Guru insan yang mulia
membuka kepompong kebodohan insan
menyelak tabir keraguan
pencetus insan ke landasan kebenaran
membimbing umat kenal kemungkaran
menyuluh keperibadian insan
gerak hati dan bibir ke muara kesejahteraan
kenal haq
Kenal batil
bukan pamer kemunduran akal
bukan pamer kejumudan fikir.
Oleh:
Sarji Kasim.
Pasir Mas, 3. 2022
TAMAT.
Mohon disiarkan
LikeLike
SARJI KASIM / Di lahirkan pada 22 Mac 1969 di Kampung Lebai Akil, Pasir Mas, Kelantan. Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi dan Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan. Menamatkan pengajian peringkat universiti pada tahun 1995 dalam bidang Bahasa dan Sastra Indonesia, Fakultas Sastra, Universitas Andalas (UNAND), Sumatera Barat, Indonesia. Selanjutnya, pada tahun 1999 menamatkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sastera Nusantara. Judul tesisnya ialah Novel‐novel Melayu dan Indonesia Sebelum Perang: Tinjauan Persoalan Merantau.
Pada tahun yang sama menyelesaikan kursus perguruan bahasa di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Kuala Lumpur. Pernah bertugas sebagai guru prauniversiti di SMK Mingkarak, Bandar Bera, Pahang Darul Makmur dan pada bulan Julai 2017 berpindah ke Kelantan. Karya yang pernah diterbitkan misalnya ”Antologi Puisi dan Cerpen; Bah Kuning” (Dewan Bahasa dan Pustaka; 2015), Karya beliau pernah dimuatkan dalam majalah Pengasuh, salah sebuah majalah yang tertua di negara ini yang masih beroperasi hingga sekarang. Pernah menghasilkan syair yang berjudul ‘Syair Sayyidul Istighfar’ (Erka Rumahkayu; 2018). Karya beliau yang kedua berjudul Membaca Kitab Diri; Antologi Sajak, Syair, Pantun dan Gurindam (Karya Bakti Makmur; 2018). Syair yang kedua sudah diterbitkan yang berjudul Syair Perjuangan Rasulullah SAW. Syair lain yang pernah diterbitkan ialah Syair Penghayatan al-Quran (Ar-Rahman (55) – Al- Mursalat (77) oleh MAIK dan Syair Penghayatan al-Quran (Surah al-Ankabut (29) – Surah al-Qamar (54). Karya lain termasuklah Elok Hidup di Situ Rukun (Kumpulan puisi tradisional) dan Anak Pejuang; Namamu masih Diseru (kumpulan sajak). Karya yang akan diterbitkan tidak lama lagi ialah Cipta dan Rasa dalam Syair Melayu dan Kumpulan Gurindam; Sekali Engkau Hidup. Beliau juga selesai menyelenggarakan Kamus Kata Tunggal Rima Akhir pada tahun 2021 untuk kegunaan pelajar dan orang ramai yang memerlukan rima akhir
sebagai tugasan untuk menghasilkan puisi tradisional, slogan dan penciptaan lirik lagu.
LikeLike