Tulis sebuah puisi yang berkaitan dengan Hari Puisi Sedunia (HPS).
Emelkan kepada: GaksaAsean@gmail.com.
Tutup: 11.59PM, Isnin 21.03.2022.
Hadiah: Ke-1 = RM200. Ke-2 = RM100. Ke-3 = RM50.

World Poetry Day is celebrated on 21 March, and was declared by UNESCO in 1999, “with the aim of supporting linguistic diversity through poetic expression and increasing the opportunity for endangered languages to be heard”.
Date: Monday, March 21, 2022
Also called: WPD
Observed by: UN Members

PENYERTAAN

PESERTA (Sila semak penyertaan anda):.

  1. Ibnu Din Assingkiri. Tiada Hadiah Buat Puisi.
  2. Salmah Amir. Hari Puisi Dunia.
  3. Salmah Amir (2). Hari Puisi Dunia.
  4. Putraery Ussin. Moga Selamat Puisi Di Dunia.
  5. Sriwati Binti Haji Labot. Puisi, Kau Bagai Pantai.
  6. Sriwati Binti Haji Labot (2). Puisi, Kaukah Kesunyian.
  7. Cunong Nunuk Suraja. Puisi Hari Ini.
  8. CT Nurza. Kuntuman Aksara.
  9. Cunong Nunuk Suraja (2). Dunia Puisi.
  10. Moh. Ghufron Cholid. Selamat Menghidupkan Puisi.
  11. Moh. Ghufron Cholid (2). Sebelum Gelap Meniadakan Segala.
  12. Gabriel Kimjuan. Kopi Nuansa Jiwa Bahagia.
  13. Zulkifli Baharun. Tajam Pesona Puisi.
  14. Hamimah Ibrahim. Segumpal Rasa.
  15. Dimas Indiana Senja, Jika Kelak Kita Saling Menuliskan Puisi.
  16. Heri Maja Kelana. Lalu Puisi.
  17. Dimas Indiana Senja (2). Kutemukan Sebait Puisi Di Sebilah Keris.

KARYA

1.

TIADA HADIAH BUAT PUISI
(Di Hari Puisi Sedunia)

seperti tahun-tahun sudah
tiada hadiah buatmu di hari ini
cuma ada keluhan demi keluhan
setelah dentum guruh gaji minima
berteriak di langit nusa –
habislah bertempayan harga
barangan utama. tumpah
melencunkan orang di bawah.

di hari istimewamu
dengarlah keluhan demi keluhan
bergema setanding bunyi
terjunan Angel Falls, Venezuela
tentang dakwat biru di jari
belumpun kering, di celup lagi —
hanya itu rasanya keutamaan
para kelembai di singgahsana.

terimalah wahai puisi
saban tahun di hari memperingatimu
rasa keluh-kesah nan basah
dari tubuh ranum berkeringat hamis
para penghuni kota dan desa,
kami jahitkan menjadi cukin kata
buat mengelap air mata —
melimpah dari sumur sengsara.

Batu Kawan, Pulau Pinang
21 Mac 2021
#ibnudinassingkiri 

2.

HARI PUISI DUNIA

Pada tarikh dua puluh satu Mac setiap tahun
para pemuisi merayakan
Hari Puisi Sedunia
pelbagai aktiviti dirancang bersama
demi menghidupkan
puisi seluruh dunia 

Alhamdulillah
tahun ini
Pemuisi dan pencinta puisi
dapat bergabung
dalam satu majlis bersama
negara ASEAN dan dunia
pada majlis INTERAKSI 
di adakan malam sebelum 
tarikh Hari Puisi Sedunia

Selain pemuisi dari Malaysia
dan negara nusantara
Singapore, Indonesia dan
Brunei Darul Salam
kagum melihat
pemuisi dari Itali, Australia, China dan Russia
dan pemuisi veteren

Puisi terlalu indah dan halus 
Bahasa Melayu diguna
pilihan diksi yang cantik
susunan baik yang indah
lontaran suara yang penuh
ekspresi dan nada mengasyikan
sangat menyentuh pendengar
semoga keindahan bahasa Melayu dan seni sastera
dapat dimantapkan terus
ke persada dunia.

Salmah Amir
CYBERJAYA
21hb Mac 2022

3.

4.

Moga Selamat Puisi di Dunia

Tanggal keramat 21 bulan tiga
pasti ada segelintir yang mengingati
sesama kita menghebahkannya.

Puisi cermin budaya bangsa
biasan turun-temurun
membacanya kita ceria
mendengarnya kita gembira
hati lara menjadi suka.

Tradisi warisan ini
usah sesekali dilupa
agar setiap perkara bererti
meninggalkan sejuta warna.

Moga tradisi ini menggebu-gebu
tak lapuk kerna alpa
tak hilang dek sengketa
selamat hari puisi sedunia.

Putraery Ussin – 21 Mac 2020: UT Baling, Kedah.

5.

Puisi.
Tajuk : Puisi, kaukah kesunyian.
Karya : Sriwati Binti Haji Labot.

Puisi, kaukah kesunyian
atau cuma gelap gelita
cengkaman malam tiada berbintang
mengugut rasa.

Puisi, kaukah bayu kesunyian
bertiup sayup dan unggas bebas
mengalunkan lagu ngeri
menyayat hati.

Engkaukah kesunyian
bagai pantai kehilangan ombak
perahu nelayan kehilangan haluan
di lautan.

Inikah kesunyian
ketika nostalgia mencantum wajah
bunga senyuman kian pudar
dedaun puisi kian segar.

Simanggang.

6.

Puisi.
Tajuk : Puisi, kau bagai pantai.
Karya : Sriwati Binti Haji Labot

Seribu ombak kata menghempas
sejuta gelombang rasa mengganas
kau tidak pernah lemas
kau semakin bebas
menyapa buih-buih kasih
dengan mesra ucap
menyatu bersama bayu
dalam akrab rindu.

Kau tidak pernah lari
walaupun seribu tahun kusunyi
kau tidak pernah berubah
walaupun bah datang menerjah
kau menegur dengan luhur
setiap kecewa yang diselaputi lumpur
tanpa mewujudkan debur.

Dan ketika hati bertanya
harus ke mana dihalakan rasa
dengan ikhlas kauberi belas
katamu, tujulah padaku
yang bagai pantai.

Simanggang.

7.

PUISI HARI INI

hari-hari puisi
puisi hari-hari
puisi sehari-hari
sehari-haripuisi

jejak-jejak sajak
sajak jejak-jejak
sejejak sajak-sajak
sesajak jejak-jejak

syair sihir-sihir
sihir-sihir syair
disihir syair-syair
penyair tersihir

mantra kata-kata
kata mantra-mantra
kata makan makna
mantra kata sihir

Cunong Nunuk Suraja
GG CC Columbus 21322

8.

Kuntuman Aksara

Kuntum-kuntum aksara
kembang membuka pelupuk maya
bersama citra seindah pelangi
biar menyerbak di kebun rasa
dalam rinai hujan metafora
menyiram gurun ilham tanpa henti
agar pena menari riang
mengukir bait puisi dari kanvas sukma

Kuntuman aksara
memotret setangkai ilusi
pada senyuman yang berseri-seri
menyambut hari teristimewa
hari puisi sedunia.

CT Nurza.
Malaysia

9.

DUNIA PUISI

bola langit membiru kepak camar
hijau daun pohon lenguh lembu
catatan dunia puisi kata bersayap
kupu-kupu kemarau melintas katulistiwa
kabar perang terselip nada nyanyian

senja usia puisi diam dada
semakin malam kata gelap membeku
sendiri saja diam bayangan batu
senantiasa menghitung bintang kerlip hilang
sembunyi bulan laut teridur nyenyak

senja lima sore kedai kopi
saatnya singgah sebentar riuh gelak
sruput sesap kopi kedai segar
sasetan cap luwak gajah menari
sambil meniup mainan kapal kertas

waktu berdua dunia menjadi puisi
beda dengan bersatu tanda seru
dunia sepi bibir laut membuih
semua titik-titik terbuka luas
sisanya koma tertangkap kamera gawai

waktu itu lewat celah bukit
hujan badai menyergap payung fantasi
di kedai kopi puisi diperbincangkan
kautulis puisi dinding kiri kedai
kalau sampai waktu memisahkan kita

Cunong Nunuk Suraja
GG CC Columbus 21322

10.

SELAMAT MENGHIDUPKAN PUISI

Selamat menghidupkan puisi
Seinci demi seinci di kedalaman nurani
Puisi yang memuat keakraban
Yang meniadakan pertengkaran
Mengasingkan keraguan

Selamat menghidupkan puisi
Yang mendekatkan diri pada Ilahi
Sampai yang iri, yang dengki dan nyeri
Tak terlacak lagi

Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, 21 Maret 2022

11.

SEBELUM GELAP MENIADAKAN SEGALA
: Perempuan Masa Depan

Kunci, kuncilah hatimu rapat-rapat
Sebelum gelap meniadakan segala
Meniadakan keberadaanmu
Sebagai mahkota negara
Meniadakanmu
Sebagai ibu
Bagi anak-anak waktu
Yang dilapisi restu

Pulang, pulanglah
Sebelum gelap menghapus alamat cinta-kasih
Sebelum gelap menghapus peta
Keberadaanmu sebagai cikal bakal cinta

Kembali, kembalilah ke rumah
Seperti sedia kala duhai bunga rekah
Yang menjadi alasan petualang
Untuk kembali pulang
Pada tanah kenang dan sayang

Moh. Ghufron Cholid
Junglorong, 21 Maret 2022

12.

KOPI NUANSA JIWA BAHAGIA

ketika aku tabur rasa
nikmat sebuah kopi cinta
aroma terapi bangkit jiwa
damai cawan peluk dunia

andai kopi terhidang di mata
aku hirup gelas mesra
gaul manis seperti syurga
lentera hidup buih bahagia

Karya;
Gabriel Kimjuan
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia.
21 Mac 2022

13.

TAJAM PESONA PUISI

Dengan lembut bahasa manikam
di sebalik tajam pesona puisi
bersemaraklah taman sejahtera
dilebati bebunga cinta insani.

Benarlah
betapa pun keras amarah jiwa
dingin cair digulati indah aksara
dari jernih fikrah pujangga dan mualim.

Di Hari Puisi Sedunia ini
mari kita titipkan
nafas puisi kedamaian
ke segenap pelosok dunia
agar mengalir jernih bersih
di setiap denyut nadi
yang bernama manusia.

ZULKIFLI BAHARUN
BERA, PAHANG

14.

SEGUMPAL RASA

(Sayembara Hari Puisi Sedunia)

Hujung jari menari dan melakar bait-bait
yang ada ketika indah
dengan nada cinta
keluh kesah Uda dan Dara
luka dari lembing Awang pulang ke Dayang
bergurindam seloka

Dan ada waktu hambar coretannya
Ada yang sinis mengena
dan pedasnya berasap telinga
pantas tindakan seadanya

Melihat pada rona kehidupan manusia
ada airmata di mana-mana
ada darah yang mengalir dari karenah yang tak sama
ada peluru yang tak tahu mana sasarannya
ada manusia binatang hatinya

Bencana
bencana
bencana
banjir ribut tanah runtuh kebakaran kemalangan
tika itu rancak mindamu mengatur tarian jari

Lena yang tak tentu masa
ilham bukan mungkin diajak berkira
berceriteralah dalam stanza sebuah puisi
dalam segumpal rasa

Hamimah Ibrahim
Kluang, Johor, Malaysia

15.

jika kelak kita saling menuliskan puisi;
Prof Irwan Abu Bakar

dan kita dipertemukan oleh puisi
di sebuah kampung bernama Tembi
saat langit warna tembaga
angin selatan mengembus di sela
panggung dan mikrofon dan teh
juga jajanan pasar aneka rupa

dan kita saling bertukar buku
dengan sampul bertuliskan meja 17
kubaca perlahan sebelum malam purna
pertemuan berakhir di lensa kamera
lalu kita saling berjabat tangan
sebelum melambaikan perpisahan

dan kelak kita dipertemukan lagi
sebuah waktu tersusun dari rindu
juga jarak yang membentang
seperti sayap doa yang terbang
menjelma pinta dan ribuan harapan
pertemuan memang perlu dirayakan

jika kelak kita saling menuliskan puisi
kalimat apakah yang akan mengawali?
kata-kata telah memilih nasibnya sendiri
seperti seorang penyair yang sekarat
memeluk rasa lapar dan dahaga
dengan mulut berbusa metafora

Dimas Indiana Senja.
Purwokerto, 2022.

16.

Lalu Puisi

Jika kata adalah makna terpenting dalam hidup
Maka napas adalah perjanalan
Mengurai setiap peristiwa
Menjadi doa-doa yang tak pernah selesai
Jika kata adalah makna terpenting dalam hidup
Maka puisi adalah cinta dari setiap senyum seorang pengembara
Menyusuri setiap bait-bait cahaya
Berkelindan dengan metafora
Jika kata adalah makna terpenting dalam hidup
Maka aku berada pada setiap suku kata

Heri Maja Kelana
2022

17.

kutemukan sebait puisi di sebilah keris;
Kepada KPHAd Panembahan Pakoenogoro

pada sebilah keris yang kautunjukkan
kulihat lamat-lamat sejarah sedang
merapalkan doa tentang keselamatan
semesta dan orang-orang yang
senantiasa mengkiblatkan dada

pada sebilah keris yang kaubuka dari
warangkanya, kuciumi wangi melati
seperti puisi yang ditulis seorang Mpu
dan para panjak turut menuangkan
kata-kata dan mantra-mantra

pada sebilah keris yang nyengkelit
di baju kebesaranmu, kulihat wajah
nusantara begitu eloknya
pada lekuk tubuh besi aji
aneka pamor batu meteor

kutemukan sebait puisi di sebilah keris
bertapa menunggu tuannya
bersemadi di alam keheningan
tempat semesta bermula
sebelum para pesalik memilih moksa

Purwokerto, 2022

KEPUTUSAN
SAYEMBARA HARI PUISI SEDUNIA (HPS)

24.3.2022. KEPUTUSAN: Pengadil telah mengutamakan puisi-puisi yang menyentuh HPS secara langsung (direct) dalam tema puisi yang diangkat sebagai pemenang.
PEMENANG PERTAMA (RM200) = Ibnu Din Assingkiri (Tiada Hadiah Buat Puisi). Maybank:1020 3673 5843). [PAID 4.4.2022]
PEMENANG KEDUA (RM100) = Salmah Amir (Hari Puisi Sedunia). Maybank: 151016980782. [PAID 4.4.2022]
PEMENANG KETIGA (RM50) = Zulkifli Baharun (Tajam Pesona Puisi). Maybank: 156076093186. [PAID 4.4.2022]
Tahniah buat para pemenang. Mereka yang tidak berjaya, jangan kecewa. Cuba lagi dalam sayembara-sayembara yang akan datang.
-IRWAN ABU BAKAR
Admin.

TAMAT.