
Di musim salju kita bersama
bermain salji ketawa riang
lari berkejar sekian lama
sejuk tak rasa di hari siang

Musim berbunga segera tiba
kuterima bunga saban hari
tiga kuntum mawar diriba
cinta bersemi mula berseri

Semasa daun luruh kebumi
indah kurasa berganding mesra
semakin dalam aku selami
ingin bersatu dengan segera

Cinta tersemat di sudut hati
kuharap cinta Allah berkati
Oleh:
SALMAH B AMIR
4hb Februari 2022
Cyberjaya
TAMAT.