Sudah aku katakan
Di awal pertemuan
Kau punya banyak keistimewaan
Dari sebanyaknya wanita-wanita
Yang ditemui.

Mungkin telah bermungkin
Keinginan untuk berjauhan
Telah jua berjanji
Tak akan bermain api.

Agar hubungan antara kita
Pada pandangan zahir
Mahupun emosi
Masih kekal hingga ke Jannati.

Aku tak pernah bermimpi
Untuk bersuamikan
Tetapi tetiba suaramu muncul
Dari kata
Mohon seribu kemaafan
Kini dan selamanya.

Terima kasih atas getaran aksara itu
Aku terima seadanya
Kerana sebagai insan
Itulah kelemahan kita.

Kini, antara kita sudah kosong dosa!

Oleh:

Foto: Penulis Aduka Putra (tengah) bersama Ibnu Din Assingkiri (kiri) dan Razali Sulong (mantan Pengetua SKM Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan: penulis puisi dan artikel sastera)

Aduka Putra
Pasir Mas Kelantan
1 February 2022
Jam 12.30 malam

TAMAT.