, baharu sahaja
dua minggu selesai menjalani pembedahan penting di HUKM. Selepas dua minggu
berada di wad, aku dibenarkan pulang.

Sambil menghantar emak dan ibu mentua yang menemanikan sepanjang
berada di hospital, aku turut ikut suami pulang ke kampungku. Itu juga kesempatan
yang ku ada untuk melihat keadaan kesihatan ayahku.

Setelah berbincang hati ke hati bersama suami, aku akur permintaan ayah yang
sudah semakin uzur. Suami juga faham apa yang kurasa. Dengan keizinannya, aku
tinggal di kampung untuk sementara waktu.

Ayah cukup gembira. Wajahnya kelihatan begitu ceria apabila permintaannya
aku penuhi. Iyalah, aku adalah anak ayah yang kurang bernasib baik. Ujianku hebat
dan berat. Seawal usia tujuh tahun, aku direzekikan dengan penyakit berat dan
pelik. Doktor mengesahkan aku normal. Tiada penyakit. Tetapi hakikatnya tidak.
Penanggunganku amat hebat sekali.

Sepanjang usia kanak-kanak dan remaja, aku lebih banyak memperuntukan
masa untuk berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan secara berkala
dengan sempurna. Guru dan rakan-rakan juga telah sedia maklum akan keadaanku.
Selain itu, hanya kaum keluarga dan saudara mara terdekat sahaja yang benar-
benar mengetahui tentangku.

Usai menamatkan pelajaran menengah di peringkat SPM, ayah mendaftarkan
namaku untuk masuk ke sekolah swasta mengikuti kursus perakaunan dan
pengurusan pejabat. Ayah langsung tidak memaklumkan kepadaku. Tujuannya,
ayah tidak mahu aku buat perkara yang bukan-bukan di rumah, lantaran
kemurungan dan tekanan emosi menghadapi penyakitku.

Ayah kata, aku perlu belajar sesuatu untuk masa depanku. Dia khuatir apabila
dirinya sudah tiada kelak, tiada sesiapa lagi yang boleh diharapkan untuk
menjagaku. Sekurang-kurangnya aku boleh teruskan kehidupanku dengan hidup
berdikari. Kata ayah lagi, aku tidak boleh bergantung kepada sesiapa kecuali Allah.
Hanya Allah SWT Yang Maha mengerti dan memahami apa yang kurasa.

Semenjak aku sakit, ayahlah yang banyak mengajarku solat fardu, solat sunat,
mengaji al-Quran serta mendalami ilmu agama dan kehidupan. Ayah tidak henti-
henti memberikan nasihat. Dia begitu khuatir dengan kemurungan yang kuhadapi.

Setiap malam, apabila aku diserang sakit teruk, emak dan ayah akan duduk di
sisiku. Menemani sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Kemudian mereka
memintaku untuk sama-sama berdoa semoga Allah sembuhkan penyakitku biarpun
berpuluh tahun menunggu. Yakin itu penting kata ayah. Haqqul Yakin! Senantiasa
tanamkan di hati, pesannya.

Beban jiwaku sungguh tidak tertanggung. Syukurlah aku dikurniakan ibu ayah
yang sangat penyayang dan prihatin akan emosiku yang mudah terusik. Kata ayah,
aku insan terpilih untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Justeru itu, aku perlu reda
dan sabar kerana Allah SWT tidak akan turunkan penyakit, tanpa penawarnya. Ayah
minta aku reda dengan apa yang Allah takdirkan untukku.

Sejuk hatiku mendengar kata-kata ayah. Sangat berhemah dan berhikmah. Berkat
nasihat yang sentiasa tercurah, aku akhirnya semakin tenang dan tabah
menghadapi segala kesulitan hidup yang diuji oleh Allah.

Makin hari tubuh ayah semakin lemah. Namun tanda-tanda untuk sembuh
kembali seperti biasa, ia bagai tidak ada harapan lagi. Aku dan keluarga terus
berikhtiar dan bertawakal mengubati penyakit ayah dengan pelbagai cara. Janji,
sakit ayah akan sembuh kembali. Ayah pada mulanya cuma terkena sakit perut dan
cirit-birit. Tetapi dengan ikhtiar abang ipar dan kakakku, sakit ayah kian berkurang.

“Esok ada orang ramai nak datang ke rumah kita. Tolong panggilkan abang-
abang kamu balik untuk tongkat dan betulkan rumah,” pintanya.

Aku terpinga-pinga sendiri. Terasa pelik mendengarnya. Aku tahu rumah
pusaka kami sedikit uzur ketika itu. Al-maklum sahajalah, rumah kayu versi
kampung. Bila dah berpuluh tahun usia binaannya, masakan boleh bertahan lama.

Aku lihat ayat termenung jauh diperbaringan. Aku terus memicit-micit kakinya
untuk sekadar menghilangkan lenguh-lenguh ayah yang sekian lama terlantar sakit.
Waktu itu, pihak hospital telah membenarkan ayah untuk dibawa pulang setelah
seminggu berada di hospital.

Demi tidak menghampakan permintaannya, aku maklumkan kepada abang-
abangku tentang permintaan ayah. Tanpa banyak bertanya, mereka akur
melaksanakan hasrat ayah untuk menyambut tetamu yang kami semua tidak
ketahui.

Sakit ayah makin lama makin berubah. Hari sebelum kematian, ayah minta
dibuatkan soup ayam untuknya. Petang itu dia kelihatan sihat dan berseri. Ayah
seperti tidak dapat menahan sabar untuk menikmati soup ayam idamannya. Petang
itu juga, abangku yang ketiga sempat menyuapkan buah kurma dan air zam-zam
yang diberi oleh jiranku kepada ayah. Sesudah itu, baharu abangku menyuapkan
soup ayam yang dimasak oleh kakak pula ke mulut ayah. Ayah kelihatan begitu
berselera.

Usai makan, ayah minta dirinya dipapah untuk mengambil wuduk. Abangku
memenuhi permintaannya sedaya mungkin. Selesai berwuduk, ayah dibaringkan
semula oleh abangku. Dia menunaikan solat maghrib sambil berbaring.

Beberapa jam kemudian, ayah beralih sakit. Namun mulutnya tidak berhenti-
henti berselawat dan berzikir. Tiba-tiba keadaan ayah menjadi kritikal tak semena.
Aku dan keluarga semua sudah berkumpul di sisi ayah. Seusai solat isyak, keluarga
dan saudara-mara serta jiran-jiran sekampung, bersepakat untuk mengadakan
bacaan yasin.

Tiga kali yasin dibaca, ayah turut sama mengangkat tangan berdoa dan
mengaminkannya. Dada ayah kelihatan berombak kecil. Barangkali kerana
gelombang sakarat yang sedang menghampiri.

Abang ketigaku memeluk erat tubuh ayah sambil menangis dan membisikkan
kalimah Allah. Pipi dan dahi ayah dikucupnya penuh syahdu. Sebentar kemudian
kami semua dipanggil merapati ayah.

“Cepat salam dan minta maaf dengan ayah,” tuturnya, teresak-esak tidak dapat
menahan sebak.

Aku mampir mencium ayah dan melakukan seperti apa yang disuruh oleh
abang. Diikuti pula oleh emak dan adik-beradikku yang lain. Keadaan ayah semakin
nazak. Namun bibirnya tidak lekang mengucap syahadah dan berselawat. Sekejap-
sekejap ayah menadah tangan berdoa, kemudian meraup ke wajahnya. Kami tidak
mahu menganggu perjalanan ayah. Suasana menjadi senyap dan sunyi ketika itu.

“Ayah yang kelima,” beritahunya sepatah. Kami semua terpandang-pandang
kehairanan. Masing-masing hanya mampu menangis membayangkan kehilangan
ayah. Tepat jam 12.00 tengah malam, tanggal 10 Ramadan 2001. Ayah pergi
mengadap Ilahi dengan wajah yang begitu tenang dan wajah seakan tersenyum.

Innalillahiwainnailaihirajiuun… Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Ayah akhirnya pergi jua meninggalkan kami. Jenazah ayah disolatkan sendiri oleh
abang ketigaku. Aku turut mengiringi jenazah ayah sehingga ke pusara. Sewaktu
diangkat untuk dikebumikan, aku lihat jenazah ayah begitu ringan bak sehelai kertas
putih ditiup angin. Aku redha kerana pergi ayah pada bulan rahmat dan barokah.

1 Syawal 2001

Pagi yang diselubungi kesedihan. Tahun ini Syawal pertama kami kehilangan
ayah. Suara takbir yang berkumandang di sana sini membuatkan hati hiba tak
terkata. Aidilfitri kali ini terasa benar-benar kosong tanpa ayah.

Selalunya, seawal pagi Syawal ayah sudah bangun bersolat sunat dan solat
fardu subuh. Kemudian akan berzikir dan bertakbir sehingga jam 7.00 pagi.
Begitulah rutin ayah menyambut syawal, sebelum pergi solat hari raya berjemaah di
masjid.

Namun, tahun ini kelibat ayah duduk bertahmid dan berzikir di atas sejadah,
tidak lagi dapat dilihat. Usai bersolat di masjid, aku dan keluarga terus ke tanah
perkuburan menziarahi pusara ayah. Seperti biasa, abang ketigakulah yang akan
memimpin bacaan doa tahlil untuk arwah ayah.

Sambutan Syawal kami setelah ketiadaan ayah terasa begitu hambar sekali.
Beberapa orang rakan karib ayah ada bertandang ke rumah untuk mengucapkan
takziah dan menziarahi kami. Masing-masing mengirimkan doa buat ayah di alam
sana.

“Rumah ini seperti kehilangan seri apabila tunggaknya sudah tiada. Terasa
kosong yang tak dapat digambarkan,” ujar abang B, rakan seperguruan ayah dalam
mendalami ilmu agama.

Abang B tidak mahu silaturahim kami dan keluarganya terputus meskipun ayah
sudah tiada. Setiap tahun, dia tetap datang menziarahi kami bersama keluarga
besarnya.

Pemergian ayah satu kehilangan besar buat kami semua. Ayah umpama lentera
yang menghidupkan roh dan jiwa kami anak-anaknya untuk melorongkan diri ke
arah kebaikan. Ayah sangat marah jika anak-anaknya bersikap biadap dan tidak
tahu menghormati tetamu. Tetamu itu utusan Allah yang membawa berkat kepada
tuan rumah. Justeru itulah, Rasulullah menyuruh kita memuliakan dan meraikan
tetamu, kata ayah.

Tidak hairanlah, apabila Syawal bertamu, rumah ayah sentiasa meriah dan
dipenuhi tetamu bertali arus. Adakala, kami tidak cukup stok kuih-muih untuk
dihidang kerana terlalu ramai tetamu yang datang tanpa hati.

Pendek kata, sewaktu ayah masih ada, tiada orang yang kami tak kenal. Jauh
dekat semua bertandang menemui ayah. Kebetulan zaman kami kecil-kecil dahulu,
ayah juga merupakan penasihat yang dilantik khas di kampung kami selain dia juga
mengajar al-Quran untuk anak-anak jiran dan saudara-mara terdekat yang dihantar
mengaji ke rumah ayah. Ayah juga banyak melakukan kerja-kerja kebajikan untuk
masyarakat selain pernah menjadi imam di surau tua yang berhampiran dengan
rumah kami.

“Jangan lupa sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Doa anak yang soleh sentiasa
dinanti,” ujar abang B, rakan karib arwah ayah. Sekadar mengingatkan kami pada
Syawal pertama kehilangan ayah. Aku angguk tanda akur.

Tiba-tiba air mataku yang bergenang, mengalir laju menuruni pipi tanpa henti.
Gema takbir menambahkan lagi kepiluan di hati. Ramadan dan Syawal telah

mengais kembali memori lalu yang telah pergi. Aku tidak mampu lagi untuk menepis
kesedihan ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

T A M A T

1,527 PP

3.

OLEH: PARIDAH ISHAK

SURATAN RAMADAN

Awal Ramadan aku menjejakkan kaki di sini. Pertama kali aku dibawa suamiku bertemu
keluarganya untuk bersama menyambut kehadiran Ramadan setelah kami bernikah
beberapa bulan lalu. Aku ralit memerhati seseorang.
“Kenapa abang tu kak?”
“Kenapa pulak? Apa peliknya?” Salima membalasnya lewa.
Pertanyaanku dipulangkan tanpa jawapannya. Keresahan melanda hati sama ada
masih mahu mengulangi pertanyaan , meminta jawapan pasti. Namun aku memilih
untuk sabar menunggu.

“Suami Ita tidak pernah bercerita kenapa abangnya begitu?” Suara kakak iparku
mendatar sahaja. Seakan dia cuba memahami gelodak perasaanku tanpa menunjukan
kejengkelan hati justeru diterjah dengan pertanyaan yang tidak disenanginya. Aku
tertunggu-tunggu buah butir bicara kakak iparku
“ Adik Azriff itu bukan ada masalah apa. Macam kita juga. Sihat sejahtera.”
Aku keliru dengan penjelasan kabur itu.

‘Habis kalau tidak ada masalah, kenapa abang Azriff begitu. Langsung tidak tahu
mengurus diri, sehingga semua keperluannya bapa uruskan. Hendak mandi
dimandikan, hendak makan disuapkan, hinggakan pakaiannya pun bapa tolong
sarungkan. Pelik. Nampak abang Azriff tu cukup sifatnya macam orang lain. Maksudnya
berkaki, bertangan dan tidak lumpuh. Tapi kenapa sikapnya pemalas begitu?’
monologku bersimpang-perenang. Hakikat begitu ditolak mindaku yang berfikir hanya
satu arah.
Jawapan kepada pertanyaanku mesti dicari juga. Wajah Salimah kurenung
tajam. Anggpanku, kakak iparku itu menyimpan semua maklumat ingin kuketahui.
“Apa nak buat Ita! Sudah nasib dia nak jadi begitu. Dia tak minta pun. Semua
kita nak nasib baik saja jatuh di lorong hidup kita. Tapi apa yang tersurat sejak azali
untuk kita, tidak kita ketahui. Tidak ada siapa yang dapat meramal kehidupan kita
keesokannya. Kita merancang begitu begini tapi Allah menentukannya.”
‘Dah salahkan nasib pula.’ Termangu aku. Masih membisu seribu bahasa. Aku
tidak tahu apa yang menggelombang dalam mindanya.

“Apa sebenarnya ceritanya kak? Ceritakanlah pada saya. Saya bukan orang lain.
Ahli keluarga ini juga walaupun masih baru. Memanglah saya perlu tahu juga.”
Salima menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Seolahnya ia sedang
melegakan bebanan yang termengkelan di salur pernafasannya.

“Azriff tu mungkin sudah hilang semangat hidupnya. Entah ke mana
semangatnya dibawa terbang. Jadi dia langsung tidak kisah lagi dengan apa yang

berlaku kepada dirinya. Kasihan kan? Rupanya semangat hidup itu penting sekali
berada dalam jiwa kita. Kalau kehilangannya kita menjadi murung tidak bermaya.”

“Bagaimana pula boleh hilang semangat hidupnya?” Ganjil pula bagiku kisah
begitu. Selama ini tidak pernah berada dalam pengetahuanku.
“Kecewa dalam percintaannya.”
“Oh!” terlopong aku.
‘Sebab kecewa dalam bercinta hingga jadi sampai begini. Ingatkan cerita-cerita begini
berlaku dalam filem dan drama saja, Seperti kisah Laila dan Majnun, Ibu Mertuaku
karya P.Ramlee dan karya sastera Inggeris Romeo & Juliet tulisan Shakespeare
sahaja. Rupanya realiti. Suratan atau kebetulan?’ aku melayani monolog sepi.
‘Boleh percaya ke?’ tapi kenyataan di depan mataku membenarkannya.
“Ita nampak macam tak percaya dengan cerita kakak. Kalau macam tu tak
payahlah kakak nak sambung lagi! Penat saja kak cerita tapi Ita tak percaya pun. Kak
pun nak siapkan masakan untuk kita semua berbuka puasa sekejap lagi.”

“Eh! Kakak ni itu pula yang disangkanya. Bukan begitu! Sebenarnya saya pelik
kenapa orang yang putus cinta, kecewanya begitu mendalam sekali sehingga
merosakkan diri sendiri? tiba-tiba saya teringatkan filem cinta Laila Majnun. Tentang
masak-memasak tu kak jangan risau. Biar saya yang buat. Kalau penat kak berehatlah
ya !”
“Entahlah! Kakak sendiri pun tak faham juga macam Ita. Dulu Azriff seorang
yang cergas, rajin berkerja. Baik orangnya dan sering membantu kami adik beradiknya.

Tapi setelah kekasihnya dikahwinkan keluarganya dengan orang lain, dia berubah
mendadak.”

Terhenti pula cerita Salima di situ.
“Azriff seolah terlupa dengan apa yang perlu dilakukan demi hidupnya. Kerjanya
setiap hari hanya mengulangi rumah kekasihnya itu sehinggakan keluarga kekasihnya
itu naik jelak dan menyampah. Kata orang kononnya, keluarga kekasihnya itu telah
menyihir Azriff sehingga dia menjadi tidak bermaya dan tidak berupaya lagi hendak
mengayuh basikal ke rumah kekasihnya. Dia menyendiri di rumah. Cuma tidur saja.
Kalau tidak disuruh makan, dia tidak makan. Dia tidak lagi berbual dengan sesiapa.
Diam sediam-diamnya. “

Aku terkedu. Betapa hebatnya penangan cinta itu sehingga menjadikan seorang
lelaki menangis berhari-hari kerana kehilangannya lalu menjadi buta. Itu cerita dalam
filem ‘Ibu Mertuaku’ karya P. Ramlee. Dan kini dihadapanku, seorang pemuda kacak
telah hilang kewarasan mental dan semangat hidupnya kerana cinta.
Kasihan sungguh. Hebatnya penangan cinta itu. Lebih sadis, sungguh sampai
hati mereka sanggup menyihirkan abang iparku berubah menjadi begitu. Sihir itu cuma
dihembus mantera dibaca menuju kepada sasaran. Kekejaman pasti dibalas Allah
dengan seberat-berat hukuman sekiranya mereka tidak bertaubat dan meminta maaf
kepada mangsa dianiaya.

Hatiku diserbu perasaan bimbang pula. Mengapa? Mungkin memikirkan kondisi
keluarga suamiku yang merisaukan penerimaan akal sihatku.
Kelihatan kepadaku keadaan bapa mertuaku juga agak tidak stabil mentalnya. Sering
bercakap sendirian seolah ada teman di sisinya sambil mengutau-utaukan tangannya
menunjuk ke sana sini. Hatiku cuak. Risau memikirkan apakah lagi masalah yang akan
membelitku di tengah keluarga ini.

Suatu ketika dulu sewaktu kecil, sering mengelakkan diri daripada bertembung
dengan seorang gila yang tinggal berhampiran masjid di kampungku. Kadang terjumpa
juga kala ke kedai membeli air batu untuk buka puasa aku akan lari sekuat hati untuk
menjauhinya.walau letih lantaran berpuasa.

Sekarang bagaimana? Ke mana lagi aku hendak lari? Bapa mentua dan abang
iparku berkeadaan begitu. Tetapi aku tidak pernah lupa mengingatkan diriku bahawa
setiap sesuatu yang berlaku adalah kehendak Allah jua. Bapa mentua dan abang
iparku tidak pernah meminta dijadikan sebegitu.

Namun bapa mentuaku dalam keuzuran mentalnya masih mampu berkerja
mencari rezeki buat menyara kehidupannya dan anaknya yang bermasalah lebih teruk
daripada dirinya pula.  Kasih sayang seorang bapa itu masih menebal dalam jiwa bapa
mentuaku. Aku mengaguminya amat. Mereka semua kini adalah sebahagian daripada
diriku. Aku mesti berusaha menyerap situasi itu walau hati tidak setabah mana. Galau
yang mengelirukan benak cuba disingkirkan.

“Bapa tu kenapa pula begitu kak? suka bercakap seorang diri.”
“Banyak rahsia keluarga ini yang tidak kau ketahui ya Ita? Azmir tidak beritahu
tentang kami keluarganya kepada kau?” soalan itu dilontarkan keadaku.
“Abang tidak pernah bercerita apapun kak! Kecuali katanya dia sejak kecil tinggal
bersama kakak. Hanya cerita tentang kakak dan anak-anak kakak, suami kakak yang
sering diceritakannya. Yang lain-lain saya tak tahu.”
“Azmir tidak pernah bercerita tentang emak, bapa dan abangnya?”
“Tak!
“Kata arwah mak, bapa jadi begitu selepas melihat satu tragedi yang sangat
ngeri sewaktu mengayuh basikal melintasi hutan kecil pada suatu senja dalam
perjalanan pulangnya ke rumah.”
“Arwah mak sudah meninggal? Maaf kak saya tak tahu
pun…innalillahhiwaiinailaihirojiun.”
Kesayuan hatiku menerima kabar dukacita itu tidak memudarkan hasratku untuk
mengetahui tragedi misteri yang dialami bapa mentuaku
“Bapa lihat apa kak?”
Salima tersenyum sekilas sebelum melayani soalan keterujaanku
“Bapa melihat sekumpulan orang menyembelih sesaorang.”
“Ish! Seramnya.”
.
“Sejak peristiwa tu bapa menjadi murung dan sering bertindak kasar terhadap
mak.

Emak dipukul dan disepak terajang setiap kali datang bisikan-bisikan yang
mengganggunya. Kami anak-anaknya pun sentiasa menjadi sasaran bapa melepaskan
kemarahannya.
Emak bersabar dengan kerenah bapa yang sering menyakiti dirinya dan
perasaannya. Namun emak semakin murung dan kesihatannya pun merosot hari demi
hari. Emak meninggal dunia tika usia Azmir baru dua tahun. Kakaklah yang
menjaganya daripada kecil, menyekolahkannya sehingga tamat pula pengajiannya di
universiti.”
“Hmm…begitu cerita sebenarnya ya…maafkan saya menyusahkan kak
bercerita.”
Terkenang aku kisah seorang jiran yang telah hilang sikap diri asalnya yang
ceria kepada suka menyepi, menyendiri dan tidak lagi mahu bertegur sapa dengan
sesiapa termasuk keluarganya lantaran menyaksikan pembunuhan dan darah yang
melimpah dilakukan sekumpulan perompak ke atas keluarga jirannya seorang Cina.
Jiran yang baik dan sering membantunya dan keluarganya itu sudah dianggap seperti
saudaranya sendiri. Dan peristiwa sadis itu amat mengesankan jiwanya. Menjadikannya
trauma dan sentiasa terbawa-bawa mengganggu mindanya.

“Abang Zin meminang kakak walau dia tahu keadaan keluarga kakak diserabuti
dengan masalah yang luar biasa begini dan sukar untuk diterima orang lain dalam
kehidupan mereka yang sentiasa inginkan kesempurnaan dan kebahagian dalam
segenap segi. Dan Azmir tidak pernah renggang dari kakak walau di mana kakak
berada.”

Aku merenung bait-bait kata kakak iparku. Ternyata kepadaku, Salima seorang
yang tabah dan bersemangat waja dalam menghadapi masalah kehidupan seputarnya.
‘Apakah aku juga mampu begitu?’
Tertanya-tanya pula hati kecilku
Haru-biru hatiku menggumpal pelbagai rona rasa yang tidak ketahuan rupanya
bersalut kekesalan yang mencengkam perasaanku
‘Mampukah aku memaafkannya kerana kesalahannya yang kurasa telah diperbuat
kepadaku lantaran menyembunyikan rahsia keluarganya daripada pengetahuanku
selama ini.
Jikalau kemaafan itu tidak  dapatku berikan bagaimana pula aku hendak
mengongsi kehidupan bersama suamiku yang telah sah dengan ijab kabulnya itu?
Sekiranya suamiku itu menceritakan seluruh rahsia kehidupannya kepadaku. Apakah
aku akan berpuas hati dan menerima seadanya apa saja seperti penerimaan abang Zin
terhadap kak Salima?
Atau aku akan berfikir beribu kali sebelum bersetuju berkahwin dengannya?
Kenapakah aku terlalu pesimis dalam soal ini?
Rupanya inilah takdir cintaku pula. Cinta duniawi yang tidak hakiki. Walau tidak terlalu
besar pengorbanannya terrpaksa kupikul jua bebanannya.’ Sambil tanganku lincah
menyediakan pelbagai masakan, fikiranku menerawang nuansa dimensi.
Aku mengusap lembut perutku. Janin yang dikandung menendang-nendang
lahan. Tidak diragui lagi akan mewarisi nasab keturunan suamiku sejak lama. Hak

cahaya mataku untuk lahir ke dunia tidak kupertikaikan. Malah amat kudambakan
sebagai penyeri kehidupan, pengikat kasih sayang antaraku dan suami.
Soal masa depan nasab yang bakal dilahirkan kelak hanya Allah penentunya.
Aku pasrah dan tawakal bersalut reda kepada-Nya.
“Azan maghrib dah disiarkan radio tu! Jom kita berbuka puasa!” Aku memanggil
suamiku, bapa mentuaku, abang iparku dan abang Zin birasku yang berada di beranda
sedang membaca al-Quran..

Tamat.

4.

KASIH YANG BERBUNGA SEPANJANG MUSIM

Oleh: Ismail Hashim
Satu
MULUT Mak Ngah Siah sentiasa menyebut nama Alyaa Khalisa dan Ifti. Dua
orang cucunya itu dijaganya ketika Maria dan Husin ke tempat kerja. Maria dan
Husin bekerja di tempat yang berasingan. Rumah sewa Maria dan Husin dekat
dengan rumahnya
Disebabkan Alyaa dan Ifti lebih banyak masa dalam jagaan Mak Ngah Siah,
kedua-dua cucunya itu lebih mesra kepadanya. Tugas yang dilakukan Mak Ngah
Siah pula bersifat sukarela.Terhibur rasa hati Mak Ngah Siah apabila mendengarkan
suara cucu-cucunya itu memanggilnya ‘nenek’.
Sejak negara kita dilanda wabak Covid-19, Mak Ngah Siah menerima
cadangan dari Maria dan Husin supaya kedua-dua cucunya itu diletakkan dibawah
jagaannya bimbangkan virusnya mudah berjangkit kepada orang lain melalui
sentuhan atau penjarakan yang dekat, terutamanya melalui sistem pernafasan
manusia.
Alyaa Khalisa dan Ifti masing-masing berusia 5 tahun dan 3 tahun Kedua-
duanya adalah perempuan. Beberapa bulan kemudian, Husin ‘menghidu’perubahan
berlaku ke atas dua orang anak-anaknya itu. Husin mendapatkan Maria bagi
menanyakan pendapatnya.
“Awak tak perasaan ker…perangai Alyaa dan Ifti tu?” tanya Husin.
Maria berpaling kepada suaminya, Husin.
“Abang risaukan sebab mereka…lebih mesra pada emak saya tu?” balas
Maria.
Husin mengangguk-anggukkan kepalanya.

2

“Apa awak tak rasa macam apa yang saya rasakan tu?” tanya Husin.
“Saya menepis perasaan tu, bang…sebab Alyaa dan Ifti dijaga oleh
neneknya…saya dapatkan rasakan bagaimana kemesraan yang terjalin antara
mereka tu,” jawab Maria.
“Kalau awak dah sedar perkara tu, kenapa tak mengambil tindakan
pencegahan?” soal Husin.
“Nak ambil tindakan apa bang,hah…apa salah emak saya tu…kalaulah Alyaa
dan Ifti dihantar pada pengasuh belum tentu mereka berdua akan dijaga dengan
baik…abang tak dengar…cerita-cerita yang tidak baik tentang pengasuh mendera
anak-anak dibawah jagaan mereka?” ujar Maria.Husin terdiam.
Husin ada membaca dalam akhbar harian arus perdana tentang peristiwa
malang yang dijaga oleh segelintir pengasuh yang tidak bertanggungjawab hingga
membawa kepada kes kematian dan pemerkosaan kanak-kanak.
Semakin hari semakin sukar Alyaa dan Ifti diajak pulang ke rumah mereka
apabila berada di rumah Mak Ngah Siah. Mereka lebih suka tinggal di rumah Mak
Ngah Siah.
Husin merasakan kasih sayang Alyaa Khalisa dan Ifti kini sudah banyak
menyebelahi kepada Mak Ngah Siah. Husin berasa cemburu hati apabila anak-
anaknya itu lebih menyayangi Mak Ngah Siah dari dirinya. Bagi Husin, kasih sayang
kanak-kanak itu telah terbahagi kepada dua pihak. Perkara ini pernah disampaikan
kepada Maria.
“Kita ni…sebagai ayah dan ibu mereka, kasih sayang Alyaa dan Ifti dah
semakin berkurangan terhadap kita…nampaknya emak awak tu dah gunakan ‘ayat
guna-guna’ dan berjaya pula mempengaruhi anak-anak kita tu,lihatlah…mereka lebih
sayangkan emak dari kita ni,” ujar Husin.

3

“Hish…tak baik abang tuduh emak saya macam tu,bang…sedap mulut abang
burukkan mak saya macam tu,” balas Maria.
“Apa awak tak rasakan…kebelakangan ni…saya mendengar Alyaa dan Ifti
menyebut nama emak awak dalam tidur mereka…saya risaukan emak awak ada
bela saka,Maria,” ujar Husin.
“Apa yang abang merepek ni,hah?” jerkah Maria sambil menuding jari
telunjuknya pada suaminya yang berkulit hitam manis itu.
Maria berhak menyanggah pandangan Husin kerana Maria adalah anak
kandung kepada Mak Ngah Siah dan lebih mengenali diri emaknya itu. Angin marah
mulai mencanak naik ke saraf kepalanya.
“Abanglah manusia yang tak tahu bersyukur…dah emak jaga anak-anak kita
secara sukarela selama ini…banyak pula syak wasangka buruk ke atas emak saya
tu,” balas Maria dengan nada suara meninggi.
Tiba-tiba Maria tersedar, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, tidak baik
seorang isteri meninggikan suaranya kepada suaminya Maria cuba menahan
perasaannya dan melembutkan nada suaranya itu semula.
“Abang!….bukannya selalu mereka berperangai begitu,kan…anggaplah
perkara ini…perkara kecil,bang…tak perlulah kita nak perbesar-besarkan…nanti
masalah tu berbalik kepada kita semula…lagi pun saya tak mahu emak berkecil
hati…sepatutnya kita berasa bersyukur…emak saya tu sanggup menjaga anak-anak
kita tu tanpa dikenakan sebarang bayaran,” ujar Maria.
Husin menunjukkan muka masam seolah-olah tidak berpuas hati dengan
penjelasan daripada Maria, isterinya itu.Husin mulai berasa dirinya tercabar sebagai
seorang suami, apabila isterinya, Maria enggan mendengar pandanganya.

4

Benarlah sesetengah pendapat orang tua, menantu memang selalu tidak
sehaluan dengan ibu mertuanya. Ada-ada sahaja tidak kena.Mungkin ini yang
sedang dilalui oleh Maria sekarang ini. Janji manis alam percintaan itu tidak
semestinya benar apabila berada di alam rumahtangga.
“Sekarang ni,Maria…kita dah tak perlu bimbangkan lagi tentang penyakit
Covid-19 tu lagi…awak dan saya dah pun mengambil vaksin…dah lengkap pun
vaksin tu… termasuk dos penggalaknya…keadaan penyakit tu…sudah semakin
terkawal,” tegas Husin.
“Apa maksud abang ni?” tanya Maria.
“Kita boleh hantar Alyaa dan Ifti tu ke rumah pengasuh….untuk membetulkan
keadaan kasih sayang anak kita yang ‘senget’ tu…kita boleh cari rumah sewa
lain…supaya emak awak tak jaga lagi Alyaa dan Ifti,” tegas Husin.
“Jadi,teranglah maksud awak ni…tak mahu emak saya jaga anak kita tu lagi?”
soal Maria.
Husin hanya tersenyum. Akhirnya kemenangan berpihak kepadanya. Inilah
masa dirinya memujuk Maria.
“Usia emak dah senja,Maria…dah masuk tujuh puluh tahun…kenapa kita
harus lagi menyusahkan mak menjaga anak-anak kita…kita berikanlah emak
peluang menumpukan amalan ibadat hariannya…sebagai penyediaan bekalannya
sebelum pulang ke alam barzakh nanti,” tambah Husin.
Husin merasakan sedang meramas-ramas perasaan hati dan perasaan
isterinya, Maria untuk bersetuju dengan pandangannya itu.
Maria hanya mendiamkan diri. Pandangan dari Husin itu sekiranya ditimbal
balik, ada juga kebenarannya. Husin bagaikan mahu menyedarkan Maria, isterinya

5

iaitu tindakan mereka meletakkan Alyaa Khalisa dan Ifti di bawah jagaan Mak Ngah
Siah adalah tindakan yang tidak betul. Keadaan itu perlu diperbetulkan.
Bunga-bunga perasaannya mulai berkembang yang menutup perasaan
kekurangan itu sebelum ini. Maria mengambil tindakan drastik dengan memberitahu
perkara ini kepada emaknya, Mak Ngah Siah. Maria juga bimbangkan Mak Ngah
Siah berkecil hati. Maria tidak mahu hati Mak Ngah berasa tersayat pula.
Apatah lagi, sekarang ini adalah di dalam bulan Ramadan dan dua minggu
lagi umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. Rasanya kurang
sesuai untuk mengikut cadangan dari suaminya, Husin itu.
“Setiap kali…kita mahunya pulang ke rumah kita…kedua-duanya melarikan
diri ke dalam bilik…tak mahu balik…nak tidur di rumah mak awak tu pulak…saya
perhatikan….makin lama semakin manja pula anak-anak kita pada emak awak
tu…awak perlulah ingat…kita ni…ayah dan emak mereka,” jelas Husin dengan wajah
semakin mencuka apabila pandangannya selalu dianggap remih isterinya,Maria.
Dua
“Kenapa kau rampas anak-anak kau dari aku, Maria…tak cukup baik ker aku
menjaga anak kamu…Alyaa dan Ifti tu,Maria?” tanya Mak Ngah Siah dengan
perasaan yang sebak.
Maria terdiam.Kata-kata dari Mak Ngah Siah sudah dijangkanya.
“Maria tak kisah,mak…Maria suka mak jaga Alyaa dan Ifti tu…tapi…abang
Husin tu,” balas Maria.
Mak Ngah Siah mendongak meraup muka Maria sepenuhnya.
“Kenapa salahkan Husin pula?” soal Mak Ngah Siah.
Jiwa Maria bergelora ingin menyatakan kepada Mak Ngah perkara yang
sebenar.

6

“Husin merasakan kasih sayang anak-anaknya sudah luak terhadapnya…lagi
pun…Alyaa dan Ifti sering menyebut nama emak dalam tidurnya…Husin menuduh
emak membela saka,” ujar Maria.
“Astagfirullah-al-azim…suruhlah suami kau tu mengucap,Maria…mak tahu
perbuatan emak yang benar dan syirik kepada Tuhan, Maria,” balas Mak Ngah
Siah.
Bahunya terangkat-angkat menahan tangisannya. Perasaan Mak Ngah Siah
sungguh terguris dan perbuatan Maria dan Husin itu bagaikan ‘Diberikan susu,tetapi
dibalas dengan tuba’.
“Husin merasakan kasih sayang Alyaa dan Ifti…sudah semakin jauh terpisah
dari hati dan perasaannya,” jawab Maria.
“Ogh, sebab itulah…Husin nak bawa lari Alyaa…Ifti jauh dari aku?,” jerkah
Mak Ngah Siah. Jantung Maria berasa tersentap dengan pertanyaan dari Mak Ngah
Siah itu yang tertusuk ke pembuluh jantung hatinya.
“Kenapa kau diam, Maria?” sergah Mak Ngah Siah.
Tiba-tiba perasaan Mak Ngah Siah bertukar selembut kapas.Mak Ngah Siah
mahukan Maria memujuk Husin menangguhkan hasratnya untuk berpindah ke
rumah sewa yang baharu itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
Tambahan pula, Mak Ngah Siah sudah pun menjahit baju kurung baharu
untuk Alyaa Khalisa dan Ifti bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri menjelang beberapa
hari lagi itu.
“Kalau nak pindah pun…tunggullah selepas Hari Raya Aidilftri ni, Maria,” pujuk
Mak Ngah Siah Maria tidak boleh memberikan kata putus selagi perkara itu tidak
dibincangkan dengan Husin suaminya.

7

Maria meninggalkan rumah Mak Ngah Siah. Rumah itu terasa panas apabila
semakin lama Maria berada di dalam rumah Mak Ngah Siah. Sepeninggalan
Maria,Mak Ngah termenung jauh terhadap kasih sayang yang telah tercurah kepada
Alyaa dan Ifti.Kasih sayang Mak Ngah Siah kepada dua orang cucunya itu,Alyaa dan
Ifti,adalah kasih sepanjang musim.
Hati Mak Ngah Siah terasa sebak.Sepanjang bulan Ramadan ini, gerai di
depan Surau Taman Warisan, tutup dan mulai beroperasi pukul 3.30 petang.
Sebelum ini, Mak Ngah Siah membelikan makanan sarapan pagi untuk Alyaa dan
Ifti.
Tiga
Semenjak berpindah di kondominium ekonomi D’ Cerrum itu, beberapa kali
Mak Ngah Siah menghubungi Maria dan Husin. Hanya deringan telefon yang
meresap ke celuping telinga Mak Ngah Siah.
Panggilan dari Mak Ngah pada Maria dan Husin tidak bersambut. Mak Ngah
Siah hanya mahu bertanya khabar tentang cucunya, Alyaa Khalisa dan Ifti. Mak
Ngah Siah mahu bercakap dan mendengar suara dari cucu-cucunya bagi
melepaskan rasa kerinduannya itu. Mak Ngah Siah hanya mengharapkan kasihnya
yang berbunga sepanjang musim itu diberikan perhatian oleh anak dan menantunya.
Empat
“Erk, dah kenapa ni Mak Cik?” soal salah seorang penyewa kondominium
ekonomi ‘D Cerrum itu pada pagi Hari Raya Aidilfitri pertama itu.
“Dah puaslah, Mak Cik memberikan salam…salam Mak Cik tak
bersambut…Mak Cik tahu Maria dan suaminya, Husin…adalah dalam rumah
tu…mereka melarang Mak Cik berjumpa cucu-cucu Mak Cik tu…

8

…ini ada Mak Cik bawa ketupat dan rendang…menjadi kegemaran cucu Mak
Cik tu,” ujar Mak Ngah Siah dengan linangan air mata di pagi Syawal yang mulia itu.

-TAMAT-

5.

RAMADHAN PERTAMA TANPA ABAH
Oleh Moh. Ghufron Cholid

Ini puasa pertama tanpa kehadiranmu, abah. Ini benar-benar puasa berlapis rindu, yang
ada di sampingku hanya kenangan bersamamu.
Ghufron terus saja menatap langit sesekali menundukkan kepala dan pelan-pelan menghela
nafas yang begitu panjang. Betapa tidak orang tua yang paling dekat dengannya, yang biasa
dipanggil dengan sebutan abah telah meninggal. Telah pergi meninggalkan Ghufron untuk
selama-lamanya.
Masih lekat dalam ingatan Ghufron, tiap ramadhan tiba dan melaksanakan puasa. Ghufron
masih sangat ingat moment puitik ketika KH. Cholid Mawardi bersamanya dan kerap
berucap, “Cong sareh lek aleknah beknah, iyak bukah laparak, soro akompol pas abukah
abereng.”
Ghufron dengan sigap berdiri dan mulai mengamati satu persatu keadaan sekitar
untuk sekedar memastikan keadaan adik-adiknya lalu menjalankan titah KH. Cholid
Mawardi, memanggil adik-adiknya untuk berkumpul dan bersiap untuk melaksanakan
buka bersama.
Ghufron mulai memeriksa kamar demi kamar dalam rumah yang biasa ditempati adik-
adiknya, mulai memastikan satu persatu masih ditempati atau sudah berada di luar rumah.
Farhan masih ada di kamarnya dan bergegas meminta Farhan untuk pergi ke ruang makan
bersiap untuk melaksanakan buka bersama, sementara Ali Fahmi dan Ulfatun Ni’mah ditemui
oleh Ghufron sedang bermain ke rumah tetangga, dekat dengan rumah biasa Ghufron dan
keluarga besarnya berkumpul.
@@@
15 menit lagi buka puasa akan dilaksanakan, semua hidangan buka puasa sudah siap
disajikan, tanpa terasa ada butir-butir mutiara berjatuhan dari langit-langit mata Ghufron.
Kembali Ghufron mengamati kamar demi kamar, memastikan keberadaan adik-adiknya,
menjalankan kebiasaan ketila KH. Cholid Mawardi masih di sampingnya. Kembali pula
airmatanya berjatuhan lantaran begitu berdesakan kenangan memasuki kamar ingatan
Ghufron.
Tak ada seorangpun yang bisa ditemui Ghufron selain Nyai Hj Munawwaroh, istri Ghufron
berikut dua anaknya serta adik bungsu Ghufron yang bernama Ulfatun Ni’mah serta
suaminya yang bernama Mahfudz sementara Ali Fahmi dan Farhan sudah memiliki rumah
sendiri dan tinggal bersama istri. Farhan menetap di kawasan Torjunan dan Ali Fahmi
menetap di kawasan Krajan Jember.
“Kenapa Mas Ghufron menangis, adakah yang mengganggu pikiran Mas Ghufron sehingga
sangat bersedih?” Tanya Farrohah Ulfa sembari menepuk pundak suaminya pelan-pelan.
Sementara Ghufron hanya menatap istrinya dan sesekali mengusap airmatanya yang mulai
membasahi pipinya.
“Yang tabah Mas!” Ucap Farrohah Ulfa seakan mengerti kesedihan yang dialami suaminya.

Ghufron kembali menghela nafas panjang dan mulai menatap wajah istrinya. Beruntungnya
hati ini memiliki istri seperti dirimu, hati Ghufron mulai bergumam.
@@@
Abah, rasanya puasa kali ini tak lengkap tanpa kehadiranmu
Sebagai anak, kehadiranmu di sisi alasan bahagiaku
Mengingatmu lebih dicintai Allah
Aku mulai belajar seteguh karang
Kendati aku kadang terombang-ambing
Lantaran ombak begitu dahsyat menerjang
Ghufron kembali menatap jam yang ada di pergelangan tangannya untuk sekedar
memastikan waktu buka. 5 menit lagi waktu berbuka akan dilaksanakan. Kembali
tatapannya di arahkan ke langit lalu pelan-pelan menundukkan pandangan sementara
tempat yang biasa diduduki oleh KH. Cholid Mawardi dibiarkan kosong. Tidak
dibiarkan seorangpun untuk menempati. Ghufron lebih memilih apa yang menjadi
keistiqamahan selama berbuka puasa tetap dilanjutkan baik ketika KH. Cholid
Mawardi masih hidup maupun telah wafat. Ghufron tetap ingin merasakan debaran
kehadiran sosok istimewa yang biasa disebutnya abah. Ghufron tak lagi peduli
meskipun kini keberadaannya sudah berstatus ayah dari tiga anaknya yakni Ashlihatul
Millah, putri pertamanya yang telah meninggal beberapa jam setelah dilahirkan,
Nailun Najah yang dalam puasa tahun ini sudah genap 4 tahun usianya dan
Muhammad Bushiri yang kini berusia 10 bulan. Di samping seorang ayah dari tiga
anak, Ghufron juga seorang anak dari KH. Cholid Mawardi yang telah tiada.
Ghufron tetap saja mengingat dan menjalankan nasehat abahnya, betapa buka
bersama keluarga penting. Betapa mengeratkan ikatan keluarga itu sangat penting dan
sangat nikmat lantaran memberikan keteduhan bathin.
@@@
Abah, alangkah indah dan nikmat
Menjalankan puasa dan bisa berbuka bersamamu
Selaksa surga dalam genggaman tangan
Semisal kegelisahan yang tak lagi betah
Menetap di kedalaman tubuh
Terus saja hati Ghufron mengabadikan moment terindah bersama seorang yang biasa
disebutnya abah. Terasa sangat dekat dan istimewa menjalani waktu berharga bersama
KH. Cholid Mawardi. Dalam ingatan Ghufron, KH. Cholid selalu hidup baik dalam
ucap maupun dalam degup.
Darimu, abah
Aku belajar cinta kasih

Darimu, abah
Aku belajar betapa surga berkumpul dengan keluarga
Darimu, abah
Betapa ikatan yang kuat
Cikal bakal bahagia yang dilapisi rahmat
Kembali airmata membasahi pipi Ghufron. Kembali Ghufron mengusap airmatanya.
Ketika tidak kuat menahan rindu, Ghufron biasanya mencari ruang tersembunyi yang
hanya diketahui istrinya Farrohah Ulfa untuk melampiaskan kesedihan.
@@@
Apalah arti hidangan enak dan nikmat
Bila tanpa kehadiranmu abah
Segala menjadi hambar
Segala tak mampu membuat diri berdebar
Namun mengingat hidup perlu disyukuri
Mengingat aku bukan hanya anakmu
Melainkan ayah bagi tiga anakku
Maka ajaranmu tetap kugenggam
Dan kuperkenalkan pada kuncup-kuncup bunga hatiku
Ghufron terus saja melukiskan keadaan dirinya dan posisi KH. Cholid di hatinya.
Sebagai anak yang sangat mengidolakan ayahnya maka melanjutkan keistiqamahan
KH. Cholid Mawardi yang kerap dilakukan dan sebagai manusia yang dibekali rindu
maka mengumandangkan rindu dari kedalaman hati sesuatu yang kerap dilakukan.
@@@
1 menit lagi waktu tersisa untuk melaksanakan buka puasa. Diamati satu persatu yang
berada di sekeliling Ghufron. Ditatapnya wajah demi wajah yang berada di dekatnya,
mulai dari wajah istri tercintanya yang bernama Farrohah Ulfa, Nailun Najah yang
sudah mulai aktif beraktivitas menyiapkan makanan yang hendak dimakannya dan
Muhammad Bushiri yang mulai sibuk dengan dunianya sendiri, ingin selalu berdekatan
dengan ibunya dan ingin mendapatkan perhatian istimewa dari ibunya.
Sesekali gati Ghufron tersenyum manakala menyaksikan Nyai Hj Munawwaroh bisa
istiqamah melaksanakan ibadah puasa kendati menderita penyakit asam lambung. Hati
Ghufron mulai berdesir dan pelan-pelan berdoa semoga kesehatan Ummi terus
membaik dan bisa melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna lengkap dengan
sholat tarawihnya.

Pelan-pelan ditatapnya wajah Ulfatun Ni’mah, adik bungsunya yang sudah ia nikahkan
dengam dambaan hati. Alhamdulillah tunai sudah tugas seorang kakak mewakili abah
yakni menjadi wali dipernikahan adik, hati Ghufron bergumam sesekali tersenyum.
Ketika pandangannya menuju tempat duduk yang biasa ditempati KH. Cholid
Mawardi untuk berbuka bersama semasa hidup, pandangan Ghufron enggan beranjak.
Ada kekuatan besar yang berhasil menahannya. Ingatan demi ingatan akan sosok KH.
Cholid Mawardi berdatangan.
Ingatan Ghufron kembali menemukan KH. Cholid Mawardi tersenyum dan begitu
menikmati sajian buka puasa. Hati Ghufron kembali berdesir. Kenangan akan KH.
Cholid Mawardi semakin kencang berdebar seolah KH. Cholid masih hidup dan masih
melaksanakan buka puasa bersama.
Butir-butir mutiara mulai membasahi pipi dan mulai membasahi baju peninggalan
KH. Cholid Mawardi. Baju yang kerap dipakai saat melaksanakan ibadah buka puasa
bersama.
Abah, buka puasa telah tiba
Segala waktu bersamamu adalah surga
Yang tak bisa kusangkal

Waktu yang berdetak
Sampai kedalaman dada
Adalah waktu istimewa
Yang memotret adamu
Mengabarkan kehadiranmu
Nikmat mana lagi yang bisa kusangkal
Selain kukabarkan tanpa ragu kurapal
Sesuap demi sesuap nasi mulai masuk dalam mulut Ghufron. Kenangan demi kenangan KH.
Cholid Mawardi tak jua kalah dan lelah untuk menempati ruang ingatan Ghufron. Bagi
Ghufron, keberadaan KH. Cholid adalah surga yang pernah dimiliki. Bagi Ghufron, bisa
berbuka puasa bersama KH. Cholid adalah bagian dari kebahagiaan yang tak bisa dipungkuri.
Maka menghidupkan KH. Cholid Mawardi dalam ingatan serta menjalankan keistiqamahan
orang istimewa yang biasa dipanggil abah jalan dipilih Ghufron untuk senantiasa ditempuh
sebagai jalan bersyukur pernah memiliki abah.

Junglorong, 19 April 2022

6.

SELAMAT DATANG AIDILFITRI

Hamizun Syah

RAUNGAN itu mengejutkan pembaringan Malik. Celapak Malik terjun melepasi tiga
anak tangga. Malik tidak menghiraukan emak dan Azah bersimpuh di beranda. Malik
memecut menginjak rumput-rumput lembab di halaman. Sempat gegendang
telinganya menangkap derap kaki Azah mengekori. Sebaik sampai Malik segera
menerpa ke Mubin dan membelek tapak kaki anak bongsunya itu. Mahdi masih
tercegat kaku tercengang buntu di tepi adiknya yang terduduk meraung. Malik tahu
anak sulungnya itu tersentak berdepan dengan kejadian tidak disangka-sangka.
“Alahai…Sikit sahaja ni!” sebut Malik sambil melihat bekas melecur di tapak kaki
Mubin yang baru berusia 13tahun.
Azah tergesa-gesa mendekati Mubin dan menggosok-gosok manja rambut
anak itu. Tentu hati seorang ibu lebih cemas. Malik memujuk Mubin supaya lebih
cekal, jangan terlalu menitiskan air mata. Kemudian Malik meminta Azah membawa
anak-anak mereka ke rumah. Sebenarnya Mubin cuma terkejut terpijak bara sekecil
kepala mancis.
“Ayah ingatkan, ular tadi!” Malik separuh mengejek anak manjanya itu.
Tanpa banyak kerenah, Azah memapah Mubin yang terhinjut-hinjut. Serentak
Mahdi mengiringi ibu dan adiknya menuju ke rumah. Sempat Malik mencuri pandang
arah emak. Nenek itu turut tersentak dengan raungan cucunya tadi tetapi sebalik
berseri-seri lampu lip-lap menghiasi gerbang depan tangga. Begitu berseri-seri
wajah emak yang masih bersimpuh di beranda. Emak tentu tahu cara merawat dan
memujuk cucunya nanti. Lagipun Mahdi dan Mubin kelihatan terlalu penat. Begitu
dengan Azah dan emak. Masa buat mereka berehat.

2

Biar emak terhibur bersama menantu dan cucu-cunya. Biar Malik
menghiburkan hatinya sendirian di sini. Memantau nyalaan ketul-ketul bara sekitar
batang-batang buluh tersusun memanjang di besi pemanggang. Mungkin tadi angin
berhembus sedikit deras sehingga bara terpercik keluar dan anak seusia Mubin tidak
cekap mengesannya langsung terpijak. Membuatkan keadaan tergempar seketika.
Malik mencapai sebatang kayu lebih sehasta dan menguis-nguis nyalaan bara
daripada menjadi api. Memasak lemang tidak memerlukan api kuat. Cukup dengan
bara-bara terus hangat. Begitu Malik belajar daripada arwah bapa. Bahang terhasil
daripada nyalaan bara mengurangkan sejuk di tubuhnya. Selang beberapa minit
terdengar derap langkah Azah menggesel rumputan di halaman. Azah memangku
seberkas batang buluh yang siap terisi pulut dan meletakkannya ke tepi bangku
kayu bawah sepohon pokok rambutan.
“Bila Ridwan dan Mazni akan sampai…?” keluh Azah tiba-tiba.
“Perjalanan mereka dari Kelantan ke Kedah. Sekarang pula di mana-mana
jalan sesak. Pekan kecil seperti Pekan Jeniang pun bersusun-susun kereta. Semua
teruja nak sambut raya.” ujar Malik sebaik mendengar nama adik dan iparnya
disebut-sebut sambil terus memantau buluh-buluh lemang di besi pemanggang.
“Macam mana dengan Mubin?”.
“Dah diam selepas emak sapu minyak angin. Sikit saja…” jawab Azah serentak
menggeleng kecil sebelum bersuara lagi: “Anak-anak kita mana pernah lasak.”
serta-merta Azah tersenyum kecil.
“Itu sebab abang ajak balik kampung. Biar mereka belajar cari kayu api, cari
daun pisang dan siapkan tapak memasak lemang ini. Biar mereka tahu bukan
senang memperolehi sesuatu nikmat.” sesekali Malik menguis ketul bara yang
hampir menghidupkan api.
“Kalau Ridwan dan Mazni sampai, ringan sikit kerja memasak rendang esok.”
ujar Azah penuh mengharap
“Kita doakan semua selamat! Awak pergillah tidur.” Malik santun mengarahkan.

3

“Baik!.” perlahan-lahan Azah mengatur langkah meninggalkan suaminya yang
begitu berkobar-kobar memanfaatkan Ramadan dan tidak sabar-sabar
mengucapkan selamat datang kepada Syawal tahun ini.
Malik tersedar ada beberapa batang lemang mula berbuih. Begitu berbuih-buih
kerinduan Malik mengingatkan Mazni, adik kandungnya yang seorang itu. Tetapi
Malik tidak leka, cepat-cepat mengambil kain tersangkut di ranting pokok rambutan
berdekatan. Malik meyandarkan lemang yang masak ke perdu pokok rambutan itu.
Batang buluh itu masih hangat. Sama hangatnya impian Malik sekeluarga mahu
menyambut Aidilfitri di Kampung Begia, Jeniang, Kedah. Hampir dua tahun Malik
tidak balik kampung berhari raya. Kerinduan Malik terus berbuih-buih
menghangatkan impiannya di tahun ini berhari raya bersama emak, Mazni, Ridwan
juga tiga orang anak saudaranya di kampung kelahiran sendiri.
Sebaik selesai menyusun buluh lemang masak di perdu pokok rambutan. Malik
meletakkan buluh-buluh baharu sebagai ganti. Nyalaan ketul-ketul bara begitu
membahang. Sama bahangnya keinginan Malik melepaskan rindu-dendam
bersalaman dengan emak di pagi Syawal. Sudah dua tahun Malik sekeluarga hanya
memohon maaf daripada emak melalui corong telefon.
Tahun 2022 ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan. Tahun ini
merentas negeri tidak perlu lagi surat kebenaran. Sebab itu Malik mengambil cuti
lebih awal. Malik ingin melihat Azah dan anak-anaknya bersahur dan berbuka
bersama emak. Setiap kali melihat keceriaan emak melayani kerenah anak-menantu
dan cucu-cucu, tentu telah terubat rindu emak selama dua tahun. Ya, Sudah dua
tahun! Emak menyambut Aidilfitri dan Aidiladha seorang diri.
Malik menjatuhkan beberapa batang kayu api ke nyalaan bara merah
menyerlah. Begitu kepuasan di hati Malik membara dan menyerlah mengisikan
malam-malam Ramadan dengan terawih dan witir di Surau Kampung Begia. Ramai
penduduk kampung datang berjemaah. Malik tidak melepaskan peluang
bersembang panjang dengan teman-teman sekampung yang lama tidak bergelak-
ketawa sambil menjamu selera di balai raya surau setiap malam selepas terawih.
Walaupun asyik tekenangkan indahnya Adilfiti tahun ini, Malik tidak leka
mengalih-ngalih batang buluh di pemanggang. Malik menambahkan lagi tongkol

4

kayu api ke tempat kurang berbara. Sementara menunggu santan dalam buluh
berbuih, tanda pulut sudah masak. Malik mengambil duduk di bangku kayu di bawah
pokokrambutan tadi. Tersenyum Malik melihat kayu-kayu api tersusun berselang-
seli, bertindan dan bertingkat-tingkat. Malik sedar begitu juga bertingkat-tingkat
tahap kesabaran Mahdi dan Mubin di kebun getah beberapa hari lalu. Anak-anaknya
itu cepat belajar menggunakan parang membelah kayu api dan menyusunnya
dengan cekap. Di kampung begini, pihak pemaju tidak terlalu rakus memusnahkan
kebun-kebun getah. Penduduk masih boleh menoreh. Malik tidak melupakan wajah
Mahdi dan Mubin kering tekak menahan dahaga ketika mencempung dan memuat
kayu api ke belakang Toyota Hilux hitam pekat. Sepekat semangat anak-anaknya
terus berpuasa dan bekerja. Sepekat hasrat Malik memandu Hilux yang sama
meninggalkan hiruk-pikuk kota. Berpuluh-puluh kilometer Malik membawa
keluarganya pulang kampung semata-mata untuk mengucapkan selamat datang
kepada Aidilfitri tahun ini.
Malik sengaja menyerahkan tugas mencari kayu api kepada anak-anaknya.
Malik memilih kerja-kerja lebih rumit, Malik menebang dan mengambil buluh-buluh
yang sesuai dibuatkan lemang. Pagi tadi Malik mengajar mereka mencantas
pelepah daun pisang yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam buluh sebelum
diisikan pulut dan santan. Berderet pokok pisang tumbuh belakang rumah.
Tidak terlintas dalam diri Malik mempergunakan kudrat anak-anaknya. Malik
ingin menumpahkan ilmu bapa ajar kepadanya sewaktu remaja. Kerja-kerja agak
lasak itu menyebabkan Malik tidak mudah gelabah menghadapi cabaran zaman
mudanya di Johor Bharu. Jauh meninggalkan kampung halaman demi mengejar
kejayaan. Ya! Bapa tidak berpelajaran! Tetapi bapa berhasil mendidik Malik menjadi
manusia tidak serik berjuang membina masa depan.
Malik menghidupkan aplikasi YouTube. Saat-saat begini lebih asyik andai
alunan lagu raya menemani. Lunak suara Noorkumalasari mendendangkan lagu
‘Pulang Di Hari Raya’ menikam kalbu. Pada lirik; ‘indah nian desa yang
kutinggalkan…’ Hati Malik semakin tersentuh dan terharu. Melonjak di jiwa menguar-
uarkan ucapan selamat datang kepada Adilfitri tahun ini.

5

Pelita raya terpacak di sekeliling halaman berkelip-kelip bahagia. Rasa
bahagia yang sama menggamit-gamit dalam dadanya. Seakan terngiang-ngiang
alunan takbir di pagi raya.
Tidak semena-mena Malik merenung langit malam. Sinar rembulan agak pudar.
Tiada sebutir bintang. Suram dan kosong. Tetapi tidak menukarkan rasa syahdu
menunggu Syawal menjelang. Cuma suram dan kosongnya langit mengenangkan
Malik kepada nasib negaranya yang dua tahun berdepan tempoh darurat kesihatan.
Sepanjang tempoh itu, cita-cita dan nyali warga tempatan bahkan para pendatang
sama suram dan kosong. Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan menjerat
dan menjerut merdeka negaranya yang lebih enam dekad mencapai kemerdekaan.
Semua warga dikerahkan berkuarantin di kediaman masing-masing. Banyak urusan
tugas tertangguh dan terbengkalai.
Pengisytiharan darurat kesihatan membentukkan masyarakat yang terlalu
menagih bantuan daripada serata ceruk agensi berbagai kementerian. Dua tahun
cukup melumpuhkan ekonomi rakyat-jelata serta mengucar-ngacirkan sistem
pendidikan generasi. Negara ini terjajah semula. Pandemik liar Covid-19 adalah
bentuk penjajahan baharu. Penjajahan sejagat.
Selama dua tahun tiada bazar-bazar juadah berbuka dan terawih di masjid
meraikan musim Ramadan. Selama itu juga tiada kunjung-mengunjung dan saling
bermaafan mensyukuri musim Syawal. Tidak tertahan pilunya mengimbau selama
dua tahun itu juga Virus Korona tergamak merampas nikmat berhari raya. Sekadar
berperisaikan semangat kendiri memerangi seteru halimunan itu. Tidak memberikan
kesan lebih bagus.
Dua tahun tercetus fenomena norma baharu. Setiap orang diperintahkan
berpelitup muka dan hidung ketika di luar rumah, mesti berjarak sekurang-kurangnya
satu meter antara setiap individu dan dilarang bersentuhan. Sesiapa ingkar akan
didenda dan mungkin dipenjarakan. Semua norma baharu bertujuan menyekat
Covid-19 daripada membunuh lebih ramai manusia. Mujur ada penemuan vaksin
dikatakan imuniti ke tubuh manusia bagi menghalang jangkitan wabak liar itu. Setiap
rakyat diarahkan mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Bukan hanya warga belia
dan warga emas malahan budak-budak juga. Bukan satu suntikan, tetapi tiga kali

6

suntikan. Sesiapa yang ingkar, tidak dibenarkan memasuki premis-premis, jabatan-
jabatan atau mana sahaja tempat awam.
Kini diwartakan peratusan penerima vaksin mencapai tahap memuaskan.
Langsung darurat kesihatan dimansuhkan. Rakyat-jelata kembali merdeka meski
hidup di dalam endemik. Tahun ini, umat Islam menyambut Ramadan dengan
barakah sebenar. Bazar dan terawih kembali melengkapi. Tahun ini dibolehkan
merentas negeri untuk pulang ke kampung bersalaman dan mencium tangan emak-
bapa, mengunjungi sanak-saudara dan menziarahi teman-teman. Tahun ini umat
Islam berpeluang memuliakan hari kemenangan di bulan Syawal .
Bunyi santan menggelagak halus di beberapa batang buluh serta-merta
mengembalikan Malik ke halaman rumah peninggalan bapa. Tidak semena-mena
terdengar derum kereta. Ridwan dan Mazni selamat sampai. Suluhan lampu Bezza
biru itu mencerahkan lagi halaman. Mencerahkan lagi harapan Malik menikmati
Aidilfitri tahun ini lebih bermakna setelah dua tahun tergendala.

7.

SENYUMAN TERAKHIR
Oleh CT Nurza

Kehilangan demi kehilangan menguji ketabahan. Kali ini, aku kehilangan abang
sulungku pula. Pada penghujung tahun lepas, kami sempat bersua di suatu majlis
pernikahan anak saudaraku. Itulah kali terakhir aku dapat bersua wajah dengan
abang sulungku sekeluarga.

Waktu itu tubuh abangku kelihatan sedikit susut daripada biasa. Namun
digagahkan diri untuk memandu dan menghadirkan diri ke majlis pernikahan
tersebut, meskipun dalam keuzuran.

Semenjak Pandemik Covid-19 melanda, abang dan keluarganya tidak pernah
pulang ke kampung. Kami faham dan sedia maklum. Kata abang, dia tidak mahu
menjadi penular virus yang membawa jangkitan apabila pulang ke kampung nanti.
Ini kerana abangku tinggal di kawasan yang tinggi angka kes Covid-19.
Sementelahan pula berada di Zon Merah. Oleh itu, kami hormat dan akur keputusan
abang.

Seingat aku, selepas daripada pertemuan itu, ada jugalah beberapa kali kami
berhubung melalui telefon. Abang akan menelefonku untuk bertanya khabar dan
mengetahui keadaan kesihatanku. Walaupun tinggal berjauhan, abang tetap
mengambil tahu perihal kehidupan dan masalah kesihatanku. Malah, abang juga
tidak pernah lokek memberikan kami wang saku setiapkali bertemu. Sememangnya,
abang begitu cakna kepada kami adik-adiknya. Abang seorang yang berjiwa
pemurah dan penyayang.

Itulah sifat semulajadinya yang kami adik-beradiknya sedia maklum. Ini semua
kerana asuhan dan didikan emak kepada kami sedari kecil. Abang merupakan
seorang pesara polis yang dahulunya bertugas di Bukit Aman. Namun, setelah
berpencen, abang membeli rumah dan menetap di Semenyih bersama keluarganya.

Kini, abang telah pergi jauh dari hidup kami. Pergi yang membawa pelbagai
kenangan pahit manis bersama. Pemergian yang begitu mengesankan selepas
abangku yang ketiga dijemput Ilahi kira-kira tiga tahun yang lalu.

Mana mungkin hati ini tidak tersentuh. Tiga hari sebelum kematiannya, aku
menerima kiriman WhatsApp daripada anak saudaraku. Dia memberitahu bahawa
ayahnya sedang sakit terlantar sudah hampir seminggu. Puncanya tidak pula
diketahui kerana abang tidak mengidap apa-apa penyakit yang serius.

Aku yang mendengarkan berita itu berasa amat terkejut. Semalaman aku tidak
boleh melelapkan mata memikirkan keadaan abang sulungku. Berlinangan air
mataku tumpah ke cerun pipi. Aku berkira-kira untuk memujuk abang pulang ke
kampung. Sekurang-kurangnya, kami ada ikhtiar dan usaha untuk merawat dan
mengubati penyakitnya. Mungkin menggunakan rawatan alternatif apabila rawatan
moden sukar untuk mengesan penyakitnya. Yang pasti ikhtiar dan usaha biar
berterusan.

Jika kami adik-beradiknya tidak ambil kisah dan peduli, apalah guna kami
mengaku saudara. Dia abang paling tua yang satu-satunya kami ada untuk
menggantikan tempat arwah ayah. Menjadi tunggak untuk kami berunding dan
berbincang jika ada sebarang urusan keluarga.

Keesokannya, ketika aku bangun untuk menunaikan solat fardu subuh, aku
nekad untuk memberitahu hal ini kepada abang keduaku. Menurut anak saudaraku,
abang sulungku merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan kami, kerana dia tidak
mahu menyusahkan kami adik-beradiknya. Dia terlalu sayangkan kami semua.

Namun, aku tetap meminta anak saudaraku bercerita akan hal ini kepada
kedua-dua kakakku yang masih lagi belum mengetahuinya. Sementara aku, akan
bercerita sendiri kepada abang keduaku agar kami dapat berbincang dan mencari
alternatif lain untuk membantu abang agar sembuh.

Tidak tergamak untuk membiarkan abang sulung kami menanggung kesakitan
sendirian. Abang keduaku turut terkejut apabila aku memberitahunya keadaan

kesihatan abang sulung kami yang semakin merosot. Tanpa membuang masa,
abang keduaku mengadakan sesi tergempar melalui video call bersama anak-
anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.
Subuh itu, masing-masing
terkejut dengan apa yang didengar.

Hari itu, abang keduaku terus mengarahkan kedua-kedua anak lelakinya untuk
bergegas ke rumah abang sulungku bagi melihat keadaannya dan memujuknya
untuk dibawa ke hospital atau klinik.

Tiga minggu sebelum sakit terlantar, abang ada menelefonku. Kami sempat
berbual panjang bermacam-macam hal. Aku hanya menjadi pendengar setia setiap
curhat dari abang. Namun sesekali aku mencelah jua. Malam itu, aku biarkan abang
meluahkan segala apa yang terbuku di hati tentang kehidupan, kesihatan dan segala
yang terkait dengan dirinya.

Aku faham situasi abang yang kadangkala banyak terguris hati dan sebagainya
dengan sikap keluarga dan adik-beradikku. Aku kenal abang sulungku yang tidak
suka bertikam lidah dengan sesiapa. Dia sangat lembut dengan adik-adik apabila
bercakap. Jadi, abang lebih banyak memendam rasa dan mendiamkan diri.
Akhirnya, apabila jatuh sakit, abang langsung tidak membenarkan anak dan isterinya
memaklumkan kepada kami ataupun sesiapa akan keadaan dirinya.

Aku amat memahami perasaannya. Sayang sekali, aku tidak punya rumah
sendiri untuk bawa abang balik dan berehat di rumahku sambil berikhtiar merawat
sakitnya. Kerana itu, aku terpaksa akur dan menyimpan rasa terkilan kerana tidak
sempat hendak menyiapkan rumahku dengan sempurna setelah tiga tahun
terbengkalai dalam pembinaan. Oleh itu, abang terpaksa hadapi sendirian kesakitan
yang dialaminya tanpa kami mengetahui derita dan sengsara hatinya menanggung
kesakitan tak terhingga. Syukurlah abang seorang yang penyabar.

Masih terngiang-ngiang ditelingaku abang menyatakan bahawa tahap
kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini. Kesan daripada pandemik
Covid-19 membuatkan dirinya seperti orang kemurungan. Abang telah

melengkapkan pengambilan dos vaksin Covid-19 seperti yang diarahkan tanpa
culas.

Kata abang dia telah lengkap mengambil suntikan booster juga. Malam itu, aku
mendengar suara abang agak sebak. Semenjak abang uzur dia memaklumkan
bahawa dirinya semakin rimas untuk melihat orang ramai dan makin selesa
menyendiri.

Sudah lama dia tidak keluar kemana-mana kecuali membeli barang-barang
dapur dan memenuhi keperluan keluarganya sahaja. Dia juga sudah lama tidak
ambil peduli dengan media sosial dan gadget. Abang tinggalkan kekalutan dunia
maya dan segalanya untuk mencari ketenangan diri disisa usianya yang masih
berbaki.

Dia tidak mahu lagi memikirkan urusan duniawi dan melayan hal-hal yang tidak
berguna. Kata abang, dia tidak ingin lagi ambil kisah apa-apa selain daripada hanya
mengetahui keadaan kami adik-beradik. Dia lebih sayangkan kami dan tidak mahu
nombor telefon kami semua hilang daripada senarai yang tersimpan ditelefon
bimbitnya.

Tiapkali mengingati kembali perbualan kami dua beradik pada beberapa minggu
sebelumnya, hatiku meruntun pilu. Rebasan air mata tidak dapat ditahan-tahan.

Sewaktu abang beralih sakit pada malam jumaat minggu kedua bulan Ramadan
1443 Hijrah, aku sempat berbual di aplikasi WhatsApp bersama anak saudaraku.
Dia memberitahuku bahawa abang kesejukan teramat sangat walaupun telah
berselimut. Selain itu abang tiba-tiba jadi batuk tak semena. Abang tidak mahu
dibawa ke hospital. Jadi, aku minta anak saudaraku berikan ubat pencair kahak agar
batuk abang berkurangan. Anak saudaraku akur. Seketika kemudian dia
memberitahuku bahawa ayahnya sedang tidur selepas minum ubat. Aku berasa lega
dan tenang.

Malam itu hujan turun dengan lebat. Perasaanku resah tak keruan memikirkan
keadaan abangku yang terlantar sakit. Sedangkan kami adik-adiknya tiada seorang

pun berada di sisi abang ketika waktu susah dan sakitnya. Aku benar-benar rasa
tidak berguna sebagai adik. Dek kerana berjauhan, aku hanya mampu memanjatkan
doa tanpa henti buat abangku. Rasa sedih dan kecewa teramat sangat kerana aku
tidak pandai memandu sendiri. Abang keduaku pula diserang sakit gout sudah
hampir sebulan lebih jadi, mana mungkin dia boleh memandu.

Memandangkan berada dalam bulan Ramadan, tentulah agak sukar aku mahu
meminta bantuan sesiapa untuk ke Kuala Lumpur saat-saat getir begitu. Sementara
menunggu hari siang, aku mengambil wuduk menunaikan solat hajat dan bacaan
yasin untuk abang secara bersendirian kira-kira jam 11.00 malam selepas habis
bersembang di aplikasi WhatsApp dengan anak saudaraku yang sedang menjaga
abang di rumahnya.

Aku mohon sungguh-sungguh agar Allah ampunkan dosa-dosa abang.
Diringankan kesakitannya dan dipermudahkan segala urusannya di dunia dan
akhirat. Aku yakin Allah Maha Pemberi rahmat untuk meredakan penderitaan abang.
Apatah lagi pada bulan mulia, hari yang mulia penghulu segala hari, Ramadan
penuh berkat. Pastinya doa-doa yang terlantun ke langit malam akan dikabulkan
oleh-Nya. Aku tersangat yakin.

“Tuk! Tuk! Tuk!”

Aku segera membuka pintu bilikku seusai sahaja menanggalkan telekung yang
aku pakai. Al-Quran yang selesai dibaca, kuletakkan di atas katil. Aku lihat wajah
abang keduaku berdiri di muka pintu bilikku.

“Abang dah takde,” beritahunya, sepatah. Aku terpempam sejenak.

“Innalillahiwainnailaihirajiuun!”

Sebentar kemudian aku terduduk di tepi katil. Rasa longlai dan menggeletar
seluruh tubuhkan saat mengetahui berita pemergian abang sulungku. Malam itu
juga, kami berbincang adik-beradik untuk pergi ke rumah arwah abangku secepat
yang boleh sebelum proses pengebumian dilakukan keesokannya.

Kurang lebih jam 7.00 pagi, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur dengan
menyewa sebuah van persiaran. Aku empat beradik bersama ipar-ipar dan anak-
anak saudaraku yang tinggal di kampung, bergegas untuk ke Semenyih. Sepanjang
dalam perjalanan ke rumah arwah abang sulungku, kami hanya dapat melihat
gambar-gambar jenazah abang dihantar oleh anak-anak saudaraku yang berada di
sana ke aplikasi WhatsApp sahaja, sewaktu pengurusan jenazah sedang dilakukan.
Hanya air mata yang mampu mengalirkan rasa yang tidak dapat dizahirkan oleh
kata-kata.

Wajah abang tersenyum tenang dibalut kain kafan meninggalkan kami tanpa
sempat bertemu dan mengucupnya buat kali terakhir. Sesampai di Semenyih,
jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan dan kami terus sahaja ke kubur. Sampai
dikubur, jenazah telah siap dikebumikan kira-kira pukul 10.15 pagi tanpa menunggu
kami. Kami hanya dapat menatap tanah yang telah siap dikambus menutupi jasad
arwah abang sahaja.

Seusai Talqin dibaca, kami empat beradik, hanya dapat menyiram air di atas
kubur abang tanpa sempat menatap dan menyentuh jasadnya. Pagi jumaat yang
mulia itu, Berpisahlah kami di dunia yang fana ini dengan abang sulung kami untuk
selamanya.

Abang…
pada kesementaraan ini
maafkan kami jika ada bilah-bilah bicara tidak tersusun
menoreh luka merobek hati
menyimpul lara tidak bertepi
dari kecil sehingga dewasa
sering melawan bertingkah kata
sehingga kau terasing meminggir diri
tidak ingin menemui kami
sehingga ke detik nafas terhenti.
maafkan kami abang
kiranya dosa itu menjarakkan kita

damailah abang
lantaran kami akan sentiasa mendoakanmu.
Al-Fatihah.

T A M A T

1514 PP

8.

PUASA LELAKI PENEBAS JALAN
Oleh: Putraery Ussin

KHAIRUL membonceng motosikal. Perasaannya melayang seperti terbang. Dia
perlu selesaikan misi berpuasa penuh seharian pada hari ini. Dia sudah mencecah
umur 21 tahun. Emaknya memberitahu, bahawa dia lahir pada bulan puasa. Pada
tanggal 15 Ramadan yang terang bulan bersinar di langit. Jadi sepatutnya dia tiada
masalah untuk berpuasa penuh setiap hari, juga penuh sebulan. Asalkan jangan ada
anasir yang menghasut atau halangan pekerjaannya. Kerjanya berat dan
memenatkan.
Motosikalnya diperlahankan sedikit. Dia kerja tebas jalan. Oh, ya lebih cantik
kerjanya dipanggil, profesion memesin rumput di tepi jalan! Sudah tentu panas terik
menyuluh kepala. Pada kali pertama dia memulakan kerja itu, rasa seperti terbakar
seluruh anggota. Macam hendak pengsan. Kalau tidak tebas semak samun itu, nanti
menyusahkan pengguna jalan raya. Kereta berduyun-duyun hendak pulang beraya.
Ada sesetengah jalan yang penduduknya hendak pacak pelita di tepi jalan raya. Ya,
panjut!. Jadi pinggir jalan perlu bersih daripada lalang dan rumput. Dia juga kena
kerja kuat untuk cari duit. Ketika raya sebegini semua benda mesti baharu.
Sesekali bahunya terasa perit apabila motosikalnya melanggar lopak di atas
jalan raya. Mesin rumput yang berat itu menekan bahunya. Pergerakan itu
menyebabkan motosikalnya terhuyung-hayang sedikit. Dia menebas di pinggir jalan
raya lebih kurang 8 jam sehari. Bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang yang
memerlukan kudratnya untuk pikul mesin rumput itu. Sakit bahu jangan ceritalah.
Alah bisa tegar biasa. Hendak cari nafkah yang halal, kenalah berusaha. Juga
hendak kumpul duit untuk meminang Diana. Ah, demi Diana, Khairul sanggup buat
apa-apa sahaja!
“Sayang puasa tak hari ini?” dia terima mesej daripada Diana pada pukul
12.00 tengah hari. Waktu itu, mereka sedang melepak bawah pokok kelapa sawit
yang agak jauh daripada pandangan orang ramai. Sejam waktu rehat itu, selalunya
dia akan cari tempat redup untuk berbaring dan melelapkan mata. Mereka juga akan
makan bekal yang dibeli oleh tauke. Tauke mereka orang Melayu yang baik. Selalu
akan belikan makan dan minum kepada pekerjanya, walaupun pada bulan
Ramadan.

2

“Mestilah puasa … tapi tak tahulah tahan sampai waktu berbuka atau tidak.”
Di akhir pesanan itu Khairul letak ikon wajah kuning yang sedang menutup mulut.
Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 12.05 minit.
“His, sayang ini … mak suruh ajak sayang berbuka di rumah nanti.” mesej
masuk lagi di skrin telefonnya yang sudah retak beribu itu. Telefon ini juga kena
tukar baharu. Aduh, mana lebih penting ini kekasih atau telefon? Dia garu-garu
kepala yang tidak gatal.
Khairul hilang kata-kata untuk menjawab pesanan daripada Diana. “Nah, nasi
dan air untuk kau. Kalau nak berpuasa, kau simpan bawa balik untuk berbuka nanti.
Lauk bos bungkus asing itu.” Yazid kawan baiknya bersuara. Segala pemikirannya
tentang pilihan bercempera hilang.
Dia mengangguk. Yazid duduk bersila di sebelahnya. Bungkusan nasi dibuka,
kemudian disiram dengan kuah kari ayam. Bau semerbak nasi bungkus Yazid itu
membuatkan hati Khairul tenang dan gembira. Juga berasa lapar. Segala masalah
berlalu pergi. Segala penat menggendong mesin rumput juga hilang. Lenguh-lenguh
dan sakit-sakit di kaki serta tangan juga berasa lega.
“Kau nak berpuasa ke hari ini? Dah lima belas Ramadan hari ini, tapi aku
baru dapat berpuasa empat hari sahaja, itu pun pada hari cuti Jumaat dan Sabtu
dan cuti awal Ramadan hari itu.” Yazid kerenyeh. Ada sesalan pada wajahnya. Dia
mahu sangat-sangat berpuasa penuh seperti ketika zaman sekolah dahulu. Mahu
dapatkan ganjaran pahala yang besar. Dia teringatkan kata-kata ustaznya, setiap
satu kebaikan pada bulan puasa digandakan 10 kali. Banyak itu.
Nasi Yazid sudah tinggal separuh. Khairul masih merenung sambil menelan
air liur. Dia lapar dan paling terasa dahaga, cuma masih ragu-ragu sama ada
hendak meneruskan berpuasa atau sebaliknya.
Yazid bersuara lagi. “Hari-hari aku bangun sahur … aku niat berpuasa tau.
Tapi hari-hari kantoi. Terkandas di separuh hari.” Dia ketawa. Khairul turut ketawa,
kemudian mula menyuap nasi yang sudah terhidang. Rakan-rakan lain yang berada
agak jauh daripada mereka tercangak-cangak memerhati keriuhan ketawa mereka.
“Hari ini aku tengok kau gelisah lain macam sahaja … kenapa?” Yazid
sangat-sangat memahami rakan baik sejak dari kecil itu. Mereka melakukan banyak
hal bersama-sama. Cuma soal cinta sahaja Khairul lebih maju ke hadapan. Dan dia
masih solo.

3

“Aku ingat nak puasa penuh hari ini dan hari-hari berbaki ….” Khairul rancak
menyuap nasi.
Yazid tersedak. Hampir-hampir tersembur nasi di dalam mulutnya. Kemudian
dia ketawa. “Selagi kita kerja menebas rumput ini. Aku tak mampu nak bertahan.
Panas lit-lit … dahaga! Mak aku setiap hari tanya pasai berpuasa … dan suruh aku
bertahan.” Yazid berterus terang.
Khairul memahami. Dia juga berasa semua itu. Cuma resahnya menggunung
kerana ajakan Diana. Emak Diana pun macam tiada bulan lain hendak berjumpa
dan makan-makan dengannya. Dia sudah sering keluar masuk rumah kekasihnya
itu. Ibu Diana janda muda. Ada kalanya dia merasakan ibu Diana lebih muda dan
lawa daripada cinta hatinya. Diana agak gempal. Tetapi emaknya sangat slim dan
menawan. His, dia kena buang perasaan itu jauh-jauh!
“Diana ajak berbuka di rumahnya malam ini.” Khairul menyatakan
kegelisahannya.
“Bukankah tiap-tiap malam kau berbuka di rumahnya? Walaupun kau tak
pernah berpuasa … ops!” Yazid menutup mulutnya.
“Tak ada lah tiap-tiap malam. Memang kerap jugalah.” Khairul senyum
sampai telinga.
“Pandai makan, pandai simpan … jangan sampai orang tau yang kau tak
berpuasa. Kita dah makin tua kan ….” Pertanyaan itu tidak dihabiskan. Mereka
sama-sama ketawa sambil menghabiskan sisa-sisa nasi bungkus yang ada. Mereka
perlukan tenaga untuk teruskan kerja.
Seperti biasa. Khairul pergi ke rumah kekasihnya untuk berbuka puasa. Dia
singgah di Bazar Ramadan Taman Sena untuk beli kuih tepung pelita. Dia tahu itu
kesukaan Ibu Diana. Orang berbudi, dia berbahasa. Dijemput berbuka bersama
Diana dan ibunya sangat istimewa. Beria-ria Diana bertanya apa makanan
kegemarannya untuk berbuka puasa? Acuh tak acuh dia nyatakan keinginannya
untuk makan nasi ulam. Selalunya pada bulan Ramadan itu menjadi keutamaannya
keluarganya. Emaknya meramu nasi ulam sangat sedap. Sudah terliur apabila
mengingatkan nasi ulam buatan emaknya.
Khairul sampai 30 minit sebelum waktu berbuka. Diana sudah sedia menanti.
Senyum Diana sangat menawan. Dia hampir hilang kawalan. Eh, puasa! Dia
senyum sendirian.

4

Ibu Diana tiada di muka pintu bersama Diana seperti selalu. Masuk waktu
berbuka, mereka bertiga bagai sebuah keluarga makan bersama-sama. Ada nasi
ulam. Ada sirap selasih. Ada kopi susu panas. Huh, sayangnya kepada Diana
menimbun bak Gunung Jerai!
“Diana kata, Khai suka nasi ulam. Ini saya sediakan.” Ibu Diana menyenduk
ke dalam pinggangnya. Diana hanya tersenyum. Mereka terus makan bersama-
sama sambil berbual dan ketawa ria. Bahagia.
“Eh, mana ais batu ini Diana?” ibunya bersuara apabila hendak menuangkan
air sirap selasih ke dalam gelas Khairul.
“Lah, mak kata nak beli tadikan ….” Diana sudah bingkas bangun. Mencari di
dapur. Kembali dengan hampa. Dia bergegas untuk pergi ke kedai yang
berhampiran. “Jom, abang temankan ….” Khairul bersuara.
“Eh, tak apa! Dekat sahaja. Abang makan tau bagi kenyang-kenyang. Penat
itu berpuasa sambil tebas rumput tengah panas sepanjang hari.” Diana sudah
bergegas pergi.
Kedai runcit yang beroperasi 24 jam itu hanya berjarak 200 meter daripada
rumah Diana. Diana kalut-kalut berjalan. Dia perlu menjaga bakal suaminya itu
dengan baik. Sepanjang perkenalan dengan Khairul, lelaki itu sangat baik dan jujur.
Hmm, manja pula itu! Malah apa-apa sahaja permintaan Diana pasti dipenuhi. Ah,
pendek kata Khairul ‘lelaki penebas jalan’ yang sempurna!
Diana pulang kalut-kalut bersama sebungkus ais batu. Dia lihat di halaman
depan pintu rumahnya orang berkerumun. Lelaki berjubah dan berketayap seperti
sedang memperkatakan sesuatu yang serius. Agak riuh. Dia mematikan langkahnya
untuk mendengar segala kata-kata orang yang sedang berkumpul di hadapan
rumahnya.
Ibu Diana dan Khairul yang sedang berdua-duanya berkongsi sebuah sofa
terkejut besar dengan serbuan yang tidak disangka-sangka itu. Khairul rasa seperti
hendak bingkas berlari ikut pintu belakang. Tetapi terhalang apabila memikirkan, dia
hanya berseluar pendek dan tidak berbaju.
“Kena kahwin ini … tak boleh. Tak boleh!” suara parau itu bertegas sambil
menggeleng-geleng.
“Tapi, tapi kami tak buat apa-apa pun ….” Khairul lekas-lekas menjawab.
Dirasakan dirinya terlalu muda untuk berkahwin.

5

“Ini video dok urut-urut perut lelaki … baju tak pakai. Berseluar dalam sahaja.
Bukti sudah jelas ini … tak payah nak buat dalih. Bulan-bulan puasa buat kelaku
buruk lagu ini. Baik menikah terus lah! ” Tok Imam pula bertegas.
Ibu Diana cuma tunduk mendengar ketegasan kata-kata itu. Ada riak senyum
di bibirnya.
Diana terkejut. Bungkusan plastik yang dipegangnya sudah terhempas. Dia
masih membungkam dalam kegelapan di halaman rumah. Semua itu disaksikan
olehnya bersama lelehan air mata. Hatinya remuk redam. Rumah mereka dipenuhi
oleh beberapa orang yang berserban dan berjubah putih. Dia tiada ruang untuk
masuk melihat aksi ibunya dan Khairul seperti yang didengari.
Diana hampir rebah. Diana gagahi juga untuk berlalu pergi dalam kegelapan
malam itu. Dia hanya menuruti kakinya. Dia mahu bawa dirinya ke mana-mana
sahaja. Dia mahu tenangkan jiwa yang rabak itu. Dia sungguh-sungguh tidak
percaya. Ibu dan Khairul kekasihnya dengan jelas menyatakan bersetuju untuk
bernikah. Diana hampa.
Khairul seolah-olah tidak rasa bersalah. Hatinya melonjak-lonjak. Juga dia
berasa seperti hendak melompat tinggi menjulang ke udara. Gembira. Semuanya
berlaku dengan pantas. Semuanya selesai dengan mudah. Khairul dan Ibu Diana
langsung tidak bertanya tentang Diana. Mereka sah menjadi suami isteri pada
malam itu juga.
Esoknya, Khairul bermotosikal berdua dengan isterinya. Dia tidak perlu lagi
memikul mesin rumput. Dia kini bersama isterinya berniaga alat kosmetik. Isterinya
yang cantik itu sejak dahulu lagi menjalankan perniagaan itu. Sesekali dia teringat
juga kepada Diana. Cuma lidahnya kelu untuk bertanya kepada isterinya. Entah, ke
mana Diana menghilang selepas kejadian semalam? Puasa tahun ini sangat
bermakna. Dia nekad untuk berpuasa penuh pada hari itu. Dia juga boleh kiam di
rumah dengan aman ditemani isteri tercinta.
Yazid agak gelisah. Sepanjang hari, Khairul langsung tidak muncul di tempat
kerja. Puas juga dia menelefon, tetapi tidak dapat dihubungi. Bermacam-macam-
macam perkara bermain di dalam kepala. Sahabat baiknya itu tidak pernah buat hal
ponteng kerja tanpa memaklumkan kepadanya. Selalunya mereka akan berpakat
untuk sama-sama poteng kerja jika ada tujuan lain.
Pukul 5.00 petang, Yazid sampai di rumah seperti biasa. Motosikalnya
diparkir di halaman rumahnya. Dia akan ke rumah Khairul selepas solat asar. Tiba-

6

tiba, Diana meluru datang memeluknya sambil sedu sedan. Dia kaget. ‘Ah, batal
puasa aku!’ Baru Yazid teringat, dia masih berpuasa pada hari itu. Dia membalas
pelukan Diana yang masih teresak-esak itu.

9.

BUAH MELAKA ADIK
Oleh: Putraery Ussin

“Puasa-puasa ini kita main guli dahlah … nak main bola nanti letih, berpeluh
… dahaga.” Dia memulakan bicara. Bola yang sedang dipijak itu digerak-gerakkan
menggunakan kakinya.
“Kau ni lemah ….” Agak kuat nada suara itu.
“Yalah lemah betul, aku dengar ustaz cerita hari tu … pada zaman dahulu,
nabi pergi berperang pada bulan puasa tau. Perang Badar.” Kawannya yang
seorang lagi menambah.
“Eh, jomlah kita main perang-perang …,” dia tidak sempat menghabiskan
kata-katanya apabila sudah dipintas.
“His kau ni, bukan itulah maksud aku! Sepatutnya ketika berpuasa ini kita
lebih kuat ….” kawannya seakan-akan marah.
Mereka bertiga diam seketika. Masing-masing membuang pandang ke arah
satu sama lain. Mereka sedang berfikir untuk memenuhi masa senggang sebelum
berbuka puasa kelak. Waktu berbuka masih lama lagi.
“Adik, pergi ambil daun pisang satu pelepah. Ini pisau ….” Ada suara melaung
dari arah pintu dapur mengejutkan lamunannya.
“Ya, mak …. Eh, kau orang tunggu sekejap tau!” Dia menjawab panggilan itu.
Juga tegas berpesan kepada kawan-kawannya.
Man melangkah perlahan-lahan untuk menuruti permintaan emaknya. Agak
lemah seperti terpaksa “Ambil daun pandan sekali. Bukan satu perdu tau … tiga
helai cukuplah.” Emak berpesan lagi sambil menghulurkan pisau.
“Ya, baiklah! Lepas ini suruh abang pula … adik nak main dengan kawan-
kawan di halaman.” Dia mengingatkan emaknya.
Man masih ingat peristiwa pada minggu lepas. Dia telah mencabut seperdu
pokok serai. Seharian emaknya berleter. Dan akibatnya seharian juga dia perlu
menanam semula pokok-pokok serai itu. Habis kerugian masa bermain bersama-
sama kawan-kawannya.
Man segera menyerahkan daun pisang dan daun pandan yang diminta oleh
emaknya. Banyak tumbuhan yang mudah untuk diperoleh di sekitar rumahnya.
Emak dan bapanya banyak bercucuk taman. Setakat serai, lengkuas, cili, kelapa

2

dan beberapa jenis tumbuhan lagi, semuanya ada di sekitar rumahnya. Tidak perlu
bersusah payah untuk membeli.
“Mak, suruh abang pula tau lepas ini!” dia sekali lagi mengingatkan tentang itu
kepada emaknya.
Man berlari-lari untuk berkumpul semula dengan kawan-kawannya di
halaman rumah. Dia termengah-mengah. “Kita main guli sahajalah ….” Dia
memutuskan apabila melihat kawan-kawannya masih menunggunya di atas pelantar
itu. Dua orang rakannya itu mengangguk sebagai tanda bersetuju.
Mereka mula mengeluarkan guli masing-masing. Tanpa banyak bicara, Man
membuat bulatan sebesar saiz piring di atas tanah yang rata. Kemudian dia
melangkah lima langkah daripada bulatan tersebut dengan penuh berhati-hati lalu
melukis satu garisan yang panjang sedepa.
Halaman rumah yang rata dan bersih itu menjadi medan untuk mereka
bertiga bermain. Selalunya, Zam dan Isa akan berkunjung ke rumah Man untuk
bermain apa-apa sahaja. Ada kalanya sehingga hampir senja mereka akan berada
di rumah Man. Namun, kudrat mereka pada bulan puasa ini agak berkurangan.
Tidak boleh main permainan yang lasak-lasak sangat. Jadi mereka perlu
membataskan pergerakan. Hanya bermain permainan yang ringan-ringan sahaja.
“Kita mula main seorang tiga biji dahulu lah. Aku ada 10 biji sahaja ni …
kelmarin dah kalah banyak guli-guli aku.” Zam sudah memasukkan biji-biji gulinya ke
dalam bulatan yang dibentuk itu.
“Ala, sikit sangat ….” Isa bersuara. Senyum bangga kerana pada permainan
lepas di menang besar. Namun, dia turut memasukkan juga gulinya seperti yang
diminta oleh kawannya.
“Man, kau baling dahulu ibu guli ke garisan sana.” Isa mengarahkan Man
berbuat demikian. Kemudian Zam turut melemparkan ibu gulinya. Diikuti oleh Isa.
Giliran itu akan berganti-ganti dan dipatuhi oleh mereka untuk pusingan-pusingan
berikutnya.
Mereka berjalan untuk melihat jarak ibu guli siapa yang paling rapat dengan
garisan. Pemilik guli yang paling hampir dengan garisan akan memulakan
permainan. Dan sudah pasti orang yang memulakan permainan memiliki kelebihan.
“Ok, aku paling dekat dengan garisankan?” Isa mahukan persetujuan
daripada rakan-rakannya. Tiga biji guli itu berada sangat rapat antara satu sama lain
dengan garisan.

3

Rakan-rakannya hanya mengangguk. Mereka mula ralit bermain dengan
penuh riang-ria. Sesekali terdengar riuh rendah mereka ketawa. Ada ketika juga
terdengar jerit pekik mereka bertengkar soal jarak ibu guli untuk memulakan
permainan. Selalunya orang yang memulakan permainan pasti mempunyai banyak
kelebihan untuk memangkah semua guli yang berada di dalam bulatan. Seterusnya
memenangi permainan itu.
“Man, lepas ni kita pergi mandi sungai nak? Guli kau dah nak habis itu kan
….” Isa mengajak. Ada senyuman pada wajahnya. Dia menang besar lagi kali ini.
Nasib Isa agak baik kerana beberapa kali dapat memulakan permainan. Kelebihan
itu digunakan sepenuhnya untuk menang.
“Elok tu, lepas main penat-penat ini mandi sungai boleh sejukkan badan.
Segar sedikit … kita boleh berendam lama-lama.” Zam bersetuju.
“His, batal puasa nanti! Air masuk telinga ke? Eh, mana boleh sambil
menyelam minum air!” Man bertegas. Ibunya sudah berpesan. Mesti berpuasa
penuh sebulan. Jika tidak berpuasa, Man tidak berpeluang makan bersama-sama
keluarga ketika berbuka kelak. Itu adalah sesuatu yang sangat merugikan dan juga
memalukan buat dirinya.
Berbuka puasa bersama emak, bapa, kakak dan abangnya adalah saat yang
paling istimewa. Ketika itu makanan masih banyak. Jika tidak berpuasa dia hanya
akan makan selepas ahli keluarga yang lain berbuka. Ah, rugi! Abangnya pasti akan
memakan banyak dan tinggalkan sedikit sahaja untuknya.
“Yang kau pergi menyelam dan minum air buat apa?” Zam berkeras.
“Dah masuk … telan sahajalah.” Isa selamba menjawab. Kemudian dia
ketawa besar.
Mereka saling bertelagah untuk meneruskan agenda pada hari itu. Man tidak
bersetuju untuk mandi di sungai. Dia mahu menjaga kesucian puasanya. Permainan
guli itu masih diteruskan. Man juga agak tertekan kerana dia hampir kehilangan
semua gulinya. Jika pusingan ini dia kalah lagi, maka gulinya akan habis.
“Adik … Adik …, his main sampai tak dengar orang panggil!” Abangnya sudah
mula bergerak menghampiri tempat permainan mereka.
Man langsung tidak mengendahkan panggilan abangnya. Ralit sungguh
mereka bermain. Dia bukan tidak mendengar panggilan abangnya itu. Tetapi dia
harus fokus untuk memenangi semula guli-gulinya.
“Adik!” semakin kuat. Abangnya menengking.

4

“Kenapa?” Man kecewa. Dia tewas lagi. Kini gulinya hanya tinggal sebiji iaitu
ibu guli.
“Tolong ambil buah kelapa di bawah bangsal sana itu. Mak hendak dua biji …
bukan setandan tau. Aku dah kumpul kelmarin.” Abangnya seperti menahan ketawa
mengingat tragedi rumpun serai tempoh hari.
“His, mak suruh abang kan? Pergi lah ambil … adik nak main ni.” dia sedang
menanti giliran. Matanya langsung tidak memandang ke wajah abangnya. Man tekun
memerhati Isa yang sedang gelut untuk memangkah guli yang berada di dalam
bulatan. Man berharap Isa gagal. Dan dia berpeluang.
“Mak, minta suruh kau ambilkan. Lagipun, abang dah kumpul dan kupas
semua kelapa itu semalam. Lekaslah, mak hendak guna itu!” abangnya bertegas.
Serentak dengan itu juga Isa berjaya memangkah semua guli di dalam bulatan.
“Man, kami pergi mandi di sungai dulu … apa-apa nanti kau ikut ke tempat
biasa.” Zam memberitahu. Serentak dengan itu Isa dan Zam melangkah pergi
membawa guli yang telah dimenangi.
Man kecewa. Dia melangkah ke arah bangsal seperti yang diarahkan oleh
abangnya. Hatinya sakit. Berang. Dia kalah semua gulinya kali ini. Yang bersisa
cuma ibu guli.
“Mak nak buat apa dengan buah kelapa ni?” Man cetok di bendul pintu. Dua
biji buah kelapa yang sudah dikupas bersih diletakkan di atas lantai.
“Hah, dah puas bermain! Boleh lah tolong mak gelintir kuih ni ….” Ibunya
bertanya.
Man terus menerka “Mak nak buat kuih buah melaka ke? Wah, sedapnya!”
dia kembali ceria. Wajahnya tersenyum riang. Man melangkah masuk untuk mencuci
tangan sebelum beria-ria untuk membantu ibunya.
Ibunya hanya tersenyum. “Itu daun pisang … guna daun pisang untuk gentel.
Tak melekit. Ini tepung dan gula melaka. Potong kecil-kecil tau gula melaka ini.
Jangan gentel besar-besar sangat tepung itu. Mak nak kukur kelapa untuk gaul
dengan kuih itu nanti.” Ibunya memberi arahan yang lengkap.
“Mak ada pewarna makanan warna merah tak? Adik nak buat kuih ini warna
merah spesial untuk adik. Warna hijau sahaja tak meriah.” Dia meminta.
“Nah, guna sirap merah ini. Buat untuk kamu sahaja. Jangan banyak-banyak.
Pelik warna merah itu. Nanti abah tak makan!” ibunya berpesan.

5

Persiapan berbuka sudah sedia. Semua makanan terhidang di atas lantai.
Rapi emak menyusun semua kuih dan lauk pauk di atas tikar mengkuang. Man
sudah bersedia duduk bersila menanti azan dari surau yang berdekatan. Kelihatan
ceria untuk menikmati hidangan yang tersedia. Segala lesu berpuasa dan penat
bermain segera hilang. Inilah saat-saat yang paling gembira setelah seharian
berpuasa.
“Nah ini buah Melaka kamu yang berwarna merah itu.” Emaknya menyuakan
piring yang berisi lima biji kuih buah melaka berwarna merah kepada Man.
“Wah, buah melaka berwarna merah!” abangnya duduk di sebelahnya cuba
mengambil.
“Tak bolehlah … ini, hanya untuk adik!” dia tarik piring kuih itu agar jauh
daripada abangnya.
“His, kedekut! Nanti abang buat warna hijau kuning. Barulah pasukan bola
sepak Kedah.” Abangnya masih mahu menyakat Man.
Man buat tak kisah. Selesai berbuka, dia bergegas mengambil wuduk untuk
solat maghrib. Kuih buah melaka berwarna merahnya masih berbaki dua biji di
dalam piring. “Jangan ambil tau! Adik nak solat dulu. Lepas ini nak makan lagi. Mak,
tolong tengok tau!” Bersungguh-sungguh berpesan kepada emaknya. Dia berlalu
pergi.
Abangnya lekas-lekas mengambil kuih tersebut. Emaknya hanya
menggelengkan. Tidak sempat lagi untuk menghalang apabila abangnya sudah
memasukkan ke dalam mulut.
“Adoi!” Abangnya menjerit apabila menggigit sesuatu yang keras. Dia
keluarkan sebiji guli daripada mulut. Emak terkejut melihat abangnya memegang
geraham seperti menahan kesakitan. Man telah memasukkan guli sebagai inti kuih
buah Melaka berwarna merahnya.
“His, adik ni … Man!” abangnya menjerit memanggil nama adiknya.
Man lekas-lekas mengangkat takbir untuk solat berjemaah dengan abahnya.

10.

KAMPUNG HALAMAN

Oleh: Dimas Indiana Senja

Pembukaan

Sebagaimana permintaanmu kepadaku untuk menceritakaan beberapa hal yang menjadi alasan orang-orang yang memaksakan diri pulang ke kampung halaman, seperti halnya aku, sebagaimana berita yang sering kau lihat di televisi setiap hari. Beberapa hal itu akan kuceritakan detail satu per satu agar tidak akan menyisakan pertanyaan di kepalamu ihwal alasan orang yang memaksakan diri pulang kampung halaman seperti halnya aku.

/1/ Lebaran

Demi lebaran yang sebentar lagi akan datang membawa kabar gembira bagi orang-orang yang berpuasa sebulan penuh menahan nafsu dan amarah dan emosi dan lelah dan segala hal yang paling menyebalkan di dunia ini. Aku telah bersiap menunaikan janjiku kepada ibu untuk pulang berkunjung ke rumah yang telah lama kutinggallkan berbulan-bulan lalu, lantaran aku hanya bisa pulang setiap lebaran tiba dan menemui ibuku yang tinggal seorang diri di rumah menekuri kesepian panjang tanpa anak semata wayang.

“Ibu ingin kamu pulang setiap lebaran agar tetap bisa nyekar ke makam bapak, seraya mendoakan segala hal baik semoga senantiasa melingkupi kehidupan kita dan untuk kemudahan dan kelancaranmu di kota orang.” Begitu pesan ibu yang tidak pernah mungkin bisa aku lupakan dan tidak mungkin aku menolak keinginannya untuk bertemu, lantaran anaknya hanyalah aku seorang yang kini dipisahkan jarak dan waktu meski aku tahu kamu tidak akan pernah mengerti apa yang aku dan ibuku rasakan, lantaran kamu dibesarkan oleh segala kemewahan hidup dan ketersediaan apa pun di kota dan nasib baik yanga senantiasa memihak.

Malam adalah puncak dari perayaan menanti hari kemenangan yang dilalui dengan kebersamaan di masjid dan di jalan dan di halaman dan di lapangan kampung dan di setiap tempat-tempat yang mengundang kerumuman orang. Di kampungku, orang-orang akan bercerita sepanjang malam tentang romantisme berpuasa, juga harapan dan mimpi dan kerinduan akan orang-orang yang tengah merantau di kota juga tentang anak-anak mereka yang telah meraih kesuksesan dan keberhasilan yang menjanjikan keluarga.

Langit menyisakan warna keemasan disertai percikan-percikan kembang api dan petasan yang dinyalakan dengan riang oleh anak-anak, yang telah tidak sabar menunggu momen itu sedari sore saat buka puasa terakhir dirayakan bersama keluarga besar di setiap rumah yang ada. Udara menjadi sedemikian hangat lantaran jejak kaki anak-anak yang berlarian sembari menanti orang-orang dewasa berebut menabuh beduk di masjid sekitar rumah secara bergantian sebelum mereka membentuk satu koloni manusia yang menjadikan malam sedemikian meriah, lantaran mereka berjalan berkeliling kampung dengan obor menyala di tangan mereka untuk mengumandangkan takbir atas kemenangan yang sebenarnya mereka sendiri tak mengerti maknanya selain berhentinya kewajiban puasa sebulan yang cukup melelahkan.

Sebelum rombongan berjalan, mereka terlebih dahulu menikmati sajian tumpeng dan/atau takir di masjid yang dikumpulkan warga kampung sebagai rasa syukur datangnya bulan kemenangan, yang sebenarnya mereka sendiri tak mengerti maknanya selain hari esok anak-anak harus mengenakan baju baru dan diberi uang jajan tambahan. Hidangan itu dikelilingi orang-orang setelah doa-doa dilangitkan dengan tingkat kekhusyukan paling menggetarkan, lantaran mereka begitu menikmati kebersamaan yang tidak ditemukan di malam-malam di bulan lainnya.

/2/ Laburan

Tentu sebelum kami menghias pakaian dengan sandangan terbaik yang bisa kami siapkan, terlebih dahulu kami upayakan untuk memperindah rumah-rumah kami karena lebaran adalah musim silaturahmi paling megah yang pernah ada di hidup kami. Tembok-tembok dan tralis dan pintu gerbang dan segala hal yang ada di rumah akan berubah warna menjadi sedemikian indah dan cantik memancarkan aura rumah yang penuh kebahagiaan dan harapan-harapan baik dari kehidupan. Kampung akan sedemikian bercahaya dengan nyala kehangatan yang tersinar dari setiap pintu rumah orang-orang sepanjang jalan tanpa mengenal status sosial dan jabatan dan pekerjaan dan apapun yang banyak membuat kekacauan di kota.

Rumah adalah tempat keberangkatan sekaligus kepulangan paling abadi tempat menampung segala doa dan rindu dan cinta dan harapan dan mimpi asing dan segala ihwal jarak, yanga menyebabkan seseorang harus kembali bertemu dan menyambung tali kasih dengan keluarga. Rumah yang baik adalah campuran warna dari wajah penghuninya yang akan segera dihidangkan di hari lebaran kepada siapa pun yang datang berkunjung untuk meminta maaf dan mencicipi jalanan di toples-toples yang berjejer rapi dan memanjang di meja ruang tamu.

/3/ Leburan

Pertemuan adalah obat dari kerinduan paling mujarab dari setiap orang yang telah lama dipisahkan oleh jarak dan kesempatan, yang tidak dimiliki setiap orang lantaran waktu yang terbatas. Segala dendam dan kesumat dan amarah dan kejengkelan akan segera lebur dalam jabat tangan dan hangat pelukan dan tatap mata penuh kasih sayang di antara orang-orang yang telah lama tidak berjumpa sembari dibumbui dengan cerita-cerita dan drama-drama yang sebenarnya tidak begitu penting untuk disampaikan.

Pertemuan paling baik adalah saat dua orang saling menyapa langsung menatap mata dan berbicara dari hati ke hati, menyingkap segala batas yang selama ini mengantara dan tidak menutup kemungkinan menyisakan perselisihan dan kesalahpahaman yang panjang dan membuat hubungan tidak lagi sedekat biasanya. Untuk itulah, duduk bersama menikmati hidangan dengan secangkir kopi atau secangkir teh menjadi sesuatu yang dianjurkan oleh agama apa pun di dunia ini, lantaran hal itu mampu merekatkan keberjarakan yang terjadi antara insan yang dipisahkan ruang dan waktu meski telah hadir teknologi dengean segala kecanggihannya.

/4/ Luberan

“Kesuksesan dan kebahagiaan akan sangat berarti jika kamu mau berbagi dengan orang lain,” kata Albert Camus sebagaimana sering kauucapkan kepadaku barangkali membuktikan bahwa kehidupan senantiasa mengajarkan banyak hal kepada setiap orang sebagaimana pengalaman berharga, yang tak pernah bisa digantikan oleh apa pun di semesta raya ini. Untuk itu, berbagi adalah jalan terbaik untuk merayakan kebahagiaan-kebahagiaan itu. Bagi orang-orang yang diberikan kelebihan duniawi oleh kehidupan dibanding dengan orang-orang lain di sekitarnya, lebaran adalah momen terbaik untuk menyisihkan rezeki untuk berbagi kepada siapa saja yang mereka kehendaki, terutama keluarga yang selama ini jarang mereka temui.

Anak-anak adalah golongan yang paling berharap akan mendapatkan “tambahan” dari orang-orang yang akan mereka jumpai di hari lebaran alih-alih silaturahmi dan menyambung persaudaraan. Dan orang-orang tua adalah sebaik-baik ladang berbagi lantaran dari mulut merekalah doa-doa akan senantiasa dilangitkan untuk keselamatan dan kesejahteraan bagi sesiapa yang memberikan sebagian penghasilan.

/5/ Liburan

Tubuh manusia bukanlah robot bukanlah mesin yang terus saja dipaksa untuk bergerak mengikuti ritme keinginan dan kebutuhan hidup dan segala tuntutan dan tantangan yang senantiasa berkelindan dalam kehidupan. Manusia di kampung-kampung butuh direhatkan dari segala aktivitas yang senantiasa mengisi hari-hari mereka, seperti bercocok tanam di sawah dan ladang dan kebun dengan segala harapan yang dititipkan kepada musim dan cuaca yang berganti-ganti dan tak tentu itu. Hari-hari terlampau bising oleh deru mesin dan rintihan-rintihan akan harga kebutuhan yang semakin hari semakin naik membuat mereka kewalahan untuk bisa mencukupinya. Begitu juga manusia-manusia urban yang terpenjara oleh kesibukan dan rutinitas yang membosankan, alih-alih bekerja untuk menabung demi masa depan yang lebih baik dan memastikan keluarga yang ditinggal di kampung bisa memenuhi kebutuhan pangan dan sandang dan papan.

Maka tuhan menciptakan lebaran untuk digunakan sebagai hari paling istimewa untuk kami, sekadar melupakan sejenak sawah dan ladang dan kebun dan segala yang kami gantungkan kepada suasana langit yang berubah-ubah itu dan juga untuk memberikan jeda kepada tubuh dari hari-hari yang tak mengenal waktu di kota. Maka tuhan menciptakan hari di mana manusia semestinya kembali kepada tubuhnya sendiri dan memberikan waktu untuk bersantai dan melemaskan sendi dan segala kerumitan hitung-hitungan antara untung rugi bagi para petani dan pedagang pasar dan pedagang musiman dan para pekerja dan buruh dan karyawan sepertiku dan semua saja merasa bahwa hidup hanyalah sisi-sisi dadu yang digunakan oleh keberuntungan dan waktu dan kesempatan dan nasib yang misterius.

Penutup

Kampung adalah rumah paling nyaman untuk sebuah kepulangan dan waktu, seperti hitungan nisbi, seperti daun-daun yang berguguran dihempas angin dan berjatuhan di pipi tanah yang memaksa kita menyapunya dengan airmata sebab doa telah habis dirapalkan. Pelukan ibu adalah sebaik-baik kampung halaman yang perlu dikunjungi sebagai upaya untuk mengembalikan semangat untuk menjalani hari-hari dengan segenap cinta dan optisisme dan kegigihan dan kerja keras dan harapan-harapan yang terus menguar. Maka dengan itu aku sampaikan kepadamu bahawa aku memilih terjebak pada ketololan yang memprihatinkan, lantaran tidak mengikuti anjuran pemerintah untuk bertahan di kota orang sembari memeluk kesepian panjang dan bayangan kampung halaman, yang senantiasa berkelebat di kepalaku dan mengganggu hari-hariku yang sepi dan pilu.

Halaman Indonesia, 2022-2022

Dimas Indiana Senja. Sasterawan, Dosen dan Instruktur Literasi Nasional. Bukunya: Nadhom Cinta, Suluk Senja, Sastra Nadhom, Kidung Paguyangan, Museum Buton, Pitutur Luhur. Tahun 2016, pernah diundang di UWRF, Bali. Tahuun 2019, pernah diundang di MWCF, Sulawesi, Saat ini tinggal di Perpustakaan Rumah Kertas Purwokerto. Nomer HP, 085741060425.

11.

MALAM LEBARAN
Dimas Indiana Senja

/1/

Perempuan adalah wujud lain dari kesedihan di desa ini. Jika kamu ingin melihat
kesedihan, kamu tidak perlu meneliti lebih jauh dan lebih dalam tentang desa di
bawah bukit ini, desa terjauh ujung barat yang bisa kamu kunjungi di kota ini.
Kamu cukup melihat perempuan di hari terkutuk ini. Hari sebelum lebaran tiba.
Hari yang hanya memberikan kebahagiaan kepada laki-laki. Sedangkan kesedihan
adalah jatah perempuan yang tidak bisa dihindari.

Betapa tidak, mereka harus menerima setiap tamu laki-laki yang datang, dari
petang hingga pagi menjelang. Tradisi macam apa yang memberikan kebebasan
berkunjung seperti itu? Mungkin kamu tidak pernah membayangkan. Bahkan
mendengarnya pun tidak pernah. Tetapi inilah kehidupan. Bagian kecil dari
kehidupan di desa ini.

Aku adalah saksi atas segala hal mengenai tradisi ini. Saksi dari segala duka yang
disimpan perempuan tuan rumah dan kebahagiaan setiap tamu laki-laki yang
singgah. Dari laki-laki yang hanya datang untuk mencicipi makanan, hingga laki-
laki yang punya niat untuk menggoda perempuan. Laki-laki yang baru baligh
hingga laki-laki duda yang ingin mencari istri lagi. Laki-laki yang mencicipi
bangku sekolah, laki-laki yang mencicipi bangku madrasah, hingga laki-laki yang
sehari-hari hanya akrab dengan bangku di pos ronda.

Di atas tubuh kayuku ini sudah terhidang aneka macam makanan, dari makanan
berat hinga jajanan pasar dan aneka kue kering di stoples yang dijejer. Hidangan
terbaik yang disiapkan untuk siapapun tamu yang datang. Semakin baik dan
lengkap hidangan di atas tubuhku, semakin baik pula penghuni rumah ini dalam
pandangan masyarakat desa ini. Menggelikan, bukan?

Tubuhku ditutup oleh sebuah kain batik. Di bawah kain inilah, kelak para tamu
akan meninggalkan amplop berisikan uang sebagai rasa penghormatan.
Nominalnya, tentu tergantung siapa yang datang. Tetapi di balik itu semua,
mereka, para tamu laki-laki itu dengan sadar atau tidak, telah menanggalkan luka
di hati perempuan yang mereka kunjungi.

Tamu-tamu itu bagaikan lebah. Mereka datang bergerombol dan berdengungan.
Lebih sering, mereka datang tanpa etika yang dijaga. Tanpa ucapan yang disusun
dengan nada yang enak didengar telinga. Mereka datang seenaknya dan memaksa
perempuan si empunya rumah untuk menerimanya dengan dandanan terbaik,
menemani ngobrol hal-hal tidak penting, dan jika tamu-tamu itu tidak memiliki
perasaan, mereka bertahan sampai subuh tiba.

Tamu-tamu itu akan bergantian, dari rumah ke rumah. Mereka bebas memilih
berkunjung ke rumah yang mana dulu, sesuai selera dan kesepakatan
rombongannya. Aku bahkan bisa menengarai tamu mana yang baru datang, dan
tamu mana yang sudah berkunjung ke rumah lainnya. Bagi mereka yang
menjadikan rumah ini kedatangan pertama, tentu makanan di atas tubuhku akan
dilahap dengan penuh nafsu. Sebaliknya, jika mereka datang ke rumah lain lebih
dulu, biasanya hanya mencicipi makanan yang terhidang di atas tubuhku.
Bertahun-tahun begitu.

Mereka datang bergantian dengan rombongan yang lain. Kedatangan mereka
seperti pergantian shift. Penandanya adalah petasan. Jika tamu di dalam sudah
cukup lama, tamu yang bersiap masuk di luar menyalakan petasan. Jika tamu di
dalam belum juga keluar, tamu di luar menyalakan petasan sekali lagi. Jika tak
juga keluar, maka perselisihan, yang berujung percekcokan dan perkelahian antar
tamu tidak bisa terelakkan. Bertahun-tahun begitu.
/2/

“Untuk apa mempertahankan tradisi, jika pada akhirnya harga diriku diinjak-
injak! Untuk apa, pak?” Perempuan itu menangis tersedu. Berkali-kali. Kali ini
tangisnya lebih deras dari tahun-tahun sebelumnya. Jika tahun-tahun sebelumnya

ia selalu berusaha menahan airmata, itu tidak lebih sebagai upaya menghargai
orangtuanya. Ia tidak ingin orangtuanya kecewa. Tetapi tidak dengan hari ini. Ia,
seolah, mengeluarkan semua tangis yang selama ini ia pendam dalam diam.

Mungkin, usianya saat ini sudah bisa dibilang dewasa. Ia sudah cukup punya
alasan untuk menolak dan berontak. Apalagi, bacaan-bacaannya mengenai gender,
dominasi maskulin, dan isu-isu feminisme sudah cukup banyak. Aku tahu betul, ia
sering meninggalkan buku-buku itu di atas tubuhku setiap pulang kampung saat
libur kuliah tiba.

Bertahun-tahun sebelumnya, ia dipaksa oleh waktu untuk diam dan menerima
kenyataan yang memilukan. Sementara di batinnya, ada kecamuk dan murka
yang begitu menggelora. Namun, ia tidak tahu, kepada siapa amarah itu ia
arahkan. Aku sangat mengerti. Jika bisa, aku ingin menyeka airmatanya dengan
kain batik di tubuhku ini.

Ia merasa dilahirkan di sebuah desa yang terkutuk, begitu setiap ia menceritakan
asal usulnya. Ia memutuskan untuk meneruskan kuliah di luar kota. Dan ia tidak
ingin kembali ke desa. Ia tidak ingin menua di desa ini. Ia ingin menikmati hidup
tanpa beban yang berkepanjangan. Beban batin yang selalu menyakiti hati setiap
perempuan di malam lebaran. Bertahun-tahun begitu.

“Aku akan pergi, jika rumah ini kembali meneruskan tradisi Buka Meja!” kali ini
amarahnya benar-benar memuncak. Selama ini, ia tidak pernah berbicara dengan
nada keras di hadapan bapaknya. Jangankan marah, menolak panggilan saja tidak
pernah: aku berani bersaksi. Tetapi tidak untuk urusan satu ini. Tidak bisa
ditolerir, pikirnya. Tradisi yang bias gender ini baginya perlu diruntuhkan. Demi
mengangkat martabat perempuan.

Ia adalah satu di antara puluhan perempuan desa. Ia adalah satu di antara puluhan
perempuan desa yang menderita. Ia adalah satu di antara puluhan perempuan desa
yang menderita dan ingin mengutuk takdir. Ia adalah satu di antara puluhan
perempuan desa yang menderita dan ingin mengutuk takdir dan tidak ingin harga
dirinya diinjak-injak.

/3/

“Tapi nak, ini sudah menjadi tradisi di desa ini. Kita sudah menyiapkan makanan-
makanan enak agar para lelaki di desa ini mau berkunjung ke rumah kita”.
Dengan sangat hati-hati, bapaknya mencoba menekankan lagi persoalan
kepercayaan yang memaksa mereka meneruskan tradisi Buka Meja.

Dari bahasa tubuhnya, ia mencoba memasuki lorong mata anaknya yang mulai
berkaca-kaca. Ada perasaan tidak tega yang sebenarnya ia rasakan. Tetapi ia
merasa ada tembok besar yang menghalanginya untuk mengutarakan itu semua.
Sebagai orangtua, ia merasa tidak bisa berbuat banyak untuk mengabulkan
permintaan anak perempuan satu-satunya itu.

“Kamu satu-satunya perempuan di rumah ini. Siapa lagi yang akan menerima
tamu selain kamu?” Di situlah, ia merasa terjebak dalam posisi yang tidak
mengenakan. Ia tidak mungkin meninggalkan tradisi itu begitu saja. Ia adalah
tokoh masyarakat. Tentu menjadi tidak elok, jika orang yang dijadikan contoh
oleh masyarakat justru tidak melaksanakan tradisi yang sudah turun temurun
dilakukan lintas generasi.

Jauh di dasar hatinya, ia ingin memeluk anak perempuan yang ia besarkan dengan
segenap doa dan kasih sayang. Ia ingin sekali menyudahi tradisi ini. Tetapi ia bisa
apa? Aku bisa menangkap kesedihan yang mendalam dari ceruk matanya.

“Kamu tidak kasihan sama ibumu yang sudah masak dan menyiapkan hidangan-
hidangan ini, hah?” Ia melempar pandangan ke istrinya yang sedari tadi memilih
diam, bersama bangku-bangku yang dingin dan bungkam. Pun dengan si anak
perempuan, ia menoleh ke arah ibunya yang duduk lemas dengan wajah memelas.

Di luar, gema takbir sudah mulai bersaut dari surau satu ke surau lainnya. Anak-
anak berhamburan memenuhi pelataran rumah masing-masing. Petasan dan
kembang api mulai dibunyikan bergantian. Sementara itu, di setiap rumah, para
perempuan bersiap dengan dandanan terbaiknya. Bersiap menjamu tamu laki-laki
yang siap mengunjungi rumahnya.

/4/

Malam menjelang. Suara takbir semakin semarak. Riang anak-anak begitu
tampak. Mereka berlarian. Orang-orang larut dalam malam kemenangan. Puasa
satu bulan telah berakhir. Besok hari raya akan dirayakan. Angin bukit mulai
kurasakan, sedari pintu rumah dibuka. Tubuhku sudah terlihat sangat rapi. Jarum
jam tidak berhenti memandangiku. Juga almari dan gorden yang sengaja tidak
ditutup. Tetapi aku merasa ruang tamu begitu menegangkan.

Di satu sisi, aku senang, bisa menemani keluarga ini sampai malam lebaran.
Tetapi di sisi lain, aku ingin kepedihan ini perlu dihentikan. Aku tidak kuasa
melihat suasana yang tidak mengenakan begini. Aku tidak mau rumah ini
kehilangan kehangatan lantaran tradisi ini. Tetapi aku bisa apa?

“Untuk apa mempertahankan tradisi, jika pada akhirnya harga diriku diinjak-
injak! Untuk apa?”

Praaang…… Sebuah batu menindih tubuhku. Piring, gelas, poci, asbak, toples, dan
semua makanan dan minuman di atas tubuhku tumpah berceceran. Kain batik
penutup tubuhku pun koyak dan basah. Sebuah tendangan mengenai tubuhku.
Tubuhku terluka. Lecet di beberapa bagian. Tidak pernah ada perlakuan dari tuan
rumah sekasar ini kepadaku selama ini.
Tetapi aku merasakan kebahagiaan yang lain. Malam ini tidak akan ada hidangan
di atas tubuhku, tidak ada tamu laki-laki yang berkunjung seenaknya, tidak akan
ada lagi hati perempuan yang terluka.

Halaman Indonesia, 2020-2022.

Dimas Indiana Senja, Sasterawan, Dosen, dan Instruktur Literasi Nasional. Bukunya: Nadhom Cinta, Suluk Senja, Sastra Nadhom, Kidung Paguyangan, Museum Buton, Pitutur Luhur. Tahun 2016, pernah diundang di UWRF, Bali. Tahuun 2019, pernah diundang di MWCF, Sulawesi, Saat ii tinggal di Perpustakaan Rumah Kertas Purwokerto. Nomer HP, 085741060425.

KEPUTUSAN

Pemenang Sayembara Esva 6; Sayembara Cerpen Puasa:

Ke-1 (RM300):Puasa Lelaki Penebas JalanPutraery Ussin (PAID 20.10.2022)
Ke-2 (RM200):Kasih Yang Berbunga Sepanjang MusimIsmail Hashim (PAID 28.10.2022)
Ke-3 (RM100):Malam LebaranDimas Indiana Senja
(Paid to Rois 17.10.2022)

Tahniah buat para pemenang. Yang tidak berjaya, silakan cuba lagi di sayembara-sayembara yang akan datang.

TAMAT.