i.
Saat ayahnya mengabarkan
tentang perpisahan dan pengorbanan;
dirungkainya gundah yang membersit
ihsan dan cinta Ilahi
dipelajarinya dari gersang
tanah mekah
mengalirkan mata air
di tapak kakinya
buat membasuhi batin
dan reda ibunya.
ii.
Saat darah membasahi
tidak lagi nyeri lukanya
kerana kepedihan kembali milik-Nya;
yang dipinjam ayahnya
antara kun fayakun dan keyakinan
buat membilas kesedihannya.
Oleh:

Ghazali Sulong
20 Mac 2022
TAMAT.