Jika dimakan cetus selera
bertambah pinggan jadi berganda
mata menjadi warna kelabu
mertua lalu pasti keliru
pandang sekali ingatkan isteri

Bahan utamanya ikan bilis
rasanya memang boleh terlior
belacan, lada, bawang dan limau
bertambah dasyat lemak melampau
makan sekali nak minta lagi

Ditambah dengan buahan masam
tomato pelam menjeruk rasa
semua bahan gaul sekali
lemak dan manis terasa juga
hidang bersama nasi yang panas

Seperiuk nasi pastikan habis
orang belakang tentu tak cukup
jika setiap hari begini
beras simpanan cepatlah habis
semakin larap gaji sebulan

Jika dimakan tanpa selera
datang selera makan seimbang
pelengkap zat dan bahan nutrien
terima kasih rakan Sarawak
kenalkan “pusuk” pencetus rasa

NOTA: “Pusuk” perkataan dipinjamkan dari Sarawak bermaksud bilis jenis makanan enak sekali dibuat dari pelbagai bahan tradisi makan orang Sarawak.

Oleh:

Salmah binti Amir,
Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
3hb Mac 2022.

TAMAT.