Waktu kau terdesak kekosongan
Daun-daun kering berguguran
lantaran ketandusan ilham: kau cari aku yang patah sebelah kaki hampir tempang
kau rayu kurangkan beban
memenuhi kekosongan
ruang ilham.

Mengapa ya
setelah musim beralih arah
pohon- pohon bunga-bungaan bertaburan di halaman rumahmu
kekosongan pun terisi dengan Dr، Datuk Dan Datuk Seri serta sebilangan karyawan mapan
Akupun tertinggal oleh arus yang deras, dan mereput dimamah waktu, kerana tidak lagi diperlukan dan harus dilupakan ditinggalkan tanpa lambaian
atau ucap selamat tinggal
kerana gading sudah ditemukan
tanduk perlu dilemparkan
ke Sungai Kelang, kerana tidak lagi diperlukan demi untuk maju ke hadapan dan tak perlu lagi
menoleh ke belakang.

Mengapa ya
sikap sesetengah insan, bila berada
dimercu kemashuran.

Oleh:

Ibnu Lazim,
5.02.2022.

TAMAT.