Kalau membaca tidak ditingkat,
idea yang bernas tentu tersekat.

Kalau membaca bermusim sahaja,
taman ilmu tidak dibaja.

Kalau buku tidak dipilih,
fikiran yang salah datang bersilih.

Kalau buku dibiar sepi,
seronok membaca akan menepi.

Kalau membaca tekunnya tiada,
makrifat ilmu kelam di dada.

Kalau murid kurang membaca,
kefahaman sedikit bagaikan perca.

Kalau pemimpin mendamping buku,
pentadbiran lancar tidaklah kaku.

Kalau membaca menjadi budaya,
cita-cita bangsa pasti berjaya.

Oleh:

ZULKIFLI BAHARUN
Bera, Pahang.
Mac, 2022

TAMAT.