
Bila aku bersedih
aku bersujud
berkhalwat hanya dengan-Mu
hati bertutur
bahasa dari
sudut hatiku
meletak diriku
serendah mampu
Mengalir butiran air mutiara
dari hujung mataku
merintih
merayu
meratap
memohon segala
kena aku
tidak punya apa
Kau punya segala
Dibalut keyakinan
aku pasrah
sebulat hati
sepenuh jiwa
sekarung rasa
ku serah
Ya Allah
hanya Kau sahaja
aku sembah
tiada dua atau tiga
Kau yang Satu
dan aku yakin
sepenuh jiwaku
bahawa Kau mendengarkanku
Ya Allah
Kau maha Pendengar
maha Pengasih
lagi Penyanyang
maha Pemberi
maha Segala
aku pohon dari-Mu
ambillah semua
ujian deritaku
hanya Kau
yang aku harap
Kau memberi
Kau sahaja mampu
mengambilnya
semula
Ya Allah
aku yakin
aku pasrah
aku sabar
menanti segala
mungkin
tapi
Ya Allah
janganlah terlalu lama
aku bersujud
semoga
Kau
segerakan
segala
inilah
permintaanku
dengarkanlah
NOTA. Oda (istilah sumber = ode): Puisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t. (Sumber: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=oda&d=226112&)
Oleh:

Salmah binti Amir
6hb Februari 2022
Cyberjaya
TAMAT.