
(Rujukan: Wikipedia, ensiklopedia bebas).
Israk bermaksud Muhammad menunggang Buraq
bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis;
Mikraj bermaksud perjalanan Baginda
dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha
sebatang pohon di langit ketujuh.
Muhammad diberi Allah
kenderaan istimewa pada suatu malam hari
Boraq dinamai
pada 27 Rejab tahun ke-12 di zaman kenabian baginda
bersamaan 622 M
pada 52 tahun umurnya
setahun sebelum hijrah dari Makkah ke Madinah, itulah ketika.
Tahun ini sering dinamai Tahun Dukacita
kerana meninggal dunianya dua insan istimewanya
Abu Talib, si bapa saudara baginda
juga Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda.
Nabi Muhammad dan Zaid ibn Harithah, si anak angkatnya
diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif
sehingga berdarah mereka.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad)
pada malam hari
dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem)
yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami;
sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.”
Perjalanan selama tiga suku malam sahaja
dari 6 petang hingga 6 pagi
Nabi kembali semula ke Makkah
sebelum terbit waktunya fajar.
Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq
bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis;
Mikraj bermaksud perjalanan Baginda
dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha
sebatang pohon di langit ketujuh.
Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis;
dan selepasnya, semasa Nabi tinggal di Madinah
arah kiblat ditukar ke Mekah.
Di Tembok Barat masjid,
buraq telah ditambat di suatu tempat;
Nabi mengerjakan solat dua rakaat
di beberapa tempat persinggahan
seperti di Madinah, Madyan, dan Bukit Thursina.
Di Masjid Aqsa,
Nabi sembahyang berjemaah dengan makmum pilihan Allah:
tiga nabi Adam, Musa, dan Isa;
baginda ditawarkan minuman susu atau arak,
dipilihnya susu sebagai minuman.
Kemudiannya Muhammad diangkat
secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak)
dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha
lantas bertemu dengan Allah di Arasy.
Di Baitul Makmur, Muhammad melihat
malaikat bertawaf
dan dilihatnya jua
moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ
(wajah Ibrahim seiras wajahnya).
Muhammad ‘dibedah’
ini bedahan kali kedua
dulunya semasa kanak-kanak
telah pernah baginda dibedah oleh dua malaikat
semasa di perkampungan Halimahtus Sa’adiah, ibu susunya .
Muhammaad telah bertemu dan bercakap
dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa.
Peristiwa ini luar biasa
bak fiksyen sains bunyinya
sebuah mukjizat dari Allah, khas buat Muhammad
tidak pernah dialami oleh rasul dan nabi sebelumnya
hanya Muhammad sahajalah
diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah
untuk melakukannya sebagai petanda
betapa tinggi penghargaan-Nya kepadanya.
Dalam perjalanan Israk mahupun Mikraj
Nabi Muhammad didampingi dua malaikat, Jibril dan Mikail
menunggang kenderaan (atau seekor haiwan) yang disebut ‘Buraq’.
Israk membawa pengertian
perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
pelbagai peristiwa dilihat, memberikan hikmah
juga pelajaran yang sangat mendalam bagi Muhammad
serta menjadi cermin bagi umat pengikutnya.
Muhammad memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu
juga keadaan masa yang akan datang
yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah)
tempat kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini,
di Thur Saina (Bukit Thursina),
tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa,
serta di Bethelehem,
tempat lahirnya Nabi Isa, putera Maryam.
Jibril juga mengajar Nabi
bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin
yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa
yang harus dibaca Nabi.
Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia,
perumpamaan umur dunia yang sudah tua,
tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi
serta adanya pengakuan para nabi
akan keberadaan Muhammad sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj
banyak pula hal yang dialami Muhammad
namun yang paling penting
baginda mendapat keringanan solat fardu
dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam,
sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya
sampai kelak ke akhir zaman.
Sekembali dari Israk dan Mikraj,
Nabi Muhamad telah diragui
serta ditertawakan masyarakat Quraisy,
terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab.
Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir
kerana mustahil untuk pergi ke Palestin hanya semalaman
dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula;
Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir Ismail
di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay;
namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya
kerana baginya Muhamad ialah seorang al-Amin;
Abu Bakar sentiasa membenarkan khabar langit yang Rasulullah bawa;
Aisyah mencatatkan
ada orang Islam yang murtad selepas peristiwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay,
Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru;
namun pada saat itu
Allah mendatangkan Masjid Aqsa
diletakkan berdekatan rumah Uqail
mudahlah Nabi menceritakan masjid itu.
Salah seorang daripada mereka
mengakui kebenaran gambaran itu
kerana pernah ke Masjidil Aqsa.
Israk dan Mikraj peristiwa besar
namun iman yang kukuh tak akan tercabar.
Oleh:

Irwan Abu Bakar,
Kuala Lumpur, Malaysia.
2.03.2022.
TAMAT.