ada ungkapan silam
legam tidak mudah terpadam
ada lembaran masih kosong
dapat dibersihkan
kertas-kerja usia
sebelum diserahkan
kepada empunya segala data
sebalik dokumen pengalaman
catatan rangkap pengertian
aku sekadar pencipta kata
berpulang untuk kekal bercinta
tanpa rahsia
kerana rindu itu nyata

Oleh:

Hamizun Syah
Langgar, Kedah
03.02.2020

TAMAT.